NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, October 11, 2010

BERAYA DI KEM...

Pada tanggal 9 Oktober 2010 yang lalu, Rejimen 508 (AW) Seremban telah mengadakan satu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Markas Rejimen 508 Kem Jalan Rasah, Seremban. Walaupun sambutan ini diadakan pada penghujung Syawal, namun kemeriahannya masih dapat dirasakan. Seluruh warga Rejimen 508 telah dijemput menghadiri majlis ini. Kami warga Kumpulan Pendidikan Legenda di bawah naungan Kelab Harimau Malaya telah menghantar seramai 20 orang wakil termasuk senior-senior yang sudah menamatkan pengajian di sini. Walaupun tidak ramai ahli yang menghadirkan diri, namun anggota-anggota lain dari Batalion 1 seperti Kolej Negeri dan Politeknik PD ramai yang menghadirkan diri. Majlis ini juga turut meraikan anak-anak yatim di sekitar Seremban.

Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Komander kem diikuti oleh bacaan doa untuk melancarkan urusan majlis pada hari itu. Dalam majlis tersebut, Komander Rejimen 508 dan pegawai-pegawai kanan yang lain turut memberikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim serta anak-anak kakitangan 508. Pelbagai jenis makanan yang disediakan oleh kakitangan 508 dengan pembukaan beberapa buah gerai seperti Char Kuey Tiaw dan Sate mendapat sambutan hangat daripada para tetamu. Majlis turut dimeriahkan oleh pancaragam Angkatan Tentera yg memainkan beberapa buah lagu yg catchy dan happening membuatkan malam itu begitu meriah dengan aksi-aksi warga 508.

Secara keseluruhannya, majlis ini dapat mengeratkan hubungan sesama anggota Rejimen 508 dari Batalion 1, 2, dan 3 di sekitaar Negeri Sembilan. Diharap agar majlis seumpama ini dapat diadakan pada masa-masa yg akan datang dan mendapat sambutan yg hebat dari semua anggota.


Sempat bergambar dengan Sarjan Zaini (sarjan yg sporting dan suka melayan karenah kami) dan Koperal Jalil (koperal yg garang tapi sempoi, suka dengar pelajaran dari dia). Teringat kembali kenangan rekrut yg lalu. :'(

Dari Hati Nuraniku,fara,,

1 comment: