Selamat malam readers..malam ni aku agak emo dan tak ada mood nak bercakap dengan sesiapa melainkan menaip dan terus bermonolog..jangan ditanya kenapa aku jadi begini..okey, seperti yang aku ada cakap dalam entry sebelum sebelum ni, aku nak story tentang majlis perkahwinan cousin aku - Nurul Hidayah yang berlangsung pada 25 Disember lepas..ikutilah rentetan perjalanan majlis tersebut+percutian hujung tahun aku..
23 Disember 2010
Setibanya aku di Kuala Kangsar, Perak setelah meredah perjalanan selama hampir 4 jam dari Nilai, kami sekeluarga dihidangkan dengan makan malam yang lazat yang telah dimasak oleh makcik makcik aku..sangat menyelerakan dan rindu masakan mereka..setelah selesai dengan pentadbiran sendiri, acara berinai kecil pun bermula..hanya terbuka untuk keluarga terdekat dan sanak saudara..best juga sebab sebelum ni abang sepupu aku yang kahwin so tak merasa semua ni..selesai acara tersebut masing masing mengambil posisi dan port tidur yang sesuai..dan tempat aku semestinya bersama pengantin..hehehe..lepas ni tak boleh merasa tidur dengan dia lagi..tapi aku tidur lambat daripada orang lain sebab aku kena pakaikan dia inai dekat kaki tangan dia tu, rabak jugaklah mata aku menahan mengantuk..
24 Disember 2010
Pagi ini kami semua agak sibuk memasak dan merewang apa yang patut sebab lepas solat Jumaat nanti penganti akan diijab kabulkan..bangun bangun jer pagi tu, aku dengan adikku terus terjun sungai, baikkkk punya sejuklah gua cakap lu..hahahha..beku aku dengan adikku dalam sungai tu, tapi memang best sebab dah lama tak jadi badak berendam..dalam setengah jam jugaklah aku berendam pastu mandi bersih bersih dalam bilik mandi and bersiap untuk merebus dan memproses telur..first time kot aku buat kerja tu, sebelum ni pakcik pakcik and abang abang sedara yang buat, kali ni aku pula merasa buat semua tu..memang bestlah time tangan melecur kena kulit telur and air rebus tu..teringat kembali kenangan masa umur aku 4 or 5 tahun macam tu waktu tangan aku melecur kena air panas..memang dah tak macam tanganlah time tu, buruk gila jari jari aku ni, aku yang tengok pun rasa jijik..tapi tak naklah ingat kisah sedih dan sakit tu lagi sebab aku dah cukup sakit dah sekarang ni..
Lepas solat Jumaat, masing masing dah ready nak pergi masjid untuk acara nikah..tapi aku dengan cousins aku tak nak pergi sebab kitorang dah penat dan berlengeh buat kerja tadi..so kitorang pun relax relax jelah duduk bawah bangsal tu..alih alih maksu aku panggil suruh siap siap ikut pengantin tu, memang macam lipas kudunglah masing masing..dengan nak iron baju, tudung apa semua, at last kitorang naik 'teksi' paling last ke masjid tu..itu pun kira nasib baik ada kereta kosong lagi tapi kereta memang banyak cuma driver nak bawa jer tak ada, hanya abang hitam aku tu jelah yang boleh diharap.. (sorry yer En. Saufi..gurau gurau jer)..
Lepas akad nikah, sesi fotografi bagai, kami dihantar pulang dengan 'penerbangan' pertama walaupun kami paling last pergi tadi..hahahah..alhamdulillah dengan 2 kali lafaz mereka sah menjadi pasangan suami isteri..pada sebelah malamnya pula, aku dan cousins aku sibuk packing goody bags untuk diagihkan kepada para tetamu..settle semua kerja tu, aku dan family aku ke Kuala Kangsar dan menginap di Resort Sungai Perak memandangkan rumah mak long aku dipenuhi dengan sanak saudara dan barang barang untuk kenduri esoknya..best, cantik, menarik resort tu..tak sia sia tidur dekat situ..
25 Disember 2010
Hari yang dinantikan, Majlis Persandingan Hidayah-Azlan : Kuala Kangsar, Perak..
26 Disember 2010
Majlis Persandingan Azlan-Hidayah : Teluk Intan, Perak..
fara,,
No comments:
Post a Comment