Assalamualaikum sahabatku. Malam ini, air mataku menitis lagi. Aku tidak tahu mengapa begitu cengeng aku pada minggu ini. Mudah sungguh air mata ini menitis bukan kerana sesiapa, tapi kerana diriku, kerana Allah s.w.t. Kerana kasihku padaNya, aku turuti segala suruhanNya, aku pasti akan janjiNya padaku. Aku yakin akan cinta dan kasih sayangNya padaku. Jika tidak masakan dia memberi aku peluang untuk berubah dan bernafas lagi pada hari ini? Masih memberikan kesihatan tubuh badan untuk aku terus beribadat kepadaNya. Terima kasih Ya Allah. Insya allah, aku tidak akan pernah melupakanMu. Bantulah aku mencapai keredhaanMu. Bimbinglah aku, doakan istiqamahku ini tidak berhenti di tengah jalan. Aku memerlukan kasih sayangMu Ya Allah untuk aku terus hidup dan beramal di duniaMu ini.
"Untuk mendapatkan cinta, kita kena korbankan cinta. Percayalah, setiap perbuatan untuk mengelak daripada yg tak baik (ber'couple'), Allah tidak akan mensia-siakan pengorbanan dan ketaatan kita", itulah kata-kata semangat dan dorongan yg aku sering dengar dari mereka-mereka di sekelilingku.
Aku ingin kongsikan serba sedikit kisah yang membuatkan aku menitiskan air mata di tengah malam ini.. SILA KLIK.
~PESANAN BUAT MUSLIMAH."Untuk mendapatkan cinta, kita kena korbankan cinta. Percayalah, setiap perbuatan untuk mengelak daripada yg tak baik (ber'couple'), Allah tidak akan mensia-siakan pengorbanan dan ketaatan kita", itulah kata-kata semangat dan dorongan yg aku sering dengar dari mereka-mereka di sekelilingku.
Aku ingin kongsikan serba sedikit kisah yang membuatkan aku menitiskan air mata di tengah malam ini.. SILA KLIK.
~MANISNYA TAUBAT.
~BUNGA IDAMAN ISLAM.
Seperti yg aku pernah katakan dahulu..aku juga tidak sempurna, pernah melakukan kesilapan..aku memohon seribu kemaafan kepada sesiapa yg berkenaan andai tingkah laku dan tutur kataku sepanjang perkenalan kita banyak menyakitkan hati..aku cuba untuk berubah tetapi sedikit demi sedikit..jangan dipersoalkan perubahanku ini kerana "nasib sesuatu kaum tidak akan berubah melainkan mereka sendiri yang mengubahnya", seperti yang difirmankan oleh Allah. Doakan perubahanku ini berterusan dan hijrahku berjaya. Wassalam..
your sincerely,
fara,,
your sincerely,
fara,,
No comments:
Post a Comment