NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Friday, September 7, 2012

STUDY...

Assalamualaikum readers...

Seminggu telah berlalu dan kini kita berada dalam bulan September. Bulan keseorangan buat aku. Tanpa kekasih hati, tanpa sahabat, dan tanpa sibling. Oh, sangat bosan dan sunyi sebab tak ada teman berborak. Adik-adik tak ada untuk aku usik dan ajak bergaduh, haish! Sangatlah bosan tak dapat kacau orang ni.

Apa-apa pun, selamat menyambung pengajian buat adik-adik aku. Bon Voyage, tahun depan kita jumpa lagi. =') Buat sahabat aku sekalian, selamat menyambung semester baru. Tak lama lagi tamatlah pengajian korang aku doakan. Aku pula nak sambung study memang tak kot buat masa sekarang. Sangat penat nak buka buku lagi. Doakan aku mendapat kerja yang baik okey kawan-kawan. Penatlah nak menjawab bila orang dok tanya, "Kerja apa?". WTFish, carilah soalan lain kalau yer pun nak borak dengan aku. Bosan weyhh aku nak menjawab soalan yang sama. Haishh!!

Okey, hari ni ada jamuan raya, makan-makan sambil cuci mata. Mahu prepare apa yang patut dulu, Chiaww! =D



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

MERDEKARAYA...

Assalamualaikum peeps!

Setelah berakhirnya kisah raya di kampung halaman tercinta, maka bermulalah pula kisah raya di perantauan.
Tapi tak lah perantauan sangat sebab Selangor ni pun dah macam tempat aku, dah bertahun aku menetap di sini dulu. Di Selangor ni, aku sangat malas nak keluar beraya sebab??? Sebabnya aku malas nak pakai baju kurung. Hahaha!! Kalau hari raya tu bestlah bergaya sakan, tapi hari-hari biasa kalau nak keluar beraya, memang masal nak pakai baju kurung sebab kena iron dulu. (Nampak di situ kemalasannya, tak boleh dibuat menantu okey!)


The end of first week of raya, me and my family went to Port Dickson. Pada asalnya hanya mahu ke Jenjarom sebab menghadiri Walimatulurus kawan adik aku, tapi disebabkan peluang dan masa yang ada, kami terus ke Port Dickson jalan-jalan tengok laut. Subhanallah! Memang laut dan aku tak dapat dipisahkan. Teringat kenangan itu. =')


But actually, kami ke sana nak pergi melawat sanak-saudara belah abah yang stay dekat Teluk kemang. Almost a year tak jumpa Tok Long lepas kematian suaminya last year. Bila tengok saja muka tok long, air mata aku dah mula bergenang sebab?? Sebab muka tok long macam arwah Moyang. Aku rindu sangat dekat moyang tapi tak ada rezeki nak melawat pusaranya tahun ni sebab raya ketiga tak jadi ke Taiping dan Bagan Serai. Maybe by the end of this year baru boleh pergi sana. Kalau arwah moyang aku ada, dia suka sangat ketawa. Memang happy-go-lucky walaupun dalam hati dia sedih sebab anak-anaknya ramai yang meninggal di usia muda, seperti Tok Wan aku. ='(

Okey, back to my story. Lepas beraya di Teluk Kemang, kitorang gerak balik Port Klang sebab takut pakcik aku nak datang rumah. Maklumlah, kalau saudara-mara nak datang rumah hujung minggulah waktunya. Hari lain masing-masing bekerja. So, kalau nak datang rumah aku, kena inform awal-awal tahu sebab senang nak prepare apa yang patut. =)







Then, masuk pula second week of raya. Senang cerita a day before Merdeka. Aku dengan family aku gerak ke Perak semula. Bermalam di rumah opah aku sebelum bergerak ke Teluk Batik. Actually, ini adalah family vacation aku untuk tahun 2012 before adik aku terbang semula ke Russia. So, nak happy happy dululah dengan dia sebelum kitorang berpisah selama 10 bulan nanti. Bukan dia saja yang akan pergi sambung study, adik bongsu aku pun akan ke UKM, so tinggallah aku seorang anak tunggal baby tua. Hahaha!!

Overall, percutian kami mencapai matlamatnya. Walaupun malam merdeka tu sangatlah payah nak tidur bila ramai sangat mat rempit buat hal dekat tepi pantai tu. Memang mengganggu ketenteraman awam diorang ni. Nak merempit pergilah atas trek yang betul, bukan dekat kawasan peranginan tempat orang beristirehat okey! Aku taklah benci mat rempit tapi aku benci bila diorang mengganggu ketenteraman orang lain, itu saja. Orang yang terdekat dengan aku pun ramai yang pakai motor, merempit sana sini tapi aku tak benci diorang pun. =)




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, September 6, 2012

KISAH SYAWAL#3...

