NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, May 31, 2011

HARI KE-25...

Hari ni tak ada feel nak update pasal story hidup aku...sebab hari ni adalah hari paling malang buat aku...
So, tak ada mood nak cakap dengan siapa siapa, jangan kacau saya okey...sekian~

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, May 30, 2011

SAYA NAK TENGOK TRANSFORMERS 3...

Tolong bawa saya tengok Transformers 3, please!! Time tu dah tak ada MARA menanggung so kenalah belanja saya yer...kesian dekat saya sebab akan jadi peng+anggur terhormat nanti...




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

DALAM HATI INI...

"Ku petikkan gitar ku ini, 
Menghiburkan hatiku yang sepi,
Kerana ditinggalkan kekasih yang aku sayangi,
Tak bisa untukku melupakan kenangan indah ku bersamamu...."

Dua lirik lagu yang jauh berbeza tapi sangat bermakna buat aku...

"Seperti ada yang tak kena, 
Disaat melihat ke arah mu,
Saat kau berpaling dan tersenyum,
Dunia jadi luar biasa, 
Maafkan andainya ku mengganggu, 
Ku bukan membaca fikiranmu, 
Ku hanya ingin mengenalimu dan tahu ku menyukai kamu...."

Terkadang aku gembira saat mengimbau kembali kenangan dengannya, terkadang aku berduka mengenangkan dirinya tiada disisi, terkadang aku marah saat mengenangkan bahawa dia bukan milikku...tapi biarlah setiap kenangan terus tersemat dan tersimpan rapi dalam ingatanku, biarlah aku saja yang merasai suka duka dan marah ini sebab aku memang gila bila dah emo... :)

P/S: Dalam hati ini, ada namamu, nama seorang insan yang aku rindu...tapi biarlah rahsia siapa yang ku rindui itu kerana semuanya sudah tidak penting lagi...


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

HARI KE-26...

Salam readers~

Selamat petang...apa aktiviti petang ni? Main bola sepak? Bola tampar? Atau berjogging? Aku  cuti minggu ni daripada beriadah sebabnya banyak kerja yang perlu disettlekan...

Tengah hari tadi baru saja bercerai dengan Business Strategy tapi esok dah kena jumpa dia semula sebab ada temu janji - presentation meyhhh...fuhhh! Tak prepare pape pun lagi ni...sebab kepala dok fikir about JPJ Test esok pagi...macam mana Farah Zunnurain akan berada di dua tempat dalam satu masa? Boleh potong tak separuh badan ni untuk dibahagikan? Pening memikirkan masalah yang sama tiap kali nak JPJ...kalau dulu, exam Business Strategy jatuh hari yang sama dengan JPJ Test tu...kenapalah dua dua benda ni tak boleh dipisahkan?

Semoga semuanya berjalan lancar esok hari sebab dua duanya penting dalam hidup aku...tak sanggup dah aku nak repeat pape lagi, cukuplah sekali seumur hidup...

P/S: Si Gedik mesti busy giler minggu ni dengan Minggu Haluansiswa dia...selamat menjadi mahasiswi, semoga kamu bertahan sampai ke akhir sebabnya U.M. adalah IPTA yang sangat strict and cerewet... :D


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, May 29, 2011

HARI KE-27...

Salam readers~

Hari ni adalah hari ke 27 sebelum tamatnya tempoh masa aku di kolej ni... :)
Hari ni jugalah aku banyak berjalan dan dalam dok panas panas berjalan tu, boleh pula mata aku ni nak terlelap...nak kata malam tadi tidur lewat, tak ada pula...tidur awal saja pukul 12 malam...tapi mata memang mengantuk sangat hari ni...tak pernah pernah aku tidur dalam komuter, tadi terjadilah satu babak...nyaris nyaris nak terletok dekat bahu mamat Cina tu, malu siot orang lain semua tengok...seriously, exhausted gila hari ni...

Dan sebabnya adalah kerana asyik berjalan dan mentawaf 1 UM tu (padahal naik kereta jer pun)...no lah...actually penat sebab menunggu urusan bakal mahasiswi tu, register itu ini sampaikan aku berpeluh peluh meround satu kolej kediaman tu...nasib baiklah dapat cuci mata bersih bersih... :D

Lepas dah puas melepak dalam UM tu, aku dihantar ke Klang untuk naik komuter...independentlah konon, tapi aku dah lama tak naik dari Klang tu yang suruh daddy hantar dekat sana saja...sampai dekat KL Sentral turun jap pergi beli McD, then masuk dalam kawasan menunggu tu semula...sampai saja komuter terus rush masuk sebab nak dapatkan seat yang selesa... :)

Masuk dalam komuter ingatkan mata dah okey sebab dah dapat air, rupanya makin kuyu mata aku...maka bermulalah babak kedua tidur dalam komuter...malangnya, tidurku tak lena gara gara komuter yang seakan akan kuda unicorn kuda padi kuda polo...kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya komuter tu laju+melompat lompat...tension gila aku tak boleh nak tidur...lastly, berjagalah sampai ke Batang Benar...naik teksi balik hostel turun dekat tepi cafe dan bermulalah babak ketiga...dalam panas panas berjalan kaki, mata boleh pula terpejam...Ya Allah! Apa nak jadilah dengan kamu ni Farah? Memang mengantuk sangat mata ni, sampai saja SI03 terus letak barang dan tidur, tak boleh tahan okey...kalau ditahan memang jahanamlah jawabnya...dan tidur yang sekadar dua jam tu sudah cukup membuatkan aku tak tidur malam ni gara gara assignment pula... :D

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, May 26, 2011

I MISS YOU...

Salam readers~

Happy Thursday...hari ni tiba tiba aku TER-rindu dekat kesayanganku...dah lama tak jumpa, berbulan bulan lama...entah bila akan ketemu lagi...bila bertemu semula, entah dia ingat dekat aku ke tidak? Sedih sungguh kalau diingat balik...

  • Yang first tu aku jumpa setelah bertahun tahun lamanya tak menatap wajahnya...dah lah gambar dia pun aku tak simpan, nampak sangat betapa aku ni cuai...
  • Yang kedua tu pula, dah 6 bulan aku tak jumpa...memang rindu gila dekat dia sebab dia satu satunya bunga yang ada buat masa ni...macam manalah rupa dia sekarang ek?
  • Yang ketiga tu pula, baru saja jumpa bulan lepas...makin pandai, bijak...geram sangat dengan dia...


Nak tahu tak siapa yang aku rindu ni? Merekalah anak anak saudaraku (anak kepada abang abang dan kakak saudara aku)... :D

PUTERI KEDUA: NUR FATIN

PUTERA KETIGA: KHAIRUL AZAM
Wa cakap kat lu...wa memang sayang dekat diorang ni walaupun hanya sempat membelikan baju buat si bunga sahaja...si kumbang tu, tunggu mak long dah keje nanti mak long belikan yer...sekarang ni ekonomi tak stabil lagi...camne pun, mak long sayang koranglah...

P/S : Tak best lah pula panggil mak long, panggil Unty Farah boleh? :D
Korang perasan tak apa persamaan dekat anak anak buah aku ni? PINKLOVER!! Memang supporter kuat aku ni :)

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, May 25, 2011

KEKASIH BARU...

Salam readers~

Hari ini agak bercelaru sedikit hidup aku sebabnya badan sakit sakit and lemah semacam menyebabkan mood untuk ke kelas agak berkurangan menjadi 50%. Tetapi setelah ditimbang tara semula, dengan separuh rela, aku tetap bangun menuju ke kelas. Dari pukul 8 pagi sampailah ke 1 petang kelas berlangsung. Daripada mengantuk tak bermaya, terus segar bila masuk kelas Taxation sambil melihat muka Mr. Lee. Mana taknya, dalam kelas dia ni bukannya boleh culas sikit, mesti nanti kena tegur. Nak tak nak, terjegillah biji mata aku yang tak berapa nak besar ni dengar dia mentranslatekan menterjemahkan Real Property Gain Tax ke dalam English (asal asalnya benda tu dalam Malay). So far aku fahamlah sikit sikit apa yang dia ajar tu, walaupun niat asal ke kelas tadi hanya nak mendapatkan attendance saja.

Minggu ni sepatutnya aku sibuk dengan kekasih baru aku. Maklumlah bukan sorang tapi ada empat. So, bermadulah si empat 'kekasih hati' tu. Tapi tak lama pun aku couple dengan mereka, hanya seminggu dua saja (konon playgirl lah tu). Nak tahu tak siapa kekasih baru aku tu? Jeng,,jeng,,jeng,,.............



  1. MR. BUSINESS STRATEGY - bercerai pada 30 Mei 2011
  2. ENCIK RESEARCH PROJECT - clash on 2 June 2011
  3. MR. TAXATION - break up on 6 June 2011
  4. ENCIK AUDITING - berpisah pada 11 June 2011


So, janganlah salah faham ya. Mana mungkin secepat itu hati aku berubah mencari kekasih baru. Biarlah masa menjadi penentu, pengubat dan penyembuh segalanya. Keep on smiling - Kegirangan Dua Cahaya~

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, May 24, 2011

MY LIFE - TODAY...

Salam readers~

Alhamdulillah, I'm strong!! 

Aku masih mampu bertahan lagi hari ini. Rasa macam tak ada apa apa yg berlaku walaupun hakikatnya macam macam dah happen. Apa apa pun aku tetap bertahan selagi diri aku sibuk dengan macam macam tugasan dan diceriakan oleh teman temanku. Doaku agar aku terus "kegirangan" walaupun hati aku menangis. ^_^

Buat adikku yang sudi mendengar aku membebel pasal problem aku, thanks gedik.
Thanks kepada adik adik Harimau Malaya yg membuatkan aku happy dengan telatah korang.
Thanks juga kepada rakan rakan sekelas yg sentiasa gila gila dan kecoh.
And last but not least - Thanks to my housemates especially my twins (Mek Za and Mek Re).

Korang memang menceriakan hidup aku. Aku dapat bertahan pun sebab korang ada di sisi. Buat insan insan yang memahami dan menyayangi diri aku (What The...) thanks tau sebab temankan aku dan mengembalikan kepala gila aku yang dulu. :D

Walau gembira macam mana sekali pun, Allah yg menetapkan semua ini. Dia Yang Maha Kuasa kerana menjadikan hati untuk kita berkasih, menimbulkan perasaan sayang, cinta, benci dan gembira. Bersyukurlah kerana dikurniakan hati kalau tak, mana mungkin korang akan bercinta dan berpisah untuk mengalami proses kematangan. Come on, usia masih muda, banyak lagi yg perlu digapai Farah. So, layan lagu ni tau... :)








P/S: Tadi usha blog Rara. Still follow her walaupun jarang jarang buka blog dia. Dia ada bagi tips and panduan pasal cinta ni. And mostly yg dicakapkan tu memang ada pada aku, sebab tu hubungan susah nak kekal. Salah aku juga. 

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

REMEMBER...

  • "Jangan tinggalkan orang yang kita sayang dan cinta untuk orang yang kita suka"

  • "Kahwinilah lelaki yang mencintai kita sepenuh hati daripada berkahwin dengan lelaki yang kita cinta"

  • Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman manis adalah orang yang hatinya sedang berduka lara. Lalu berkata, "Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanMu ini" sambil mengukir senyuman... ^_^



Dari Hati Nuraniku,
 fara,,

Monday, May 23, 2011

Sunday, May 22, 2011

RIADAH...

Salam readers~

Hari ni aku nak story pasal aktiviti riadah aku dengan teman temanku (tak tahulah yang terakhir atau yang pertama)...sebabnya kalau nak cakap yang terakhir, macam aku ni dah tak lama saja atas dunia ni (walau apa terjadi life must go on )...then kalau nak cakap yang pertama, nampak beno nipunya sebabnya before this dah macam macam riadah aku buat dengan budak budak kelab aku tu...

Okey, back to the story...sepatutnya kau update benda ni malam tadikan sebabnya aktiviti ni dilakukan petang semalam tapi disebabkan perkara yang tak diduga, mood aku nak buat assignment, nak update blog, nak makan (tu tipulahkan) semuanya hilang, lost...daripada kata kata aku, "badan sihat, otak cerdas, buat assignments dengan pantas" langsung tak menjadi assignments aku...sedih okey...





Now, kembali pada topik asal...petang semalam, aku dengan budak sekelas aku (Kak Indah, Mel, Aina, and Fyza) beriadah dengan bermain badminton...asalnya aku memang nak keluar main dengan Fyza pukul 6 tu tapi bila dia kata Aina and the gang pun nak main and diorang ajak turun pukul 5.30, aku on saja...

Dalam 15 minit saja aku main benda tu sebab aku tak rasa peluh aku banyak keluar kalau main badminton saja...so aku decide nak pergi jogging...petang Jumaat kelmarin pun aku keluar 'jogging' dengan Zureen tapi sebabkan semalam dia tak ada, aku terpaksa cari orang yang minat beriadah...fikir punya fikir, aku teringat Musfirah sebab dia memang aktif...so aku ajak dia jogging dengan aku...jauh jugalah kitorang berjogging ni (bukan jogging sebenarnya, jalan laju+gossip)...start dari pintu pagar hostel kitorang berjalan ke luar pusing satu hostel, then masuk dalam area kolej and pusing satu round lagi, lepas tu masuk balik dalam hostel and pusing depan blok maintenance sampailah ke blok Mus dan kitorang sambung main badminton pula...memang banyak energy petang semalam, maklumlah...orang tengah aim nak kuruskan badankan 

Dalam pukul 7 gitu, kitorang menuju ke kediaman masing masing untuk aktiviti sendiri (faham faham sendirilah yer)...petang ni tak tahu lagi aku nak beriadah ke tak sebab badan tengah tak sihat, sakit sangat...sekian~


P/S: Sorry Kak Indah sebab sy curi gambar ni dari blog kamu...lambat nau tunggu gambar kt email =P

Dari Hati Nuraniku, fara,,

Friday, May 20, 2011

LIRIK LAGU RINDU YANG TERLARANG...

Layan tau lagu ni, buat yg tengah sunyi, merindukan seseorang walaupun dia tak rindu dekat kita, dengarlah lagu ni...
RINDU YANG TERLARANG~
Sekian lama sudah kita telah berpisah
Ku rasa kini engkau tak sendiri lagi
Aku pun kini juga seperti dirimu
Satu hati telah mengisi hidupku
Tak perlu engkau tahu rasa rindu ini
Dan lagi mungkin kini kau telah bahagia
Namun andai kau dengar syair lagu ini
Jujur saja aku sangat merindukanmu
Memang tak pantas mengkhayal tentang dirimu
Sebab kau tak lagi seperti yang dulu
Kendati berat rasa rinduku padamu
Biarkan ku hadang rinduku terlarang
Ku puisikan rindu di hatiku
Ku harap tiada seorang pun tahu
Biar ku simpan saja
Biar ku pendam sudah
Terlarang sudah rinduku padamu
Kendati berat rasa rinduku padamu
Biarkan ku hadang rinduku terlarang
Ku puisikan rindu di hatiku
Ku harap tiada seorang pun tahu
Biar ku simpan saja
Biar ku pendam sudah
Terlarang sudah rinduku padamu
Terlarang sudah rinduku padamu


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

NUR KASIH THE MOVIE...




Salam readers~

Hari ini aku TERover slept gara gara menonton NUR KASIH THE MOVIE malam tadi...plan ni memang tak dirancang pun sebab aku nak pergi tengok filem ni hari Sabtu ni, tapi disebabkan Aben, member sekolej aku ni bermurah hati nak bawa si kembar 3 dan Aina pergi Seremban, makanya dapatlah tengok movie ni...memang unexpected okey guys, bukan saja saja pergi tak nak ajak korang tapi rezeki datang jangan ditolak, thanks to Aben...lagi pun mungkin ini hang out terakhir kitorang (walaupun lain course tapi sama orientasi and from JayBee) yang bakal menamatkan pengajian tak lama lagi...

Masa tengah tunggu show pukul 10.45 p.m. tu, kitorang lepak lepak dekat ruang legar MBO Terminal 2 tu (first time okey aku pergi MBO, before this layan GSC, Cathay, and TGV saja)...memang gempaklah cinema ni berbanding GSC Terminal 1 tu...so masa tengah lepak lepak borak borak tu, lalulah dua tida orang mamat cute tapi dengan aweks masing masinglah...masa tengah dok usha diorang, tiba tiba mulut aku kaku, tak boleh nak cakap pape, just cuit cuit member aku nak tunjukkan sorang mamat yang memang cute+handsome tu...you know who? Zaquan Adha dengan wife dia, woww!! Terkelu mak, nyah...tiba tiba bintang bola tu lalu depan mata, diorang pun nak tengok NKTM maklumlah Ayu Raudhah berlakon sebagai isteri Aidil dalam movie ni...orang ramai yang dekat depan MBO tu semua dok pandang pandang diorang (bukan aku sorang saja yang jakun okey)..hahahaaa :D

Berbalik pada cerita NKTM tu, memang bestlah cerita ni...siapa yang tengok cerita Nur Kasih dekat TV3 dulu tahulah kenapa aku cakap movie ni best...touching habis tengok movie ni, member aku yang ganas tu pun boleh nangis bergelen gelen air mata dia tumpah (bak kata Ainalah)... :)

Movie ni adalah sambungan daripada drama Nur Kasih dulu...tapi banyak flash back sebab movie ni adalah penceritaan semula Aidil kepada Nur Amina yang sudah menjangkau usia tua dan lupa tentang kisah silamnya...tapi memang aku tabik pengarahnya sebab berjaya menggarap cerita ni dengan pelbagai konflik dan akhirnya cinta Nur Amina dan Adam tetap kekal hingga ke usia tua mereka dan ke akhir hayat Adam...dua tiga kali jugalah air mata aku meleleh tengok pengorbanan cinta diorang ni, nak nak bila diuji dengan macam macam dugaan...

Dan dalam movie ni juga pengarah ada menyelitkan tentang pendermaan organ...sejak dua menjak ni, aku ada baca article pasal pendermaan organ ni...dan aku memang berminat nak derma organ setelah bapaku sendiri menjadi salah seorang penderma organ...suatu ketika dahulu juga, arwah pak cik aku turut menerima organ daripada orang lain untuk meneruskan hidupnya...mungkin, inilah pengorbanan terakhir sebelum menuju alam barzakh...

Okey, mahu ke kelas Auditing...selamat berhujung minggu guys... :D

P/S: Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal untuk setiap pengorbanan yang kita lakukan...jika besar pengorbanan kita, maka besarlah ganjaran yang Allah janjikan buat hambaNya...

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, May 19, 2011

:'(

Tak tahulah kenapa, aku rasa lain sangat sekarang ni...tidur selalu mimpikan dia, tak kiralah tidur siang ke malam...aku pun tak tahu apa akan jadi, tapi yang pasti...aku nak menangis sekarang ni...hati aku tiba tiba berdebar, perasaan yang sama bila aku tengok pakwe aku keluar dengan perempuan lain (ibaratnyalah)...then, badan aku seram sejuk, kepala aku sakit, satu badan menggeletar...aku memang nak nangis sekarang ni...memang susah bila mengenali Farah Zunnurain, hidup semua akan kacau bilau, semua akan tension, semua akan marah dengan aku...

Kalau ini yang aku harus terima, aku redha...dari dulu memang aku susah nak dapat apa yang aku nak...semuanya tak kekal, semuanya akan pergi tinggalkan aku, tapi bila semuanya pergi, aku akan sedih, aku sunyi, aku keseorangan...bila aku dah gembira, bahagia, semuanya hanya sementara...aku tahu memang inilah nasib dan suratan hidup aku, sampai mati pun memang aku akan sorang sorang, I know that...biarlah luka lama berdarah kembali sebab luka yang berdarah takkan sembuh sampai bila bila...walaupun hati aku merintih menangis sekalipun, andai dia bukan untuk aku, tetap bukan milikku...jika mencintai seseorang, tak semestinya kita akan memilikinya...cukuplah sekadar melihatnya bahagia dan gembira bersama insan yang disayanginya... :'(

Walaupun setiap hari, setiap masa aku merindukannya, melihat fotonya cukup untuk menitiskan air mata ini...biarlah aku sahaja yang memahami diriku...biarlah aku sahaja yang memahami perasaanku ini...

Aku akan tetap begini sampai bila bila...Kalau dia ditakdirkan jodoh aku, takkan ke mana larinya...hanya berdoa dan redha dengan ketentuan Ilahi~

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

DAHULU, KINI, AKAN DATANG...(Part 2)

Salam readers~

Apa khabar korang hari ni? Aku alhamdulillah sihat wal'afiat...bersyukur kepada Maha Pencipta kerana masih memberikan aku peluang untuk bernafas atas muka bumiNya ini...apa apa pun hari ni aku nak cerita lagi tentang "Akak Garang"...akak garang dah tak garang macam dulu sebab dalam hati dia dah berbunga bunga dengan taman taman cinta...(What The!)

...sambungan....

2008 :

Tahun ni akak garang telah mencecah usia 18 tahun...tamatlah sudah alam persekolahan, alam beruniform sekolah, alam kuku besinya sebagai Ketua Pengawas (pengawas Library jer)...selepas saja tamat SPM, akak garang hanya menjadi maid tak bergaji di rumahnya selama hampir 4 bulan...bukan dia tak nak kerja tapi parents dia tak izinkan, tak tahulah kenapa sedangkan dia dah siap plan nak jadi cikgu tadika@penjaga budak budak di taska (suci giler cita cita)...memang akak garang suka kanak kanak kecil walaupun kadang kadang dia TERmarah budak budak tu...

Mac tahun yang sama, akak garang mendapat panggilan daripada EF (Education Facilitator katanya) dari K.U.L. yang menawarkannya pengajian HND in Business di kolej terbabit...tanpa berfikir panjang, dan dengan segala kemudahan yang diberikan (hostel, pinjaman MARA), akak garang pun bersetuju memasuki kolej terbabit...dengan disokong oleh ibunya, walaupun dia tak tahu apa apa tentang business...bak kata orang, "Benda yang dibenci atau tak disukai, lama kelamaan akan menjadi kegemaran dan minat"...maka beradalah akak garang di sana selama 3 tahun...tahun pertama dia berada dalam foundation, mula mula study memang pointer dia bagus (kira okeylah atas 3.5 tu)...tapi, semakin meningkatnya umur akak garang, semakin menurunlah pointer itu...seperti hipotesis subjek sains, "Semakin meningkat usia akak garang, semakin menurun pointernye"...



Tetapi, dalam masa yang sama, ada juga perkara berfaedah yang akak garang lakukan...contohnya menyertai Pasukan Simpanan Askar Wataniah REJ 508...dengan suka hatinya, tercapai sudah 1 cita cita akak garang sewaktu kanak kanak dulu - menjadi askar (walaupun hanya sukarela tapi tetap menjadi benteng ke-2 pertahanan negara)...so, tak sia sia dia masuk kolej ni walaupun macam macam berita buruk tentang kolejnya, semangat akak garang tetap teguh...inilah dipanggil Prebet Lapok sebab tak lapok dek hujan, tak lekang dek panas...tak sia sia cikgu BM aku dulu mengajar, masih ingat lagi peribahasa tu semua... :)



KINI...

2011:



Kini, setelah 3 tahun berkampung di K.U.L. dengan bermacam macam kisahnya, akak garang bakal menamatkan pengajiannya dalam jurusan Diploma Pengajian Perniagaan...doakanlah pointer akak garang akan mencapai 3.5 semula yer kawan kawan...kesian dia, niat hati nak sambung belajar lagi tapi tak nak ambil MUET, tak berminat katanya (macam mana nak sambung belajar kalau tak ada MUET? Ishhh..)...sebenarnya akak garang nak masuk Berjaya University College, dia nak sambung degree in Hotel Management (gara gara tengok cerita Hotelier)...itu pun kalau ada rezeki dialah, kalau tak ada...dia akan meneruskann cita citanya menjadi baby sitter... :)

Semoga akak garang akan berjaya manamatkan pengajiannya bulan Jun ni...lepas tu bolehlah dia fikirkan pasal rumah baru dia pula...maklumlah tak lama lagi nak jadi warga Selangor semula...then, dia kena jadi driver pula kot lepas ni, pergi tengok adik dia dekat Universiti Malaya, ambil adik dia dekat KLIA, hantar mak dia pergi kerja...best juga tu jadi driver, sementara nak menunggu hari graduation, tanam anggur sajalah nampaknya akak garang ni...siapalah nak ambil budak banyak demand ni kerja, dahlah tu, nak kerja yang dekat dengan rumah, senang dibuat, duduk dalam office saja, memang taklah employer nak ambil kau kerja wahai akak garang... :'(

AKAN DATANG...

Tungguuuuuuuu...... :D


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, May 17, 2011

SELAMAT HARI GURU YANG KE-40...



.:: Gambar di atas adalah gambar sambutan Hari Guru di sekolahku, SMKKSAB dan juga gambar guru-guru yang telah berjasa kepadaku ::.


'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara'

Itu adalah tema bagi Sambutan Hari Guru ke-40 peringkat kebangsaan yang telah diadakan di Kuching, Sarawak pada tahun ini. Sesungguhnya, jasa, didikan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh seorang guru adalah untuk menjadikan anak didiknya seorang insan yang berjaya dan berguna kepada nusa dan bangsa. Walaupun ibu dan bapa adalah pendidik utama anak-anak, guru juga turut memainkan peranan mendidik di sekolah.

Jika di zaman dahulu, guru sangat disanjung tinggi dan begitu dihormati olah masyarakat, kini situasi itu telah berubah. Ramai dalam kalangan pelajar dewasa ini tidak lagi menghormati para pendidik ini, bahkan ada juga dalam kalangan mereka yang mengherdik, menghina, dan memaki hamun guru semata-mata kerana tidak berpuas hati apabila ditegur oleh guru terbabit. Kereta guru dicalarkan, dipancitkan tayarnya, demi untuk membalas dendam. Apakah wajar sikap sebegini ditunjukkan oleh generasi alaf 21 yang serba maju, moden, dan dikatakan berpendidikan?

Suatu masa dahulu, jika anak-anak dimarah atau ditegur oleh guru di sekolah, ibu bapa hanya mendengar bahkan bersetuju dengan tindakan guru terbabit. Tidak ada kes saman-menyaman kerana mereka tahu apa yang baik untuk anak-anak mereka. Tidak mungkin guru terbabit akan merosak atau mencederakan anak mereka kerana dia hanya ingin mendidik dan mengajar anak terbabit agar tidak menjadi sampah masyarakat suatu hari nanti. Aku juga pernah dimarah dan dirotan oleh cikguku kerana kenakalan ku sendiri. Bahkan disebabkan rotannya itulah aku menjadi manusia kini. Terima kasih Cikgu Ramdzan dan tidak lupa juga buat arwah Cikgu Norlela kerana marahnyalah membuatkan aku sedar daripada zaman nakalku.

Buat semua cikguku di:

  1. Sekolah Kebangsaan Seri Selamat, Sitiawan, Perak
  2. Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Klang, Selangor
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina, Selangor
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Cenderawasih, Kuantan, Pahang
  5. Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor

TERIMA KASIH CIKGU!! Selamat Hari Guru saya ucapkan buat kalian semua. Semoga kerjaya cikgu semua akan terus bersinar demi mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna. Saya sayang cikgu semua. :')

P/S: Salah satu kerjaya yang akan meninggalkan nama sehingga mati adalah guru. Walaupun dirinya sudah tiada atas muka bumi ini, panggilannya sebagai 'cikgu' akan tetap bersemi buat selamanya.

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, May 12, 2011

DAHULU, KINI, AKAN DATANG...(Part 1)


Salam readers...hari ni aku nak story serba sedikit tentang "Akak Garang"...ceritanya bermula begini...

DAHULU...

1996 :
Suatu masa dahulu, akak garang hanya seorang anak kecil yang mahu dimanja dan diberi perhatian oleh kedua dua ibu dan bapanya...semuanya mengharapkan belas ihsan daripada mereka...semuanya bergantung kepada mereka...dan akhirnya, keputusan dibuat dan dia dimasukkan ke prasekolah oleh ibunya demi masa depan yang lebih cerah berbanding bersekolah di tadika tadika biasa (bukannya tak bagus tapi lebih banyak manfaat berada di prasekolah berbanding tadika biasa) contohnya habis sahaja prasekolah, kompem kompem dia akan dimasukkan ke Darjah 1 di sekolah yang sama dan dalam kelas pertama...(konon pandailah tu)...

2002 :
Masa berlalu dengan pantas...diusianya 12 tahun, dia mendapat keputusan yang agak baik dengan 5A dalam UPSR dan sekali lagi keputusan perlu dibuat...zaman ni, dia hanya tahu bersuka ria, tak fikir pun nak sekolah menengah di mana sedangkan parents dia sibuk memikirkan benda ni...semua borang permohonan ke sekolah berasrama penuh diisi dan dihantar oleh parentsnya termasuklah SBP dan MRSM...tapi nasib tidak menyebelahi akak garang, tiada sebarang tawaran untuk dipenuhi dan dia hanya bersekolah harian di kawasan tempat tinggalnya...bak kata parents akak garang - "Sekolah di mana mana pun sama sahaja asalkan usaha kita lebih untuk berjaya"...dan dia berpegang pada kata kata mereka...

Tahun berikutnya, adiknya mendapat tawaran ke MRSM dan dia tahu adiknya tersangat gembira dan bahagia dengan tawaran itu kerana dia turut berkongsi kegembiraan itu...at least adiknya dapat menebus kegagalan semasa di awal persekolahannya dahulu...dan akak garang masih setia mengikut parentsnya berpindah randah dan meneruskan pelajaran di sekolah harian...

2005 :
Walaupun begitu, pencapaiannya agak memuaskan kerana persaingan sihat dalam kalangan rakan rakan sekelas membuatkan akak garang berkobar kobar untuk mendapatkan keputusan terbaik...akhirnya, 7A1B berada dalam genggaman...syukur kerana tidak sia sia usahanya selama ini walaupun hanya bersekolah di sekolah harian biasa...

Dan sekali lagi, keputusan perlu dibuat...dia mengisi lagi borang borang yang pernah diisi sewaktu ingin memasuki Tingkatan 1 dahulu cuma yang berbezanya, kali ini dia mengisi permohonan ke sekolah berasrama untuk ke Tingkatan 4...nasib masih tidak menyebelahi akak garang...tiada sebarang tawaran untuk dipenuhi dan akhirnya, dia berpindah lagi ke negeri lain...di sini, dia bersekolah di kawasan luar bandar...kali pertama berada di sekolah tersebut, hatinya tersangatlah sedih dan pilu...tak disangka, tak diduga begini akhirnya nasib diri...dia pasrah, dan dengan keputusan PMRnya itu, dia ditempatkan di kelas aliran Sains Tulen...

2007 :
Memang dia tak suka dan tak berminat langsung dengan subjek sains...tetapi atas pandangan guru, dia redah saja kelas tersebut dan menamatkan Tingkatan 5 dengan pencapaian yang sangat merosot berbanding keputusan keputusan exam sebelumnya - 5A sahaja untuk SPMnya...dan kali ni, memang akak garang kecewa sebab dia tahu mengapa resultnya seteruk itu...semuanya gara gara tahun honeymoon sewaktu di Form 4 dulu...setahun dia dok melepak, bersuka ria, dan apabila masuk ke Tingkatan 5, amekkaw!! Memang kaw kaw punya result...but still, akak garang bersyukur kerana masih lulus kesemua 11 subjek yang diambil...

Daripada result SPMnya, memang tak ada harapan kalau dia mengisi permohonan untuk course yang ada kaitan dengan subjek sains...so, dia decide isi untuk akaun dan tourism course...dalam hati akak garang sebenarnya dia nak ambil Law tapi parents membantah sekeras kerasnya...ibunya memang tak suka kalau anak anak jadi lawyer...dia pun tak faham kenapa sedangkan gurunya semasa di Tingkatan 5 dulu ada cakap yang result akak garang tu boleh lepas untuk Law tapi disebabkan akur kehendak keluarga, dia redha...dan nasib tetap tidak menyebelahinya apabila tiada langsung tawaran daripada IPTA untuk dirinya...

~So, sekarang ni korang dah tahulahkan serba sedikit kenapa Akak Garang ni garang? Sebabnya, apa yang dia nak dia mesti grab it so, dia kena kuat, cekal dan tabah...dan dalam hati dia ada banyak perasaan envy bila tengok kejayaan orang lain, bila sentiasa dibandingkan dengan orang lain...that is why dia susah nak senyum, sentiasa garang walaupun dalam hatinya bukan begitu...dan dia juga menjadi garang disebabkan dirinya anak sulung, so untuk protect adik adik dia, dia kena garang, tegas dan keras...dia tak nak adik adik dia jadi seperti dirinya...




