NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Tuesday, June 5, 2012

HOLIDAY (WEEK 1)...

Assalamualaikum readers ku sekalian.

Sekarang ni, aku sangatlah tak ada mood bila penyakit M muncul kembali. Yes! Penyakit malas! Kenapa aku malas sangat ni? Sedangkan dah jalan-jalan cuti-cuti berhari-hari.

Okey, jom mulakan pengembaraan aku. Minggu pertama (31 Mei-3 Jun 2012)

Hari pertama (Khamis), my family and I memulakan perjalanan dari Selangor merentas sempadan memasuki negeri kelahiran kami - Perak Darul Ridzuan. Minggu ni kami akan habiskan masa bersama family kedua-dua belah pihak iaitu family mummy and family daddy. Adil bukan? So, malam tu kami bermalam di Kg. Gajah kerana esok akan berkonvoi dengan maksu ke Gerik pula.

Hari kedua (Jumaat), bangun saja pagi tu, aku teringat balik zaman kanak-kanak aku sewaktu di kampung. Masa tu Sungai Perak belakang rumah nenek aku memang best, cetek, aku dengan cousins aku siap bermandi-manda dekat sungai tu. Tapi sekarang suasana dah berbeza sebab dah ada pulau buatan dekat tengah sungai tu, tempat litar lumba kereta. Walau macam mana pun, kenangan zaman kanak-kanak memang seronok dan indah untuk dikenang.



Pagi tu kami bergerak ke Lumut dulu sebab nak melawat rumah lamaku dan shopping dekat Lumut kejap. Almost tengah hari, kitorang gerak ke Gerik. Sudah setahun tak pergi Gerik, banyak yang dah berubah. Membuatkan aku sangat terkejut dan tak percaya. Tempat yang dulunya cantik, sekarang ni dah berubah 100%. Ingatkan apabila dah ada Kempen Jom Melawat Perak 2012 ni keadaan makin baik, rupanya tidak. Sangat shame shame bila orang luar tengok tempat tu (nasib baik I orang Teluk Intan).  =)

Sampai destinasi yang dituju pada jam 3 petang kot. Khemah semua dah siap pasang, jirang tetanga sudah mula merewang. Badan yang penat perlukan rehat yang cukup, so kerja aku hanya melayan babies yang comel dan comel dan comel tu. Memang nasiblah si babies dua orang tu kena lanyak dengan aku. Aku ni pantang nampak baby comel, memang aku kerjakan habis-habisan. =)


Hari ketiga (Sabtu), bermulalah Majlis Perkahwinan antara Jamilah dan Hanif di Felda Lepang Nenering, Pengkalan Hulu, Perak. Memang ramai orang yang buat kenduri 2 Jun ni, sampaikan ada yang tersalah rumah. It's okey maa, kenduri ni kan nak bagi orang ramai makan, buat amal jariah. Cousin aku sangat cantik hari tu, lain sangat rupa dia. Biasalah, hari bahagia si raja sehari mestilah nampak berseri-seri. Tahniah cousin, tahun depan dapat seorang lagi anak buah.


Petangnya, lepas berakhirnya majlis, kami ke Baling, Kedah pula untuk shopping dan jalan-jalan. Merentas sempadan memasuk Kedah, macam tak percaya saja. Kalau ikutkan aku nak ke sempadan Siam tapi parents aku tak nak. It's okey, next time kita holiday sini lagi sebab aku nak pergi Tasik Banding dan negeri Cik Siti Wan Kembang pula nanti. Hopefully~

Malamnya, kami ber-BBQ. Walaupun saudara-mara yang lain semua dah balik, tapi tetap happening juga BBQ kitorang ni. Walaupun hangit ayam tu, tetap licin tinggal tulang kami kerjakan. Padahal lauk-pauk kenduri siang tadi banyak lagi tapi ayam BBQ tu juga yang kami lahap. Malam tu memang tidur lena dan nyenyak sebab majlis semua dah settle, nothing to worry. 

