NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, April 16, 2010

WARKAH UNTUK DIA...

Kehadapan KAR. Semoga dikau berbahagia bersama A***. Aku redha dengan segala ketentuan dan takdir Ilahi. Cuma aku sedikit kesal kerana perpisahan kita bukan dengan cara yg baik. Kau yg memaksa aku buat begini. Kau yg membuatkan aku jadi terpaksa. Jika dapat diundurkan putaran dunia, aku ingin kembali ke tanggal 9 Jun 2006. Aku tidak mahu bertemu denganmu pada tanggal itu. Aku tidak mahu mengenali siapa dirimu. Tapi itulah takdir, semuanya ketentuan Yang Maha Esa. Kita boleh mengubah takdir menjadi lebih baik jika kita tahu membezakan mana yg baik dan mana yg buruk. Apa yg aku kesali, sehingga ke hari ini, aku masih tidak dapat melupakanmu walaupun hati ini sukar untuk menerima kesilapan yg kau lakukan terhadapku. Aku tidak tahu di mana silapnya hubungan kita, aku tidak tahu apa salahku hingga sanggup kau menduakan cinta kita. Tapi biarlah Allah sahaja yg membalas segalanya. Luka tak berdarah tetapi amat terasa pedihnya. Insya Allah aku akan cuba melupakan segalanya satu persatu. Akan ku cuba walaupun perit dan sukar kerana hakikatnya cinta kita sudah terkubur.




KAR, ketahuilah bahawa aku tetap menyayangimu sampai bila-bila pun. Teramat sukar untuk hati ini menerima lelaki lain walau sebaik mana sekali pun mereka kerana bayanganmu sering hadir dalam hidupku. Disebabkan itulah aku benci akan dirimu, aku benci kerana cintaku terhadapmu menjadikan aku buta pada cinta lelaki lain, menjadikan sukar untukku menerima mereka. Terlalu bodoh ku rasakan diriku tika ini, bodoh kerana tidak dapat melupakanmu.





your sincerely,
fara,,

No comments: