NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Thursday, January 31, 2013

NEW YEAR 2013...

Assalamualaikum...

I'm a bit busy lately, not much time to update this blog. But, for sure I'll never ever leave this hobby, I love writing. So, just layan gambar new year celebration aku dengan geng-geng office ni. =)




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, December 30, 2012

LAST...

Assalamualaikum readers.

Kurang dari 48 jam sahaja lagi kita akan meninggalkan tahun 2012 dan melangkah ke 2013.
Apa kenangan dan saat manis yg korang lalui sepanjang 2012 ni?
For me, even though ada saat sedih yg aku lalui dalam tahun 2012 ni, tapi saat-saat manis dan happy lebih banyak untuk aku kenang. =)

Sejujurnya, aku sangat happy dengan life aku sekarang. Sehinggakan colleagues aku boleh perasan perubahan aku sekarang. Semua cakap muka aku berseri sahaja. Of course berseri, dah ada yg menemanikan. Thanks dear for your care and love for me. I'm really appreciate.  =)

Sempena New Year yg bakal menjelang, aku tak nak fikir lagi pasal azam tahun baru sebab masih blank apa azam untuk next year. Yang pasti, aku nak raikan hari bersejarah tu dengan mereka yg aku sayang dan sayangkan aku. Mereka yg sentiasa ada menggembirakan hidup aku, yg sama gila macam aku dan sanggup ikut semua kemahuan aku sebab aku paling muda. =)

Nak tahu tak siapa mereka?? 


Jenggg...jenggg..jengggg!!.........







.:: MEREKA MENGGEMBIRAKAN AKU ::.






.:: PASAR SENI@CENTRAL MARKET ::.

That's all for today and this year. See you on 1st January 2013 hopefully. Semoga semuanya baik-baik saja dan selamat tahun baru 2013!!! 


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, November 4, 2012

WE ARE NEVER EVER GETTING BACK TOGETHER...

Assalamualaikum peeps!

Selamat pagi minggu. Pejam celik tak sangka dah sebulan aku bekerja. Alhamdulillah. Rasa gaji titik peluh sendiri (tipu! Kerja ni tak mengeluarkan peluh langsung sebab duduk dalam air-cond). Apa yang pasti, dapat pengalaman baru dan teman-teman baru yang pelbagai ragam. 1 Malaysia maa, Melayu, Cina, India, Benggali semua bersatu dalam satu projek. Di sinilah persahabatan kami terjalin-VADS. After this, maybe aku akan transfer ke projek TM pula. Tapi semuanya masih samar-samar. Kalau ya, alhamdulillah sebab dapat berkumpul semula dengan cousins. Kalau tidak, it's okey sebab aku dah selesa dengan HSBC project. 

Okey, let's story about my life. Sejak bekerja ni, aku memang sangat sibuk and tak ada masa free pun. So, ini lebih baik untuk diri aku sebab aku tak perlu nak fikirkan pasal lelaki yang serabut tu. Apa yang penting sekarang, aku nak bina kerjaya yang kukuh demi masa depan yang cerah. YES! I must achieve what I've plan. Selagi aku tak capai impian aku, aku tak nak ada komitmen dengan mana-mana lelaki. Kalau nak cari lelaki pun, mestilah aku nak yang ada kerja tetap, gaji tinggi untuk tampung hidup aku, dan yang penting mesti beragama supaya dia boleh bimbing dan bawa aku ke syurga.

So, let's forget the past and start the new life with the new love. We are never ever getting back together MUHAMMAD RIDHWAN sebab hidup saya tak akan terjamin dengan awak. Bubye! I'm happy with my life now and really enjoy my job so much. Bulan November ni banyak planning sebenarnya. Nak turun JB, nak gathering dengan college-mates, nak hangout dengan office-mates, dan family outing. Therefore, my schedule should be plan well. Welcome November, Bubye October! =) 




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, October 20, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH DUNIA...

Assalamualaikum readers.

Long time never update I think.
Lately ni, agak busy dengan kerja.
Sangat penat tapi happy dengan kerja yang aku buat.
Happy sangat dengan suasana kerja dan teman sekerja yang gila-gila.
Semuanya baik walaupun 1 Malaysia.
Thanks kepada colleague yg banyak membantu dan mengajar aku selama seminggu ni.
Next week baru boleh kerja betul-betul, sebab minggu ni aku banyak main-main saja.
Kesian TL dan group members aku.
Tapi TL aku sangat cool, I like. :)


Ok, actually aku nak story tentang 18 Oktober 2012 yang lalu.
Bukan main rajin aku bangun tidur awal, semangat nak pergi kerja.
At last, sampai dekat stesen KTM, pakcik KTM tu cakap train lewat sebab ada masalah.
Okey, terima kasih.
Kerana itu, aku dan seluruh pengguna MyKomuter kelewatan ke tempat kerja.
Tapi, LRT pun ada problem juga hari tu.
So, memang ramai yang lewat ke pejabat hari tu.
Rasa macam explorace pula hari tu.
Sampai KL Sentral, train stop almost 20 minutes.
Bosan menunggu, aku dengan cousins aku berlari pergi naik Komuter ke Tg.Malim pula sebab laluannya sama.
Elok saja naik train tu, Komuter ke Batu Caves pun gerak meninggalkan kami.
Sangat-sangat disappointed okey that day.
Tak lama lepas tu, train pun gerak ke stesen KL.
Sampai dekat KL, train tu suruh semua penumpang keluar sebab terpaksa hentikan perjalanan sampai di situ saja.
Rasa macam nak menangis masa tu juga sebab jam sudah pukul 9 pagi.
Apa lagi, cousins aku ajak naik LRT pula dekat Pasar Seni.
Berlari berkejaranlah kami pagi tu, and sampai saja dekat stesen LRT, ramai gila orang dah tunggu tren.
Rupanya LRT pun masalah juga that day.
Memang sangat malang, sampai dekat office sudah pukul 9.30 pagi.
Tapi TL sangat cool and memahami. =)

Hopefully, next week kejadian yang sama tak akan berulang lagi.
Sangat tak suka datang lewat ke pejabat.
Rasa bersalah saja tengok member semua datang awal.
Please be nice okey My Komuter, sebab aku tahu driver tu handsome and cute. =)




Dari Hati Nuraniku,
 fara,,