NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, August 16, 2011

SAYA SAYANG AWAK...

Assalamualaikum...

Dah 10 hari aku tak update blog ni...
Tapi tak bersawang lagi okey...
Just to tell you that I'm working now! =)
Working? Yeah! ONLY in Ramadhan sebab nak cari income untuk raya jer...
Aku bukan kerja tetap, kerja part time tolong maksu aku buat kuih raya jer...
Maklumlah musim musim macam ni memang banyak order, tak menang tangan nak siapkan...
Plus, maksu aku jaga anak orang...so, tu pun aku take over gak kadang kadang...


AND


Disebabkan itulah, aku ketemu cinta hati baru - IRFAN ABQARI =)
Saya sayang awak sangat sangat budak nanakkk...
Kenapa aku panggil dia budak nanakkk? Sebab dia suka cakap "nanakkk" = tak nak...
So cutelah ini budak, tak padan dengan umur yang baru setahun jagung tu...
Kepada kamu di luar tu, jangan jeles sama saya sebab budak ni comel, comel dengan telatahnya...tak percaya??
Tengok ni . . .


. . .





. . .




. . .




. . .







P/S: Aku akan berada di Perak Darul Ridzuan sehingga Syawal kelima, menghabiskan masa bersama anak anak dan sanak saudaraku =D


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, August 6, 2011

INSPIRED...

Assalamualaikum...



Sebenarnya, entry kali ni tak ada kaitan 100% dengan Proton Inspira.
Cuma aku agak suka dengan design kereta ni walaupun buatan Malaysia (design sangat unik diinspirasikan daripada Mitsubishi Lancer, maybe).


Pagi ini aku bangun dengan penuh bersemangat.
Mana taknya, walaupun hanya tidur untuk 3 jam sahaja tetapi, aku rasa sangat puas sebab dapat tidur dalam bilik sendiri, atas katil sendiri.
Ditambah pula dengan keadaan bilik aku yang memang originally sejuk, cool jer rasa hati ni bila nak tidur.
Keputusannya, aku dapat bangun sahur dan makan dengan mata yang betul betul celik.
Sangat berbeza dengan sahur beberapa hari lepas.

Bila dah selesai sahur, tetiba kaki tangan ni rajin pula nak menyapu rumah.
Walaupun subuh subuh ni orang lebih ramai prefer tidur balik after sahur.
Tapi aku kembali inspired by the smell from the sea.
Sangat sangat sangat suka okey cium bau paya, bayu laut, memang sejak azali aku telah sebati dengan bau bau ni.
As the conclusion, aku sangat senang pabila berada di rumahku syurgaku - Tanjung Pelepas, JB. =)


P/S: Lepas solat subuh, kita tak digalakkan tidur sebab susah rezeki nak masuk. Tetapi, disebabkan perjalanan yang meletihkan dari Klang-Shah Alam-PJ-JB, aku terpaksa melelapkan mata sekejap untuk mengembalikan tenaga aku bila nak berkinja kinja dan berjoli hari ni.



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, August 4, 2011

RESEPI: DAGING MASAK KICAP BEREMPAH...

Hidangan untuk 4 orang


  • Bahan-bahan:


  1. 200-250 gram daging lembu (aku rebus dulu daging ni)
  2. 1 sudu ketumbar
  3. 1 sudu jintan manis
  4. 1 sudu jintan putih
  5. 1 sudu kicap pekat
  6. 1 sudu gula
  7. 1 sudu serbuk kunyit
  8. Secubit garam
  9. 2 ulas bawang putih
  10. 2 ulas bawang merah
  11. 1 inci halia
  12. 2 tangkai cili api
  13. 1 keping asam
  14. 2 sudu kicap pekat
  15. 1 sudu sos tiram
  16. 1 sudu serbuk lada hitam
  17. 2 cawan air (lebih elok kalau dapat lebihan air rebusan daging tadi)



  • Cara memasak:


  1. Perapkan daging bersama ketumbar, jintan manis, jintan putih, serbuk kunyit, kicap pekat, gula dan garam. (Perap selama 1 jam)
  2. Tumiskan bawang putih, bawang merah, dan halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging yang diperap dan biar sehingga separuh masak.
  4. Masukkan air, kicap pekat, sos tiram, dan lada sulah. Biar daging masak selama 10-15 minit.
  5. Masukkan cili api dan asam keping. Biar sehingga mendidih dan kuah sedikit kering.
  6. Siap untuk dihidang.




.:: Juadah berbuka Hari Keempat Ramadhan. Alhamdulillah. ::.


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

RESEPI: IKAN MASAK TAUCU DAN AYAM GORENG BEREMPAH...

Hidangan untuk 4 orang


IKAN MASAK TAUCU

  • Bahan-bahan:

4 ekor ikan kembung/cencaru (yang sesuailah)
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/2 inci halia
8 tangkai cili api
2 keping asam
2 sudu taucu
800 ml air
Garam secukup rasa


  • Cara Memasak:


  1. Goreng ikan sehingga masak dan ketepikan.
  2. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, dan cili api sehingga naik bau.
  3. Masukkan 2 sudu taucu dan kacau hingga masak.
  4. Masukkan air, ikan yang sudah digoreng, asam keping, dan garam. Biarkan hingga kuah mendidih dan masak.
  5. Siap untuk dihidang.



AYAM GORENG BEREMPAH


  • Bahan-bahan:


  1. 5 ketul ayam (dada/paha/kepak)
  2. 1 sudu jintan manis
  3. 1 sudu jintan putih
  4. 1 sudu ketumbar
  5. 1 sudu serbuk kunyit
  6. 1 sudu serbuk cili
  7. 1 sudu sos tiram
  8. Garam secukup rasa



  • Cara memasak:


  1. Perapkan ayam bersama kesemua bahan-bahan di atas. (at least 1 jam tapi aku perap 3 jam)
  2. Goreng ayam sehingga masak.
  3. Siap untuk dihidang.



P/S: Resepi ni aku ikut citarasa sendiri. Kalau korang tak suka, boleh ubah ikut kehendak masing masing. Tapi hasil yang aku dapat sangat memuaskan. So, selamat mencuba. =) 




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, August 3, 2011

HAPPY FASTING...

Assalamualaikum...

Hari ni telah masuk hari ketiga umat Islam menunaikan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan ini...dan sempena hari ketiga ini (same day with my birthday), aku ter-over excited pula nak berbuka nanti...makanya aku telah mencemar duli untuk masuk dapur (poyo jer)...hari ni aku tetiba ada mood nak memasak, so aku pun buatlah ayam berempah+ikan masak taucu+bubur gandum... =)



Tak sabar nak rasa hasilnya berbuka nanti...gambar will upload soon yer...selamat berpuasa, tinggal lagi lebih kurang 4 jam sahaja waktu untuk berbuka...so janganlah masuk dapur buka peti ais minum ais krim soda pula yer...rugi weyhhh!! =D


.:: Tengok jer gambar ni, ingat dekat si dia yang pernah muncul menceriakan Ramadhanku yang lalu ::.

QUICK UPDATE:



Dari Hati Nuraniku,
fara,,