NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label ingatan. Show all posts
Showing posts with label ingatan. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

SAYANGI DIRI...

Assalamualaikum readers.

Wahhh!! Sangat syok woo ini minggu. Sudah mendapat cinta hati baru. Sayang Asha ketat-ketat. =)

By the way, back to our topic...sayangi diri, jauhi dadah (bukan pasal dadah jer). First of all, aku nak share something yang aku pernah alami. Bukan pasal dadah okey, tapi pasal sayangi diri.

"SAYANGI DIRI SEBELUM KITA SAYANG ORANG LAIN".

You know what I mean? Means that, sebelum kita nak mencintai, menyayangi seseorang, kita perlu sayang diri kita dulu. Kalau kita tak sayang diri kita, macam mana kita nak sayang orang lain? Hahh! Pening tak?? Tak kan. Maksud yang lebih mendalam lagi, tak payahlah kita nak sayang orang lain lebih-lebih sedangkan diri kita sendiri, kita tak sayang pun.



Nak tahu macam mana nak sayang diri sendiri? Begini caranya...



  1. Firstly, manjakan diri dengan bersantai di tempat yang tenang, nyaman dan selesa.
  2. Then, buatlah spa untuk relaxation. 
  3. Next, buat aktiviti yang kita suka macam swimming, baking, watching movies, shopping, etc.
  4. Lepas tu yang paling penting lagi jangan pedulikan orang lain yang annoying, buat apa yg kita suka as long as tak mengganggu orang lain-maksudnya, jaga hati kita sendiri, hati orang lain letak ke tepi dulu. (Boleh pula macam tu? Okey, ni mengarut)
  5. Semua yang di atas ni penting untuk kita bila nak sayangi diri sendiri tapi yang paling penting, kalau nak capai dan buat semua ni, kita kena ada duit! Money is most important thing in order to fulfill everything that we need. So, cari duit dulu sebelum make ourselves happy.
  6. Nak cari duit, kena rajin berusaha dan selalu berdoa. So, sebelum boleh buat semua di atas walaupun dah ada wang, SAYANGI ALLAH DULU. Solat dan banyakkan berdoa kepadaNya untuk hidup yang lebih bahagia dan gembira. 
Dulu, aku memang tak sayang diri aku sepenuhnya. Sebab? Sebab aku lebih sayangkan orang lain berbanding diri aku. At last, orang tu pergi tinggalkan aku sampai aku down gila-gila. Tapi, bila aku ingat Allah, aku dekatkan diri kepadaNya, aku berserah dan berdoa kepadaNya, aku rasa sangat bahagia, tenang dan happy sampaikan hati aku kosong, kosong, kosong (macam lagu Najwa Latif tu). Kosong tak ada fikirkan sesiapa pun yang sebelum ni aku sayang dan cinta. Yang aku fikirkan, macam mana kalau esok, lusa, Allah ambil nyawa aku, Allah tarik nikmat yang diberikan kepadaku, dan yang paling aku takut, Allah ambil ibu, bapa dan adik-adik aku dari aku?? Bila fikirkan semua itu, aku sanggup nyawa aku ditarik dulu sebelum mereka sebab aku sayang mereka lebih dari orang lain. 

So, kepada korang semua, tak payahlah nak in love sangat dengan manusia ni. Sebab perasaan manusia boleh berubah anytime. Semuanya letak pada tangan Allah. Dia boleh tarik segala perasaan sayang dan cinta someone tu dalam sekelip mata saja. So, sebelum korang nak sayang orang lain, sayang diri korang dan family korang dulu. Sebab mereka yang paling hampir dan paling lama bersama dengan korang berbanding cinta monyet, puppy korang tu. 



"Aku tak sempurna. Aku bukanlah seorang yang 'alim, tapi niat aku baik untuk berkongsi dan berusaha menjadi yang baik. Kerana aku juga mengimpikan syurgaNya yang kekal abadi."



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, March 23, 2012

205 TAHUN PDRM...

Assalamualaikum readers. Apa khabar hari ni? Selamat hari Jumaat, semoga semuanya baik-baik saja sayang. =)

Semalam sejarah, hari ini realiti, esok fantasi. Hahaha!! Ignore saja perumpamaan tu. Actually, just nak cakap...



Selamat Menyambut Hari Penubuhan Polis ke-205 Tahun!



