NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label minat. Show all posts
Showing posts with label minat. Show all posts

Wednesday, September 26, 2012

ENTRY GAMBAR SAHAJA...

Assalamualaikum peeps!

Bila kegilaan dan kesewelan aku mula melanda.............................................


















Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, July 17, 2012

BILIK TIDUR...

Assalamualaikum. . .

Sejuknya, cuaca mendung, angin sepoi-sepoi bahasa. Kalaulah dapat sambung tidur, mesti syokkk! Tapi tak boleh, Cik Pinklover kena siapkan order. *Usahawanita berjaya kena ada wawasan, jangan malas-malas.
Oh, tolonglah. Bila diuji dengan nikmat tidur, penyakit kemalasan mulalah menjelmakan diri. 

Aku: Mengantuknya, tapi order banyak kena siapkan ni. Ada lagi 2000 lebih tempahan. Masa dah suntuk. Oh myyyyy...
Kata hati: Jomlah tidur. Bukan selalu dapat cuaca mendung, sejuk-sejuk ni. Katil sedang memanggil tu, Hello Kitty sedang menanti bersama Mr. Spongebob dan Encik Bear Bear.
Aku: Tak boleh, tak boleh. Minggu depan dah nak hantar order. Kena siapkan juga ni.
Kata hati: Jomlah tidur. Tak laratlah nak buat kerepek tu.
Aku: Be strong! Chaiyokk! :|

Begitulah apabila hati dan diri tidak sehaluan. Tapi, kalau dapat tidur dalam bilik macam di bawah ni, confirm aku tak nak bangun dah. =)







Oh, keep on dreaming. Macamlah aku boleh buat bilik macam ni. Umur dah tualah yunk, kalau untuk anak-anak nanti bolehlah (anak-anak? Bila nak kahwinnya?). Hhahaa! Like I care, dah kahwin nanti pun nak bilik macam ni juga. Nak color P!NK, nak ada Hello Kitty. So, kena vari Mr. P!NK supaya sehati sejiwa, berdansa bersama. =)

Oh, melalut sudah. Jom mulakan projek. Usahawanita Kerepek Ikan Bilis. =D


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, March 10, 2011

HARI YANG BERMAKNA...

Hari hari sangat bermakna buat aku, tapi hari ini sangat sangat sangat bermakna sebab masa aku terisi sepenuhnya dengan berkualiti...waahhhh!! Bahagia ku rasakan hari ni walaupun Tanjung Pelepas dilanda hujan...hujan rahmat...aktiviti hari ini:-

  1. Makan
  2. Kemas rumah
  3. Basuh kain baju
  4. Berkebun
  5. Tidur
  6. Baking
  7. Sewing
  8. Listening and watching
Esok kembali malas...sebab hari ini dah terlebih rajin...tapi yang bermakna sekali adalah baking...kerana aku baking dengan resepi aku sendiri...

  1. Tepung secukup rasa
  2. Gula sesedap hati (aku pakai gula perang organik)
  3. Telur ayam sebiji
  4. Marjerin ikut suka
  5. Sedikit serbuk koko dan nescafe
  6. Baking powder
  7. Asen vanila
At last jadi juga kek aku, kek kurang manis yg sihat untuk kesihatan...lepas ni nak try kek lain pula, maybe fruit cake...huehehehe :)
Nasib baik tukang habiskan kek aku tak balik dari 'tahanan' lagi kalau tak mesti habis dia bedal walaupun dia kata tak sedap...biasalah tu, ayat coverline...kasut yg aku order dulu dah sampai, sungguh excited nak melaram dengan wedges baru and baju baru...can't wait for this Saturday event!!

Jangan lupa memeriahkan Jom Heboh@Danga Bay JB tapi before tu, pergilah Al-Kuliyyah esok petang, lebih berfaedah dan bermanfaat... :D


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, January 7, 2010

MINAT DAN KEGEMARANKU...


.::Nak cari speaker ni, best..comel..PINK::.


Sejak dua menjak ini, aku seperti tergila-gila akan Hello Kitty dan cerita Korea..tapi cerita Korea tu memang dari sekolah dulu aku sudah minat..cuma sejak mendiami alam kedewasaan ini, aku kekurangan masa nak menonton drama-drama Korea ni..tapi sejak aku tengok 1 drama Korea dekat You Tube, kegilaan aku semakin kembali..terutamanya terhadap hero-hero yang putih melepak, bertubuh sasa dan mantop gitu serta keindahan di Korea yang diterapkan dalam drama mereka..jika di zaman persekolahan dulu, drama seperti A Successful Story of A Bright Girl, Winter Sonata, Autumn In My Heart, Full House, dan banyak lagi yang aku sendiri pun dah tak ingat..namun, Autumn In My Heart tetap tersemat di kalbuku..hahahhaaha..antara hero-hero dan heroin yang aku minat adalah Won Bin, Jang Nara, Song Hye Gyo, Jang Hyuk, Song Seung Heon, dan ramai lagi..

Berbalik kepada interest aku yang lagi satu ni, aku sekarang ni suka sangat mengumpul barangan yang berkaitan dengan Hello Kitty..asal ada saja gambar atau muka si Kitty tu, aku mesti nak beli..aku geram sangat tengok HK ni tambah-tambah jika warna PINK, memang aku gila habis..aku sanggup pi Google web sites yang ada jual barangan HK dan mencari kedai-kedai yang ada jual barang tu semua..kalau boleh, aku nak beli speaker HK yang warna pink tu dan aksesori laptop yang lain sebab aku nak perfectkan keluarga laptop ni..kalau dah ada baju tapi tak pakai aksesori macam huduh saja lappy aku ni..cian dia tengok kawan-kawan dia dah pakai macam-macam aksesori..lepas dah siap cantik lappy ni, baru aku mulakan untuk aksesori aku pula..aku nak cari brooch tudung, then t-shirt HK, cover phone HK, beg HK, kasut HK, jam HK, cadar katil HK, langsir HK, semuanya nak HK saja..walaupun hampir 20-an, jiwa masih childish OK nyah..hahahhaha..kalau korang ada apa-apa info tentang Korean drama or HK, informlah dekat aku yer..sangat-sangat berharap bantuan korang..OK,

your sincerely,
fara,,