Assalamualaikum...
Selamat pagi peeps!

Mari kita sambung kisah raya aku tahun ni. Raya ketiga, aku dan family plan nak ke utara, ziarah pusara tok wan dan ke rumah saudara-mara di Taiping. Tapi hajat dihati tak kesampaian kerana kesihatan daddy tak mengizinkan kami ke sana. So, plan bertukar 100% apabila kami hanya pulang ke kampung mummy dan pergi beraya ke Pekan Selasa. Sangat happening walaupun masih raya ketiga, tapi ramai orang berkunjung ke Pekan Selasa. Almaklumlah, yang pergi pekan tu pun mostly orang bandar yang balik beraya di kampung-just like me. =)




Lepas balik pekan tu, singgah sebentar ke kampung kelahiran atok, sebab nak jumpa opah saudara aku pula. Inilah satu-satunya waris sebelah mummy yang masih hidup. Setahun sekali saja dapat jumpa dengan dia. Walaupun makin dimamah usia, tapi dia masih juga nak buat kerja rumah, bakar sampah semua tu. Aku kagum dengan opah saudara aku ni, sebab masa muda dulu dia cantik, even bila dah berusia pun dia still suka bergaya. =D

Raya tahun ni aku kurang snap pictures. I don't know why, feel like "malas gila nak pose sana sini, nak snap gambar orang" =.=" yang aku fikirkan, raya tahun ni dapat jumpa insan-insan yang aku sayang dan spend time with them. Dan salah seorangnya adalah abang sepupu aku. Almost 2 years tak jumpa dia, bila jumpa dia raya keempat tu, meleleh air mata aku. Sedih tengok keadaan dia, jauh berubah, tak macam dulu. Tapi alhamdulillah sebab Allah masih sayang dan pelihara dia dalam caraNya yang tersendiri. We are always by your side my dear brother =')

Raya keempat adalah penghabisan raya kami di kampung halaman-Perak Darul Ridzuan. Perlu pulang awal ke Selangor Darul Ehsan sebab kekangan waktu. Maka, bermulalah pula kisah Syawal di perantauan.




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, September 5, 2012

KISAH SYAWAL#2...

Assalamualaikum readers....

Selamat hari Rabu. Cepatlah masa berlalu kerana aku lebih suka hujung minggu. Hari-hari biasa ni sangat membosankan. By the way, mari kita sambung kisah raya aku tzhun ni.

Raya kedua, aku dan familyku bergerak ke rumah nenek aku belah mummy pula. Hari ni , 2 pupu aku nak bertunang so, kenalah hadir. Lagi pun family kitorang punya rumah semua dekat-dekat. Sampai saja dekat kampung, makcik aku dan familynya dari Grik dah ada dekat sana. Makin meriahlah bila ramai ada dekat kampung. Anak-anak buah aku pun makin membesar, sangat seronok layan diorang. Makin comel dan membuatkan aku makin geram nak kacau diorang. =)




Lepas beraya dekat rumah pakcik makcik aku, kitorang pergi ke rumah orang bertunang pula. Dipendekkan cerita, aku kena jadi mak andam terjun. Wahh gitu! Kesian 2 pupu aku, habis muka dia aku solekkan. Tapi, tanpa solekan pun, dia dah natural beauty. So, aku tolong touch up sikit-sikit saja. Tahniah untuk cousin ku itu. Tahun depan bertambah lagi family members keluarga kita yang dah memang besar ni. Happy for you =)

Lepas setengah hari duduk dekat kampung mummy, kami balik semula ke kampung opah aku menuju ke rumah mak ngah pula sebab dia buat open house. Every year memang macam inilah hari raya aku. Melawat, jalan-jalan ke rumah sanak saudara. Tapi, waktu inilah kami dapat berkumpul dan bersua muka. Waktu lain tak semuanya ada di kampung. 

Cerita pasal raya, aku teringat masa aku berusia 6-7 tahun. Masa tu memang seronok bila tiba saja Syawal. Sebabnya, aku akan ikut cousins aku jalan beraya keliling kampung. Dari rumah opah aku, kitorang berjalan ke rumah jiran-jirannya sampailah ke kampung sebelah. Tak jauh mana pun sebab sambil berjalan kitorang bergurau, gelak-gelak kenakan orang. Tapi zaman tu memang seronok. Walaupun dapat RM1 dari satu rumah, rasa sangat bernilai sebab masa tu nilai duit tak macam sekarang. Tak akan dapat aku lupakan kenangan beraya bersama cousins aku masa kecil-kecil dulu. Sekarang ni, ada yang dah berkahwin, ada yang dah bekerja, nak jumpa pun kadang-kadang saja. Rindunya zaman kanak-kanak itu, rindu juga dekat pakcik dan pak cho. =')

......bersambung...


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, September 4, 2012

KISAH SYAWAL#1...

Assalamualaikum...

Selamat pagi peeps. Lama sangat rasanya aku tak update blog ni. Almaklumlah sakan berayakan. By the way, hari ni dah masuk 17 Syawal 1433 Hijrah macam tak percaya saja.

Bercerita tentang raya ni, first day raya saja aku dah diuji. Orang semua sedap layan mata tidur, aku dengan adik aku berebut masuk toilet sebab kena cirit-birit. Inilah akibat makan macam-macam pada raya pertama. Tapi tahun ni tak feel raya sangat sebab opah aku tak buat lemang. Every year dia memang akan buat lemang tapi tahun ni langsung tak buat. Opah dah tak larat, dia sempat buat nasi impit, kuah kacang, dengan rendang ayam macam setiap tahun juga. Kuih raya semua makcik-makcik aku yang bawa.

Malam sebelumnya, kami sekeluarga dah berkumpul dan berbuka ramai-ramai dengan cousins dan pakcik makcik. Sangat happening sebab lepas berbuka, kami berkumpul dekat laman rumah opah dan pasang mercun. Lawan dengan kampung sebelah. Memang bergegarlah kampung aku malam raya tu, semua rumah sibuk dok pasang mercun dan bunga api. Tapi inilah suasana raya yang ada di Malaysia, memang tak dapat dipisahkan dengan mercun dan bunga api walaupun kerajaan dah kuatkuasakan undang-undang.





Back to my story, raya pertama kami WAJIB every year berkumpul bersama pakcik makcik dekat rumah opah dan makan-makan. Makcik-makcik aku masing-masing bawa lauk yang best. Ada masak jawa, daging hitam, sambal udang, dan lain-lain. Sebab tu malamnya perut aku buat hal, semua benda aku bedal. =)
Satu lagi benda WAJIB yang aku akan buat setiap kali raya adalah ziarah pusara pakcik-pakcik, nenek moyang yang terdekat. Bukan aku tak nak pergi selalu ke kubur tapi aku sangat lemah bila ingatkan pakcik-pakcik aku, mesti meleleh air mata aku tiap kali tengok pusara mereka. ='(


Lepas makan-makan tu, saudara-mara ramailah yang datang ke rumah opah sebab moyang dah tiada so, opahlah sebagai pengganti tempat adik-adiknya bermanja. Aku dengan family aku pula keluar beraya ke rumah kakak my mom dekat kampung sebelahnya. Dekat saja rumah family-family aku ni, sebab tu kalau paha kanan dicubit, paha kiri turut terasa. Tapi, lebih bahagia dan happening kalau arwah pak cho dan pak cik ada sekali. Rindu sangat dekat diorang. Walaupun mereka sudah tiada, tapi zuriat mereka masih ada untuk terus bersama kami semua.  ='(

.....bersambung....


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, August 19, 2012

1 SYAWAL 1433 H...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. 
Mohon maaf zahir dan batin. =)





Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, August 18, 2012

29 RAMADHAN 1433 H...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ni dah 29 Ramadhan. Semoga puasa kita mendapat keberkatan dari Allah. Hari ini hari terakhir kita berpuasa. Entah dapat bertemu Ramadhan lagi atau tidak lepas ni. 

Apa-apa pun, jaga diri di musim perayaan ni, jaga nyawa, jangan over sangat main mercun tu. Kepada yg mengenali, jemputlah beraya ke rumah, tapi raya pertama dan kedua Cik Pinklover berada di Perak, so kalau nak terjah rumah, inform awal-awal yer. Babai sayangs, take care. =)



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, August 17, 2012

28 RAMADHAN 1433 H...

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan yg ke-28. Kepada semua yang akan pulang beraya ke kampung halaman, selamat pulang beraya. Pandu cermat jiwa selamat, Ingatlah orang tersayang yg sabar menanti di kampung tu. Hari ni memang ramai yang gerak balik ke kampung, dan jalanraya memang sesaklah. So, bersabarlah dan bertahan sehingga selamat tiba. 


Buat sayang-sayangku, I love you all. Ingatlah daku selalu. =)



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, August 16, 2012

27 RAMADHAN 1433 H...

Assalamualaikum...
Selamat Berbuka untuk warga Malaysia. =)

Pejam celik hari ni dah 27 Ramadhan. Beberapa hari saja lagi kita akan meraikan Syawal. Cepat sungguh masa berlalu, tak terasa pun dah 27 hari berpuasa. Bahang menyambut lebaran makin terasa. Orang ramai sibuk bershopping persiapan raya, buat kuih raya, dan jangan dilupa ibadat kita kepada Yang Esa.

