NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label farewell. Show all posts
Showing posts with label farewell. Show all posts

Friday, June 24, 2011

HARI TERAKHIR...

Assalamualaikum...

Terasa seperti mahu aku skip hari ni...hari terakhir aku berada di kolej ini sebelum pulang ke kediaman keluarga pada esok hari...
tersangatlah sedih, sayu, sebak, bila dipeluk, dicium oleh teman teman...
3 tahun bersama, berkenalan dalam satu orientasi, belajar dalam satu kelas, berumah tangga dalam satu rumah, rekrut dalam satu batch, semuanya dilakukan bersama...
masing masing terpisah dengan keluarga, semua keputusan harus dibuat sendiri tanpa keluarga disisi...
semuanya dikongsi bersama, suka duka dilalui dan dikongsi bersama walaupun tiada sebarang pertalian darah...
hanya saudara seagama menjadi penguat silaturrahim...
sungguh perit, sungguh pedih perpisahan ini...
hanya air mata dapat meluahkan segalanya...
diharap perhubungan yang terjalin akan kekal salamanya dengan adanya Facebook, telefon, email, YM, Skype, dan lain lain lagi...
Semoga kalian semua berjaya dalam segala bidang yang diceburi, semoga berbahagia disisi keluarga dan insan tersayang...

I WILL MISS YOU GUYS...WHEREVER WE ARE, THE MEMORIES WILL REMAINS...



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, June 22, 2011

HARI KE-3...

 Assalamualaikum...


Selamat menyambut kemerdekaan buat rakan rakanku HND in Business...kemerdekaan apa? Kemerdekaan daripada HND course...tamatlah sudah semuanya selama 3 tahun di sini setelah berakhirnya paper terakhir semester akhir ini (banyak sangat akhirnya)...


Malam ni jamuan kelas akan diadakan...meriah sungguh dengan kehadiran lecturers dan rakan rakan sekelas...semuanya happy dan enjoy...aku pun happy dan enjoy...rasa sedih, terharu sebab dah nak habis study di sini...macam macam hal kita tempuh selama 3 tahun di sini...gaduh mulut, gosip belakang, marah marah sayang, semuanya ada...tapi still bersama di akhirnya... =D





Apa apa pun thanks atas hadiah hadiah korang...macam macam adakan...jangan ambil hati dengan semua tu, kitorang pun tak tahu apa yang korang akan dapat, semuanya ikut luck masing masing...macam mana pun, aku minta maaf kalau ada kekurangan dalam pengurusan hadiah tadi...aku dan kembar kembarku sudah cuba buat yang termampu...terima kasih sekali lagi... =)


P/S: Kepada Monster D, terima kasih atas buku tu...sangat bermakna dan berharga... =)
Sorry kalau aku guna nama tu sebab aku suka dengan nama Monster D tu... =)

Dari Hati Nuraniku, fara,,

Wednesday, October 21, 2009

Say Goodbye to Bobon...

Hari ini merupakan hari yg agak menyedihkan (tapi tak banyak, sikit jer) buat kami penghuni SI03-0402 kerana Hamster yg chubby diberi nama Bobon telah kembali kepada Maha Penciptanya. Kejadian ini berlaku semalam (20 October 2009) tanpa pengetahuan kami. Cuma pada pagi tadi, barulah kami sedar bahawa Bobon sudah tidak bernyawa lagi. Amat memilukan kerana ia mati dalam keadaan terperosok di bawah tempat permainannya sambil dipenuhi oleh semut-semut kecil.
Kasihan Bobon. Kesibukan kami membuatkan ia terabai tanpa perhatian selama beberapa hari. Mungkin Allah lebih menyayanginya. Kami redha dan rasa bersalah sekali atas kejadian ini. Semoga Bobon lebih bahagia di sana. Ia telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Haiwan-haiwan Teraniaya SI03 bersama-sama dengan seekor anak kucing yg comel yg mati akibat langgar lari beberapa bulan lepas. Thanks to Aina sebab bagi pinjam parang untuk gali lubang (sayalah yg telah mengebumikan dua ekor haiwan tersebut) sambil ditemani Zureen (the real owner of Bobon).

your sincerely,
fara,,

Saturday, June 20, 2009

HAPPY FAREWELL...AHA...

::Aha and Anas::

::Aha yg terkezuttt::

Hari ni (20 Jun 09) aku bangun tepat pukul 7 pagi. Walaupun hari ni hari Sabtu, hari untuk beristirehat, tapi aku kena gagahkan mata and tubuh badanku untuk menjalankan 1 misi. Nak tahu misi apa? Misi masak2...hahahahha..Actually, housemates aku (Aca, Fyza, Sha and Zureen) nak buat surprise untuk Aha. Dia akan melanjutkan pelajarannya ke China dalam bidang perubatan (bukan perubatan yg biasa2 tau). Sem ni adalah sem terakhir kami bersama dengannya. Bulan Ogos nanti, dia akan berangkat ke China and tak tahu lagi bila kami akan berjumpa semula dengannya. So sad...

