NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

LOVE LIKE THIS...

I give you this love so that, you will appreciate and love me just the way you are. 


"Orang yang tak couple sebenarnya bukan tak laku, tetapi sebab cintanya LIMITED EDITION untuk yang HALAL sahaja" - sama macam awakkan? 



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, May 21, 2012

C.I.N.T.A.

"Ketawa dan air mata, Itu sebenarnya cinta, Kalau kau sedih pasti ku rasa, Begitu sebaliknya...
Ku senang engkau cemburu, Itu tanda kau sayangiku, Tahu kau takut kehilanganku, Begitu juga aku...
Ku juga suka bila kau curiga ia mengajarku erti setia, Apa pun sikapmu aku terima asalkan ada kebaikan..."

Sangat mendalam makna yang tersirat di sebalik lirik lagu ni. Tapi apa guna bercinta kalau tiada penghujungnya?
Apa guna bercinta andai tiada niat untuk menjadi yang sah?
Apa guna bercinta andai ada kecurangan antara kita?




Aku pun tak tahu apa akan jadi dengan kisah cinta aku. Yang pasti aku hanya mampu berdoa dan Allah Yang Maha Mengetahui segalanya. Redha saja andai tiada jodoh antara kita. Yes! Memang sakit, perit tapi sampai bila harus begini? Teman-teman ku ramai yang sudah ke jinjang pelamin, ramai yang sudah mempunyai keluarga sendiri. Tapi aku masih begini. Mungkin jodohku masih jauh dan masih tiada lagi sebab itu aku sering kali diuji. Tidak mengapa, aku tetap ada Dia tempat aku mengadu nasib diri. 

Apa guna bercinta bagai nak rak tapi akhirnya putus di tengah jalan. Lebih baik aku sendiri memikirkan tentang hala tuju masa depanku. Banyak lagi yang belum aku kecapi tapi yang pasti, aku menanti peluang pekerjaan yang sesuai untukku. =)


Jika aku bukan pilihanmu, 
Aku rela mengundur diri,
Jika aku bukan pilihanmu,
Aku doakan kau berjaya memilih yang sesuai,
Jika aku bukan pilihanmu, 
Aku harap jangan kau hadir dalam hidupku lagi,
Kerana aku tidak mahu menitiskan air mataku lagi,
Hanya kerana insan yang tidak menghargai diriku...




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, April 25, 2012

AKU MAAFKAN KAMU...

JOM BACA DAN FAHAMI~


BOY: Awak...maafkan saya...
GIRL: Ya, kenapa awak minta maaf?
BOY: Sebab saya dah tinggalkan awak. Saya dah sakitkan hati awak. Saya korbankan cinta awak demi cinta orang yang lukakan hati saya dulu. Maafkan saya, please...
GIRL: =)
BOY: Kenapa awak senyum? Kenapa diam je? Awak maafkan saya?
GIRL: Ya, saya maafkan awak. 
BOY: Betul?
GIRL: Betul, dah lama dah saya maafkan awak. Tapi....
BOY: Tapi apa?
GIRL: Tapi...tidak mungkin saya menerima awak lagi sebab semalam awak tinggalkan saya tanpa kasihan, tanpa mempedulikan saya, tanpa menghargai hati saya demi orang yang awak cintai. Dulu, saya pernah ubati luka awak, saya rawat awak, saya beri cinta dan kasih sayang saya untuk awak sampailah awak sembuh. Lepas tu, awak dah kembali ceria, tapi VIRUS itu datang lagi. Awak buang ubat awak, awak rela diserang VIRUS itu lagi. Sekarang, awak sakit lagi dan hari ni awak mula memerlukan ubat itu. Awak ingat tak, awak dah buang ubat tu dan tak mungkin awak akan menjumpai ubat yang sama. Carilah ubat lain kerana tak mustahil jika awak sembuh lagi dengan ubat yang sama, awak akan buang lagi ubat tu. =')
BOY: Awak....
GIRL: Itulah namanya...TAKDIR CINTA~





Dari Hati Nuraniku,
fara,,



Thursday, April 5, 2012

7 PETALA CINTA...

Assalamualaikum Cinta. 
Waalaikumussalam Rindu. 
Duhai bakal imamku, jangan biarkan hadirmu sekejap mata dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara.
Insya Allah.
Ya Allah, peluklah hati ini disaat aku mulai rasa gelisah dalam penantian penuh kesabaran ini, rindu ini kerana Mu Ya Ilahi.
Cinta bukan melemahkan tapi menguatkan, cinta juga bukan menyedihkan tapi menggembirakan.
Di antara 7 petala langit dan 7 petala bumi, ada 7 petala cinta...



Fuyooo!! Cik Pinklover dah start jiwa jiwang. Ini semua gara-gara Filem 7 Petala Cinta. Bestnya kalau dapat tengok cerita ni masa mula-mula keluar dulu. Tapi nak buat macam mana, orang single, mana boleh keluar sorang-sorang, nanti kena culik. So, kenalah tunggu ada yang sudi menemankan. Apa-apa pun, kalaulah kaim lelaki memahami hati wanita, mesti bahagia hidup wanita tu. Kalaulah lelaki tengok, faham dan hayati dialog-dialog dalam filem ni, mesti hubungan akan bertambah erat dan kekal bahagia. Ouuchhh!! Jiwang lagi ni. Sejak dua menjak ni, Cik Pinklover agak jiwang, dalam hati dia ada taman tapi tak tahulah sampai bila bungan-bunga dalam taman dia akan subur mekar mewangi. Kerana jodoh adalah rahsia Allah. Anytime Dia boleh tarik kebahagiaan yang diberi. 

Last but not least, LIVE YOUR LIFE FREELY AND HAPPILY!! =D


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, March 20, 2012

Monday, March 19, 2012

FAKE...

FAKE RELATIONSHIP! Yes, it's true. Aku terpaksa buat macam tu supaya tiada sesiapa mengharap pada aku lagi sebab aku tak mampu nak mencintai dan menyayangi lelaki lain selain dia. Susah sangat nak lupakan walaupun almost a year. I miss him damn much! 

Memanglah aku ni nakal sikit, suka sangat berkawan dengan ramai boy friends tapi tu semua KAWAN LELAKI, bukannya special macam awak. Dalam hati saya ada awak saja, sebab awak tak sama dengan lelaki lain. Awak sangat jauh bezanya. Sebab awak tinggi sangat! Heee =D

Apa apa pun, aku hanya nak cakap yang aku masih SINGLE, belum TAKEN lagi. Jangan risau, perjalanan masih jauh, aku ada banyak masa nak men searching pemilik tulang rusuk yang aku 'ambil' ni. Doa doakanlah aku bertemu dengan dia yang betul betul pemilik sebenar tulang rusuk itu, dan biarlah dia tu orang yang kenal dan rapat dengan aku sebab aku sayang orang orang yang dekat dengan aku, susah untuk aku membenci seseorang yang aku dah sayang. DAMN!! Itulah kelemahan aku, tersangatlah penyayang. Susah nak tanam rasa benci dalam diri ni. 

Pasal FAKE RELATIONSHIP tu, cukuplah sekadar suka suka untuk aku mengelakkan diri dari jatuh hati dengan sesiapa lagi. Bak kata pepatah yang aku cipta: "SINGLE IS FUN!" Jom ramai ramai jadi single and enjoy life puas puas. Dunia ni luas, jauh perjalanan luas pemandangan, so jomlah kita jalan jalan kumpul ilmu dan kenalan dulu sebelum tetap pada sesuatu tempat dan hubungan. Am I right? 



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, January 10, 2012

GEMERSIK KALBU...

Assalamualaikum...


Hah! Hari ni aku bukan nak story pasal novel Gemersik Kalbu apatah lagi dramanya. Aku hanya ingin berkongsi rasa tentang perasaan Raihana-watak utama dalam Gemersik Kalbu tu.

Bayangkanlah ek, kalau korang berada di tempat Raihana, apa yang korang akan rasa? Yelah, sedang dia bergembira meniti hari bahagia untuk disatukan dengan tunang tercinta, at last, Allah lebih sayangkan tunang dia. Ditambah pula dia tengok tunang dia mati depan mata dia sendiri. Adesss!! Sadis okey.

Opinion akulah - Aku lebih rela kehilangan kekasih/putus cinta masa hidup daripada dipisahkan dengan kematian. Yes, kematian itu pasti untuk semua makhluk tapi, bila kita putus cinta masa ada hayat, tak adalah terasa sangat kehilangan tu. Sebab kita masih dapat tengok, tahu pasal ex boyfie kita tu. Tapi, kalau sudah kembali ke pangkuan Ilahi, macam mana kita nak tahu tentang dia lagi. Hanya kenangan bersamanya, dan doa yang mampu dititipkan. 