Aku pun sama macam orang lain. Menyibukkan diri membuat kuih raya dan mengemas rumah. Hari ni baru siap buat kerepek dan biskut sampan untuk dibawa pulang ke kampung halaman nanti. Sebagai buah tangan dan tanda ingatan sempena Syawal ini, itu saja yang aku mampu berikan pada family di kampung.






Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, January 20, 2012

RAYA DATANG LAGI...

Assalamualaikum...

Pagi yang mendung di Shah Alam~

Tupp! Tapp! Tupp! Tapp! Lagi beberapa hari Chinese New Year akan menjelang.
Rasanya macam minggu lepas aku baru sambut raya cina, actually bukan sambut raya cina tapi sambut birthday aku.
Mana taknya, last year kalau tak silap, Chinese New Year jatuh pada tanggal ulangtahun kelahiran aku.
So, means that, tak lama lagi aku akan mencapai usia 22 tahun.
Ya Allah, muda lagi rupanya aku ni.
Sangat muda untuk duduk jauh dari family.
Sangat muda untuk kerja jauh jauh dari family.
Tapi, sangat tua sudah apabila menjadi mak long kepada anak buah yang ramai.


Melalut sudah.
Ni bukan entry untuk birthday wish okey Cik Farah Lee.
By the way, sempena raya cina ni, saya nak wish,
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA KEPADA KAWAN KAWAN, JIRAN JIRAN, MAK CIK PAKCIK YANG MENYAMBUTNYA. 
Walaupun muka saya ada akan akan chinese look perasan sudah, tapi saya Melayu sejati walaupun moyang saya mix.



Tiba tiba rindu dekat someone.
Someone yang pertama sekali wish birthday aku last year.
Tapi tahun ni, dia sudah tidak lagi disampingku.
Sungguh, saya rindu awak M.A.S.
Walaupun awak benci dekat saya sebab jumpa pengganti awak lepas kita putus dulu.
Tapi DIA tak sama macam awak.
Dan kerana saya langgar janji tu, saya pula dipermainkan oleh DIA.
Menyesal sekarang tiada guna, memang saya menyesal sebab lepaskan awak dengan mudah dulu.
Bodohnya saya lepaskan awak, lepas tu boleh pula terima lelaki yang sudah mempunya kekasih.

Opssss!! Farah Lee melalut lagi.
Sudahlah sudah, ku harus pergi, jangan kau tangisi aku lagi~
Okey, semoga perjalanan pulang beraya semua selamat sampai ke destinasi yang dituju.




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, September 7, 2011

RAMADHAN & SYAWAL 1432 H...

Assalamualaikum...

Apa habaq korang semua? Seronok tak raya tahun ni? So far aku bersyukur sebab raya tahun ni semua ahli keluarga aku ada di sisi apabila adik aku dapat beraya bersama sebelum kembali pulang ke Rusia. Dan raya tahun ni aku tersangatlah sederhana because I only have a pair of baju raya, tak macam tahun tahun lepas - siap 2, 3 pasang kain baju. Kasut raya pun aku recycle wedges 3, 4 bulan lepas punya. Tahun ni tak ada mood sangat nak bershopping, maklumlah dah jadi penganggur. So, tak ada income dari MARA untuk berjoli sakan lagi. Tapi income dari PAMA still ada sampailah aku kerja nanti (sangat buruk ini perangai, makan minum semua ditanggung).

Alhamdulillah, aku dapat berpuasa dengan family aku selama seminggu sebelum aku berpuasa dan beraya di kampung bersama nenek, makcik, pakcik dan cousins ku. Duduk kampung aku banyak stay dalam rumah saja sebab buat kuih raya untuk tempahan raya. Luckily dapatlah aku memutihkan muka before raya. =)
Tapi agak penat dan letih selama 3 minggu projek kuih raya tu. Kalau tahun depan panjang umur, khidmatku masih diperlukan, insya Allah aku balik berpuasa di kampung lagi. 

Sebenarnya duduk dekat kampung tu best. Aku rasa segar, sihat, minda pun tenang saja. Tak ada masalah untuk difikirkan. Bila balik rumah nenek, tengok sawah padi, makinlah aku suka. Hijau saujana mata memandang. Then dapat pula pergi rumah makcik aku di tengah sawah tu, sungguh damai di hati. Walaupun pakcik dan makcik aku jaga dan layan aku dengan baik, aku tak suka nak guna kesempatan yang ada. Aku dah anggap diorang semua macam parents aku sendiri sebab dari kecil aku selalu duduk dengan diorang. So, memang dah macam family sendiri. 



Bila dah kembali ke Shah Alam ni, rasa sunyi sebab duduk rumah sorang sorang tanpa adik adik. Duduk rumah makcik aku meriah sebab ada babies. Suka sangat aku melayan kerenah diorang dan aku sudah mula merindui Damia Zahra dan Irfan Abqari. ='(
Nanti bila aku balik sana mesti diorang dah lupa dekat aku kan? Sedihnya. Dulu hari hari aku layan diorang main, makan, sekarang dah tak ada siapa aku nak layan. Haishh!

Pape pun Ramadhan tahun ni sangat berbeza dengan tahun lepas dan Syawal tahun ni sangat bermakna buat aku. Insya Allah kalau dipanjangkan usia, tahun depan aku ingin bertemu Ramadhan lagi. Dan bertemu seluruh anggota keluargaku lagi. =)




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, October 11, 2010

BERAYA DI KEM...

Pada tanggal 9 Oktober 2010 yang lalu, Rejimen 508 (AW) Seremban telah mengadakan satu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Markas Rejimen 508 Kem Jalan Rasah, Seremban. Walaupun sambutan ini diadakan pada penghujung Syawal, namun kemeriahannya masih dapat dirasakan. Seluruh warga Rejimen 508 telah dijemput menghadiri majlis ini. Kami warga Kumpulan Pendidikan Legenda di bawah naungan Kelab Harimau Malaya telah menghantar seramai 20 orang wakil termasuk senior-senior yang sudah menamatkan pengajian di sini. Walaupun tidak ramai ahli yang menghadirkan diri, namun anggota-anggota lain dari Batalion 1 seperti Kolej Negeri dan Politeknik PD ramai yang menghadirkan diri. Majlis ini juga turut meraikan anak-anak yatim di sekitar Seremban.

Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Komander kem diikuti oleh bacaan doa untuk melancarkan urusan majlis pada hari itu. Dalam majlis tersebut, Komander Rejimen 508 dan pegawai-pegawai kanan yang lain turut memberikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim serta anak-anak kakitangan 508. Pelbagai jenis makanan yang disediakan oleh kakitangan 508 dengan pembukaan beberapa buah gerai seperti Char Kuey Tiaw dan Sate mendapat sambutan hangat daripada para tetamu. Majlis turut dimeriahkan oleh pancaragam Angkatan Tentera yg memainkan beberapa buah lagu yg catchy dan happening membuatkan malam itu begitu meriah dengan aksi-aksi warga 508.

Secara keseluruhannya, majlis ini dapat mengeratkan hubungan sesama anggota Rejimen 508 dari Batalion 1, 2, dan 3 di sekitaar Negeri Sembilan. Diharap agar majlis seumpama ini dapat diadakan pada masa-masa yg akan datang dan mendapat sambutan yg hebat dari semua anggota.


Sempat bergambar dengan Sarjan Zaini (sarjan yg sporting dan suka melayan karenah kami) dan Koperal Jalil (koperal yg garang tapi sempoi, suka dengar pelajaran dari dia). Teringat kembali kenangan rekrut yg lalu. :'(

Dari Hati Nuraniku,fara,,

Friday, September 24, 2010

7 SYAWAL...

16 September 2010

Selamat Hari Raya ke-7. Selamat Hari Malaysia. Hari ini aku dah ada plan dengan kawan-kawan aku nak pergi beraya around Gelang Patah ni. Dah lama rasanya aku tak jalan beraya macam ni. Last yg aku join masa Form 4 or Form 5 kot, aku pun tak ingat dah. Masa tu kitorang beraya naik motor saja, merempit. Tapi sekarang ni bila masing-masing dah dewasa, dah up grade sikitlah naik kereta pula. Kali ni kami pergi dengan 3 buah kereta- Avanza, Gen 2, dan Wira tapi Gen 2 kena hantar balik di rumah Ain nanti sebab kami nak ke Nusajaya pula lepas beraya di rumah Ain nanti.

Rumah pertama yg diserbu adalah rumah Nurfatehah Raihan@Ita. Lama juga dekat rumah Ita, maklumlah rumah pertama. Tambahan pula kena tunggu semua budak-budak ni berkumpul before gerak ke rumah yg lain pula. Menu di rumah Ita adalah mee kari dan soto. Thanks kepada mak Ita sebab bersusah-payah sediakan semuanya. Sedap makcik masak.

Our next house is Faizuddin Ahmad@Oden@pencinta wanita. Ini first time aku pergi rumah Oden. Dekat rumah dia ada pokok ciku and time tu buahnya sedang banyak dan menunggu masa untuk masak. Geram sangat tengok buah tu, terasa macam nak petik-petik saja tapi segan meh. Lepak rumah Oden tak lama sebab dah lewat sikit time tu.

So, kitorang pun bergerak ke rumah Suhaimi Norazi@Chot. Rumah Chot ni dah pernah pergi dulu, best suasana dekat area rumah dia, aman, tenang, nyaman, damai saja. Memang terasa suasana kampung. Di rumah Chot, dia menghidangkan kami dengan pelbagai jenis kuih raya dan selagi tak habis kuih raya mak dia dekat dapur tu, selagi itulah dia akan bawa keluar semuanya. Masa dekat rumah Chot, budak-budak ni sibuk dengan sesi photography diorang, nak-nak si priya-priya tu. Ita dan Oden pula sibuk bermain congkak seperti dah berpuluh tahun tak main congkak. Comellah korang perangai korang ni. Aku rindu saat-saat di bangku sekolah dahulu.Bila dah puas relax di rumah Chot, kami gerak ke C.I.Q. pula ke rumah 'pemandu pelancong' saya-Mohamad Izad Shafiq@Izad. Sampai saja di C.I.Q. terimbau kembali kenangan aku di sana. Di sekolah dan juga di Blok K tu. Zaman muda-muda dulu memang dekat situlah port aku lepak dengan member-member aku. Sekarang ni macam dah tak ada feel pula nak lepak sana sebab nanti mesti sedih bila teringat kembali saat-saat itu. Di rumah Izad, kami dihidangkan dengan mee sup yg pedas sangat tapi sedap. Thanks to mak Izad. Ada sejenis kuih raya dekat rumah ni yg aku suka makan tapi tak tahu apa namanya sebab kuih baru kot. Tahun depan nak raya lagi ek dekat rumah awak...

Selepas rumah Izad, kami serbu pula rumah si model@Nurain. Kenapa aku panggil dia model? Sebab dia ni suka bergaya dan bershopping mengalahkan si model terkemuka (Hehehehe...gurau jelah Ain tapi memang hakikatnya kau ala-ala model gitu). Sampai dekat rumah Ain, masing-masing dah full, tak larat nak makan. Tapi kasihan dekat mak Ain sebab dah siap masak nasi impit and kuah kari+kacang untuk kami. Untuk tidak menghampakannya, aku, Ita, Izad, dan Chot sama-sama menikmati nasi impit tu. Sedap memang sedap sebab kauhnya aku tak pernah makan lagi jenis macam ni. Pedas pun dah cukup. I like it. Menu untuk next year tau Ain. Thanks to mak Ain.

Masa semakin cepat berjalan. Masih ada beberapa buah rumah lagi untuk diserbu. Lepas meninggalkan rumah Ain, kami ke Nusantara-rumah cikgu Biology kami iaitu Puan Hasimah. Cikgu Hasimah memang salah seorang cikgu yg happening dan baik hati. Aku sayang sangat dengan cikgu-cikgu aku dulu. Walaupun aku agak 'nakal' masa sekolah dulu tapi cikgu tetap faham dengan perangai kami. Walaupun kami (aku, Ita, Ain, Malyssa, Fatin) kaki menchapub dalam sekolah dulu, tapi kami tetap masuk kelas Cikgu Hasimah dan dengan dia mengajar. Lepas kelas dia habis, kami merayap balik (itulah saat-saat yg susah nak dilupakan-merayap dan lari dari kelas Add Maths). Maaf Cikgu Maimunah-guru Add Maths kami. Bukan kami tak suka cikgu mengajar tapi kami tak berapa suka dengan subjek tu. Di rumah Cikgu Haasimah kami dihidangkan dengan bihun sup. Aku makan sikit saja sebab dah kenyang, itu pun share dengan Ain. Lepas dah habis makan, kami bergambar-gambar pula. Thanks Cikgu Hasimah, kami sayang cikgu.Rumah terakhir kami serbu sebelum rumah aku adalah rumah Imron@anak Cikgu Ali. Dia ni memang pelukis yg hebat dalam SMK KSAB dulu sebab itulah kami menggelarnya anak Cikgu Ali. Memang hakikatnya lukisan dia cantik, aku pun terpikat. Rumah Imron dekat area Nusa Idaman. First time aku masuk kawasan ni, selama ni nampak sign board and lalu-lalang saja sebab tempat ni jauh ke dalam. Rumah-rumah dekat area ni cantik-cantik, besar-besar, dan dikawal oleh security. Keluarga Im tak menyambut Aidilfitri tahun ni sebab nenek dia baru meninggal dalam Ramadhan lepas. So, kami hanya menziarahi mak Im saja sebab kami kenal dengan mak dia.

