NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label married. Show all posts
Showing posts with label married. Show all posts

Monday, February 28, 2011

KAHWIN, KAHWIN...

Selamat pagi semua...hari ni kita story tentang kahwin ek...bukan cheq ni dah gatai nak kahwin tapi setiap minggu ada saja jemputan ke majlis perkahwinan yang family aku terima...so, kita kenalah memenuhi undangan orangkan...aku pun dengan muka tak tahu malu pergilah makan nasi minyak tu...nak tunggu nasi minyak sendiri memang taklah kan...aku suka tengok pelamin dan baju pengantin jer kalau pergi majlis orang ni...lepas tu sekarang ni masing masing sibuk dengan tema contohnya macam jiran aku yang kahwin 2 hari lepas...dia guna tema hitam+merah, menariklah juga tapi aku tak suka merah...aku suka pink+silver or pink+white, glamor nyahh...

So, macam biasalah...dah adat di negeri Johor ni kalau kahwin mesti dapat telur pindang, yang color coklat tu ada rempah ratus kat dalamnya (direbus dengan rempah ratus)...telur ni sedap sebab ada rempah ratus tu so aku tak muntah kalau makan...tapi hanya putihnya sajalah...kalau telur rebus lain memang aku tak makan, telur goreng pun aku tak boleh terima...bukan memilih tapi tekak aku memang tak boleh terima, mesti nak muntah balik kalau makan...

So arini aku nak story pasal telur rebus...kalau dekat negeri lain di Malaysia ni, telur rebus akan diberikan setiap kali ada majlis perkahwinan...tapi di negeri Johor ni, telur pindang akan diberikan...telur ni memang sedap dan baik untuk kesihatan tapi boleh ke dimasak dengan masakan lain? Kalau di Perak (kalau family aku buat kenduri kahwin), telur rebus yang berlebihan tu kami masih boleh gunakan untuk memasak...contohnya nenek aku akan masak sambal telur, kalau dapat dekat mummy aku pula dia masak kari telur...memang makan telur saja lepas kenduri tu...tapi aku? Aku tak makanlah, aku makan sambal and kuah tu without telur...tulah kegunaan telur rebus yang berlebihan tu, tapi kalau telur pindang ni, aku tak tahulah pula nak masak apa...so, terpaksalah aku makan dengan kicap dan lada sulah sebagai breakfast untuk minggu ni...hishh!! Sihat aku hari hari makan protein ni, lepas tu nak tambah sihat makan dengan CalsiYum strawberry+grape, fuhhh!! Memang sihat, minggu depan masuk kelas jangan terkejut tengok aku yang dah makin chuby ni...hahahha :D

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, December 29, 2010

MARRIED 2010...


Selamat malam readers..malam ni aku agak emo dan tak ada mood nak bercakap dengan sesiapa melainkan menaip dan terus bermonolog..jangan ditanya kenapa aku jadi begini..okey, seperti yang aku ada cakap dalam entry sebelum sebelum ni, aku nak story tentang majlis perkahwinan cousin aku - Nurul Hidayah yang berlangsung pada 25 Disember lepas..ikutilah rentetan perjalanan majlis tersebut+percutian hujung tahun aku..

23 Disember 2010

Setibanya aku di Kuala Kangsar, Perak setelah meredah perjalanan selama hampir 4 jam dari Nilai, kami sekeluarga dihidangkan dengan makan malam yang lazat yang telah dimasak oleh makcik makcik aku..sangat menyelerakan dan rindu masakan mereka..setelah selesai dengan pentadbiran sendiri, acara berinai kecil pun bermula..hanya terbuka untuk keluarga terdekat dan sanak saudara..best juga sebab sebelum ni abang sepupu aku yang kahwin so tak merasa semua ni..selesai acara tersebut masing masing mengambil posisi dan port tidur yang sesuai..dan tempat aku semestinya bersama pengantin..hehehe..lepas ni tak boleh merasa tidur dengan dia lagi..tapi aku tidur lambat daripada orang lain sebab aku kena pakaikan dia inai dekat kaki tangan dia tu, rabak jugaklah mata aku menahan mengantuk..