Hari keempat (Ahad), hari terakhir di Gerik kerana kami akan bertolak pulang ke Teluk Intan pula. Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah di Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar. Singgah semata-mata nak berkelah dan bergambar. Tak sempat nak mandi-manda pun tpi sempat rendam kaki. Hahaha!! 




Bukan tak nak mandi tapi acara tak habis lagi. Malamnye kami ada kenduri doa selamat dekat rumah nenek aku belah daddy so, kena balik cepat tolong memasak. Nanti membebel pula macik pakcik aku tu. =)

Akhirnya, pukul 12 tengah malam baru kami berangkat pulang ke Port Klang. Sangat penat, mengantuk dan lemau sudah badan aku ni. Tapi sangat happy sebab dapat jumpa dan berkumpul dengan semua sanak-saudara. KALAULAH arwah pakcik-pakcik aku ada, makin meriah majlis malam tu. Apa-apa pun aku bersyukur sebab anak-anak diorang ada datang masa majlis tu dan kehadiran mereka membuatkan aku menitiskan air mata kegembiraan. =')



Terima kasih Allah kerana memberikan aku family yang besar, happening dan bahagia ini~



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, April 29, 2012

PESTA LAUT...

Assalamualaikum Cinta.

Pesta Laut sudah lama aku tinggalkan sejal Sitiawan aku tinggalkan 14 tahun lalu. Kini, 2012 aku kembali semula ke Pesta Laut Lumut menggamit kenangan di waktu kecilku. Ya Allah, sungguh aku rindukan pakcik-pakcik aku. Dahulu, bersama-sama dengan mereka kami ke Pesta Laut ni, 1 happy family.









Kini, semuanya hanya tinggal kenangan. Sedih hatiku tatkala melihat nisan yang terpacak di atas kubur mereka. Gugur air mataku. Ternyata aku masih tidak dapat menerima kehilangan mereka. Semadilah pakcik-pakcik ku dengan aman di sana. ='(

By the way, aku ke Lumut bukan untuk suka-suka tapi aku ke sana kerana melawat rumah yang telah 14 tahun aku tinggalkan. Sangat usang dan semak keadaannya. Dan aku juga sempat menanam jagung, kalau menjadi alhamdulillah dapat merasa nanti. Kalau tak menjadi kena beli jagung dekat pasar saja. =)


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, December 14, 2011

TAHUN MELAWAT PERAK 2012 (PART 7)...

COUNTDOWN: 17 HARI LAGI

Hari ni aku hanya nak update tentang Pesta Pelancongan Daerah yang akan menjelajah ke Tanjung Malim pula pada hujung minggu ni.
Pesta Pelancongan ini diadakan sempena meraikan kedatangan Tahun 2012: Tahun Melawat Perak.



Sebelum ini, Pesta Pelancongan Daerah telah menjelajah ke Taiping dan Teluk Intan.
Sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat sangat memberangsangkan.
Oleh yang demikian, pihak penganjur menyasarkan seramai 20 000 orang akan hadir sepanjang pesta ini berlangsung di Tanjung Malim kelak.


Selain itu, kerajaan negeri juga akan menganjurkan Konsert Bersamamu Rakyat bagi menarik lebih ramai pelancong ke Perak.
Konsert yang dijangka berlangsung pada 24 Disember 2011, jam 9 malam di Stadium Perak nanti akan diserikan oleh Maher Zain dan Ramli Sarip.



More info: The Portal Perak Today


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, December 11, 2011

TAHUN MELAWAT PERAK 2012 (PART 6)...

COUNTDOWN: 20 HARI LAGI


Assalamualaikum...

Semakin hari, semakin hampir kita dengan tahun 2012...bermakna, tidak lama lagi 2011 akan melabuhkan tirai dan meninggalkan kita dengan bermacam kenangan pahit dan manis...hari ni aku nak jadi tour guide ke tempat menarik yang terletak di pesisir pantai Perak iaitu...


Teluk Batik-Lumut-Pulau Pangkor.

Okey, aku ni nak dikatakan knowledgeable dengan tempat tempat di negeri Perak ni, taklah sangat sebab buka sepanjang 21 tahun aku stay di sini...most of the time, aku dibesarkan di banyak tempat (nomadlah katakan)...tapi, tentang Teluk Batik-Lumut-Pulau Pangkor ni boleh dikatakan expert jugalah sebab aku merasa membesar di sini...



Setelah aku dilahirkan, aku dibesarkan di Lumut sehinggalah usia aku 2 tahun lebih...so, dari kecil sampai ke besar, aku melihat banyak perubahan yang berlaku di Lumut...dahulunya kawasan pesisir laut di Lumut merupakan tempat orang memancing, bermandi manda tapi tidak lagi kini setelah adanya Esplanade Lumut dan Lumut Waterfront yang menjadi tempat para pelancong bergambar dan menghabiskan masa bersama keluarga. Sewaktu kecil dahulu, ibu bapaku sering membawa kami adik beradik bermain di sini dan aku sangat berbangga dengan perubahan dan keindahan Lumut kini. Para pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai jenis hasil laut yang telah dikeringkan seperti ikan masin, sotong kering, belacan, keropok, dan lain lain lagi. Kalau datang ke Lumut jangan lupa ke Kedai Hamid Ali sebabnya barangan di sini harganya berpatutan dan boleh dapat diskaun, mummy aku selalu membeli di sini dan selalunya pasti mendapat diskaun dan siap ada gift lagi. Baik sungguh anak Pak Cik Hamid ni, nanti boleh borong dekat sini lagi. =)




Lumut merupakan jeti pengantara untuk ke Pulau Pangkor. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa kawasan ini sentiasa dipenuhi dengan orang ramai. Kalau korang nak tahu, hari minggu dan cuti umum memang susah nak dapat parking kereta dekat sini. So, better pergi time orang bekerja, at least tak sibuk sangat. Feri di sini di bawah pemerhatian Jabatan Laut iaitu jabatan tempat daddy aku kerjalah. Dulu daddy aku kerja dekat sini sebab itulah aku dibesarkan dekat Lumut dan sangat sebati dengan tempat ini. Pulau Pangkor memang menjadi destinasi penggemar aktiviti laut kerana terdapat banyak pantai pantai yang boleh dijadikan tempat persinggahan. Di sini juga terdapat banyak hotel dan chalet dengan harga yang berpatutan. Di Pulau Pangkor juga terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati seperti Kota Belanda dan Kuil Fu Lin Kong yang menempatkan replika tembok batu seakan di Negara China. 



Jika anda fobia atau mabuk laut, takberani untuk menaiki feri tapi mahu menikmati keindahan pantai dan bermandi manda, datang saja ke Teluk Batik. Di sini juga terdapat banyak chalet yang boleh disewa pada harga yang berpatutan. Bermacam jenis ole ole juga turut dijual di sini yang kebanyakannya adalah kerja tangan daripada sumber lautan. Teluk Batik juga telah mengalami perubahan sama seperti Lumut di mana telah dibina dengan pelbagai kemudahan dan daya penarik agar ianya menjadi tarikan pengunjung. Dahulu, Teluk Batik merupakan tempat berlangsungnya Pesta Laut Lumut yang memang menjadi acara wajib bagi warga Perak. 




Info lanjut boleh layari: Pangkor
*Gambar ihsan daripada Encik Google (^_^)V


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, December 7, 2011

TAHUN MELAWAT PERAK 2012 (PART 5)...

COUNTDOWN: 25 HARI LAGI




YEAHHH!! Dengan rasminya, banner dan logo Tahun Melawat Perak 2012 sudah selamat berada di puncak tertinggi di Asia Tenggara -  Puncak Gunung Kinabalu. Ayuh, apa tunggu lagi! Moh warga Sabah, Sarawak, Kalimantan, dan Brunei datang ke Perak, rasailah keindahan dan keunikan negeri Bijih Timah ini. =)

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, November 27, 2011

TAHUN MELAWAT PERAK 2012 (PART 4)...

COUNTDOWN: 35 HARI LAGI

Assalamualaikum...

Salam Ma'al Hijrah buat seluruh muslimin dan muslimat. Apa azam baru tahun 1433 Hijrah ni? Apa papa pun, moh le kite melancong ke Perak yeop, yong oii.. =)

'Kuala Kangsar - The Royal Town'

Kuala Kangsar merupakan Bandar Diraja bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Keistimewaan bandar ini adalah kedudukannya yang strategik di tepi Sungai Perak. Malah, penduduk di sekitarnya masih menggunakan pengangkutan air seperti bot dan sampan untuk menyeberangi bandar ini walaupun pembinaan jambatan baru yang telah memendekkan perjalanan ke Bandar Kuala Kangsar sudah siap  dibina. Jambatan baru yang diberi nama Jambatan Sultan Abd. Jalil telah dibina bagi memudahkan penduduk sekitar ke Bandar Kuala Kangsar berbanding jambatan lama iaitu Jambatan Iskandar yang merupakan jambatan terpanjang di negeri Perak. Di bandar Kuala Kangsar terdapat sebuah institusi pendidikan yang terkenal  dan menjadi tempat para cendekiawan menimba ilmu iaitu MCKK atau dikenali sebagai Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pengunjung juga boleh merasa keenakan Mee Kicap di bandar ini dan lokasinya berhampiran dengan Resort Sungai Perak.

Sudah namanya Bandar Diraja, semestinya Bukit Chandan menjadi kawasan paling istimewa di negeri Perak. Di sini terletaknya Istana Iskandariah yang telah siap dibina dalam tahun 1933 iaitu tempat bersemayam Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak Darul Ridzuan. Nama istana ini diberi bersempena nama Sultan Perak ke-30, Sultan Iskandar Shah. Berhampiran dengan istana ini, terdapat sebuah lagi istana lama yang dikenali sebagai Istana Kenangan dan kini telah dijadikan Muzium Diraja Perak. Keunikan istana ini adalah terletak pada kaedah pembuatannya yang tidak menggunakan sebarang paku. Istana ini juga berbumbung lima dan dindingnya diperbuat daripada pelupuh buluh yang dianyam atau disirat berbentuk kelarai. Satu lagi bangunan yang menarik dan indah di negeri ini adalah Masjid Ubudiah. Masjid ini merupakan salah satu masjid tercantik dan terindah di Malaysia.

Kuala Kangsar terkenal dengan pembuatan labu sayong. Labu yang digunakan untuk menyimpan air ini diperbuat dari tanah liat dan proses pembuatannya 100% menggunakan kaedah tradisional (tangan) dan disebabkan itu, tidak kisahlah walaupun harganya mahal, labu sayong tetap menjadi pilihan para pelancong yang datang ke mukim Sayong ini.

Dan untuk pengetahuan anda, di bandar ini juga terletaknya pokok getah tertua dan pertama yang hidup setelah di bawa masuk oleh H.N.Ridley ke Tanah Melayu. Beliau juga bertanggungjawab menjadikan Kuala Kangsar sebagai daerah industri getah yang pertama dan akhirnya menjadi sumber ekonomi terpenting di Malaysia. Pokok ini masih boleh dilihat berhampiran dengan Pejabat Daerah Kuala Kangsar. 


P/S: Hari ni aku berada di Kuala Kangsar. I'm proud to be Perakian. S.M.I.L.E. =)


Dari Hati Nuraniku, fara,,

Tuesday, November 22, 2011

TAHUN MELAWAT PERAK 2012 (PART 3)...

COUNTDOWN: 40 HARI LAGI

Assalamualaikum...

Salam 26 Zulhijjah dan merafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim bersempena Ulangtahun Keputeraan Baginda hari ini. Johor sentiasa di hati. =)
Okey, mari continue tentang Tahun Melawat Perak 2012.

