NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, February 9, 2012

CUTI-CUTI MALAYSIA...

Assalamualaikum...

Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah.

Sempena dengan cuti Maulud Nabi dan Thaipusam yang lepas, aku dan family ku telah menghabiskan masa cuti dengan jalan jalan cuti cuti Malaysia. Actually plan nak balik JB, tapi last minute bertukar kepada balik kampung - Tahun Melawat Perak 2012 kan, harussslah balik sana. =)

4 February - Hari ni birthday Si Gedik, petangnya kami gerak balik Teluk Intan dan sampai di sana lepas Maghrib. Sampai saja terus terjah Pasar Malam, beli makanan untuk makan di kampung nanti. Bermalam di Kampung Gajah sebab dah lewat malam sampai sana.



5 February - Bangun pagi dan gerak ke Teluk Intan ambil daddy di Hotel Anson. Aku dengan Si Gedik lepak lepak dekat Pasar Tani and Pasar Minggu cari apa yang patut. Tak sangka pula ada perarakan Maulud Nabi dekat Dataran Menara Condong tu, so tengok tengok kejap orang berkumpul dekat sana. Lepas breakfast and shopping apa yang patut, gerak ke Kampung Sungai Tukang Sidin sebab hari ni nak lunch dengan Paksu and Maksu. 

Lepas lunch kami gerak ke Sitiawan and Lumut. Baru berapa bulan tak datang sini, macam macam dah berubah. Tengok rumah dekat Sitiawan, then gerak ke Lumut untuk shopping lagi. Sampai kampung around 10 p.m. Sangat penat seharian berjalan.





6 February -  Bangun pagi get ready nak ke Ipoh ke rumah Achik sebab cousin aku kahwin hari ni. Sampai Ipoh pergi shopping dulu then baru pergi rumah Achik. Lepas selesai acara around 4 p.m., gerak ke Cameron Highlands konvoi 3 buah kereta. Sampai dekat atas around 5 p.m. jalan jalan shopping lagi. Banyak juga duit aku habis kali ni. Semuanya gara gara rambang mata. Sangat selesa berada di atas ni sebab suasana sejuk dan nyaman. Nak berwudhuk pun rasa tak sanggup sebab air sesejuk air dalam fridge tu. Bulan July I'll come here again. =)



Gerak turun ke bawah, jalan jammed di Tanah Rata sebab ada Pasar Malam. Gila best dan panjang Pasar Malam dekat sini. Nasib baik tak berhenti, kalau tak melayang lagi duit aku. Rambang mata tengok barang barang yang dijual dekat sana, bestnyeee kalau dapat tidur 2, 3 malam dekat sini. Tapi kena balik kampung semula sebab datang sehelai sepinggang saja. Sampai Tapah around 10 p.m. pekena Mee Rebus Tapah, marvelous!! Sampai kampung around 12 a.m. dalam kepenatan.

7 February - Bangun pagi ke Kampung Gajah. Jumpa family semua di sana, gerak ke Chikus kutip buah rambai dan balik ke kampung. Lunch ramai ramai di kampung before gerak balik Shah Alam.


Sangat padat jadual aktiviti aku apabila pulang ke kampung. Tiada sedikit pun masa lapang untuk dibuang. Itulah yang menyebabkan aku suka sangat berjalan, tak suka duduk diam. Wajib jalan jalan tiap kali balik Perak. Jalan jalan melawat sanak saudara dan shopping. =)

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, February 3, 2012

IMPIAN DAN HARAPAN 2012...

Assalamualaikum...

Bersempena 03021012 pada usia 22 tahun ini, aku dah sediakan wishes aku untuk tahun ni:


  1. Tukar IC baru. HARUSSSLAH sebab dah pindah Selangor.
  2. Cari kerja sementara atau tetap lepas pindah rumah baru.
  3. Beli MyVi idaman kalbu umpama Spongebob kuning yang manja tu.
  4. Buat passport before June/July.
  5. Melancong bersama sisters.
  6. Nak buat amal banyak banyak umpama esok aku akan mati.
  7. Nak tambah banyak kawan dan buang musuh.
  8. Tak nak couple couple lagi, nak terus nikah saja.(statement GEDIK!)

