NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label exam. Show all posts
Showing posts with label exam. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

DOAKAN SAYA...

Assalamualaikum readers. Selamat malam.

Recently, aku sangatlah tak ada feel nak berbual dengan sesiapa. Sebab?
Sebabnya kesakitan yang dah dekat 2 minggu aku tanggung ni. Gatal sangat tekak ni. Mucinex dah makan, ubat batuk cap kelapa laut dah makan, ubat batuk hospital pun aku dah makan but, still tak ada kesan. Tiap kali beuka mulut, for sure aku akan batuk-batuk.



Bertambah terseksa bila nak tidur. Orang lain makan ubat batuk terus lalok, aku ni langsung tak boleh nak tidur. Kesiannye. ='(

So, kepada readers tersayang, doakanlah aku cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala yer. Tak lama lagi dah nak puasa, kalau tak sihat juga, tak tahulah macam mana. Huhuhu!

Dan aku juga nak korang doakan aku untuk exam Penolong Akauntan nanti. Memang calon-calon untuk jawatan ni ramai tapi manalah tahukan kalau-kalau ada rezeki aku kerja dalam government. Insya Allah, kita hanya mampu berdoa, semuanya terletak pada takdir Ilahi. Chaiyokk! You can do it girl! =)


Dari Hati Nuraniku, fara,,

Tuesday, June 21, 2011

HARI KE-4...

Assalamualaikum...

Hari ni tak ada pape yang menarik...malam ni masak agar agar untuk jamuan esok malam...
Mood: Study...esok final and last paper for this semester...good luck semua H4 HND in Business... =D

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, June 19, 2011

HARI KE-6...

Assalamualaikum~

Hari keenam sebelum meninggalkan kehidupan dan dunia di hostel...sayulah pula malam malam gini, nak study pun terbantut...rasa nak keluar, pusing 1 hostel, tengok junior junior lepak and borak borak sambil makan ice cream atau membeli belah di kedai belakang sebab lepas ni dah tak rasa semua ni lagi...

Imagine.....
Bila aku duduk dalam hostel, aku boleh melupakan segala kisah duka dan suka aku dengan DIA, tapi bila aku duduk rumah family aku, on the spot semua kenangan dengan DIA akan terimbau kembali...terutama sekali pabila berada di Shah Alam-tempat kami pernah memadu kasih dahulu... ='(

Imagine.....
Macam mana hidup aku bila dah tak ada junior junior di sekeliling, kawan kawan mencurah perasaan, dan duduk sengsorang dekat rumah tanpa sebarang kerja...mestilah aku akan ingat semua tentang DIA...dan juga akan merindui zaman kolej aku...3 tahun berlalu dengan pantas, kalau dulu nak sangat cepat habis belajar and berambus dari sini tapi hari ni, aku nak cakap... 

"I DON'T WANT TO MOVE OUT!" ='(

Tapi aku kena terima hakikat, semuanya bermula pasti akan berakhir...so, hidup baru perlu dibina dan diteruskan...by the way, aku telah selamat berada di kolej ni pukul 7 p.m. tadi...dan mungkin sekarang ni sedang bersuka ria study (walhal dok online and membuta saja)...tapi sungguh, aku tak nak sia siakan masa aku yang tinggal 6 hari ni...aku kena habiskan dengan bermanfaat... =D

P/S: Tadi ada abang teksi ni minta nombor telefon, tapi dia ingat senang ke aku nak bagi dekat orang yang aku tak suka? Walaupun handsome and gorgeous sekalipun, aku takkan mudah dipengaruhi...(ayat poyo!)