I'm proud with PDRM. Aku sangat berbangga kerana moyangku, datukku, dan juga pakcik ku seorang anggota polis, walaupun kini, mereka sudah tiada di dunia ni lagi.

 Sebelum lahirnya mana-mana pasukan keselamatan, polis terlebih dahulu memulakan perjuangan menjaga keamanan di negara ini. Malah, polis merupakan satu pasukan yang penting bagi sesebuah negara selain daripada askar/tentera. Justeru, sewajarnyalah Hari Penubuhan Polis ini disambut pada 25 Mac ini sebagai menghargai dan mengingati jasa dan perjuangan polis selama ini.

*KALAU arwah moyang, datuk dan pakcik aku masih ada, aku nak cakap dekat diorang yang aku sayang dekat diorang dan bangga dengan kerjaya diorang walaupun polis zaman dulu jauh beza dengan polis zaman sekarang. =) 



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, February 12, 2012

NO SMOKING...

Assalamualaikum readers...

>>Betul tak apa yang aku kata ni? Kalau betul cer komen sikit.<<



Perempuan benci lelaki merokok.

Kalau lelaki tu tak merokok memang sangat sweet.

Tapi apa gunanya dapat pakwe yang tak merokok tapi KAKI PEREMPUAN & PENIPU!

So, terima saja pemberian Allah dengan hati terbuka. Yang merokok tu boleh berhenti merokok jika kita sama sama membantunya dan menanamkan azam yang kuat TAK NAK MEROKOK! =)



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, January 3, 2012

DOAKU...

Assalamualaikum...

Start dari malam tadi, wall FB aku penuh dengan status, link, and gambar gambar yang di share mengenai Amalina Che Bakri, best SPM student 2004 tu...aku pernah pergi dengar talk dia masa dekat JB dulu, time tu berkobar gila aku nak score for my SPM...tapi bila dah dengar and tengok berita pasal dia tu, aku jadi takut pula...



Bukan apa, aku pun ada adik yang straight A's dari UPSR, PMR, and SPM level...and now she's studying in Russia...buat masa sekarang, alhamdulillah dia masih berpegang teguh pada tali Allah and hopefully, aku berdoa semoga dia terus kekal berpegang pada tali Allah dan sentiasa ingat akan agama yang dianutinya...takut aku dengar kisah kisah top student yang pandai, bijak, cerdik tapi at last, kecundang dengan budaya dan agama lain...



Allah nak menguji seseorang itu sekejap saja, sekarang dia di atas, tak mustahil satu hari nanti dia akan berada di bawah pula...kalau Allah kata jadi, maka jadilah ia...nauzubillah...so, sentiasalah bersederhana dalam kehidupan...kalau terlalu taksub, angkuh dan menunjuk pun, tak elok juga...



Buat adikku-Nurul Farahin, semoga dikau sentiasa berpegang pada tali Allah, sentiasa mengingatiNya, dan kenanglah keluargamu di sini...tiada apa yang dapat membahagiakan kita di akhirat kelak melainkan iman dan taqwa yang teguh...aku sentiasa doakan kejayaan dan kesejahteraan hidup kamu di sana...we miss you a lot... =')



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, October 18, 2011

SURIA CINTA...

Allah telah datangkan perasaan kasih dan sayang dalam jiwa setiap insan. Tapi kita tak tahu mana satu jodoh kita disebabkan itu, asal ada sahaja lelaki/perempuan yang suka/minat/cintakan kita, cepat sahaja lidah menuturkan kata cinta. Tak lama selepas itu, hubungan yang dibina pun terputus di tengah jalan. Sama ada disebabkan orang ketiga, keempat atau memang sudah tiada jodoh antara pasangan itu. Selepas itu, bertaut semula rasa cinta kepada lelaki/perempuan lain dan perkara yang sama akan berulang sehinggalah mereka bertemu jodoh yang telah ditetapkan oleh Ilahi Ya Rab. Sementara mendapat kebahagiaan yang dijanjikan Allah itu, lumrah bercinta. Sakit putus cinta sudah biasa dirasai. Betah sudah hati ini disakiti dan dilukai semata mata untuk merasa dan mengenal erti cinta sejati. Namun, cinta sejati hanyalah pada Allah Yang Esa dan RasulNya Muhammad S.A.W. Walaupun kita tahu semua itu, tapi tetap mahu mengikut hawa nafsu dan hasutan syaitan. Lumrah manusia dan anak Adam dipermain dan disesatkan oleh syaitan durjana angkara sikap mereka yang berbangga diri dan enggan tunduk pada suruhan Allah. Begitulah seboleh mungkin syaitan menyesatkan umat Muhammad. 

Aku pun turut tersesat dalam kembaraku mencari keredhaan Ilahi. Aku seringkali lalai dan leka dengan suruhan dan larangan Ilahi. Walaupun dilahirkan sebagai Islam, belum tentu seseorang itu beragama. Zaman moden kini, agama hanyalah alat untuk manusia meraih kekayaan, mendapat nama, pujian, menjadi kebanggaan dan pujaan orang lain. Oleh itu, aku tidak mahu menjadi Islam yang hanya pada nama. Aku ingin berpegang pada tali Allah, aku mahu dibimbing tapi bukanlah perubahan drastik yang akan ku lakukan. InsyaAllah sedikit demi sedikit aku akan berubah. Bergantung pada siapa pembimbingku. 

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, Jika kau hilangkan agama dalam dirimu, Hilanglah cintaku padamu"

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, June 27, 2011

REMEMBER THIS...

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang, TETAPI ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang...



Dari Hati Nuraniku, fara,,

Tuesday, May 24, 2011

REMEMBER...

  • "Jangan tinggalkan orang yang kita sayang dan cinta untuk orang yang kita suka"

  • "Kahwinilah lelaki yang mencintai kita sepenuh hati daripada berkahwin dengan lelaki yang kita cinta"

  • Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman manis adalah orang yang hatinya sedang berduka lara. Lalu berkata, "Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanMu ini" sambil mengukir senyuman... ^_^



Dari Hati Nuraniku,
 fara,,

Tuesday, May 17, 2011

SELAMAT HARI GURU YANG KE-40...



.:: Gambar di atas adalah gambar sambutan Hari Guru di sekolahku, SMKKSAB dan juga gambar guru-guru yang telah berjasa kepadaku ::.


'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara'

Itu adalah tema bagi Sambutan Hari Guru ke-40 peringkat kebangsaan yang telah diadakan di Kuching, Sarawak pada tahun ini. Sesungguhnya, jasa, didikan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh seorang guru adalah untuk menjadikan anak didiknya seorang insan yang berjaya dan berguna kepada nusa dan bangsa. Walaupun ibu dan bapa adalah pendidik utama anak-anak, guru juga turut memainkan peranan mendidik di sekolah.

Jika di zaman dahulu, guru sangat disanjung tinggi dan begitu dihormati olah masyarakat, kini situasi itu telah berubah. Ramai dalam kalangan pelajar dewasa ini tidak lagi menghormati para pendidik ini, bahkan ada juga dalam kalangan mereka yang mengherdik, menghina, dan memaki hamun guru semata-mata kerana tidak berpuas hati apabila ditegur oleh guru terbabit. Kereta guru dicalarkan, dipancitkan tayarnya, demi untuk membalas dendam. Apakah wajar sikap sebegini ditunjukkan oleh generasi alaf 21 yang serba maju, moden, dan dikatakan berpendidikan?

Suatu masa dahulu, jika anak-anak dimarah atau ditegur oleh guru di sekolah, ibu bapa hanya mendengar bahkan bersetuju dengan tindakan guru terbabit. Tidak ada kes saman-menyaman kerana mereka tahu apa yang baik untuk anak-anak mereka. Tidak mungkin guru terbabit akan merosak atau mencederakan anak mereka kerana dia hanya ingin mendidik dan mengajar anak terbabit agar tidak menjadi sampah masyarakat suatu hari nanti. Aku juga pernah dimarah dan dirotan oleh cikguku kerana kenakalan ku sendiri. Bahkan disebabkan rotannya itulah aku menjadi manusia kini. Terima kasih Cikgu Ramdzan dan tidak lupa juga buat arwah Cikgu Norlela kerana marahnyalah membuatkan aku sedar daripada zaman nakalku.

Buat semua cikguku di:

  1. Sekolah Kebangsaan Seri Selamat, Sitiawan, Perak
  2. Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Klang, Selangor
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina, Selangor
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Cenderawasih, Kuantan, Pahang
  5. Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor

TERIMA KASIH CIKGU!! Selamat Hari Guru saya ucapkan buat kalian semua. Semoga kerjaya cikgu semua akan terus bersinar demi mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna. Saya sayang cikgu semua. :')

P/S: Salah satu kerjaya yang akan meninggalkan nama sehingga mati adalah guru. Walaupun dirinya sudah tiada atas muka bumi ini, panggilannya sebagai 'cikgu' akan tetap bersemi buat selamanya.