I'll try my best to be a good daughter, sister for my family. I'll try my best to be a good follower for my prophet - Muhammad S.A.W. and a good servant of Allah. I'm not looking to be a perfect one because nobody's perfect and ONLY ALLAH is perfect. So, don't try to find a perfect partner if you're not perfect too, appreciate what you already have before Allah take him/her away from you. I've learnt to love and appreciate what I have now, and I don't want to lose him. I pray to Allah everyday and night to have him for my future and the day hereafter. I want to live forever with him in Your Jannah. Insya Allah.


-okbai-

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, February 2, 2012

HARI TERKAHIR 21 TAHUN...

Hari ni, aku masih 21 tahun 11 bulan 29 hari.


Esok, angka akan berubah menjadi 22 tahun pula.
Dan orang pertama yang sudah wish birthday aku adalah Encik Suhaimee yang dah macam abang merangkap 'pakcik' aku. HAHAHAA!!
Sorry lar bro, tapi memang macam pakcik pakcik pun sebab dah tua. =P
Dia ni muka ada ala ala NURSHAHRUL IDLAN TALHA, sebab tu suka perasan kalau aku panggil dia Mat Yo.
Dengan dia ni memang aku boleh tahan, dia cakaplah apa pun, aku tak akan ambil hati.
Dan dia pun banyak nasihatkan aku, tegur apa yang perlu aku buat.
Terima kasih Encik Suhaimee. Tak sangka dah dekat 4 tahun kita berkawan ya.
Disebabkan awak orang Melaka, memang kepala awak boleh masuk air macam kepala saya juga.


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

JANGAN UNDANG BALA ALLAH...

Assalamualaikum...

Kejadian pada malam hari Selasa, 31 Januari 2012.
Sempena penutup bulan January, HTAR, Klang telah mengadakan forum perdana yang bertajuk "Jangan Undang Bala Allah".


Sangat tersentap, insaf dan takut dengar ceramah daripada ustaz ustaz yang memang hebat dan famous ini.
Ahli panel terdiri daripada Ustaz Dzulkarnain Hamzah (Pengacara Rancangan Imam Muda), Ustaz Halim Din, dan  Ustaz Haslin Baharin (Penceramah di TV3).
Memang mantap dan best ceramah mereka ni. Masa dua jam sangat tidak mencukupi. Kalau boleh, aku nak diorang berceramah selama 5 jam sebab banyak benda yang masih tak terungkap.
Banyak ilmu dan pengajaran yang aku dapat daripada mereka.
Terima kasih Ya Allah kerana masih memberikan aku peluang untuk membersihkan hati aku.

CONCLUSION: Sebagai seorang Muslim, kita wajib menjaga Agama, Nyawa, Harta, Nasab dan Akal. So, sebelum melakukan sesuatu, fikirkan agama yakni takut dengan Allah. Sekiranya kita menjaga Allah nescaya Allah pun akan jaga kita. 

Sempena Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1433H bersamaan 5 February 2012, aku nak celebrate birthday Nabi Muhammad S.A.W. dan juga birthday aku di JB nanti.
Aku nak sambut maulud nabi dan birthday aku tahun ni kerana Allah, kerana Islam.
Syukur kerana aku berpeluang untuk menikmati hidup pada usia 22 tahun.
Terima kasih Ya Allah. =')

.:: Baju kurung ni telah berusia 10 tahun. Masa Darjah 6 kot aku buat baju ni ::.


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, February 1, 2012

WELCOME TO FEBRUARY...

Assalamualaikum...



Hey readers! Welcome to February! Month of happiness, joyful, and grateful for me, for her, for him, for you and for us - those who celebrate their birthday on February only. =)

And for your info, this year, February has 29 days - its a leap year guys! Which is coming only once in four years time. Hopefully, 2012 will give us prosperity, happiness and a good health.  



Dari Hati Nuraniku,
fara,,