Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ”Sesiapa yang memberi tangguh kepada orang yang tidak mampu membayar hutangnya atau mengurangkan bayaran jumlah hutangnya, nescaya Allah menaunginya di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah.”
Riwayat Muslim dan Imam Ahmad
Huraian Pengajaran hadith: i)Kita hendaklah mengelak daripada bersikap suka berhutang sebaliknya amalkanlah sifat ‘qanaah’ iaitu bersyukur dan redha dengan apa yang ada dengan memastikan bahawa keperluan tidak melebihi kemampuan sehingga terikat dengan hutang. ii)Sebaik-baiknya sebelum berhutang, buatlah pertimbangan yang wajar sama ada sesuatu kepentingan itu merupakan keperluan yang mendesak atau sekadar keinginan untuk berlagak kerana hutang yang tidak mampu dibayar akan mendatangkan kemudaratan di kemudian hari. iii) Setiap yang dinamakan hutang wajib dibayar walau sekecilmana pun ia dan dengan siapa pun ia berhutang termasuklah dengan orang kafir. Malah dikira berdosa bagi orang yang berniat tidak mahu membayar hutangnya iv) Membebaskan hutang orang yang susah atau mengurangkannya merupakan satu perbuatan yang terpuji dan ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T .
“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.”
Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.
WanitaMananah:
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; “Aku membuat itu keranamu”
Wanita Hananah:
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah:
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah:
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya. 2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah:
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan.
Assalamualaikum sahabatku. Malam ini, air mataku menitis lagi. Aku tidak tahu mengapa begitu cengeng aku pada minggu ini. Mudah sungguh air mata ini menitis bukan kerana sesiapa, tapi kerana diriku, kerana Allah s.w.t. Kerana kasihku padaNya, aku turuti segala suruhanNya, aku pasti akan janjiNya padaku. Aku yakin akan cinta dan kasih sayangNya padaku. Jika tidak masakan dia memberi aku peluang untuk berubah dan bernafas lagi pada hari ini? Masih memberikan kesihatan tubuh badan untuk aku terus beribadat kepadaNya. Terima kasih Ya Allah. Insya allah, aku tidak akan pernah melupakanMu. Bantulah aku mencapai keredhaanMu. Bimbinglah aku, doakan istiqamahku ini tidak berhenti di tengah jalan. Aku memerlukan kasih sayangMu Ya Allah untuk aku terus hidup dan beramal di duniaMu ini.
"Untuk mendapatkan cinta, kita kena korbankan cinta. Percayalah, setiap perbuatan untuk mengelak daripada yg tak baik (ber'couple'), Allah tidak akan mensia-siakan pengorbanan dan ketaatan kita", itulah kata-kata semangat dan dorongan yg aku sering dengar dari mereka-mereka di sekelilingku.
Aku ingin kongsikan serba sedikit kisah yang membuatkan aku menitiskan air mata di tengah malam ini.. SILA KLIK.
Seperti yg aku pernah katakan dahulu..aku juga tidak sempurna, pernah melakukan kesilapan..aku memohon seribu kemaafan kepada sesiapa yg berkenaan andai tingkah laku dan tutur kataku sepanjang perkenalan kita banyak menyakitkan hati..aku cuba untuk berubah tetapi sedikit demi sedikit..jangan dipersoalkan perubahanku ini kerana "nasib sesuatu kaum tidak akan berubah melainkan mereka sendiri yang mengubahnya", seperti yang difirmankan oleh Allah. Doakan perubahanku ini berterusan dan hijrahku berjaya. Wassalam..
