NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, December 11, 2009

PEMBAZIRAN...

Pembaziran merupakan amalan syaitan. Allah s.w.t. tidak menyukai orang yang suka membazir, dalam erti kata lain boros. Pembaziran merupakan satu kerugian sama ada dalam bentuk wang ringgit mahupun barangan. Terdapat pelbagai jenis pembaziran yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kita seperti makanan, wang, dan masa.
  • Pembaziran makanan
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa negara Malaysia memang kaya dengan pelbagai hasil pertanian dan makanan. Tetapi, segelintir daripada rakyatnya masih tidak menghargai pemberian Allah ini. Banyak makanan yang terbuang begitu sahaja terutamanya dalam bulan Ramadhan. Tidakkah anda terfikir bagaimana nasib golongan miskin yang hidup merempat, susah tanpa makanan sedangkan hidup anda kaya dengan makanan, malah berlebih-lebihan? Jika suatu ketika dahulu ibu bapa akan memaksa anak-anak yang masih kecil supaya jangan membazir dan menghabiskan makanan mereka kerana jika tidak dihabiskan, makanan tersebut akan menangis (lebih kurang macam itulah, kononnya tidak mahu anak itu membazir). Tapi kini, mereka tidak mengikut kata-kata yang tidak logik kerana anak-anak kini semua sudah celik IT dan bijak-bijak belaka. Jadi siapa yang harus dipersalahkan? Kesan daripada pembaziran ini tapak pelupusan sampah di Malaysia semakin berkurangan. Malahan, tidak ramai rakyat Malaysia yang sedar akan kepentingan kitar semula. Hal ini juga harus diambil berat kerana kita tidak mahu generasi hadapan hidup dalam pulau sampah yang kita tinggalkan.
  • Pembaziran wang
Wang. Siapa yang tidak mahu wang? Semua orang mahukan wang, malah ada yang tidak cukup-cukup wangnya dan sering kesempitan. Pembaziran wang boleh dilihat melalui cara kita berbelanja. Walaupun ekonomi agak merosot dalam beberapa bulan kebelakangan ini, tapi tidak sedikit pun menghalang kita untuk berbelanja. Malah, Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia juga semakin menggalakkan rakyat untuk berbelanja. Selain itu, Year End Sales (YES) yang hanya berlangsung pada hujung tahun dimusim cuti persekolahan juga membuatkan kita semakin teruja-uja untuk berbelanja termasuk juga aku. Tetapi, berbelanja biarlah berpada-pada. Beli barang yang perlu dan mustahak sahaja mengikut kemampuan kita. Jika wang yang ada hanya cukup untuk belanja harian selama sebulan, janganlah berlagak kaya seperti orang yang mampu dengan membeli-belah sampai tidak ingat dunia dan akhirnya diri sendiri yang gigit jari kerana sudah tidak ada wang untuk belanja harian sehingga cukup bulan kelak. Jadi, fikir-fikirkanlah.
  • Pembaziran masa
Masa itu emas. Jika emas, maka sudah banyaklah ketika membazirkannya begitu sahaja. Jika sehari ada 24 jam, dan daripada 24 jam itu, hanya 7 jam kita gunakan untuk belajar, 8 jam lagi untuk tidur dan waktu makan, jadi yang selebihnya tinggal 9 jam. Jika 9 jam dalam sehari itu kita buang dengan hanya melakukan aktiviti tidak berfaedah, didarab dengan 7 hari menjadi 63 jam, didarab pula dengan 4 minggu menjadi 252 jam, dan darab pula dengan 12 bulan menjadi 3024 jam. Andai kata masa itu emas, maka kita sudah membuang 3024 syiling emas begitu sahaja dalam setahun. Jika emas-emas ini ditukar nilainya dengan RM, bayangkan sudah berapa banya kita bazirkan emas itu? Rugi sungguh emas yang bernilai itu hanya dibuang begitu sahaja tanpa diguna dengan betul. Jadi, masih tidak sedar-sedar lagi kawan-kawan??

Disebabkan pembaziran ini semua, rakyat Malaysia sudah tertinggal jauh di belakang berbanding dengan negara jiran, Singapura. Ya, memang benar Singapura merupakan sebuah republik yang kecil malah penduduknya juga tidak seramai rakyat Malaysia. Jadi tidak sukar bagi mereka untuk membangun dan maju. Tapi, terfikirkah anda, dengan bilangan rakyat Malaysia yang padat kini, kita juga boleh membangunkan negara dengan keringat kita sendiri. Bahkan, kita juga boleh menjadi lebih maju dari negara lain andai tenaga manusia yang ada digunakan dengan effisyen. Kita tidak perlu mengimport tenaga kerja asing ke Malaysia yang hanya menambahkan kerugian kepada negara. Selain itu harus diingat, Singapura juga adalah sebahagian daripada Malaysia suatu ketika dahulu. Malah, rakyatnya juga berbilang kaum seperti Malaysia. Tetapi, pandangan mereka berbeza berbanding rakyat Malaysia. Mereka begitu komited untuk membangunkan negara sehingga capai ke tahap yang boleh dibanggakan dan dikenali di seluruh dunia walaupun hanya sebuah pulau kecil.

(Apa yang aku tulis ini hanyalah pandanganku daripada kaca mataku sendiri. Tidak bermaksud menyinggung mana-mana pihak. Cuma, fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.)

your sincerely,
fara,,

No comments: