NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label kem. Show all posts
Showing posts with label kem. Show all posts

Monday, December 13, 2010

LATIHAN KHEMAH TAHUNAN REJ 508 (AW) 2010..








Pada tanggal 21 November yang lalu, Latihan Khemah Tahunan Rej. 508 (AW) bagi tahun 2010 telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan di Markas Rejimen 508 Kem Jalan Rasah. Upacara perasmian turut dihadiri oleh Komander dan Timbalan Komander Kem 508 serta pegawai-pegawai kanan yang lain. Acara perbarisan bermula pada jam 0900 yang telah disertai oleh para sukarela dari Batalion Pertama, Kedua, dan Ketiga Rejimen 508 (AW).

Latihan yang berlangsung selama 2 minggu ini telah diadakan di Kem Asahan, yang terletak di dalam Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan. Selama 2 minggu berada di sana, pelbagai aktiviti telah diadakan dan disertai oleh seluruh anggota Rejimen 508 (AW), antaranya ialah rempuh halangan, jalan laju (8 KM), war game, sukaneka (bola tampar dan bola jaring) dan mara. Aktiviti mara yang diadakan di luar kawasan kem telah berlangsung selama 4 hari di dalam Daerah Segamat, Johor. Kami telah berjalan sejauh 20 KM dan berkampung selama 3 malam di ladang-ladang yang sempat dilalui. Sesungguhnya, latihan pada kali ini mirip sekali dengan latihan yang diadakan semasa rekrut dahulu dan telah menggamit memori kami semua kepada kenangan rekrut dahulu.

Keseluruhannya, latihan pada kali ini berjalan dengan lancar dan berjaya apabila misi kami tercapai setelah 'serangan ke atas khemah musuh' berakhir. Walaupun bermacam kesakitan kami rasai, itu semua adalah pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan. Anggaplah kaki yang melecet, muka yang terbakar itu sebagai tanda dan semangat perwira 508 untuk menghadapi hari mendatang yang kita sendiri tidak tahu apa yang bakal terjadi kelak. Gunakanlah ilmu yang dipelajari untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh sama ada yang nyata mahupun tidak.

Dari Hati Nuraniku,fara,,

Monday, October 11, 2010

BERAYA DI KEM...

Pada tanggal 9 Oktober 2010 yang lalu, Rejimen 508 (AW) Seremban telah mengadakan satu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Markas Rejimen 508 Kem Jalan Rasah, Seremban. Walaupun sambutan ini diadakan pada penghujung Syawal, namun kemeriahannya masih dapat dirasakan. Seluruh warga Rejimen 508 telah dijemput menghadiri majlis ini. Kami warga Kumpulan Pendidikan Legenda di bawah naungan Kelab Harimau Malaya telah menghantar seramai 20 orang wakil termasuk senior-senior yang sudah menamatkan pengajian di sini. Walaupun tidak ramai ahli yang menghadirkan diri, namun anggota-anggota lain dari Batalion 1 seperti Kolej Negeri dan Politeknik PD ramai yang menghadirkan diri. Majlis ini juga turut meraikan anak-anak yatim di sekitar Seremban.

Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Komander kem diikuti oleh bacaan doa untuk melancarkan urusan majlis pada hari itu. Dalam majlis tersebut, Komander Rejimen 508 dan pegawai-pegawai kanan yang lain turut memberikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim serta anak-anak kakitangan 508. Pelbagai jenis makanan yang disediakan oleh kakitangan 508 dengan pembukaan beberapa buah gerai seperti Char Kuey Tiaw dan Sate mendapat sambutan hangat daripada para tetamu. Majlis turut dimeriahkan oleh pancaragam Angkatan Tentera yg memainkan beberapa buah lagu yg catchy dan happening membuatkan malam itu begitu meriah dengan aksi-aksi warga 508.

Secara keseluruhannya, majlis ini dapat mengeratkan hubungan sesama anggota Rejimen 508 dari Batalion 1, 2, dan 3 di sekitaar Negeri Sembilan. Diharap agar majlis seumpama ini dapat diadakan pada masa-masa yg akan datang dan mendapat sambutan yg hebat dari semua anggota.


Sempat bergambar dengan Sarjan Zaini (sarjan yg sporting dan suka melayan karenah kami) dan Koperal Jalil (koperal yg garang tapi sempoi, suka dengar pelajaran dari dia). Teringat kembali kenangan rekrut yg lalu. :'(

Dari Hati Nuraniku,fara,,

Friday, May 7, 2010

KEM ORIENTASI 1/2010






Pada tanggal 30 Mei hingga 2 April 2010 yg lalu, aku telah menghadirkan diri ke Kem Orientasi Kelab Harimau Malaya Kolej Legenda yg bertempat di Kampus Kumpulan Pendidikan Legenda, Mantin. Kem yang berlangsung selama 3 hari ini bertujuan untuk mendedahkan ahli-ahli baru dengan dunia ketenteraan disamping menerap semangat berkumpulan yg menjadi asas kepada setiap pasukan tentera. Kem yg diadakan untuk kali kedua ini mendapat sambutan dengan disertai oleh 58 orang ahli berbanding 25 orang pada tahun lepas. Walaupun agak letih kerana kurang tidur, ahli-ahli tetap memberikan komitmen kepada semua aktiviti yg diadakan.
Antara aktiviti-aktiviti yg dijalankan adalah:

* Latihan dalam kumpulan 1 (pembentangan projek)
* Latihan dalam kumpulan 2 (ujian kawad kaki asas)
* Kontroversi alam
* Latihan dibawah tahanan musuh
* Eksersais berstesyen (penyelamatan VIP)
* Pengenalan kepada Ilmu medan perang (teori & praktikal)

Walaupun aku terlepas ujian kawad kaki namun, aku tetap berpuas hati kerana seksyen-seksyen yg bertanding masih dapat melakukan ujian tersebut walaupun hanya diberikan masa lebih kurang 3 jam untuk berlatih. Secara keseluruhannya, kem pada kali ini mencapai objektifnya disamping memberi pengalaman baru kepada setiap ahli.

Gambar di atas adalah aku bersama anggota-anggota Seksyen 2 iaitu seksyen aku semasa aktiviti Eksesais Berstesyen (Menyelamatkan VIP) dan kumpulan aku semasa Latihan Dalam Kumpulan (LDK1) untuk perbentangan kertas kerja dengan tajuk kebudayaan. Kumpulan kami dengan bangganya mempersembahkan kertas kerja untuk Teater Muzikal Hang Tuah dengan belanjawan paling tinggi melebihi kumpulan lain iaitu RM 35 000. Walaupun kami tidak menang tetapi kami tetap bersatu dan bekerjasama. Apa yg penting, kerjasama! hehehehehe! Agi idup agi ngelaban!! Teruskan semangat kita hingga ke titisan darah yg terakhir.

Gambar yg atas sekali sewaktu aku dimandi bunga dengan bermacam-macam ramuan ygpasti mengembalikan keayuan dan awet muda..(hahahaha..bajet lebih, pada hal air tu bukan main busuk lagi)..




Dari Hati Nuraniku,
fara,,