NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

SWEET n SOUR...

Assalamualaikum readers.

Cerita sweet n sour ini terjadi pada 15 May dan 16 May 2012. Nak tahu kisah apa? Mestilah Kisah Hati =)



Actually, 15 May hari tu aku ke UiTM Shah Alam atau lebih tepat lagi Dewan Agong Tuanku Canselor untuk menghadiri Konvokesyen buah hati Best Friend Forever aku. First time aku masuk ke UiTM tu masa hantar adik angkat aku and this is for the second time aku masuk ke sana. Walaupun konvokesyen ini berlangsung selama seminggu, boleh dikatakan hari-hari tetap sibuk and ramai dengan orang. Overall, aku sangat terkesima sekejap dengan istiadat konvo diorang ni, begitu berprotokol. Tahniah!

Back to my story, lepas dah teman member aku jumpa Encik BF dia, aku pun keluar dai kawasan DATC tu untuk ke Seksyen 7 sebab aku dah janji dengan kawan baru yang dah lama aku tak jumpa. Aku paling takut kalau tersesat dekat dalam UiTM tu sebabnya aku punya handphone dah nazak time tu, so kalau aku lost, kompem tak tau nak call siapa lagi (kes tak hafal nombor telefon penting).

Alhamdulillah, nasib aku baik sebab terjumpa dengan pakcik teksi yang sanggup nak hantar aku tu. Kesian kawan baru aku tu, agak lama dia menunggu, aku rasa bersalah sangat. Lepas dah lepak, makan and borak dengan dia, hari dah menjengah ke malam. Nak jumpa BFF aku yang sorang lagi- Cik Fatehah pun tak sempat. Yang ni pun aku rasa bersalah sebab dah janji dengan dia. Next time kita jumpa okey darling.

Aku punyalah takut terlambat sampai dekat rumah, aku suruhlah kawan baru aku tu drive laju sikit. Rupa-rupanya, BFF aku-Cik Fatin tu lagi lambat dari aku. So, aku pun ajak kawan baru aku tu pusing Port Klang yang tak berapa nak indah ni, at least aku dapat hilangkan tension dia and teman dia hari tu. Sampai saja dekat rumah, aku dengan Fatin memang dah penat sangat, makan pun tak larat dah, terus membuta.


My Komuter-lengang

BFF-Farah vs Fatin
Muka sabar menanti si buah hati


Untuk Encik BF ku, nanti konvo, saya bagi ni yer



Hari berikutnya, kami ke Mid Valley pula. Jalan-jalan cuci mata saja sebab kami tak shopping apa-apa pun gara-gara kegawatan ekonomi. Hahahaaa!! =P
Yang bestnya, kitorang sangat berharap dapat naikMy Komuter yang baru tu untuk ke Port Klang nanti sebab tak sanggup nak bersesak dalam Komuter yang lama tu. Alhamdulillah, rezeki kitorang dapat naik yang baru tu. Best! Tak panas, tak payah nak berebut-rebut sebab dapat duduk. =)

Malamnya, kami ke pasar malam pula. Untunglah every Wednesday ada pasar malam depan rumah. Fatin dah lama tak pergi pasar malam ni, memang dia excited lah dapat imbau balik kenangan lama dulu. Balik rumah, perut tak boleh menerima makanan yang banyak tu, seperti ular kekenyangan saja masing-masing. Mana taknya, makan ayam, kebab, kuey tiaw, putu piring, memang kenyanglahkan. Dah kenyang, layan pula hindustan, sampai ke 2 pagi baru membuta.   



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, May 12, 2012

ENTRY ISTIMEWA UNTUK DIA...

Assalamualaikum peeps! 
Selamat pagi Cinta.
Salam sayang Rindu.

Entry Istimewa untuk Dia...

Dia yang pernah hadir dalam hidupku,
Mengajar aku daripada tak tahu kepada tahu,
Menegur dan memarahiku seperti anaknya,
Mendidik aku supaya menjadi seorang yang bertanggungjawab,
Kadang-kala aku rasa kesal kerana membuatnya marah,
Sedangkan dirinya sudah penat seharian mengajar kami,
Tapi, dek kerana keegoanku terhadap perlakuan teman sekelas,
Aku lupa tentang kepenatannya, tentang kesabarannya semasa mengajar kami.

Guruku,
Yang aku sayang,
Walaupun kau sudah tiada lagi,
Kenangan bersama tak akan mungkin aku lupakan,
Kaulah guru, kaulah ibu,
Yang tak jemu mendidik kami yang degil lagi nakal ini,
Kekuatanmu membuatkan aku kagum,
Aku pasrah dengan pemergianmu,
Walaupun tidak dapat menatap wajahmu buat kali terakhir,
Sungguh, aku rindu saat berada di dalam kelasmu,
Semoga dikau tenang dan damai di sana,
Buatmu guruku- Puan Norlela Osman ='(


Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Guru


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, December 15, 2011

SEA+FOOD...

Suddenly, aku rindu dekat keropok lekor.


Suddenly, aku rindu nak makan satar.



Suddenly, aku rindu sea food.

Suddenly, aku rindu bau laut.

.:: Dulu daddy selalu bawa makan dekat sini, makanan semua besttt!! ::.

Suddenly, aku rindu ombak yang menghempas pantai.

TAPI...

Semuanya hanya ada di Kuantan.

Motif? Rindu dekat Kuantan. Mahu pulang ke sana. 

Kangen! Kangen! Kangen!

Enak! Enak! Enak!


*Gambar dari Encik Google =)

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, June 15, 2011

HARI KE-10...

Salam readers~

Aktiviti aku hari ni adalah mengemas barang barang yang sudah boleh dilupuskan setelah 3 tahun dalam simpanan (kekasih boleh dilupuskan tak?)... =)

Sebenarnya mood rajin ni tiba tiba datang and kitorang bersemangat nak mengemas pun bila fikir tinggal 10 hari saja lagi dan barang di rumah ni memang banyak yang perlu dikemaskan...so semuanya harus dilakukan dengan cepat sebelum family family datang mengangkut barang yang berlori lori ni (macam banyak sangat)...then petangnya, kitorang ke pasar malam, maybe yang terakhir di kolej ni...sedih pula nak tinggalkan chaw juey tiaw, air tebu, cucuk cucuk, ayam gunting, dan lain lain lagi dekat pasar malam ni...bulan Ramadha pun dah tak macam dulu, tahun ni masing masing berbuka dan bersahur bersama family tercinta... ='(

By the way, malam ni menginap di rumah Kak Indah, mahu tukar angin gitu...and malamnya kitorang keluar tengok gerhana bulan...cantikkkkk...bulan memang sentiasa cantik, kan awak? =D

Okey, till now, take care...

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, June 8, 2011

HARI KE-17...

Salam readers~

Hari ni aktiviti tidaklah padat seperti semalam...at least sempatlah aku melelapkan mata yg kuyu ni sekejap tengah hari tadi...kelas hanya separuh hari, petang pula ajar budak kawad senjata...lewat petang beriadah - main bola tampar...memang sedaplahkan dah lama tak merasa penangan bola tu, tadi merah merah tangan aku main binatang tu...apa apa pun still enjoy dengan Alpha, Bravo, dan Charlie...mesti lepas ni aku akan rindukan diorang...banyak masa dihabislan dengan diorang sejak due menjak ni...kadang kadang tu, aku takut dengan perpisahan yg akan menjelma...aku tak dapat menahan empangan air mataku dari terus mengalir...semoga korang terus bersatu, gagah dan setia dengan HARIMAU MALAYA dan Rejimen 508 (AW)... ='(

P/S: Aku hanya mampu melihatnya dari jauh...itu sudah cukup untuk memberikan aku 1001 memori indah yg pernah tercipta...walaupun hanya dari jauh, aku cukup happy melihatnya gembira dan senang dengan apa yang dilakukannya...biarlah semuanya tersimpan kemas menjadi memori aku sepanjang 3 tahun di sini...
"Perasaan kasih dan sayang ini sangat banyak maksudnya dan tidak semestinya ditujukan buat kekasih hati, keluarga, tetapi juga buat teman, sahabat, dan kawan yang pernah bersama dalam setiap keadaan suka dan duka, gembira dan kecewa walaupun hanya TEMAN TAPI MESRA atau KEKASIH GELAPKU" =D

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, January 25, 2011

3 TAHUN...

Salam readers...korang sihat tak arini (dari segi mental & fizikal)..? Aku tak sihat mental lar arini disebabkan seorang lecturer yg korang pun boleh tau siapakan..? Memang tension saja dengan dia ni, dah lar group aku datang awal-awal pagi before 9 a.m. just only for the presentation because we don't have any class for this week, exam maaa...btw, presentation sepatutnya start pukul 9 a.m., tapi korang pun tahulah kalau dah janji Melayu tu, almost 10 a.m. baru kitorang start..and daripada 2 jam kelas yang asal terus menjadi 4 jam...dengan tak breakfastnye, tak cukup tidurnya, macam mana aku tak hangin, pukul 1 lebih baru dia lepaskan kitorang balik...benda tu boleh jer settle awal tapi dia ni banyal soal pulak, menyirap jer masing masing...hopefully next sem dia TAKKAN mengajar we all lagi, boleh gila dibuatnya...

Berbalik pada story yang aku nak story ni, ianya tentang saat saat manis bergelar pelajar, teman serumah, teman sekuliah, teman 1 course, teman berjalan, teman tidur, teman suka, teman duka - segalanya tentang mereka...almost 3 years aku di sini (Legenda Group of Education), bermacam macam ragam telah aku temui...tapi, mereka ini masih setia di sisiku, aku sayang korang double triple OK!!

Cerita dimulakan dengan CHE NURAZUREEN KHAZMI...(14 November)


  • Berdarah Johor + Terengganu
  • Anak bongsu dari 2 beradik
  • Sangat suka makanan pedas (sama macam aku)
  • Sangat suka akan kucing (aku tak suka)
  • Tidak suka akan strawberry (tapi aku suka)
  • Sudah berpunya~ :D
Seterusnya ialah NUR AFIZA AB. RAHMAN...(17 September)


  • Berdarah Kelantan tulen
  • Anak sulung daripada 4 beradik
  • Suka makanan pedas tapi tidak terlalu obses
  • Suka akan Nightmare :)
  • Tidak suka akan susu (semua jenis susu kot)
  • Masih single available~ :D

Ini baru cerita tentang kembar aku @3M@3A@3Z...banyak sangat nama yg diberi...seterusnya tentang teman serumah aku yg banyak sangat memberi kejutan dan kegembiraan sepanjang 3 tahun perkenalan kami...

Pertama: SITI AISYAH RAMLI...(30 January)


  • Berdarah Johor+Melaka
  • Anak bongsu daripada 3 beradik
  • Bakal menggenggam HND in Electrical & Electronic Engineering
  • Pandai mengambil hati
  • Tidak suka/takut akan kucing (macam aku)
  • Suka makanan yg pedas walaupun perutnya selalu sakit

Kedua: NURFATIMAH FARHA MOHD. GHOUSE...(18 February)


  • Berdarah campuran dan berasal dari Penang
  • Anak sulung daripada 5 beradik
  • Bakal Doktor (MBBS) dari Xi'an University, China
  • Suka memberi kejutan
  • Suka colour pink (dulu dulu, sekarang not sure)
  • Tidak tahan dengan makanan yg pedas
Terakhir: NATASHA HANUM ZAINUDIN...(24 Oktober)


  • Berdarah campuran, berasal dari Selangor
  • Anak kedua daripada 3 beradik
  • Bakal menggenggam HND in Civil Engineering
  • Suka memasak (especially baking)
  • Suka membela haiwan peliharaan seperti Cora & Alisa
  • Tidak suka makan petai (sama macam aku)

Selama tiga tahun bersama mereka di SI03-04_ _ (kecuali Aha@Farha), banyak yg telah kami lalui bersama, suka duka semuanya dikongsi bersama...dan masa masa bersama kalian tidak mungkin dapat dilupakan kerana korang lar kawan, sahabat, teman, yang sukar dicari ganti...semoga persahabatan kita terus mekar dan kekal selamanya...







Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, July 17, 2010

11 TAHUN YANG LALU...

Malam itu, aku rasa tak sedap hati. Macam ada sesuatu yang tak kena. Mummy tidur lepas Maghrib tu sebab penat bekerja pada siang hari. Aku dan adik-adikku menonton TV. Sedang asyik menonton, tiba-tiba pintu rumah kami diketuk. Ketika itu kami bermastautin di Port Klang. Aku mengejutkan mummy dari lena. Aku membuka pintu dan jiranku, Opah Zizah memberitahu bahawa pakcikku yang bertugas sebagai anggota polis meninggal dunia. Ketika itu talian telefon masih belum ada di rumah kami (mummy tahu anaknya ni kaki bergayut), hanya yang ada talian mudah alih milik daddy. Tapi waktu itu daddy tiada di rumah (tak ingat pergi mana, berlayar kot) so talian tak dapat dihubungi. Pihak PDRM dari Gua Musang hanya dapat menghubungi Balai Polis Port Klang yang terletak bersebelahan kuarters kami dan mereka menghubungi jiranku. Ketika menerima berita tersebut, hatiku kuat mengatakan bahawa bukan Pakcik Alim yang kemalangan sebaliknya Pakngah Yazid kerana dia pun polis.

Tak berapa lama selepas itu daddy pulang. Lepas mendapat tahu berita itu kami bersiap untuk pulang ke Teluk Intan. Untuk memuaskan hati, daddy singgah ke balai polis sebelah rumah tu dan bertanya berita lanjut. SAH! Yang meninggal dunia bukan Pakngah Yazid tapi sebaliknya Pakcik Alim. Sepanjang perjalanan ke Perak air mataku tak henti mengalir. Macam-macam dalam fikiran. Adik-adikku masih kecil ketika itu. Mereka nyenyak tidur di sebelah tetapi aku langsung tak dapat melelapkan mata. Perjalanan selama 3 jam itu terasa seperti 13 jam lamanya. Walaupun daddy nampak tenang sepanjang pemanduan tapi aku tahu dalam hati daddy menangis.

Sampai sahaja di kampung, nenek sudah tak bermaya. Air matanya sudah kering dek menangis. Beberapa kali nenek pitam. Mummy, arwah moyangku dan beberapa orang makcik serta nenek saudaraku cuba menenangkan nenek. Aku tak sanggup melihat keadaan nenek, mana taknya, anak lelaki bongsunya sudah pergi terlebih dahulu darinya buat selama-lamanya. Malam itu aku hanya mampu tidur-tidur ayam.

Bangun sahaja pagi esok, saudara-mara yang dekat dan jauh sudah memenuhi kediaman nenek. Sebelum Zohor, jenazah pakcik tiba dari Gua Musang setelah siap dimandi dan dikafankan. Kami sekeluarga melihatnya buat kali terakhir. Aku tak akan melupakan detik-detik itu ketika melihat raut wajahnya. Sekali lagi air mataku tumpah melihat dia 'tidur' dengan tenang. Tak dapatku bayangkan keadaannnya sewaktu kemalangan itu. Arwah pakcik kelihatan bersih dan seperti tidak mahu diganggu tidurnya. Aku tidak dapat menahan tangis, aku duduk di tangga dan melepaskan empangan air mataku. Mummy datang dan mententeramkan aku. Pengebumian pakcik berjalan lancar dengan penuh penghormatan daripada rakan-rakan polisnya. Itulah kali pertama aku kehilangan orang terdekat dalam hidupku. Kini sudah 11 tahun dia pergi dari hidupku. Dialah salah seorang bapa saudaraku yang begitu menyayangiku sewaktu kecilku, sentiasa menggendongku setiap kali aku pulang ke kampung (itu yang mummy cerita). Walaupun aku jauh untuk ke 'rumahnya', aku tidak pernah lupa sedekahkan Al-Fatehah dan Yaasiin buatnya. Damailah di sana pakcik. Anakmu ini sentiasa merinduimu.

Dari Hati Nuraniku,fara,,

Friday, April 16, 2010

WARKAH UNTUK DIA...

Kehadapan KAR. Semoga dikau berbahagia bersama A***. Aku redha dengan segala ketentuan dan takdir Ilahi. Cuma aku sedikit kesal kerana perpisahan kita bukan dengan cara yg baik. Kau yg memaksa aku buat begini. Kau yg membuatkan aku jadi terpaksa. Jika dapat diundurkan putaran dunia, aku ingin kembali ke tanggal 9 Jun 2006. Aku tidak mahu bertemu denganmu pada tanggal itu. Aku tidak mahu mengenali siapa dirimu. Tapi itulah takdir, semuanya ketentuan Yang Maha Esa. Kita boleh mengubah takdir menjadi lebih baik jika kita tahu membezakan mana yg baik dan mana yg buruk. Apa yg aku kesali, sehingga ke hari ini, aku masih tidak dapat melupakanmu walaupun hati ini sukar untuk menerima kesilapan yg kau lakukan terhadapku. Aku tidak tahu di mana silapnya hubungan kita, aku tidak tahu apa salahku hingga sanggup kau menduakan cinta kita. Tapi biarlah Allah sahaja yg membalas segalanya. Luka tak berdarah tetapi amat terasa pedihnya. Insya Allah aku akan cuba melupakan segalanya satu persatu. Akan ku cuba walaupun perit dan sukar kerana hakikatnya cinta kita sudah terkubur.




KAR, ketahuilah bahawa aku tetap menyayangimu sampai bila-bila pun. Teramat sukar untuk hati ini menerima lelaki lain walau sebaik mana sekali pun mereka kerana bayanganmu sering hadir dalam hidupku. Disebabkan itulah aku benci akan dirimu, aku benci kerana cintaku terhadapmu menjadikan aku buta pada cinta lelaki lain, menjadikan sukar untukku menerima mereka. Terlalu bodoh ku rasakan diriku tika ini, bodoh kerana tidak dapat melupakanmu.





your sincerely,
fara,,