NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label konvo. Show all posts
Showing posts with label konvo. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

HARI GRADUASI KE-7, KUMPULAN PENDIDIKAN LEGENDA...

Assalamualaikum...



Alhamdulillah, selamat sudah majlis konvokesyen aku pada tanggal 23 Oktober yang lepas bertempat di Marriott Hotel Putrajaya. Sangat happy dan bahagia dengan kehadiran ahli keluarga tercinta. Cuma adik aku yang dekat Rusia tu saja tak dapat hadir. Its okey, dia konvo nanti, aku nak jejakkan kaki ke Rusia pula. =)

Walaupun aku lambat update pasal konvo tu, bahang kegembiraan konvo tu masih terasa apabila gambar gambar sewaktu majlis konvokesyen tu masih terpampang di wall wall students Legenda Education Group. TAHNIAH! dan SYABAS! diucapkan buat teman teman seperjuanganku. Semoga selepas ini, kita akan terus melakar sejarah dan kejayaan dalam bidang yang diceburi. 

Hati aku sangat sayu dan happy bila dapat melihat wajah wajah pensyarah yang telah mengajar aku selama 3 tahun di Kolej Universiti Linton. Walaupun tidak semua pensyarah hadir, tapi itu sudah cukup membuatkan kami rasa dihargai. Tak lupa juga kepada senior senior aku dalam Wataniah yang sama sama berkonvo dengan aku. Maybe itu kali terakhir kita berkumpul dan bertemu. Insya Allah kalau dipanjangkan usia, kita ketemu lagi. 


Lastly, kepada teman teman sekelas aku sama ada yang menghadiri konvokesyen ataupun tidak - Azureen, Afiza, Hilli, Kak Indah, Rabeka, Aina, Mia, Afiqa, Kak Niza, Kak Siti, Yoges, Kak Farah, Farah Niza, Nadia, Nadot, Mellisa, Alia, Diniy, Liyana, Shadza, Aisyah, Aqila, Ezza, Fario, Shasha, Marie, Izyan, boys, and etc. sorry atas segala kesilapan dan keterlanjuran kata kata aku sepanjang kita berkawan dan berada di kolej. And thanks juga kepada yang selalu dan tak jemu beri tunjuk ajar sebab aku ni bukan pandai sangat subjek subjek business ni. Semoga kalian terus berjaya dan friendship for ever~ =)

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, October 17, 2011

KONVOKESYEN...

Assalamualaikum...

Dah lama aku tak menarikan jari jemariku di sini kerana aku rasakan tiada apa yg menarik untuk dikhabarkan. Aku masih seperti dahulu, masih tetap menjadi diriku - seorang penganggur tegar. =)

Pejam celik, pejam celik, akhirnya masa dan saat yang dinantikan selama 3 tahun akan tiba dalam masa 6 hari lagi. Saat apa itu? Semestinya Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Linton yang dijangka berlangsung di Marriott Putrajaya, IOI Resort pada 23hb Oktober ini! Seperti yang kalian sedia maklum, sekarang ni memang musim orang berkonvo, bak kata pengacara dalam TV tu - "Bulan ni adalah musim konvo" dan tahniah kepada graduan graduan yang telah selamat berkonvo.

Kepada yang sedang menanti hari konvo, selamat berbahagia menerima sijil/diploma/ijazah/sarjana, etc. Sesungguhnya penat lelah kita belajar dan menyiapkan assignments selama ini berbaloi dengan adanya penghargaan seumpama ini. So, kenalah diraikan kejayaan ini dengan family dan yang tersayang. 

Tapi bagi aku, konvo ini tak memberikan apa apa makna pun. Sebabnya, adik aku di Rusia tak ada untuk meraikan kegembiraan aku, ayah aku pula ada urusan kerja di Johor, hanya ibuku dan adik bongsuku saja yang meraikannya bersamaku. Sangat sedih dan tak happy pun. Tak teruja pun nak prepare apa apa kecuali get ready nak ambil jubah konvo minggu ni. Apa apa pun aku happy sebab dapat jumpa dengan kawan kawan sekelas dan sekolej masa konvo tu nanti. Lepas tu, masing masing akan sibuk dengan haluan hidup sendiri, entah bila akan ketemu lagi. ='(

.:: Terima kasih Uncle Google ::.

Bila tengok gambar gambar konvo orang lain, muka semua happy, suka habis dengan jubah berwarna warni di samping kawan kawan dan family. Contohnya seperti FESKUM- Festival Konvokesyen UM beberapa minggu lepas. Bukan main meriah dan berwarna warna perkarang Dewan Tunku Canselor dengan kehadiran kaum keluarga, sanak saudara yang meraikan kejayaan anak anak mereka. Macam macam hadiah dan cenderamata diorang dapat. Alangkah bahagianya diorangkan. Sangat sangat sangat sangat sangat jelessss. ='(

Dari Hati Nuraniku,
fara,,