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, September 6, 2010

6 SEPTEMBER 2010..

Hari ini hari Isnin bersamaan 6 September 2010. Esok tanggal 7 September saya akan 'terbang' ke JB menaiki Plusliner. Yeah!! Tak sabar nak balik F1 2-02. Rindu dekat bilik, rumah, kapal, laut, family, dan .... Balik nanti macam-macam saya perlu buat - kemas rumah, bilik, pasang panjut (kalau daddy tak marahlah), dan yang paling penting nak buat kuih raya. Memang saya suka memasak. Mummy dah sediakan bahan-bahan, hanya menunggu bakernya ini pulang saja. Sabar yer mummy, esok anakmu akan kembali. Best jugak layan lagu Balik Kampung - Sudirman, malam-malam macam ni. Cari mood nak siapkan assignment. Heh, korang nak tahu tak, ada lagi 2 assignments saya kena siapkan, kalau tak jangan harap boleh beraya dengan tenang. :(

Saya lebih excited untuk menyiapkan assignments berbanding study for the exam sebabnya, assignment lebih leceh berbanding exam. Saya memang tension dengan assignment, langsung tak boleh berpisah walau sekejap. Baru saja nak break up, datang lagi assignment baru ajak couple. Arghhh! Gila sudah! OK, need to rush now. Nanti assignment merajuk pula kerana tak dilayan. Adios Amigos!


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, September 4, 2010

SEPTEMBER INI...

1 Sept 2010 - Masih bergelumang dengan assignment ADV. & PROMOTIONS. Released tension di Seremban, shopping raya sikit.
2 Sept 2010 - Last minute touch up assignment dan submit tapi sudah terlambat sebab sir dah balik. Petangnya teman Hilli ke JPJ Seremban renew lesen dia. Tapi ada sedikit masalah dan kami hang out di Terminal dan shopping barang dapur sikit.
3 Sept 2010 - Online dan qada' tidur yang kurang disebabkan assignments.
4 Sept 2010 - Exam ADV. & PROMOTIONS. Alhamdulillah boleh dijawab dengan jayanya.
5 Sept 2010 - Relax, siapkan assignments BDM dan MFR sebelum pulang beraya.
6 Sept 2010 - Study for SPO subject. Trying to finish the assignments.
7 Sept 2010 - Exam SPO. Semangat untuk pulang beraya di JB. Selamat tinggal Lagenda, Sayonara!!

P/S: Awak!! saya rindulah.. :)


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, January 26, 2010

MINGGU INI...

Selamat Pagi Malaysia..minggu ni aku agak lepak sikit sebabnya minggu exam maa..semua member2 aku sibuk study, tapi aku?? Aku berblogging laa wehh..hahahha..aku tak tahu nak baca apa sebenarnya, mood aku tengah dok fikir nak balik JB saja..rindu dekat laut, kapal, mummy, daddy, and him (lets forget about him)..Insya allah kalau tidak ada apa2 aral melintang, aku akan kembali ke sisi familiku pada tanggal 29 January 2010 sebaik sahaja tamat paper exam pada hari itu..Can't wait anymore (hari2 dok countdown saja)..aktiviti yang membosankan (ada 1 aktiviti itu tak bosan) pada minggu ini:
  • Ahad (24/1/10)-Sibuk menyiapkan assignment terakhir untuk semester ini (Marketing Intelligence)..walaupun agak tunggang-langgang assignment tersebut..kehadiran Kora (kucing yang gebu tapi aku tak suka kucing)..haishh
  • Isnin (25/1/10)-Submit assignment dan tidurrrrrrrrrrrr....Zzzzz...
  • Selasa (26/1/10)-Prepare for the first exam paper (Common Law 1) pukul 2.30 p.m. nanti..I loves this subject much..doakan kejayaan aku OK..
  • Rabu (27/1/10)- Tidur dan tidur dan tidur... Zzzz..tapi hari ini Aha nak datang umah..tak boleh tidur ni, kena kemas umah supaya Aha ingin kembali ke sini semula..sobss..sobss..
  • Khamis (28/1/10)- Prepare for tha last paper (Markting Intelligence)..I loves the lecturer much..hahhaha..I love you Mr. B..
  • Jumaat (29/1/10)- Exam terakhir pada pukul 9 pagi..selepas 2 jam, aku akan berangkat ke Terminal 2 Seremban untuk berlepas ke J.B. (cewaahh..mcm nak naik flight saja..perasan siot)..
  • Sabtu (30/1/10)- Insya allah aku telah selamat berada disamping familiku..rindu..rindu..rindu..


your sincerely,
fara,,