So far, aku belum lagi terpisah oleh kematian dengan ex ex aku. Alhamdulillah, sebab Allah hanya uji aku dengan perpisahan disebabkan orang ketiga saja. Luckily, aku masih ada ramai insan tersayang. So, aku tak rasa sangat kehilangan itu. Family and friends are always by my side. Thanks you all!  =)

NOTE: Hargailah insan yang menyayangi anda semasa hayatnya kerana apabila dia sudah tiada, menyesal tak sudah pun tiada guna.


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, January 5, 2012

SESAL MENDUA...

Buat semua yang pernah berkongsi kasih dan cinta dengan aku, dengarlah lagu ni...CHILLEX!!!
=)




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, January 1, 2012

HATIKU DI KINABALU BAH...

Last Saturday, I'd watch Hatiku Di Kinabalu and guess what???
I'm crying cause I miss him bah...
So sweet that love story, how I wish I could have the same love story like Qistina (Yana Samsuddin) and Anuar (Zul Ariffin)...


BUT....I don't want to be the second, third or forth wife...
I don't want to share my love, my husband with other woman except his family...
YES!! I am greedy because it is for my own sake...



To be honest, I had share my boyfriend with other girl and I am the number one...
But still, its not the same...
When you need 100% attention from him, you only get 50% or less because you have to share with other girl...
Its hurting but I have to accept cause I love him (AT THAT TIME ONLY)...
And now I'm realize, I have to be greedy to get the one that I love...



BUT, you girls don't have to worry cause I will not take other's right...
There's a lot of single and available boys out there and I can find my Mr. Right...
So, you don't have to worry...
I'm not too desperate at all, I just can't bear to be alone for a long time...
=)


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, December 16, 2011

KOPI PASTA....

Jika kamu memancing ikan….
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu….
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ………
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang…
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya….
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja….
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. …
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh….
cukuplah sekadar keperluanmu. …
Apabila sekali ia retak….
tentu sukar untuk kamu menambalnya semula….
Akhirnya ia dibuang….
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi….
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya….
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa….
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya….
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya….
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…..
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain…
Kamu juga yang akan MENYESAL




*Sekadar berkongsi...

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, December 15, 2011

INIKAH YANG KAMU MAHU???

Assalamualaikum readers.


Hari ni aku nak share pandangan kaum lelaki tentang percintaan.
Korang nak tahu tak apa benda yang diorang mahukan?
Sebenarnya, mudah saja benda yang mereka mahukan tapi bergantung pada individu juga.

SOALAN #1 
Apa yang penting bagi seorang lelaki dalam percintaan?

Jawapan dari J: 
Kesetiaan pasangannya.

Jawapan dari A:
Layanan, kesetiaan dan kejujuran.


SOALAN #2
Bolehkah seorang lelaki itu setia pada pasangannya?

Jawapan dari J: 
Bergantung (memang tergantung sikit jawapannya)

Jawapan dari A:
Jawapan itu ada pada pasangan itu sendiri sama ada lelaki atau perempuan. Kalau tak setia, tak percaya, tak payah couple.

CONCLUSION: Aku sangat suka dengan jawapan mereka ni dan aku bersetujulah juga. Tapi, apa kes pula kalau perempuan dah cukup setia, alih alih lelakinya main kayu 3 di belakang? And perempuan tu pun sangatlah percaya pada pasangannya, sampaikan dengar saja semua yang lelaki tu cakap, tapi akhirnya, tuba yang dibalas. TAHNIAHHH! Kepada mereka yang buat macam ni.



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, December 10, 2011

WORDLESS SATURDAY #1...



Gambar di atas sekadar nak share dengan korang tentang pasangan kekasih yang sedang bercinta... =)
Gambar credit kepada Abg FB...


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, December 8, 2011

KEEP IN TOUCH??

Assalamualaikum...

Selamat pagi...ni schedule punya entry sebab terlalu banyak sangat idea nak menulis, so aku pun menaiplah sepanjang minggu ni...hari ni aku nak tanya and story tentang ex boy/s or ex girl/s korang...standardlah kalau dah bercinta, tak semuanya kekal bukan? Sebabnya belum sampai jodoh kita dengan lelaki/perempuan tu...makanya kita kena bersabar dan terus mencari...



Macam yang orang selalu cakap, wanita dijadikan daripada rusuk lelaki...selagi belum bertemu dengan lelaki pemilik rusuk tu, kita kena terus mencari...tak gitu?



Tapi yang aku nak tanya sekarang ni, korang still keep in touch tak dengan ex boy/s or ex girl/s korang?? Bukan apa, selalunya kalau dah putus/clash tu, sampai mati pun tak nak jumpa (bak kata orang yang frust menonggeng itulah)...tapi pada aku, aku susah nak menyimpan musuh atau berdendam dengan ex boys aku sebabnya tak dapat apa apa manfaat pun...lepas kita putus dengan dia, ramai lagi lelaki lain yang sudi menghulurkan salam perkenalan, tak gitu? Tak bermakna lepas putus tu kita tak boleh nak berkawan lagi dengan diorang, sebab kawan biar beribu, musuh jangan dicari (abaikan perumpamaan aku tu)...



Walaupun tak dinafikan dalam hati kita mesti ada sikit, secalit rasa sayang pada ex kita tu tapi kita kena move on...jangan harapkan apa apa hubungan yang serius lagi dengan dia, cukuplah sekadar teman biasa saja...bukan apa, takut sejarah lama berulang kembali...dan yang paling penting, positive thinking! INGAT! Tak semestinya lepas putus tu terus putus semuanya...kalau rasa hubungan yang terputus tu disebabkan salah kita sendiri atau tiada persefahaman, tiada guna kita berdendam dan memutuskan hubungan sesama Islam TAPI kalau putus disebabkan orang ketiga, kena fikir baliklah sama ada nak berkawan dengan dia lagi atau tidak...hahaha!! Kalau akulahkan, rasanya tak nak dah ada pape hubungan dengan laki yang main kayu tiga tu, baik aku setia pada yang setia dan menyayangi aku saja... =)



Okey, semoga hari ni memberi kebahagiaan kepada aku dan semua yang berada di sisi. Selamat membaca guys...

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, November 15, 2011

APA YANG WANITA MAHUKAN???


Assalamualaikum...

Bertemu lagi dalam segmen '30 minit bersama Farah'. F.A.K.E.
Okey, continue.
Hari ni kita story tentang 'Apa yang wanita mahukan dalam setiap perhubungan?'.
Kepada kaum Adam, take note okey.
Sebenarnya, tak banyak beza pun apa yang wanita mahukan dengan apa yang lelaki mahukan.
Contohnya:
  1. Lelaki dambakan kejujuran dan komunikasi mesra
  2. Lelaki mahukan wanita yang berkeyakinan dan berdikari
  3. Lelaki inginkan hubungan yang bebas daripada manipulasi
  4. Lelaki impikan wanita matang
  5. Lelaki perlukan ketaatan dan komitmen dalam perhubungan
  6. Lelaki impikan wanita yang boleh memberi sokongan dan kritikan


*Okey, semua ni bukan aku yang cakap tapi orang lelaki yang cakap*

Sekarang aku nak tambah pula apa yang wanita mahukan selain daripada yang di atas ni.
Semua sedia maklum bahawa wanita adalah golongan yang penyayang, lemah lembut dan lemah (means bukan lembik, tapi cepat terguris hatinya dan mudah menitiskan air mata).
So, bila dah macam tu maknanya wanita perlukan perhatian dan kasih sayang seorang lelaki.
Wanita tak minta 100% dirinya dimanja dan dibelai selalu, tapi cukuplah sekadar disedari akan kewujudannya.
At least, satu mesej "Good morning sayang" sudah cukup untuk membuatkan harinya bermula dengan indah dan ceria.
Tapi semua tu hanya pada awal usia percintaan atau lebih tepat lagi ketika mula mula wanita itu ingin digoda oleh sang arjuna.
Apabila sang arjuna sudah mendapat cinta si ratna, mulalah dirinya menunjukkan perubahan.
Tiada lagi mesej mesej indah menemani hari hari si ratna, malahan si ratna merasakan dirinya diabaikan.
Saat itu, bermulalah syak wasangka dan was was dalam perhubungan.
Dan apabila terasa dirinya diabaikan dan tidak diendahkan, wanita akan mula mencari pencinta baru atau lebih tepat lagi seseorang yang boleh menemani, melayani, dan menyayangi dirinya. 
Akhirnya, terputuslah hubungan cinta yang dibina apabila tiada lagi rasa percaya mempercayai dalam perhubungan.

Conclusion: Kepada sang arjuna, kalau sudah mendapat cinta si ratna, janganlah ingat kamu sudah memiliki hatinya dan cintanya 100% kerana tidak mustahil semua itu akan hilang dalam sekelip mata apabila kamu mengabaikan perasaan sang kekasih. Hargai dirinya dan selami hatinya jika dia yang kau mahukan untuk menjadi permaisuri hidupmu. Ingatlah, niatkan dalam hatimu untuk mendapatkan cinta seseorang wanita demi untuk menjadikannya milikmu yang sah. S.M.I.L.E. =)

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, July 19, 2011

SETEBAL MANA HATI KAMU?...

Hari ni mari kita sama sama menilai sedalam mana ketebalan hati sang pencinta...info ini dikongsi dari Majalah Remaja 15 Julai 2011 (front page: Kamal Adli dan Yana Shamsudin)...jom kita check sama sama~


♥ Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu satunya.

♥ Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli kerana kamu tetap menjadi impiannya.

♥ Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

♥ Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa sahaja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

♥ Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care' dan lain lain lagi walaupun kamu tidak membalas SMS nya kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya - menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "Aku CINTA padamu", tapi berselindung dengan ayat lain menyatakan cinta itu.

♥ Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kejadian yang dilalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya dan saat itu matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

♥ Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu, kesukaannya juga walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

♥ Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

♥ Kalau kamu melihat telefon bimbitnya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar peti simpanan mesej si dia. Dia masih menyimpan SMS SMS daripada kamu walaupun ia kamu kirim berbulan bulan atau bertahun tahun yang lalu.

♥ Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain, dia sentiasa memilih terus bersama kamu.


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, May 24, 2011

MY LIFE - TODAY...

Salam readers~

Alhamdulillah, I'm strong!! 

Aku masih mampu bertahan lagi hari ini. Rasa macam tak ada apa apa yg berlaku walaupun hakikatnya macam macam dah happen. Apa apa pun aku tetap bertahan selagi diri aku sibuk dengan macam macam tugasan dan diceriakan oleh teman temanku. Doaku agar aku terus "kegirangan" walaupun hati aku menangis. ^_^

Buat adikku yang sudi mendengar aku membebel pasal problem aku, thanks gedik.
Thanks kepada adik adik Harimau Malaya yg membuatkan aku happy dengan telatah korang.
Thanks juga kepada rakan rakan sekelas yg sentiasa gila gila dan kecoh.
And last but not least - Thanks to my housemates especially my twins (Mek Za and Mek Re).

Korang memang menceriakan hidup aku. Aku dapat bertahan pun sebab korang ada di sisi. Buat insan insan yang memahami dan menyayangi diri aku (What The...) thanks tau sebab temankan aku dan mengembalikan kepala gila aku yang dulu. :D

Walau gembira macam mana sekali pun, Allah yg menetapkan semua ini. Dia Yang Maha Kuasa kerana menjadikan hati untuk kita berkasih, menimbulkan perasaan sayang, cinta, benci dan gembira. Bersyukurlah kerana dikurniakan hati kalau tak, mana mungkin korang akan bercinta dan berpisah untuk mengalami proses kematangan. Come on, usia masih muda, banyak lagi yg perlu digapai Farah. So, layan lagu ni tau... :)








P/S: Tadi usha blog Rara. Still follow her walaupun jarang jarang buka blog dia. Dia ada bagi tips and panduan pasal cinta ni. And mostly yg dicakapkan tu memang ada pada aku, sebab tu hubungan susah nak kekal. Salah aku juga. 

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

REMEMBER...

  • "Jangan tinggalkan orang yang kita sayang dan cinta untuk orang yang kita suka"

  • "Kahwinilah lelaki yang mencintai kita sepenuh hati daripada berkahwin dengan lelaki yang kita cinta"

  • Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman manis adalah orang yang hatinya sedang berduka lara. Lalu berkata, "Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanMu ini" sambil mengukir senyuman... ^_^



Dari Hati Nuraniku,
 fara,,

Thursday, May 19, 2011

:'(

Tak tahulah kenapa, aku rasa lain sangat sekarang ni...tidur selalu mimpikan dia, tak kiralah tidur siang ke malam...aku pun tak tahu apa akan jadi, tapi yang pasti...aku nak menangis sekarang ni...hati aku tiba tiba berdebar, perasaan yang sama bila aku tengok pakwe aku keluar dengan perempuan lain (ibaratnyalah)...then, badan aku seram sejuk, kepala aku sakit, satu badan menggeletar...aku memang nak nangis sekarang ni...memang susah bila mengenali Farah Zunnurain, hidup semua akan kacau bilau, semua akan tension, semua akan marah dengan aku...

Kalau ini yang aku harus terima, aku redha...dari dulu memang aku susah nak dapat apa yang aku nak...semuanya tak kekal, semuanya akan pergi tinggalkan aku, tapi bila semuanya pergi, aku akan sedih, aku sunyi, aku keseorangan...bila aku dah gembira, bahagia, semuanya hanya sementara...aku tahu memang inilah nasib dan suratan hidup aku, sampai mati pun memang aku akan sorang sorang, I know that...biarlah luka lama berdarah kembali sebab luka yang berdarah takkan sembuh sampai bila bila...walaupun hati aku merintih menangis sekalipun, andai dia bukan untuk aku, tetap bukan milikku...jika mencintai seseorang, tak semestinya kita akan memilikinya...cukuplah sekadar melihatnya bahagia dan gembira bersama insan yang disayanginya... :'(

Walaupun setiap hari, setiap masa aku merindukannya, melihat fotonya cukup untuk menitiskan air mata ini...biarlah aku sahaja yang memahami diriku...biarlah aku sahaja yang memahami perasaanku ini...

Aku akan tetap begini sampai bila bila...Kalau dia ditakdirkan jodoh aku, takkan ke mana larinya...hanya berdoa dan redha dengan ketentuan Ilahi~

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, March 7, 2011

PUPPY+MONKEY...


Salam you all...tengah buat apa ni? Tiba tiba aku teringat kisah ku ketika zaman hingusan dulu...zaman puppy monkey tu lar kan...korang pun mesti ada story masa zaman tu, yelar zaman yang happy tak ada masalah...bukan macam sekarang ni, macam macam benda kena fikirkan...

Zaman tu memang aku hyper, nk kata tomboy, tak juga tapi memang macam budak lelaki...main guli, gasing, rounders (yg macam baseball tu), panjat sana sini...haishh!! Tapi tak sangka pula dalam lasak lasak tu ada juga hati nak berpuppy monkey tu...bukan nak bercinta sangat cuma admire seseorang (lebih sorang kot)...itu pun kawan kawan sepermainan merangkap anak anak jiran aku...almaklumlah, bila duduk dalam kawasan kuarters, semua jiran kita kenal dan kawan...

Tapi yang tak boleh aku nak lupakan adalah Mr. F dan Mr. N...semoga hidup mereka sekarang ni bahagia dan happy happy selalu..

Apa perasaan korang bila terjumpa balik dengan pakwe lama? Pada aku, aku rasa kelakar sebab masa cinta dulu zaman skolah, masing masing bawah umur lagi...sekarang bila dah jumpa balik, masing masing dah besar panjang, masing masing dah ada life sendiri and yang paling penting penampilan semua dah berubah...tapi bila ingat balik cinta puppy monkey tu, memang sweet sangat, zaman tu masing masing innocent gitu, so tak ada apa apa yang nak dirisaukan, difikirkan...

Apa apa pun cinta monyet, cinta pertama, cinta sejati semuanya berkisar mengenai perasaan...perasaan antara dua jiwa dua hati yang berpadu menjadi satu... :)

WHO LOVES ME???

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, December 16, 2010

PLAYBOY...

Salam membaca..hari ni aku nak tulis tentang si playboy atau nama saintifiknya kaki perempuan..aku adalah kenal dengan seorang mamat ni, kitorang kenal dalam last year kot, aku pun tak ingat bila..masa mula-mula kenal dulu aku rasa dia ni OK and boleh jadi Mr. Right aku..tapi bila sudah lama mengenalinya, HE'S NOT MY MR. RIGHT at all..memang jauh panggang dari api..

Aku pun agak pelik dengan perangai dia ni yang aku rasa dalam tahun ni sangat berbeza..dulu dia bukan playboy, tapi sekarang for sure and I'm sure he's a playboy..thanks to Allah aku tak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan dia kini atau bila-bila..yang aku nak tahu, kenapa dia jadi macam ni..tukar perempuan macam tukar baju, bulan lepas dengan perempuan lain, bulan ni dengan perempuan lain, bulan depan, tahun depan, macam mana?..kalaupun awak tu handsome, tapi agak-agaklah sikit..jadi lelaki yang setia, penyayang dan jujur..jangan permainkan perasaan dan hati perempuan yang umpama kaca..terhempas ke lantai, hancur punah, musnah, berkecai jadinya..

Ingatan ni juga untuk lelaki-lelaki lain yang ada di atas muka bumi ini..sayangilah wanita yang menyayangimu sepenuh hati dan berikan kasihmu dengan sewajarnya kepada mereka..jangan hanya tahu couple, clash, couple, clash saja..OK readers, I'm done! C U next time..

Dari Hati Nuraniku,
fara,,