Jeng jeng jeng....rumah terakhir sekali mestilah rumah aku sebab rumah aku paling jauh dan special. Memandangkan mereka datang ke rumah aku waktu senja, so puding yg mummy aku buat tu macam tak sesuai saja makan waktu tu tapi ada gak yg makan. Mummy aku pun tak boleh nak masak sangat sebab kaki dia still sakit, sampai sekarang ni mummy aku tak boelh nak aktif berjalan seperti dahulu. Aku kasihan dekat mummy aku, kalau boleh aku tak nak tinggalkan dia dekat JB sorang-sorang bila daddy outstation tapi aku terpaksa meneruskan pengajianku. Bila diorang semua dah puas beraya dekat rumah aku, maka berkahirlah sudah konvoi beraya ni. Insya allah kalau dipanjangkan umur, next year kita buat lagi.


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, September 17, 2010

HARI INI HARI RAYA...



1 Syawal 1431

Yeah!!! Hari ini hari raya!! Setelah sebulan bersama Ramadhan, kini tibalah pula masa untuk Syawal beraksi. Setelah hampir 8 jam perjalanan dari Johor ke Perak, akhirnya Syawal 2010 disambut juga di kampung halamanku-Teluk Intan, Perak. I'm proud to be Perakian~hee. Sebenarnya rancangan nak balik kampung ni last minute plan sebab kami tak plan pun nak balik kampung for this year sebab adikku tak ada disisi. Tapi memandangkan kasih akan nenekku, kami pun pulang ke sana. Seperti yang dijangkakan, kamilah yg pertama sekali sampai di rumah nenek sebab mak cik dan pak cik yg lain masih di rumah masing-masing. Almaklumlah semuanya tinggal dekat-dekat saja, kami ni saja yg jauh di perantauan. Setibanya di rumah nenekku, aku terus tak jadi nak membuta balik sebab dah terbau kuah kacang dan rendang nenekku. Aku pun membantunya menghidangkan juadah untuk sarapan nanti. Potong lemang, nasi impit, memang tugas aku tiap kali hari raya. Macam dah jemu pula asyik buat kerja yg sama setiap tahun~haish.

Selepas selesai Solat Sunat Aidilfitri, kami pun melantak sementara menunggu saudara-mara yg lain tiba. Tidak lama selepas itu, mak su aku tiba membawa juadah istimewanya-kari ayam dan sambal jawa (favourite aku juga). Then, mak cho pula tiba bersama anak-anak dan cucunya-Si Fatin Kenit (geram pula dengan budak kecil ni. Aku bagi dia baju raya 2 pasang, comel tengok dia pakai, dah lah halus~hee). Si Fatin ni agak cerewet. Bukan semua orang dia nak. Melainkan aku, mak ayah dia, nenek dia dan pakcik- pakcik dia. So aku ni adalah antara yg terpilih sebab dengan orang lain dia tak nak termasuk nenekku dan daddy (merangkap Tok Uda dia) walaupun ini first time aku jumpa dia semenjak dia lahir last year. Yg terakhir tiba pagi Syawal ni adalah mak ngah sebab dia kena masak nasi tomato dulu untuk kami sebelum datang ke rumah nenek. Selepas semuanya tiba, kami pun makan-makan, borak-borak, bermaafan, dan melayan saudara-mara yg datang berkunjung. Sebenarnya saudara-maraku dah tahu yg kami tak pulang beraya tahun ni, jadi apabila daddy bagi tahu kami dah sampai kampung, semuanya happy dan sama-sama pulang ke rumah nenek. Beginilah rutin kami setiap kali raya, makan, makan, dan makan.

Pada sebelah petangnya pula, familyku ke kampung sebelah mummy, tak jauh pun hanya dalam jarak 30-40 km saja. Rumah opahku sebelah mummy betul-betul di tepi Sungai Perak dan bertentangan dengan Pasir Salak. Sewaktu kecil, sungai inilah yg menjadi tempat kami bermain dan bermandi-manda walaupun dalam hati still takut and terfikir tentang buaya dalam sungai tu. Rindu sangat saat-saat manis sewaktu kecil dahulu. Setiap minggu mesti kami pulang ke kampung sebab jaraknya tak jauh seperti sekarang. Dan kampung sebelah mummy seringkali dilanda banjir besar kerana berdekatan dengan sungai. Tapi best sebab air sungai tak sama seperti air laut.