"Teluk Intan, Pisa of Malaysia"

Pada asalnya, Teluk Intan dikenali sebagai Teluk Anson bersempena nama salah seorang pegawai British yang bertugas di sana suatu ketika dahulu. Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa di sini terdapat sebuah menara jam tinggi yang suatu ketika dahulu merupakan bangunan terpenting di daerah ini kerana menara ini digunakan sebagai tangki air untuk menyimpan keperluan air bagi penduduk sekitar Teluk Intan. Keunikan bangunan tersebut adalah terletak pada struktur binaannya yang semakin hari semakin condong. Disebabkan itulah, bangunan ini dikenali sebagai Menara Condong Teluk Intan yang mempunyai keunikan yang sama seperti Menara Pisa di Itali. Dan sebagai anak jati kelahiran Teluk Intan, semestinya aku berbangga dengan daerah tempat tumpah darahku ini.


Selain menara condong, Teluk Intan juga mempunyai beberapa tempat yang menarik untuk dilawati seperti:




Sungai Manik- jelapang padi Perak. Para pengunjung dapat menikmati keindahan dan kehijauan pokok padi yang banyak ditanam di kawasan ini. Jika berkesempatan, anda dapat melihat sendiri bagaimana pesawah memungut hasil tanaman mereka.

Pasir Salak- peristiwa pembunuhan J.W.W. Birch. Di sini, terdapat sebuah Terowong Masa yang menceritakan sejarah Pasir Salak dan juga Tanah Melayu. Bagi penggemar sejarah seperti aku, Pasir Salak merupakan tempat yang sesuai sekali untuk mengkaji sejarah disamping bersantai di tepi Sungai Perak- sungai terlebar di Malaysia kerana di sini turut disediakan sebuah resort untuk pengunjung yang datang dari jauh. Untuk pengetahuan anda, kampung halaman aku terletak berseberang dengan Kompleks Bersejarah Pasir Salak ini. =)

 
Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, November 17, 2011

TAHUN MELAWAT PERAK 2012 (PART 2)...

COUNTDOWN: 45 HARI LAGI

Assalamualaikum...

Seperti yang ramai sedia maklum, bermula pada hari ini, aku akan bercerita tentang beberapa tempat menarik yang terdapat di Negeri Perak Darul Ridzuan - negeri kelahiranku yang tercinta, bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2012.

"Ipoh is a hidden pearl".

Ipoh merupakan ibu negeri Perak Darul Ridzuan dan merupakan bandaraya yang dikelilingi oleh bukit bukau. Pembangunan di bandaraya ini semakin pesat dari sehari ke sehari. Malahan, bandaraya ini juga menjadi tumpuan pelancong untuk bersukaria di The Lost World of Tambun yang terletak di Sunway City Ipoh. Taman tema yang dikelilingi oleh bukit batu kapur ini menjadikannya sangat unik dan memberikan panorama yang indah seakan anda berada dalam pengembaraan National Geography. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sini seperti bersantai di Waterfall Beach Garden, ataupun berendam di Tambun Hot Springs yang merupakan kolam air panas semula jadi dengan suhu yang dapat membuatkan anda tenang dan damai sambil ditemani keindahan alam di sekeliling.

Selain daripada itu, kepada pencinta alam, anda mungkin akan jatuh cinta akan keindahan gua batu kapur yang cukup terkenal di Perak iaitu Gua Tempurung. Dengan pelbagai bentuk stalaktit dan stalagmit pasti akan menggamit anda untuk kembali semula ke sini. Anda juga akan menyintai keindahan yang terdapat di Taman Rekreasi Gunung Lang yang membolehkan anda melakukan pelbagai aktiviti bersama ahli keluarga di samping mengisi masa lapang dan merapatkan hubungan sesama ahli keluarga. 


 
Dari Hati Nuraniku,
fara,,

TAHUN MELAWAT PERAK 2012 (PART 1)...

Assalamualaikum...



Mari kita countdown untuk Tahun Melawat Perak 2012!
Sempena Tahun Melawat Perak 2012, aku akan membuat beberapa entry khas untuk Negeri Perak kesayanganku ini.
So, jangan ketinggalan untuk mendapatkan info info menarik mengenai Negeri Perak Darul Ridzuan.
S.M.I.L.E. =)

Dari Hati Nuraniku,
fara,,