But she's still keep on smile :)


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, May 11, 2011

PANAS....

.::Sekadar gambar hiasan - Punca utama jerebu di Malaysia adalah pembakaran terbuka yang berlaku di negara jiran::.


.::Sekadar gambar hiasan - Kesan jerebu yang menghalang pandangan orang ramai::.


Salam readers~

Tadi korang tengok berita utama TV3 tak? Famous tak Nilai? Mestilah famous, top 3 untuk Indeks Pencemaran Udara (IPU) negara...Tapi apa dapat kalau jadi top 3 pun?? Dapat penyakit LOL...

Bayangkan, selalunya pukul 12.30 tengah hari cuaca adalah panas terik dengan matahari terpacak dekat atas kepala...tapi hari ini dengan blur dan kepala yang tingtong, aku keluar saja dari kelas, jerebu sudah menutupi Bukit Mantin @ Hutan Simpan Galla dekat belakang kolej aku ni...memang dahsyattttlah jerebu kali ini...

Apa apa pun, pesanan daripada mereka yang pro - minum air kosong secukupnya (at least 8 gelas sehari), kurangkan aktiviti luar, dan gunakan penutup hidung dan mulut jika perlu...korang nak tahu tak tempat pertama kawasan mana? Semestinya Tanjung Malim, Perak diikuti oleh Pelabuhan Klang, Selangor...

Kesimpulannya, ikutlah arahan doktor...jaga kesihatan anda sebaiknya...wassalam~

P/S - Buat warga Linton University College, jom pasang aircond beramai-ramai sebab kipas yang ada ni macam nak tercabut dah aku tengok tapi anginnya tak terasa pun... :'(
Ataupun kita beramai ramai pergi waterfall!! :D

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, May 10, 2011

RINDU, SAYANG, CINTA....





Salam readers~

Malam ni tak tahulah kenapa aku tiba tiba nak emo...maybe sebab tinggal lebih kurang 38 hari sahaja lagi aku akan berada di Linton University College ni...selama 3 tahun di sini, macam macam aku dah lalui...macam macam kawan yang aku kenal...macam macam perangai aku jumpa...macam macam kenangan telah tercipta...

Kalau nak diceritakan, 7 hari 7 malam pun belum tentu akan habis...banyak sangat rasa sayang, rindu dan kasih aku telah tertumpah di kolej ni...buat lecturer lecturer, teman serumah, teman sekelas, teman wataniah, dan juga teman sekolej yang lain...memang aku sayang diorang semua walaupun kadang kadang ada daripada kalangan mereka yang agak annoying gitu tapi aku layankan juga...walaupun aku selalu mengata diorang tapi tetap ada rasa sayang buat diorang...

Dan walaupun aku ni macam berlagak, sombong, kerek, and what so ever, tapi dalam hati aku ada taman...taman cinta dan kasih sayang buat teman teman yang sentiasa di sisi menghibur dan menceriakan hari hariku di sini...tak kiralah kita daripada 'puak' yang berbeza but still, aku sayang korang semua...tak kiralah macam mana pun aku cakap pasal korang, ibarat air dicincang takkan putus...persahabatan ni tetap kekal sampai bila bila, even kalau kita dah tua nanti mesti akan cerita dekat cucu cucu kita pasal kawan kawan kita yang annoying tu... :D

So, dikesempatan yang ada ni...saya, Farah Z ingin meminta maaf atas setiap keterlanjuran kata atau perbuatan saya kepada kalian...memang mulut ni pedas, nipis, tu yang selalu sakitkan hati orang...aku sedar tu semua...so sorry guys [kalau tak nak maafkan pun, tak mengapalah :( ]...aku sayang korang semua, aku akan rindu korang semua, cinta lokasi dalam kolej ni akan sentiasa aku kenang...ngeee :)

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, May 8, 2011

HARI IBU...HARI BAPA...

Salam semua....

Hari ini (8 Mei 2011) adalah Hari Ibu yang disambut pada setiap minggu keduan bulan Mei...dan juga anniversary yang ketujuh bulan bersamamu yang tersayang...

Okey, berbalik pada tajuk entry ni...sempena Hari Ibu hari ni, aku nak wish Happy Mother's Day kepada semua ibu dan bakal ibu ibu di seluruh dunia ni (tu pun kalau diorang faham apa yang aku tulis ni)...dan Hari Ibu bukan sahaja disambut hari ini, sebenarnya...hari hari adalah Hari Ibu dan perlu disambut dan diraikan tanpa mengira jarak dan waktu...untuk meraikannya tidak semestinya dengan makan besar, bagi hadiah besar besar, mahal mahal...tapi dengan ucapan yang hanya disampaikan melalui telefon pun sudah cukup membuatkan seorang ibu itu rasa dirinya dihargai dan diingati...dan bagi anak anak yang jauh dari ibu (seperti aku ni), call lah ibu kita setiap hari (kalau kredit telefon mampu menampung) walaupun hanya 5 minit sahaja kita berborak dengannya...bagi mereka yang sudah kehilangan ibu tercinta, sedekahkanlah Al-Fatehah dan Yaasiin buat rohnya semoga ditempatkan bersama muslimin dan muslimat serta dicucurkan rahmat kepadanya...walaupun ibu sudah tiada, kenangan bersamanya tak mungkin dapat dilupakan...aku tahu perasaan itu walaupun mummy masih ada disisiku...tapi aku pernah kehilangan orang tersayang buat selama lamanya (walaupun dia bukan ibuku)... :'(


Jika bulan ini kita menyambut Hari Ibu, bulan depan pula kita akan menyambut Hari Bapa...dan bagi family aku, bulan depan juga kami akan menyambut ulangtahun kelahiran daddy yang ke-51 tahun...walaupun aku seorang anak yang degil and selalu melawan kata bapaku (walaupun muka aku iras bapaku, tapi aku bukan anak manjanya), my dad tak pernah abaikan aku dan sentiasa memenuhi setiap permintaanku...

Kesimpulannya, hargai dan sayangilah kedua dua ibu dan bapa kita selagi hayat mereka masih ada...walau besar mana pun pangkat dan kedudukan kita, tanpa ibu dan bapa tak mungkin kita akan mencapai semua kejayaan itu...kepada yang sudah kehilangan ibu dan bapa, takziah aku ucapkan...ingatan bersama mereka pasti masih segar dalam ingatan kaliankan?

P/S: Kepada yang nak jadi adik beradik angkat aku, marilah isi borang adoption...parents aku memang ada ramai anak angkat...dan mereka memang mencari anak angkat pun...muehhehee :)

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, May 7, 2011

MALAM PESTA....



Salam semua~

Hari ni aku nak cerita pasal pesta malam mudi mudi (6/5/2011)...semuanya bermula pabila aku dan budak budak rumah aku tersangatlah bosan duduk melepak di rumah...macam biasalah, setiap kali malam Sabtu and malam minggu semestinya bosan berada di hostel ni...bila tengah menikmati keindahan malam hari dekat beranda tu, aku nampak si BKG yang sedang kesunyian...mesti dia pun bosan duduk dekat situ kan...aku pun kesian tengok dia, muka macam nak ajak keluar jer...dengan penuh rasa malu dan segan, aku pun bertanya kepada penjaga BKG...nasib baiklah Cik Puan Muda Nur Aqilah tu pun tak kisah...tapi still aku kesian dekat dia...dahlah penat siang hari dengan kelas dan assignment tak habis lagi, aku pula ajak dia meronggeng...so sorry dear...



Apa apa pun, lebih kurang jam 2200 kitorang sudah terpacak di Alamanda Putrajaya...memang dekat sini jelah pun yang ada mid-night and dekat dengan kolej kediaman kami (what the...)...then, aktiviti mengusha ticket wayang pun bermula...plan memang nak tengok FAST 5 sebab dah lama tak tengok action movie ni...tapi malang sungguh kerana tiket sudah sold out :'(

So, kitorang pun duduklah berdiskusi sekejap... "korang nak tengok movie tak?" Kalau nak tengok pun, yang ada hanyalah cerita seram and membosankan...kalau tengok movie seram tu, kesian dekat Qila nanti...then, plan kedua dibuat...decide nak main bowling pula...pergilah Cik Puan ni mengusha bowling pula...akak dekat kaunter tu cakap, lane kosong hanya ada lepas pukul 11.30 p.m...huargghhh!! Sedihnya...tak ada rezeki rupanya malam ni...

Tapi jangan mudah mengalah yer...so kitorang bertawakkal jelah dengan menu
nggu release time FAST 5 pada jam 2335...fuhh!! Lama juga kena menunggu tu, sementara menunggu tu kitorang makan sikit buat alas perut...kesian, masing masing tak sempat makan pun tadi...duduk duduk borak borak ambil angin dekat luar Alamanda tu, dan masa pun berjalan...almost 11 p.m. kitorang masuk dalam Alamanda semula and duduk duduk sambung cerita dekat dengan kaunter GSC tu...bukan apa, takut nanti tak sempat nak queue pukul 11.35 nanti...



Bukan kitorang saja yang tengah menanti release time tu, ramai lagi muda mudi tengah menunggu rupanya...memang gempaklah kot movie ni sampai ramai yang sanggup menunggu...tengok dekat skrin tu, ticket reserve ada lagi 80 tak diambil...macam ada harapan saja untuk kitorang tengok FAST 5 ni...



20 minit sebelum release time, aku dengan Qila dah siap queue...dengan penuh berharap ni...masa tengah queue tu, ramai dah yang start berbaris belakang kitorang...then, Qila pun buat plan...dia suruh aku beratur dekat depan, dia pula pergi belakang sikit...bukan apa, kalau line tu makin kurang and dah sampai time aku, tapi ticket tak release lagi, kan dah rugi beratur tu...so, kami pun teruskan dengan plan Qila tu...Zureen dengan Fyza pun beratur juga belakang sikit dari Qila...memang desperate ni nak tengok FAST 5, rugi tu kalau datang dari jauh tapi tak dapat apa apa hasil pun...

Luckily, nasib menyebelahi kami...release saja ticket tu, semua orang dok mengusha giliran masing masing...bila tengokkan keadaan kitorang, memang ada 80% ada harapan untuk kitorang dapat tiket tu...dan bila tiba saja masa kitorang, tiket sudah semakin berkurang...seat yang tinggal pun yang depan depan and tepi tepi saja...tak kisahlah asalkan dapat layan movie tu...lepas saja tiket berada dalam genggaman, pekerja GSC tu announce yang tiket hanya tinggal beberap keping and hanya untuk seat berasingan...fuhh!! Bersyukur sangat sangat nasib kami baik malam ni...



Tentang FAST 5 tu memang tak payah aku nak review lah kan sebab tengok daripada barisan pelakonnya pun memang dah gempaq...dan semestinya yang paling gempaq si mantop, sasa, bergetah - THE ROCK!!! Oh, I suka you THE ROCK!!! Badan dia membuatkan aku gila bayang...hahahah :D Memang tak sia sia menunggu dan menanti untuk movie ni sebab overall ceritanya memang best, gempaq habis!! Kereta semuanya cantik cantik, stylo, power power...dapat sebiji macam yang heroin tu drive pun dah cukup buat aku...muahhahahaa :)

Apa apa pun, malam ni kitorang berpesta dalam cinema dengan FAST 5 yang memang 5 starts!! Thanks to Qila and BKG...kerana tanpa kalian, sejarah dan kenangan ini tak kan tercatat~ :D

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, May 5, 2011

HOTEL BERTARAF 5 BINTANG...




Salam semua...entry ni aku update on-the-spot lepas tengok Wanita Hari Ini tadi...korang nak tau apa dia?

It is about the largest 5 stars hotel in the East Coast of Malaysia...the hotel is located in Kuantan, Pahang...for sure lah orang orang Kuantan dan Pahang berbangga dengan adanya hotel ni...daripada apa yang dipaparkan dalam WHI tadi, hotel ni dilengkapi dengan swimming pool, gymnasium, cafeteria, WiFi, etc. Hotel yang mempunyai lebih daripada 500 bilik yang mampu menampung lebih daripada 6 000 orang tetamu ini berketinggian 24 tingkat dan untuk yang suka makan macam aku ni, hotel ni menyediakan lebih daripada 300 jenis menu untuk breakfast...WOW!! Memang rambang perut aku dengar menu yang banyak tu...

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang hotel ni, layari website ini...aku pun dah lama tak pergi Kuantan, rindu pula nak gi sana...lagi best kalau dapat menginap dekat hotel ni bersama family... :D

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, May 3, 2011

CONTEST SEMUA TENTANG 4...

Firstly, thanks to Fatin Nazihah sebab tag aku join ini contest...Korang yg tengah bosan, tak ada kerja nak buat padahal assignments melambak menanti (macam aku ni), boleh lar join contest ni...
Nak tahu lebih lanjut, klik sini yer...




4 PERKARA TENTANG FARAH ZUNNURAIN
  • Anak sulung daripada 3 beradik perempuan
  • Penyayang
  • Suka melayan kanak kanak
  • Pink lover
4 NAMA MANJA FARAH ZUNNURAIN
  • Farah
  • Ain
  • Zuzun
  • Farah Z
4 PERKARA BAIK YANG FARAH ZUNNURAIN LAKUKAN HARI INI
  • Menyiapkan assignment bersungguh sungguh (padahal last minute dah tu)
  • Memasak tapi kuih tak menjadi
  • Tidur (dengan niat merehatkan badan :P)
  • Buatkan roti kaya untuk roomateku - Zureen
4 TEMPAT YANG FARAH ZUNNURAIN TERINGIN SANGAT PERGI
  • Bali (gara gara baca novel apa entah aku tak ingat)
  • Bukit Tinggi, Indonesia
  • Singapore (travel dengan angah saja)
  • Mendaki Gunung Kinabalu
4 BENDA WAJIB FARAH ZUNNURAIN BAWA KETIKA KELUAR
  • Compact powder
  • Lip Ice
  • Purse
  • Handphone (walaupun dah boleh dicampak ke laut sebelah rumah aku tu)
4 PERKARA TERAKHIR FARAH ZUNNURAIN LAKUKAN SEBELUM MENYERTAI PERADUAN INI
  • Chatting di Facebook
  • Melawat blog blog orang
  • Dengar lagu jiwang
  • Tidur
4 ORANG YANG PALING FARAH ZUNNURAIN SAYANG DI DUNIA INI
  • My mom - Taziah
  • My dad - Zulkarnain
  • Angah - Farahin
  • Adik - Farhana
4 JENIS RAGAM MANUSIA FARAH ZUNNURAIN JUMPA HARI INI
  • Junior yang tak hormat senior
  • Mereka mereka yang sibuk membuat assignment
  • Junior yang kerek
  • Orang yang perasan bagus
4 MISI YANG MESTI FARAH ZUNNURAIN CAPAI DALAM TAHUN 2011
  • Loss my weight
  • Get my 'P' licence
  • Graduate dengan pointer yang bagus
  • Get my passport before the end of June (sebab nak pergi melancongkan)
4 TABIAT BURUK FARAH ZUNNURAIN
  • Kasar dalam melakukan sesuatu pekerjaan
  • Degil (seperti yang family dan dia selalu katakan)
  • Buat assignment last minute (memang paling buruk)
  • Pendendam
4 PERKARA YANG FARAH ZUNNURAIN FOBIA
  • Ular (geli dengan kulitnya)
  • Kucing yang hyper kecuali Cora (sebab kena cakar and gigit masa kecil dulu)
  • Jawab call dari nombor tak dikenali
  • Kawan dengan lesbian
4 SEBAB MENYERTAI PERADUAN INI
  • Di tagged oleh kawan saya
  • Menambah entry untuk blog
  • Memeriahkan lagi peraduan ini
  • Mengisi masa lapang (padahal ada assignment lagi yang perlu disiapkan)
5 ORANG YANG FARAH ZUNNURAIN NAK TAG
  1. Nur Indah
  2. Izni Diyana
  3. Faizuddin Ahmad
  4. Nur Amirah@Mia
  5. Kak Niza

OK I'm done...korang pun boleh join contest ni...lai lai!! Sama sama kita memeriahkan contest ni...and now, time untuk aku tidur...wassalam~

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

ASSIGNMENTS, FAMILY, LOVE...


.:: Dato' Sagor - pahlawan kebanggaan negeri Perak::.



.::Gambar 1 dan 2 adalah simbolik buat Tasik Raban, Lenggong, Perak::.

Selamat pagi korang...tetiba pula aku boleh update blog ek pagi ni sedangkan ada class sampai pukul 1 petang...actually, aku 'cuti' hari ni tapi bukan cuti umum, cuti sendirian berhad okey...bukan tak nak pergi kelas tapi assignment aku tak siap lagi, jap lagi nak kena submit, memang malas gilerzz aku nak buat assignment ni semua, mentang mentanglah dah nak habis belajar, terus jadi pemalas...lagi pun penat jalan jauh tak hilang lagi, so memang tak larat nak pergi kelas pagi ni...petang nanti insyAllah aku pergi ek...to Mr. Alfred (my mentor) sorry I tak attend your class, and to Mr. Sukumar too...tapi yang penting assignments yang tergendala semua dah siap...last assignment untuk first round akan di submit Jumaat ni, still ada masa nak chicken dance...muahhaahaha :D

For your info, for the last 2 weeks ago aku memang busy dengan exam, study, assignments, and most important is JPJ Test...agak celaru jugalah schedule aku yang lepas lepas ni, and akan bertambah serabut bulan May ni...mana taknya, abang JPJ tu 'rindu' nak jumpa aku, marah marah aku, then date dengan Mr. Lee pula, and the second round of the assignments will come out...huh!! Nasib baik last week dah balik Perak, at least tenang sikit hati aku memikirkan hal family aku...dan semoga abang saudara aku kuat menempuh ujian Allah ni sebab Dia sentiasa menguji umatNya untuk mengetahui sejauh mana tahap keimanan kita dan aku yakin abang aku mampu bertahan sampai tiba masanya kelak...apa apa pun aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dan ketenangan buat abang saudara aku...





.:: Gambar 3 - Mercu tanda Gerik, Perak::.
.::Gambar 4 dan 5 adalah Resort Tasik Raban yang unik, menarik, cantik, tenang dan nyaman berlatar belakangkan tasik dan gunung ganang::.

Last week aku balik Perak cadangnya nak pergi melawat abang saudara aku dekat Alor Star tapi waktu melawat hanyalah pada hari bekerja so, kami tak boleh melawat dia...tapi tak apa, at least pakcik aku dah melawat dia dan tahu macam mana keadaan dia...and last week juga keluarga aku menerima ahli baru - abang saudara ipar aku (macam pelik jer bunyi)...kakak saudara aku telah selamat menjadi isteri orang...muahhahaaa...ada juga berita gembira buat keluarga aku daripada terus berduka dan menanti...dan yang paling menggembirakan, hampir semua hali keluarga dapat berkumpul bersama di Grik setelah berpuluh puluh tahun tak jumpa...semoga raya tahun ni kami dapat berkumpul lagi seperti kali ini, seronok bila aku tengok makcik aku tersenyum walaupun aku tahu dalam hatinya masih menangis...

Tapi tak mengapa, dugaan ni tak lama...kami sekeluarga akan tetap bersatu walau sebesar mana dugaan mendatang...kerana keluarga adalah segala galanya dan lebih bermakna jika dibandingkan dengan wang ringgit...banyak pengorbanan keluarga aku, makcik pakcik aku selama ni untuk melihat kami semua - generasi ke-4 keturunan Pawang Pok berjaya dan membesar dengan sempurna...dan aku berbangga berasal dari susur galur keturunan Dato' Sagor...

P/S: untukmu yang tersayang, I'm always missing you...walaupun masa dan jarak memisahkan kita, you are always in my heart, you are my soul...

Dari Hati Nuraniku,
fara,,