Di rumah opah hanya ada paksu, mak andak, dan family mereka. Ayah Chik sampai tak lama selepas kami sampai so dapatlah juga bertemu muka. Abang ibuku tidak ada ketika itu kerana beraya di tempat lain. Di rumah opah pun kami makan dan borak-borak lagi. Tapi aku lebih suka melayan budak-budak kecil tu bermain terutama sekali Aina Zahirah, geram dengan pipi chubby dia tu, sama macam aku~hee. Aina tak cerewet macam baby lain, buatlah apa-apa pun dekat dia, dia tak akan menangis melainkan bila mood dia tengah tak eloklah. Abang-abangnya tak payah cakaplah, suka sangat mengusik dia terutama Si Along- Aizat, Azim dan Aril- yg tak banyak cakap tapi cute dengan senyumannya.

Sebelum Maghrib kami pulang semula ke rumah nenekku. Rumah nenek masih mempunyai tetamu dan tetamunya adalah keluarga angkat mak su. And the important thing is Ayin-anak angkat maksu tu ada juga. It was almost 8 years aku tak jumpa dia dan dia semakin tinggi dan kacak. OMG! Cousins dia pun ramai yg cute tapi tak naklah, bukan taste aku. Badan semuanya macam papan, UNLIKE~hee. Aku nak yg berbadan sasa seperti Norman Hakim, Awal Ashaari, barulah mantap~wee. After Isya' mereka pun pulang dan rumah nenekku sudah tertutup untuk hari ini.



Dari Hati Nuraniku,fara,,

SEBELUM AIDILFITRI...

8 September 2010
Beberapa hari menjelang Aidilfitri, aku dan adikku sibuk mengemas rumah dan menukar apa yang patut. Raya tahun ini tidak seperti kebiasaannya kerana keluarga kami kurang seorang ahli setelah adikku yg ke-2 menyambung pengajiannya di Rusia. So, tahun ni raya agak simple dan sederhana sahaja. Baju raya pun banyak tak siap sebab mummy tak sihat. Makanya simpan untuk Raya Haji nanti~heee. Pada petangnye, aku dah prepare bahan-bahan untuk buat Tat Nenas-memang favourite aku dan family aku sejak dulu lagi dan biskut ni WAJIB ada setiap tahun. Masa kecil-kecil dulu mummy beli saja Tat ni tapi semenjak anaknya ini meningkat dewasa, perlulah aku menjadi pembuat biskut raya di rumah. Mummy pun kerja so tak ada masa nak buat semua ni, so akulah yg akan mengambil alih tugasnya. Aku telah dibantu oleh assistant tetap aku setiap tahun iaitu adikku si bongsu. Operasi membuat biskut bermula pada jam 1400 dan berakhir pada 1700. Walaupun hasilnya tidaklah banyak tetapi cukuplah juga kalau nak bawa pulang ke kampung nanti.




9 September 2010

Seperti yg semua orang sedia maklum, esok adalah 1 Syawal. So hari ini adalah last day kita seluruh umat Islam di Malaysia amnya berpuasa. Semoga kita akan bertemu lagi di tahun yg akan datang...Ramadhan. Hari ini aku akan buat Biskut Semperit pula tetapi menggunakan acuan bunga. Tak cantiklah acuan yg panjang-panjang tu, macam apa saja~hee. Biskut ini pun WAJIB buat setiap tahun sebabnya mudah dan senang untuk dibuat, sama seperti Tat Nenas tu. Bukan aku saja suka buat biskut ni, mak cik- mak cik aku dekat kampung tu pun MESTI akan buat biskut ni setiap tahun. Masing-masing mengikut cita rasa dan kreativiti tersendiri. Memandangkan buah kurma masih banyak, aku menggunakannya sebagai hiasan di atas 'bunga' itu nanti. So sudah jimat budget di situ ya. Sebagai pelajar Pengajian Perniagaan, budget adalah faktor penting dalam sesebuah perniagaan~hee. Boleh pula aku praktik benda ni, tapi kalau dalam assignments, jahanam semuanya aku buat~hee.

Malam Raya

Nak dijadikan cerita, kami pulang beraya di kampung tahun ni. Sepatutnya tak pulang ke sana kerana mak su akan beraya di Johor bersama-sama kami, tetapi memandangkan ibu ayahku merangkap nenekku masih ada, kami WAJIB pulang okey. Kami bergerak dari Tanjung Pelepas pada jam 2306 dan tiba di kediaman nenekku pada jam 0630 di pagi Syawal. Wah, syahdu gila semasa dalam kereta bila berkumandangnya lagu "Balik Kampung" dendangan allahyarham Sudirman Haji Arshad. First time sejak 20 tahun aku hidup, kami pulang ke kampung pada malam raya. Selalunya 2-3 hari sebelum raya mesti kami dah tercongok dekat kampung tu. Walaupun aku dan familyku tak cukup tidur hari tu, tapi kami tetap bersemangat menyiapkan diri menyambut Syawal.

Dari Hati Nuraniku,
fara,,