NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label hello kitty. Show all posts
Showing posts with label hello kitty. Show all posts

Wednesday, September 26, 2012

ENTRY GAMBAR SAHAJA...

Assalamualaikum peeps!

Bila kegilaan dan kesewelan aku mula melanda.............................................


















Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, July 17, 2012

BILIK TIDUR...

Assalamualaikum. . .

Sejuknya, cuaca mendung, angin sepoi-sepoi bahasa. Kalaulah dapat sambung tidur, mesti syokkk! Tapi tak boleh, Cik Pinklover kena siapkan order. *Usahawanita berjaya kena ada wawasan, jangan malas-malas.
Oh, tolonglah. Bila diuji dengan nikmat tidur, penyakit kemalasan mulalah menjelmakan diri. 

Aku: Mengantuknya, tapi order banyak kena siapkan ni. Ada lagi 2000 lebih tempahan. Masa dah suntuk. Oh myyyyy...
Kata hati: Jomlah tidur. Bukan selalu dapat cuaca mendung, sejuk-sejuk ni. Katil sedang memanggil tu, Hello Kitty sedang menanti bersama Mr. Spongebob dan Encik Bear Bear.
Aku: Tak boleh, tak boleh. Minggu depan dah nak hantar order. Kena siapkan juga ni.
Kata hati: Jomlah tidur. Tak laratlah nak buat kerepek tu.
Aku: Be strong! Chaiyokk! :|

Begitulah apabila hati dan diri tidak sehaluan. Tapi, kalau dapat tidur dalam bilik macam di bawah ni, confirm aku tak nak bangun dah. =)







Oh, keep on dreaming. Macamlah aku boleh buat bilik macam ni. Umur dah tualah yunk, kalau untuk anak-anak nanti bolehlah (anak-anak? Bila nak kahwinnya?). Hhahaa! Like I care, dah kahwin nanti pun nak bilik macam ni juga. Nak color P!NK, nak ada Hello Kitty. So, kena vari Mr. P!NK supaya sehati sejiwa, berdansa bersama. =)

Oh, melalut sudah. Jom mulakan projek. Usahawanita Kerepek Ikan Bilis. =D


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, September 9, 2011

RINDU AKU TAK?...

Assalamualaikum...

Tadi masa dok buka kotak kotak dari kolej aritu, aku terjumpalah hadiah hadiah birthday aku this year daripada my housemates. Memang barang favourite aku tapi aku sayang nak guna. Tengok barang barang tu tadi pun aku dah rindu dekat budak budak rumah yang happening and teringat macam macam yang telah kitorang lalui. Walaupun hanya tinggal berlima dalam rumah tu setelah pemergian Aha ke China, still tak terisi kekosongan tempat tu. Tiap kali buat apa apa bersama, mesti ingat Aha and nak buat benda tu lagi bila dia balik nanti. 

Contohnya macam time kitorang BBQ dekat Asian Water Sports tu. Aha tak balik lagi so, kitorang plan nak pergi sana lagi bila dia balik sini tapi, masa dia balik sini bulan puasa lepas, aku tetap tak dapat hang out dengan dia. Sorry dear, bukan tak rindu you tapi rindu sangat. Cuma kekangan masa menghalang pertemuan kita. Insya Allah di masa hadapan kita bertemu. 

.:: Comel sangat sangat sangat Hello Kitty ni semua ::.

Nyah, Mok, Aca, Sha, korang rindu aku tak? Aku rindu korang sebab tu aku buka hadiah korang. Bila aku guna hadiah ni nanti, aku akan selalu ingat dekat korang. Walau jauh di mata tetap dekat di hati, bak kata TV9. Birthday celebration yang last tu tak akan aku lupakan. Dengan muka mamai, tak mandi, baru bangun tidur, sememeh and serabai, aku and Sha potong juga kek hari jadi tu. Sangat sweet surprise korang, sama macam sweetnye kek tu. =)



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, April 7, 2011

LAYOUT...



Korang korang, cantik tak facebook layout aku ni?? Comel macam aku tak kitty ni? Mueehehee!! I loves Hello Kitty, so cute...and pinky!! :D

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, February 10, 2011

TRAVELER 1...

Selamat pagi readers...hari ni aku nak story tentang aktiviti holiday aku...maklumlah orang bercuti sebulan ni, kerja tak ada (majikan pun tak nak ambik aku kerja kot), laki tak ada nak dijaga apatah lagi anak...so, kerja aku makan+tidur+online+layan astro (channel 611 tau)...fuhhh!! Disebabkan aktiviti yang tak berfaedah itu, makanya berat badan aku pun sudah bertambah, sampaikan kawan kawan mummy cakap aku dah chubby (memang aku chubby apa sejak dulu)..haish!!

So, nak dijadikan cerita...semalam (9 February 2011), aku bersama twins aku telah merayap+melencong ke City Square, JB...macam biasalahkan kalau dah masuk CS ni tempat pertama yang aku tuju ialah Popular and MPH Bookstores...memang aku suka membaca, dan ruangan yang paling aku minat adalah NOVEL MELAYU (biasalah minah jiwang+leleh)...sebenarnya aku nak beli Novel Doktor Cinta karya cousin aku Dya Dila tu tapi tak launch lagi...so aku cari pula Novel Jiranku Kekasihku and Sepupuku Suamiku, itupun aku tak ketemu...pelik sungguhlah, kedai besar tu pun tak ada novel novel tu? Memang aku curious, tak kan dah tak ada dalam pasaran novel novel tu? Cepatnya sold out...haishh!! Tak apalah, at last aku beli Novel Lovin' You (yang ada muka 2 ekor kucing yang comel tu, tapi aku tak suka kucing pun)...aku beli novel tu pun sebab ada rebat 20%, untung tu...heheheee!!


Lepas dah shopping dalam Popular tu, aku merayap pula ke Action City, tujuannya nak cari items Hello Kitty+cuci cuci mata...tapi terpesong sudah, aku nampak mouse HK yang cute and berlampu lampu so aku grab and pay...kalau dah nampak binatang HK tu, memang susah nak fikir panjang yer kawan kawan...sebelum aku keluar kedai tu, aku nampak JAM HK color PINK, cute sangat...ohh!! Maybe akan dibeli bulan depan atau April nanti (kalau panjang umurlah)...hopefully jam tu tak kan dinaikkan harganya...

Lepas dah penat kaki melangkah, kita isi perut pula yer...rindu dengan keenakan dan kelazatan Prosperity McD...nak double ke single? Aiseyyy, mamat jaga kaunter tu comel+ada ramai pula staf lelaki kat situ, takkan aku nak beli yang double, segan dehh...my water face kena jaga, makan banyak sangat nanti apa diorang cakap...so amik yang single jelar, nanti balik Seremban qada' balik untuk double (kalau stok masih ada)...

Dah kenyang aku makan, barulah minah dua orang tu sampai...pastu terus pergi beli tiket wayang...cerita apa? YOGI BEAR!! hahahah!! Cerita lain tak syiokklah, nanti aku tidur pula kat dalam cinema tu...dah beli tikat, teman diorang pula pergi makan dekat MB, ayam kat sini sedap dan tidak berminyak+salad pun manis...tepat pukul 1.30, gerak ke panggung 3 menonton si beruang yang bijak tapi selfish...overall, cerita Yogi Bear memang layan, aku bagi 3.5 binatanglahkan sebab aku tak menguap pun masa menonton tu...ceritanya pun sekejap jer, kira OKlah...dah penat ketawa sampai tegang urat pipi aku, tibalah masa meninggalkan CS...


(continue dalam TRAVELER 2 untuk mengetahui adventure yang aku lalui)...


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, January 20, 2011

CHOCOLATE FAIR 2011...




Welcoma back readers...hari ni aku nak update tentang chocolate fair yang aku lawat beberapa minggu lepas (7-9 January 2011)...I tell you all, memang rambang tekak bila aku masuk dalam fair tu, macam nak makan semua coklat dekat situ...best sangat, harga pun berpatutan kalau korang pergi hari last fair tu...aku dapatlah memborong beberapa jenis coklat untuk puaskan nafsu anak tekak aku ni...dan kalau korang nak tahu, kebanyakan coklat dalam fair tu adalah produk Malaysia dan rasanya pun masih sedap walaupun bukan diimport...tapi ada juga beberapa produk dari Rusia, dan beberapa negara luar lain...but, untuk coklat Rusia, aku tak payah beli sebab nanti adik aku boleh belikan dekat sana banyak banyak...hahahha!!! "Macam mana tak gemuk kalau dah hari hari makan coklat", itu kata mummy aku...tapi aku tak kisah sebab coklat memang sedapppppp tip toppp!!


Lepas merayap di sekitar Mid Valley Megamall tu, main bowling, makan, tengok movie (Damping Malam), aku dengan Fyza merayap pula ke KL Sentral mencuci mata sebelum ke Times Square (main bowling lagi) dan Low Yatt (dating)...fuhhh!!! memang penat seharian jalan jalan ronda KL tapi tak apa, janji aku happy dan tak kacau boyfriend orang (apa kena mengena?) sebabnya aku pun pergi jumpa intan payung buah hati aku...so tak payah nak kacau laki orang lain..bhahahaha :)

Dah lama aku tak merayap macam ni, kalau balik JB tak dapat merayap macam ni sebab bandarnya tak besar, dan tak ada monorail, LRT, mahupun Komuter...poor JB...lepas ni kalau dapat pindah balik ke Klang, senanglah aku nak cari kerja dekat KL ataupun Shah Alam...senang aku nak berkepit dengan mummy hari hari... :)


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, December 21, 2010

HELLO KITTY..

Salam you all..aku update blog ni dalam kelas Marketing Planning, atau juga dikenali sebagai kelas MLPL (mana yang faham tu, tahulah kan)..saja jer update nak show dekat korang pasal Hello Kitty items..comel, cute, cantik, PINK!!! :D


Dekat City Square JB banyak aku dah jumpa items Hello Kitty ni, tapi tak berkesempatan nak bershopping dekat sana..ada saja problem yang membelenggu setiap kali aku nak beli 'mereka'..insyAllah aku akan try beli 'mereka' dalam bulan February 2011 nanti..tu pun kalau plan percutian aku menjadi.. :)

Dari Hati Nuraniku,fara,,