Alangkah gembira dan tenangnya diri aku setelah selamat sampai di 02-02 Blok F1..setelah sebulan lebih tidak kembali pulang ke pangkuan keluarga..pada korang sebulan tu tidak membawa erti apa-apa tapi pada aku, sebulan tu sudah cukup untuk membuatkan aku hilang mood dan tension duduk di hostel ni..aku lebih suka pulang ke rumahku yg damai, tenang, dan menghijau daripada duduk di hostel ni..lagi pun sejak dua menjak ni aku asyik bersedih dan sakit-sakit saja so mummy suruhlah balik..bila mummy sudah suruh, aku terpaksa balik dalam happy..hahahah..sebab semuanya di sponsor gitu..walaupun hanya 4 hari aku dapat berehat di rumah, itu sudah cukup untuk mengembalikan mood dan semangat aku yg hilang dek kerana seseorang, sesuatu, dan seseumpamanya..layanlah gambar-gambar ini...
1. Pagi-pagi lagi sudah teman mummy pergi florist.
2. Next, kembali ke Bukit Indah-Jusco dan Tesco.
3. Tempat pertama kali aku dan DIA bertemu.
4. Kapal-kapal yg setia menemaniku.
5. Mereka-mereka yg menghiburkan dukaku.
Kalau balik JB, aku lebih suka menghabiskan masa bersama pokok-pokok bunga ku, laut, dan kapal-kapal..aku boleh meluahkan segalanya kepada mereka, aku boleh menangis sepuasnya di hadapan mereka..kerana merekalah yg mengetahui kedukaanku selama 4 tahun ini..kerana merekalah juga yg menjadi saksi kesengsaraanku selama 4 tahun ini..terima kasih pokok-pokok, kapal-kapal dan lautan yg luas terbentang..terima kasih kerana setia bersamaku..sehingga kini, walaupun sudah hampir setahun perpisahan itu, aku masih tidak dapat melupakan DIA..kenapa DIA masih dalam ingatanku, mimpi-mimpiku?..sedangkan DIA sudah berbahagia bersama A**E..aku tidak mahu bermusuh dengan KAU-A**E kerana KAU tidak mengerti kesengsaraan, penderitaan dan pengorbanan aku selama 3 tahun dengannya..jika kau mengerti pasti lebih mudah kerjaku, pasti aku akan dapat hidup dengan tenang, pasti aku dapat melupakannya..tapi tidak mengapa, suatu hari nanti KAU pasti akan mengerti kerana KAU pun akan merasa apa yg aku lalui disebabkan DIA..
your sincerely,
fara,,
2 comments:
wah2 rindoo mao pg gelang patah... =_+
Kalo dh rindu, dtg lar Gelang Patah..dh nk dpt lesen x lama lg..heheheh
Post a Comment