24 Disember 2010

Pagi ini kami semua agak sibuk memasak dan merewang apa yang patut sebab lepas solat Jumaat nanti penganti akan diijab kabulkan..bangun bangun jer pagi tu, aku dengan adikku terus terjun sungai, baikkkk punya sejuklah gua cakap lu..hahahha..beku aku dengan adikku dalam sungai tu, tapi memang best sebab dah lama tak jadi badak berendam..dalam setengah jam jugaklah aku berendam pastu mandi bersih bersih dalam bilik mandi and bersiap untuk merebus dan memproses telur..first time kot aku buat kerja tu, sebelum ni pakcik pakcik and abang abang sedara yang buat, kali ni aku pula merasa buat semua tu..memang bestlah time tangan melecur kena kulit telur and air rebus tu..teringat kembali kenangan masa umur aku 4 or 5 tahun macam tu waktu tangan aku melecur kena air panas..memang dah tak macam tanganlah time tu, buruk gila jari jari aku ni, aku yang tengok pun rasa jijik..tapi tak naklah ingat kisah sedih dan sakit tu lagi sebab aku dah cukup sakit dah sekarang ni..

Lepas solat Jumaat, masing masing dah ready nak pergi masjid untuk acara nikah..tapi aku dengan cousins aku tak nak pergi sebab kitorang dah penat dan berlengeh buat kerja tadi..so kitorang pun relax relax jelah duduk bawah bangsal tu..alih alih maksu aku panggil suruh siap siap ikut pengantin tu, memang macam lipas kudunglah masing masing..dengan nak iron baju, tudung apa semua, at last kitorang naik 'teksi' paling last ke masjid tu..itu pun kira nasib baik ada kereta kosong lagi tapi kereta memang banyak cuma driver nak bawa jer tak ada, hanya abang hitam aku tu jelah yang boleh diharap.. (sorry yer En. Saufi..gurau gurau jer)..


Lepas akad nikah, sesi fotografi bagai, kami dihantar pulang dengan 'penerbangan' pertama walaupun kami paling last pergi tadi..hahahah..alhamdulillah dengan 2 kali lafaz mereka sah menjadi pasangan suami isteri..pada sebelah malamnya pula, aku dan cousins aku sibuk packing goody bags untuk diagihkan kepada para tetamu..settle semua kerja tu, aku dan family aku ke Kuala Kangsar dan menginap di Resort Sungai Perak memandangkan rumah mak long aku dipenuhi dengan sanak saudara dan barang barang untuk kenduri esoknya..best, cantik, menarik resort tu..tak sia sia tidur dekat situ..

25 Disember 2010

Hari yang dinantikan, Majlis Persandingan Hidayah-Azlan : Kuala Kangsar, Perak..


26 Disember 2010

Majlis Persandingan Azlan-Hidayah : Teluk Intan, Perak..


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, December 4, 2009

BERCINTA DENGAN NON-MUSLIM...


Daripada tajuknya sahaja sudah membuatkan aku teruja-uja untuk bercerita dan berkongsi lebih lanjut tentang apa yang patut dikongsikan bersama kalian..bercinta ataupun berkahwin dengan golongan non-muslim tidak salah dan berdosa disisi Islam asalkan kita tahu batas-batas perhubungan tersebut dan menjaga segala tatasusila dalam Islam..malahan, Islam menggalakkan umatnya mendekati golongan non-muslim dan menyeru mereka ke jalan yang diredhai..besar ganjarannya kepada mereka yang berjaya mengajak dan mendidik golongan ini untuk mendalami dan menganut Islam..bahkan, Islam itu sendiri tidak mengenal warna kulit, bangsa atau bahasa penganutnya..mereka terdiri daripada berbilang kaum, bangsa, dan budaya..semuanya adalah sama disisi Alla s.w.t..Allah tidak memandang seseorang berdasarkan paras rupa, darjat, pangkat atau warna kulit seseorang tetapi Allah memandang akan keimanan dan ketaqwaan hambaNya..