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, March 17, 2011

TSUNAMI 2...

Assalamualaikum, salam membaca buat semua readers...hari ni aku nak share pasal artikel yang sangat menarik untuk pedoman kita bersama...semoga menjadi iktibar dan panduan buat kita...wallahu'alam~



Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:

1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, December 16, 2010

PLAYBOY...

Salam membaca..hari ni aku nak tulis tentang si playboy atau nama saintifiknya kaki perempuan..aku adalah kenal dengan seorang mamat ni, kitorang kenal dalam last year kot, aku pun tak ingat bila..masa mula-mula kenal dulu aku rasa dia ni OK and boleh jadi Mr. Right aku..tapi bila sudah lama mengenalinya, HE'S NOT MY MR. RIGHT at all..memang jauh panggang dari api..

Aku pun agak pelik dengan perangai dia ni yang aku rasa dalam tahun ni sangat berbeza..dulu dia bukan playboy, tapi sekarang for sure and I'm sure he's a playboy..thanks to Allah aku tak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan dia kini atau bila-bila..yang aku nak tahu, kenapa dia jadi macam ni..tukar perempuan macam tukar baju, bulan lepas dengan perempuan lain, bulan ni dengan perempuan lain, bulan depan, tahun depan, macam mana?..kalaupun awak tu handsome, tapi agak-agaklah sikit..jadi lelaki yang setia, penyayang dan jujur..jangan permainkan perasaan dan hati perempuan yang umpama kaca..terhempas ke lantai, hancur punah, musnah, berkecai jadinya..

Ingatan ni juga untuk lelaki-lelaki lain yang ada di atas muka bumi ini..sayangilah wanita yang menyayangimu sepenuh hati dan berikan kasihmu dengan sewajarnya kepada mereka..jangan hanya tahu couple, clash, couple, clash saja..OK readers, I'm done! C U next time..

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, July 10, 2010

20 Tanda Lelaki Jatuh Cinta...

Info ini aku ambil daripada salah seorang teman di Facebook. Thanks. Just nak share dengan readers tanda-tanda lelaki jatuh cinta:-

1. Lelaki akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara untuk kekasihnya dengan rela hati bukan kerana terpaksa atau dipaksa.
2. Lelaki akan sentiasa ingin menghiburkan kekasih hatinya dan berubah menjadi orang yang suka berbual.
3. Lelaki akan kerap menasihati dan memberi pandangan kepada kekasihnya sebagai tanda dia menyayangi kekasihnya itu.
4. Kadangkala lelaki cuba menyekat kebebasan kekasihnya kerana wujudnya perasaan cemburu dan curiga.
5. Lelaki sentiasa berasa takut akan kehilangan kekasihnya.
6. Lelaki tidak menyukai sekiranya kekasih hatinya rapat atau berkawan dengan lelaki lain.
7. Apabila kekasihnya tidak memberi tumpuan sepenuhnya, lelaki akan mudah berasa cemburu dan sensitif.
8. Adakalanya lelaki bersikap seperti keanak-anakan kerana mahukan perhatian dan layanan daripada kekasihnya.
9. Lelaki akan berubah menjadi seorang yang rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.
10. Lelaki mula pandai merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
11. Lelaki akan mula berasa risau dan curiga apabila kekasihnya berjauhan darinya dalam tempoh yang lama.
12. Lelaki akan sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya kerana dia lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
13. Lelaki akan kerap bertanyakan sedalam mana cinta kekasihnya terhadap dirinya.
14. Lelaki tidak akan melayan perempuan lain jika tiada urusan penting.
15. Lelaki akan cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu.
16. Lelaki akan cuba membanggakan kekasihnya di depan kawan-kawan atau orang lain.
17. Apabila putus cinta, lelaki mudah berasa serik dan wujudnya rasa tidak percaya dengan cinta perempuan lain. Pada masa yang sama, dia mengharapkan kekasihnya kembali.
18. Lelaki menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta mahupun nyawa.
9. Lelaki tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya. Tetapi apabila mereka curang ini bermakna kasih sayang terhadap kekasihnya itu belum sepenuhnya.
20. Tidak semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya kerana seorang perempuan.

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, July 2, 2010

PANDUAN ELAK PASANGAN BERLAKU CURANG...

