NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, December 29, 2011

MY SUNSHINE...

Assalamualaikum...

Hari ni agak penatlah juga sebab sibuk buat kerepek. Cadang nak pergi Mid Valley arini tapi cancel lah atas masalah teknikal semalam. =)

Masa aku tengah sibuk buat kerepek tadi, tiba tiba aku terfikir pasal kenduri kahwin. Almaklumlah sekarang ni musim orang nikah kahwin semua. So, aku tiba tiba teringat kata kata abang sepupu aku, "Tahun depan Yong pulalah kahwin." Masalahnya, kenapa mesti aku? Sedangkan ramai lagi abang abang dengan kakak kakak sepupu aku yang belum nikah lagi. Apasal nama aku pula yang naik? 

Sedih okey bila semua orang sibuk doakan jodoh untuk aku tapi aku tak ada feel dah nak mencari cinta. So, kepada cousin aku tu, insya Allah aku akan nikah bila anak anak saudara aku dah cukup 5 orang nanti. Maknanya lagi 5 tahunlah tu. Hahahahaaaa =D

Ada hati nak kenakan aku ek. Bak mai lah anak buah lagi 3 orang baru aku nikah. Dah ada 2 orang anak buah sekarang ni pun, aku rasa diri macam dah tua pula. Apatah lagi bila dah ada 5 orang nanti. Oh tidak, Mak Long?!! Tuanya diri ini, padahal baru nak masuk 22 tahun. Still muda, single, available okey. =)

Introduce, my newly born niece: NUR AUNI QASRINA AZLAN




Nyenyak sungguh dia membuta, sehingga membuatkan aku geram yang teramat sangat. Dek kerana kejahatan yang ada dalam diri, aku pun cubit cubit, cium cium pipi dia sampai dia terjaga dari lena. Tapi aku still tak puas hati sebab dia tak menangis, apa lagi makin giat aku kacau dia sampai dia menangis. Tapi tak cukup kuat pula dia meraung. Hahahahaaa!!! Gila jahat mak long ko ni kan Auni. 

Apa apa pun, mak long sayang Auni sangat sangat tau. Nak tau sebab apa? Sebabnya, Allah berikan Auni pada mak long selepas hati mak long disakiti, dilukai oleh mereka mereka yang tak bertanggungjawab. Benarlah kata orang, Allah sorokkan matahari sebab Dia nak beri kita pelangi yang indah. Dan Auni adalah pelangi yang menceriakan hidup mak long. =')

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

LIFE IS SIMPLE...

Life is simple, Don't make it complicated =)





Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, December 27, 2011

Y.E.S.

Y.E.S.
Yesss!! Akhirnya terlepas juga stress aku...
Hilang apa yang terbuku bila dapat membeli belah di Sogo...
Tak kisahlah habis beratus pun janji aku happy...
Walaupun jalan seorang diri, jadi lonely girl, single lady, tapi aku tetap happy...


Cadang nak shopping dekat Times Square and Sungei Wang, tapi bila dah alang alang di Sogo, terus saja shopping sana...
Boleh dipujilah pengurusan Sogo, sangat friendly and menghargai customer...
Sampai saja di Sogo, sudah diberi teh susu sementara menunggu pintu masuk dibuka...
Then bila dah melangkah ke dalam Sogo, kami di sambut dengan senyuman dan ucapan selamat...




Apa apa pun, rasa lega dan lapang dada aku bila dapat shopping...
Macam dah lama saja tak shopping...
Padahal baru saja shopping kasut Ahad lepas, minggu bulan lepas pun dah shopping kasut...
Tapi sebenarnya, aku dah lama tak shopping baju and seluar...
So, itulah yang aku sibuk merayap KL hari ni...






Dari Hati Nuraniku,
fara,,

CONGRATULATION UNCLES!!!

Assalamualaikum...

Apa khabar hari ni?
Macam dah lama saja aku tak update blog ni...
Agak agak dah bersemut tak?

Apa apa pun, tahniah buat pakcik pakcik aku kerana telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka minggu lepas... (23-25 Dis)
Aku pun tak melepaskan peluang meraikan hari bahagia mereka...
Disebabkan itulah aku tidak berada dalam talian untuk beberapa hari...
Almaklumlah, dari Selangor masuk ke Perak, seberang jambatan masuk ke Kedah pula, tahu tahu sudah keluar dari Penang...


Walau macam mana sekali pun, my family is the best family in the world!
HIDUP FAMILY 69!!!
Rumah nenek aku dah macam kedai jual kereta saja...
Penuh laman rumah dengan kereta family members SAHAJA...
Kereta para jemputan pun tak boleh masuk kawasan rumah kami sebab memang full...
Tahniah buat pak cik aku: Zaidi dan pasangannya Hieda...




Di Kedah pun sama juga, family members sahaja sudah penuh rumah...
Ditambah dengan para jemputan, memang happening sangat majlis walimatul urus ini...
Cuaca sangat baik sepanjang majlis berlangsung...
Semua happy dan kenyang disajikan dengan menu yang best best...
Tahniah buat pak cik aku: Zhahid dan pasangannya Noora...


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, December 25, 2011

REVIEW...

Assalamualaikum...

Okey, hari ni aku nak review impian aku untuk tahun 2011 ni sama ada tercapai ataupun tidak...



  1. Aku nak graduate dengan pointer 3.5 ke atas...Hasilnya: aku grad dengan pointer 3.18 sahaja...
  2. Mendapat lesen P yang dah lama tertangguh...Hasilnya: alhamdulillah, aku berjaya juga mendapatkannya...
  3. Mendapat pekerjaan yang sesuai, halal dan dekat dengan family...Belum berhasil, masih dalam proses...
  4. Berkumpul bersama mummy, daddy, angah dan amy...Hasilnya: kami gathered masa Syawal yang lepas...
  5. Holiday ke Indonesia/Singapore/Thailand bersama family...Belum berhasil sebab passport tak buat buat lagi...aku sangat malas kalau kena beratur panjang berjela semata mata nak buat passport menyeberang jambatan sebelah rumah tu saja...

Conclusion: Daripada 5 impian aku untuk tahun 2011, hanya 3 yang BERJAYA. Oleh itu, impian yang tidak berjaya akan di bawa ke tahun 2012 pula. Insya ALLAH, Allah sentiasa mendengar doa hambaNya.

*Aku mungkin berada di Perak atau Kedah hari ni...

Dari Hati Nuraniku,
fara,,