Cinta dan kasih sayang adalah fitrah kejadian yang suci yang dimiliki oleh setiap makhluk di muka bumi ini..Allah menciptakan manusia dengan akal dan nafsu..kaum lelaki dikurniakan dengan 9 akal dan 1 nafsu manakala kaum wanita dicipta dengan 9 nafsu dan 1 akal..tetapi, terdapat sebilangan daripada mereka tidak memanfaatkan pemberian Allah ini dengan sebaik-baiknya..jika pemberian ini dihargai dan digunakan dengan betul, nescaya cinta yang disemai akan menjadi indah dengan ikatan perkahwinan..disebabkan itu, adab-adab dalam bercinta sama ada bersama muslim atau non-muslim perlu dijaga khususnya buat kaum wanita (peringatan juga untuk aku)..antara adab-adab yang ditekankan dalam Islam ialah:

  • berpakaian menutup aurat
  • menjaga pandangan mata daripada melihat yang haram
  • membawa bersama mahram yang sudah dewasa dan sebagainya
  • topik perbualan yang wajar
  • tempat pertemuan yang terbuka dan tidak menimbulkan fitnah
Ikatan percintaan yang dibina dan berakhir dijinjang pelamin menjadi idaman setiap wanita..Islam melarang agar wanita Muslimah mengahwini lelaki selain Muslim dan lelaki Muslim juga tidak boleh berkahwin melainkan dengan wanita Muslimah..ini bermakna, seseorang non-muslim perlu memeluk Islam dan mendalami Islam terlebih dahulu jika dia ingin mengahwini golongan Muslim..mereka perlu menyatakan keimanan kepada Allah dan rasulNya dengan hati yang ikhlas dan jujur tanpa sebarang paksaan..dengan ini, barulah bahtera yang bakal dilayari menjadi bertambah manis, harmoni, dan aman..akidah seseorang akan mempengaruhi sesebuah perkahwinan..jika akidah yang dibawa berlainan, maka akan berlakulah perselisihan pendapat dan pergolakan dalam bahtera yang dilayari..oleh itu, akidah, keimanan dan ketaqwaan seseorang penting dalam sesuatu perhubungan sama ada percintaan ataupun perkahwinan..binalah juga persefahaman dan kepercayaan sesama sendiri kerana ianya juga akan mempengaruhi setiap tindakan kita..

(Thanks to book written by Ustaz Mohammad Nidzam)


your sincerely,
fara,,

Saturday, October 17, 2009

Married..



Perkahwinan merupakan idaman bagi setiap insan. Perkahwinan yang bahagia berlandaskan cinta yang disemai sejak bertahun lamanya mungkin akan berkekalan untuk selamanya dan mungkin juga tidak. Ada juga perkahwinan yang diatur oleh orang tua tanpa pengetahuan kita. Apabila sudah tiba masanya, barulah kita diberitahu akan jodoh tersebut. Pada saat itu, terasa dunia ini gelap sekali. Segala yang ada di sekeliling kita seakan-akan mentertawakan nasib yang menimpa diri. Di manakah silapnya? Mengapa kita tidak diberi peluang untuk memilih jalan hidup kita sendiri? Bagaimana keadaan kita apabila sudah berkahwin kelak? Bahagiakah perkahwinan yang diatur ini? Segala persoalan ligat bermain difikiran.

Pada pandangan aku, ibu bapa seharusnya memberi peluang kepada anak-anak untuk membuat pilihan mereka sendiri. Setiap orang mempunyai cita rasa, pandangan, kehendak dan kemahuan mereka sendiri. Walaupun ibu bapa mempunyai kuasa terhadap anak-anak, namun mereka sudah dewasa untuk membuat keputusan sendiri. Jiwa dan diri mereka tidak boleh dikongkong untuk membuat sesuatu keputusan kerana kuatir akan membuat mereka memberontak kelak. Apatah lagi hal ini berkaitan dengan masa depan mereka. Mereka boleh membezakan antara yang baik dan yang buruk. Mungkin ibu bapa boleh memberikan pandangan terhadap keputusan anak-anak dengan cara yang baik dan berkesan. Hal ini akan membuatkan anak-anak merasa bahawa diri dan keputusan mereka dihargai dan dihormati. Wallahu'alam. Let think about it.
your sincerely,
fara,,