NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, March 22, 2012

BOLEH PERCAYAKAH???

Assalamualaikum readers.

Hari ni tetiba aku rasa nak update pasal life. Bukan life aku tapi pasal kehidupan zaman sekarang ni. Pernah tak korang terfikir, orang yang korang nampak baik, sopan, hormat orang tua tapi sebenarnya hanya pura-pura? Itulah hakikatnya zaman sekarang ni. Susah kita nak cari orang yang betul-betul jujur dan ikhlas menghormati orang lain dan dalam hati tu berniat baik saja. Tengok muka memang baik tapi belum tentu hatinya juga baikkan? Kalau dalam bahasa kasarnya, syaitan bertopengkan manusia. 

That is what I mean. Apa yang kita lihat tak sama seperti apa yang tersirat. Contohnya, depan parents kita, si dia sangatlah bersopan santun umpama pijak semut pun tak mati. Lepas tu, dalam Facebook siap post something yang berkaitan dengan agama, ala-ala Islamic gitu. Manalah hati wanita tak terpaut dan jatuh sukakan bila dapat lelaki macam tu. Tapi, bila dah kenal lama, dah tahu hati budi masing-masing, goshhhhh! Jauh panggang dari api rupanya si jejaka ini. Sangat tidak menggambarkan dirinya yang Islamic dalam laman sosial itu. 

What to do? Bila hati dah sayang, telan saja walaupun pahit. Then, lepas nikah kahwin semua, jadilah pula kes cerai-berai. Masa bercinta dulu tak nak cerai awal-awal, bila dah ada anak sorang dua, barulah sibuk kata tak ada persefahamanlah, lelaki kaki pukullah, kaki perempuanlah, itulah inilah. Lumrah hidup dalam dunia serba moden dan canggih sekarang ni. Semakin meningkat kes perceraian di Malaysia dari sehari ke sehari. Inilah yang aku takut sangat bila orang sibuk bercakap pasal nikah kahwin ni. 

Kalau aku, aku mahu perkahwinan yang aku bina kekal bahagia sampai aku mati dan seterusnya, suami aku tu jadi pendamping aku di Syurga kelak. Tapi, disebabkan banyak sangat kes-kes perceraian sekarang ni, aku jadi takut nak fikir pasal hidup berkeluarga. Sangat tidak suka kalau ditinggalkan oleh orang yang kita sayang tambahan pula dengan status Mak Jan! Oh mennn! Tak eh aku menjanda, lebih baik single terus jer =)



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, March 20, 2012

PUTRA BLOG FOLLOWER...

Nak bangga sekejap... =)



Aku memang suka baca kisah kisah kerabat diraja. Terutama sekali kerabat Perak Darul Ridzuan dan Pahang Darul Makmur. Terima kasih kepada Putra Blog sebab membawakan berita berita dari istana untuk bacaan umum.


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

EXPRESS...

ALHAMDULILLAH, syukur pada Allah sebab pertemukan jodoh kamu dengan dia. Tahniah saya ucapkan. Tak lama lagi kamu akan naik pelamin. Semoga Allah merahmati bahtera rumahtangga yang dibina. Jadilah suami yang terbaik buat isterimu dan bapa yang berguna buat anak anakmu. Aku tahu kamu baik cuma notty sikit saja, so didiklah anakmu baik baik supaya menjadi anak yang soleh dan solehah. Tahniah sekali lagi, status bujang akan bertukar kepada suami orang. Semoga kekal ke hujung nyawa, maybe hadiah perkahwinanmu akan menyusul nanti. =)

*Dedicate to my ex boyfie and his future wife. (Ex yang paling lama bertahan walaupun macam macam hal mendatang)...




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

The Long Distance Relationship





Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, March 19, 2012

FAKE...

FAKE RELATIONSHIP! Yes, it's true. Aku terpaksa buat macam tu supaya tiada sesiapa mengharap pada aku lagi sebab aku tak mampu nak mencintai dan menyayangi lelaki lain selain dia. Susah sangat nak lupakan walaupun almost a year. I miss him damn much! 

Memanglah aku ni nakal sikit, suka sangat berkawan dengan ramai boy friends tapi tu semua KAWAN LELAKI, bukannya special macam awak. Dalam hati saya ada awak saja, sebab awak tak sama dengan lelaki lain. Awak sangat jauh bezanya. Sebab awak tinggi sangat! Heee =D

Apa apa pun, aku hanya nak cakap yang aku masih SINGLE, belum TAKEN lagi. Jangan risau, perjalanan masih jauh, aku ada banyak masa nak men searching pemilik tulang rusuk yang aku 'ambil' ni. Doa doakanlah aku bertemu dengan dia yang betul betul pemilik sebenar tulang rusuk itu, dan biarlah dia tu orang yang kenal dan rapat dengan aku sebab aku sayang orang orang yang dekat dengan aku, susah untuk aku membenci seseorang yang aku dah sayang. DAMN!! Itulah kelemahan aku, tersangatlah penyayang. Susah nak tanam rasa benci dalam diri ni. 

Pasal FAKE RELATIONSHIP tu, cukuplah sekadar suka suka untuk aku mengelakkan diri dari jatuh hati dengan sesiapa lagi. Bak kata pepatah yang aku cipta: "SINGLE IS FUN!" Jom ramai ramai jadi single and enjoy life puas puas. Dunia ni luas, jauh perjalanan luas pemandangan, so jomlah kita jalan jalan kumpul ilmu dan kenalan dulu sebelum tetap pada sesuatu tempat dan hubungan. Am I right? 



Dari Hati Nuraniku,
fara,,