Selepas membaca suatu kisah mengenai ber’couple’ itu haram, hatiku berbelah bahagi. Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Adakah aku patut melepaskan semua perasaan cinta kepada insan yang bernama kekasih? Bagaimana aku boleh meneruskan hidup ini tanpa cinta kepada lelaki? Sesungguhnya fitrah wanita dijadikan untuk disayangi tetapi kasih sayang yang diredhai adalah kasih sayang yang halal di sisi Allah s.w.t. Aku sedar, aku sudah banyak terjebak dengan mainan perasaanku sendiri. Aku sudah terjebak ke lembah maksiat (maksiat tangan, kaki, hati, mata, mulut, telinga) sejak aku mengenal cinta. Namun, seperti bait-bait lagu Insyaallah daripada Maher Zain yang berbunyi,
“Setiap masa apabila kamu merasakan kamu tidak boleh melakukannya,
kamu terasa seperti kehilangan, kamu keseorangan,
hanya kelihatan kegelapan malam yang menyelubungi,
kamu terasa lemah sehingga tidak dapat memilih jalan mana yang harus dituju,…
… setiap masa apabila kamu melakukan kesilapan,
Kamu rasa kamu tidak boleh bertaubat dan ianya sudah terlambat,
Kamu keliru sehinggakan membuat keputusan yang salah,
Menghantui minda dan hati kamu penuh dengan perasaan malu,
Jangan berserah dan berputus harap, kerana Allah sentiasa berada di sisi…”
Lagu ini memang banyak memberi kesan dalam hidup aku. Lagu ini juga telah memberikan aku kekuatan untuk meninggalkan seseorang. Maafkan aku kerana terpaksa membuat keputusan ini. Aku tidak mahu derhaka lagi kepada Maha Penciptaku. Biarlah apa yang kamu mahu perkatakan kerana Dia lebih mengetahui daripada semuanya. Bukan mudah untuk aku melepaskan kamu, melepaskan tugu cinta kita, tapi sedarlah bahawa jodoh, pertemuan, ajal, maut, semuanya ditentukan Allah dan jika jodoh kita dipertemu dan di permudahkan, insya allah kita akan bersatu jua nanti. Berdoalah semoga hari yang dinantikan itu tiba dan kita dapat bertemu semula. Hati ini tetap menyayangimu. Jangan pernah meragui kasih sayangku selama ini. Walaupun banyak dugaan yang kita tempuhi, selalu bertengkar, tapi kamu tetap yang ku sayang. Aku akan tetap pegang pada kata-kataku. Segalanya ku serahkan pada Dia kerana Dia Maha Mengetahui. Betapa berat hati ini untuk melepaskanmu, tetapi kerana Dia aku terpaksa juga melepaskanmu. Aku mahu mencari keredhaanNya dalam hidup ini kerana itulah tujuan asal kita semua dijadikan di dunia ini-untuk mencari keredhaanNya yang hakiki untuk hidup bahagia di Taman-taman SyurgaNya kelak. Insya allah.
P/S: Ketahuilah kamu bahawa semasa aku sedang menaip entry ini, hatiku pilu sekali..tangan seakan-akan kaku untuk menaip tapi aku terpaksa..peganglah pada janjiku, kerana semuanya di tangan Ya Rabbi..semoga kamu terus dengan kehidupan seperti biasa walaupun tanpa aku disisi..
satu hadis mengatakan...
"jika seseorang hamba Allah menahan keinginannye dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal"
Salam..entry kali ni aku agak emo sikit..bukan apa, aku geram + bengang bila ada orang cakap askar wanita ni kasar + ganas..bukan seorang dua yg berkata begitu tapi sudah ramai yg aku jumpa..and yg berkata begitu bukan perempuan tapi lelaki..fine, memang pada luaran korang tengok kitorang ni agak macam kasar tapi dalaman kitorang tak macam tu..kitorang tetap wanita yg dikurniakan naluri keibuan, kelembutan dan kesopanan..
Don't judge a book by its cover..mind your mouth before saying something and don't think that all teachers or nurses are good, kindly, soft because I've seen many of them without all those criteria..mak aku kerja dekat hospital so aku dah tengok ramai nurse yg kasar dengan patient eventough aku pun pernah dilayan kasar oleh mereka..so, go to hell siapa yg tak setuju dengan kata-kata aku..sekasar-kasar aku ni taklah back stabbed and perampas..dan sekasar-kasar aku ni tahu lagi hormat orang tua and bukan hipokrit..kalau korang tak suka dengan perempuan kasar ni jangan cuba dekati dan jauhkan diri korang..aku pun tak hairan and tak kisah kalau tak kenal dengan korang..
Banyak lagi benda aku boleh buat dan belajar..tak ada masa nak layan orang yg tak tahu menilai and hargai wanita..one more thing, kalau nak cakap tu lain kali pandang-pandang..jangan nak main cakap lepas, tahulah mulut tu tak ada insurans sebab tak laku pun..huh!!