Assalamualaikum...
Hah! Hari ni aku bukan nak story pasal novel Gemersik Kalbu apatah lagi dramanya. Aku hanya ingin berkongsi rasa tentang perasaan Raihana-watak utama dalam Gemersik Kalbu tu.
Bayangkanlah ek, kalau korang berada di tempat Raihana, apa yang korang akan rasa? Yelah, sedang dia bergembira meniti hari bahagia untuk disatukan dengan tunang tercinta, at last, Allah lebih sayangkan tunang dia. Ditambah pula dia tengok tunang dia mati depan mata dia sendiri. Adesss!! Sadis okey.
Opinion akulah - Aku lebih rela kehilangan kekasih/putus cinta masa hidup daripada dipisahkan dengan kematian. Yes, kematian itu pasti untuk semua makhluk tapi, bila kita putus cinta masa ada hayat, tak adalah terasa sangat kehilangan tu. Sebab kita masih dapat tengok, tahu pasal ex boyfie kita tu. Tapi, kalau sudah kembali ke pangkuan Ilahi, macam mana kita nak tahu tentang dia lagi. Hanya kenangan bersamanya, dan doa yang mampu dititipkan.
So far, aku belum lagi terpisah oleh kematian dengan ex ex aku. Alhamdulillah, sebab Allah hanya uji aku dengan perpisahan disebabkan orang ketiga saja. Luckily, aku masih ada ramai insan tersayang. So, aku tak rasa sangat kehilangan itu. Family and friends are always by my side. Thanks you all! =)
NOTE: Hargailah insan yang menyayangi anda semasa hayatnya kerana apabila dia sudah tiada, menyesal tak sudah pun tiada guna.
fara,,
No comments:
Post a Comment