  1. Selalu berpenampilan menarik. Jaga penampilan diri anda walaupun pasangan tidak pernah merungut mengenainya.
  2. Persamaan. Cari pasangan yg dirasakan sama (sekufu), berpendidikan setara dan memiliki pendapatan hampir sama.
  3. Waspada. Jangan ragu-ragu menyiasat jika didapati pasangan berlaku curang.
  4. Menghargai pasangan. Hargai pasangan anda kerana ia akan dibalas dengan kesetiaan.
  5. Komunikasi berkesan. Selalu berbincang dan berkongsi masalah supaya tidak ada perasaan ragu-ragu dan saling mempercayai.
  6. Terima seadanya. Jangan memperbesarkan isu remeh-temeh dan sentiasa menerima kekurangan pasangan.
p/s: Jika pasangan anda masih berlaku curang, segeralah berjumpa kaunselor yg bertauliah..sekian

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, May 18, 2010

NEW MOVIE...

Okay, ni entry khas untuk teman-temanku yg free and sudi temankan aku (especially girls)..disebabkan bulan April dan Mei ni aku terlalulah busy dan bermasalah, aku decide nak release tension awal bulan Jun ni..so, korang-korang yg berkenaan sudi-sudilah temankan aku ke cinema yg berhampiran..kerana aku nak menonton Lagenda Budak Setan dan Kecoh Betul yg bakal menggegarkan panggung 3 Jun 2010..so kita kena rush and hurry siapkan assignment..bukan 1 assignment, tapi 4 assignments OK yg hadir dengan serentaknya..memang sewel sekejap aku dibuatnya..and kepada Mek Re and Mek Za, date kita untuk main bowling pun jangan lupa..pilihlah nak dekat KL, Seremban or JB? I'll follow..dan tak lupa juga kepada teman-teman di SK Port Klang, reunion kita bila yer? Informlah aku cepat-cepat weh..aku tak boleh nak uruskan sebab tu aku serahkan pada Ibob..cepat-cepat decide..jadual aku semakin semak ni..

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, December 18, 2009

HUTANG...

Agak berat sedikit tajuk entry aku kali ini. Mungkin ada yang terasa hati atau terguris perasaan atas apa yang bakal aku luahkan ini. Tetapi, kita semua harus menerima segala kritikan dan teguran tidak kira daripada sesiapa pun untuk kebaikan kita bersama. Konsep hutang ini terlalu meluas. Sama ada hutang budi ataupun hutang wang ringgit. Namun, ianya tetap hutang. Oleh itu, kita harus sedar jika kita ada berhutang dengan sesiapa maka cepatlah selesaikannya kerana khuatir akan timbul perkara berbangkit suatu hari nanti. Mungkin pada sesetengah orang perkara ini adalah remeh.

Tetapi cuba kita fikirkan, andai kita sudah meninggalkan dunia ini kelak dan kita ada berhutang sebanyak 10 sen sahaja dengan rakan kita tetapi hutang itu tidak dihalalkan, bagaimanakah perjalanan kita ke alam barzakh nanti? Adakah kita akan diterima masuk ke syurga sedangkan amalan-amalan kita di dunia banyak tetapi disebabkan hutang yang seciput itu, mungkin kita tidak akan dapat merasai nikmat syurga itu? Hutang boleh menyebabkan keluarga porak-peranda, hutang menyebabkan kawan makan kawan, hutang juga boleh menyebabkan kita berbunuh-bunuhan. Jika ingin dikupas lebih mendalam mengenai hutang ini, terlalu banyak yang dapat dikupaskan. Tetapi, entry kali ini aku hanya ingin mengingatkan diriku serta kalian semua tentang hutang. Jika ada berhutang dengan sesiapa tidak kira berapa banyak dan berapa lama sekalipun, cepatlah selesaikannya. Kalau baju, kasut, beg, dan barang make up kita boleh beli walaupun duit belanja kita akan berkurangan, mengapa tidak kita membayar sahaja hutang yang ada daripada menambah-nambahkan lagi hutang tersebut. Maka fikir-fikirkanlah.

*Jika saya, Farah Zunnurain ada berhutang apa-apa dengan kalian, sila beritahu dan ingatkan saya. Saya juga manusia yang dijadikan oleh Allah dengan berbagai kekurangan. Mungkin adakalanya saya terlupa akan hutang tersebut, maka ingatkanlah saya.


your sincerely,
fara,,