So, aku pun get ready dengan semua bahan2 utk masakan hari ni. Aku nak masak bihun goreng jer, just simple recipe. Housemates aku yg lain semua tgh tidur lagi time tu. Maklumlah malam tadi diorg tidur pukul 4 pagi sebab nak prepare benda untuk surprise itulah. Sha pula tidur lewat sebab kena tunggu Aha tidur. Sha ditugaskan mengambil pakaian Aha untuk kitorg bermandi-manda nanti. So interesting right...hahahahahah...Macam manalah muka Aha nanti ek. Wait N see ok.

Lepas aku settle masak, budak2 ni pun call Anas untuk mengambil diorg and gerak pergi PD. Memandangkan PD sahaja pantai yg dekat dengan kitorg, di situlah surprise ni akan berlangsung...hahahhahaha...Lepas diorg semua pergi, aku sambung baring dalam bilik. Dalam pukul 11 Aha ketuk pintu bilik (dia baru bgn). Aku buat2 baru bgn tidur, pastu dia tanya, mana bdk2 ni semua. Aku dengan muka blur cakaplah tak tahu. Pastu kitorg tunggu Aca balik dari kolej (dia last exam hari ni). Kitorg pun soal siasat Aca. Aca bagi tahu yg bdk2 ni pergi Seremban sebab Fyza and Zureen nak beli tiket bas balik JB....hahahahahah. Aha percaya, muka Aca memang best actresslah. Aha still cool lagi sebab waktu itu baru pukul 12 lebih. So, kitorg andaikan bdk2 ni akan balik dlm setengah jam lagi.

Sebenarnya hari ni Aha dah buat plan nak hang out dengan kitorg kat OU, maklumlah last time yg dia ada untuk hang out dengan housemates dia yg gempaq and happening ni. So, kitorg pun tunggu. Aha dengan penuh semangatnya pakai baju yg dia dh siap iron malam tadi, nak tgk movie kat OU lah konon. So, kenalaha dress up sikit...hehehehhe.. Jam sudah pukul 1 lebih, Aha suruh Aca call diorg. Aca call Sha and dia cakap diorg ada kat PD sekarang sebab teman Zureen jumpa kawan dia (ini adalah sebahagian drpd plan kitorg). Sha minta tolong Aca ambil diorg kat PD sebab diorg tak ada transport nak balik, cian, pergi tadi tahu plak...hahahahah..Pastu, Aha pun dah mula berasap, berapi, membara-bara. Dia dah tak tahan and tension giler. Lepas zohor kitorg gerak pergi PD. Sepanjang perjalanan aku and Aca cool sahaja walaupun Aha mengadu and membebel maacam2 kat kitorg. Sorry Aha, terpaksa berlakon.

Sampai jer kt PD, aku turun dulu. Konon2 pergi cari diorg. Walhal aku pergi prepare 'pakaian Hawaii' yg aku nak pakai jap lagi. Bila semua dah ready, aku suruh Aca pula turun sebab dia pun kena pakai juga. Then, Aca pergi kat kereta and bawa Aha datang kat kitorg. Aca cakap kat Aha kitorg tengah makan so, kena tunggu kitorg makan dulu. Huh, Aha pun makin berapilah. Turun sahaja kereta, muka terus moody habis. Memang dia tengah membara sangat2. Then, dia sampai sahaja kat kitorg, kitorg buka lagu Beach Boys- Surfing USA and start menari ala-ala Hawaiian..hahahahah...kelakar, Hawaiian pakai kain batik. Dengan muka yg merah kemaluan, kitorg buat2 bodoh sahaja. Org lain semua pandang. Aha apa lagi, dengan muka surprise+marah terus menjerit and menangis. Tambah2 bila dia nampak brother from another mother dia, Anas...hahahahah..memang happening walaupun tak berapa nak menjadi. Dapat tengok Aha menangis depan lelaki..hahahahahah..Sorry Aha..Lepas habis menari, makan2, kitorg get ready untuk mandi-manda and naik banana boat. Wow, first time tu. Kalau parents aku tahu aku naik binatang tu, confirm next time no more beach..huhuhuhu..

Banyak lagi aku nak cerita ni, tapi dah tak larat nak menaip sebab aku bukan Aha yg rajin menghadap laptop 24 jam and menaip panjang2..hahahah..Walau apa pun, we'll going to miss you sis. You're such a happening, crazy, spontaneous and happy person that we've as a friend. Hope all your dreams come true, good luck, take care, don't forget us here and remember all our sweet memories together.