NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label emo. Show all posts
Showing posts with label emo. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

SENYUM TAK PERLU KATA APA APA...

Malam Jumaat yang dingin dan damai ini, 
Tersenyum aku sendiri melihat gelagat awak, kamu, dan dia.
Menjadi stalker memang hobi aku, 
Cukuplah sekadar aku memerhati dari jauh, 
Menjadi pemerhati kebahagiaan mereka.

Aku tak mampu membahagiakan awak, kamu dan dia,
Mungkin ada yang lain dapat memberikan kebahagiaan itu,
Hanya doa mampu ku titipkan,
Semoga kebahagiaan kamu menjadi kebahagiaan bagiku jua.

MOOD: Jiwa kacau~ ='(


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, January 20, 2012

RAYA DATANG LAGI...

Assalamualaikum...

Pagi yang mendung di Shah Alam~

Tupp! Tapp! Tupp! Tapp! Lagi beberapa hari Chinese New Year akan menjelang.
Rasanya macam minggu lepas aku baru sambut raya cina, actually bukan sambut raya cina tapi sambut birthday aku.
Mana taknya, last year kalau tak silap, Chinese New Year jatuh pada tanggal ulangtahun kelahiran aku.
So, means that, tak lama lagi aku akan mencapai usia 22 tahun.
Ya Allah, muda lagi rupanya aku ni.
Sangat muda untuk duduk jauh dari family.
Sangat muda untuk kerja jauh jauh dari family.
Tapi, sangat tua sudah apabila menjadi mak long kepada anak buah yang ramai.


Melalut sudah.
Ni bukan entry untuk birthday wish okey Cik Farah Lee.
By the way, sempena raya cina ni, saya nak wish,
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA KEPADA KAWAN KAWAN, JIRAN JIRAN, MAK CIK PAKCIK YANG MENYAMBUTNYA. 
Walaupun muka saya ada akan akan chinese look perasan sudah, tapi saya Melayu sejati walaupun moyang saya mix.



Tiba tiba rindu dekat someone.
Someone yang pertama sekali wish birthday aku last year.
Tapi tahun ni, dia sudah tidak lagi disampingku.
Sungguh, saya rindu awak M.A.S.
Walaupun awak benci dekat saya sebab jumpa pengganti awak lepas kita putus dulu.
Tapi DIA tak sama macam awak.
Dan kerana saya langgar janji tu, saya pula dipermainkan oleh DIA.
Menyesal sekarang tiada guna, memang saya menyesal sebab lepaskan awak dengan mudah dulu.
Bodohnya saya lepaskan awak, lepas tu boleh pula terima lelaki yang sudah mempunya kekasih.

Opssss!! Farah Lee melalut lagi.
Sudahlah sudah, ku harus pergi, jangan kau tangisi aku lagi~
Okey, semoga perjalanan pulang beraya semua selamat sampai ke destinasi yang dituju.




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, December 16, 2011

SEBAK...

Aku tahu salah dan berdosa buka aib orang. Tapi aku tak boleh nak tahan dah. Sedih+sakit+perit sangat rasanya dalam hati ni. Kalau orang lain buat benda yang sama dekat korang, korang rasa apa agaknya??

Ya Allah, sungguh pedih ujian yang Kau berikan padaku. Aku cuba pendam dan simpan semuanya tapi tak boleh. Manusia punya perasaan. Apa korang rasa kalau benda ni berlaku pada korang? Dari semalam tidur aku tak lena, makan pun tak ada selera, badan menggeletar, seram sejuk satu badan. Korang tak rasa apa yang aku rasa ni so, korang tak boleh nak judge aku sesuka hati. 

Just put yourself in my shoes then you will know the pain.

Aku tak sedih sebab putus cinta dengan dia tapi aku sedih sebab dia tipu aku.
Aku sedih sebab kenapa lelaki suka hati dia nak sakitkan hati wanita?
Kenapa aku selalu dijadikan mangsa?
Aku tak minta semua ni. Aku tak nak rampas laki orang tapi KENAPA???

Banyak persoalan yang tak terjawab dalam benakku.
Biarlah masa mengubat semuanya.

AKU LANGSUNG TAK MENANGIS LEPAS PUTUS DENGAN DIA NI.

Kalau dulu lepas putus dengan M.A.S. dan M.F. mesti seminggu lebih aku berduka lara, menangis sorang sorang tapi dengan dia ni langsung tiada. Mungkin sebab aku ditipu so, aku langsung tak menangis. Bukannya putus disebabkan kehendak masing masing. 


Dari Hati Nuraniku,
 fara,,

KENAPAKAH???

Kenapa orang suka sangat cari pasal dengan aku?
Aku ada kacau korang ke?
Kalau rasa takut sangat aku ambil laki korang, jagalah baik baik.

Korang ingat aku suka ke rampas laki orang?
HELLO PEEPS!! Bukan taste akulah nak main rampas laki orang.
Baik aku ambil laki laki yang bujang, handsome, macho, tough, beriman yang ramai dekat luar sana tu.

Ko sayang sangat laki ko?
Hambiklah dia balik.
Wa tak hairan, wa tak hingin pun!!

Sekarang ni lu nak buruk burukkan nama wa pulakkan?
Sedangkan wa tak cari masalah dengan lu.
Sekarang wa nak lu rasa apa yang wa rasa!!



Dari Hati Nuraniku, fara,,

OFFICIALLY...

Dengan ini, saya mengumumkan bahawa...

Cik Pinklover is SINGLE!!! ='(



Anda terkejut? Terperanjat? Pelik?
Tiada yang mustahil atas muka bumi ni.
Allah telah menetapkan semuanya.
Aku redha bak kata Tom. =')




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, December 15, 2011

KAU YANG TAHU...


Aku pernah mengatakan bahawa Encik BF adalah cinta terakhir aku.
Yes, it's true.

Dan kalau pun dia pergi meninggalkan aku, tamat sudah semua kisah cinta yang tercipta.
Semuanya aku serahkan pada Allah.
Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat.
Biarlah dia yang menetapkan apa yang terbaik buatku.
Aku redha.

At least aku masih ada keluarga dan kawan kawan yang masih menyayangi aku.
Asalkan mereka sentiasa di sisi, aku sudah bersyukur.
Aku akan happy selalu.
Terima kasih kerana megajarkan aku erti kesakitan.
Terima kasih kerana mengajarkan aku erti percintaan.
Dan terima kasih kerana mengajarkan aku erti perpisahan.



Dari Hati Nuraniku,
 fara,,

Monday, November 14, 2011

WORDLESS MONDAY #1...

Kenapa wanita sering disakiti oleh lelaki?
Kenapa wanita sering menangis kerana lelaki?
Kenapa wanita sanggup berkorban demi lelaki?
Kenapa wanita selalu diabaikan oleh lelaki?

Can you answer me?

Lu pikirlah sendiri. Kby~

Dari Hati Nuraniku, fara,,

Saturday, June 25, 2011

CERITA HARI INI...

Assalamualaikum...

Cerita hari ini adalah mengenai

,,

,,

,,

,,

,,

,,

,,

,,

,,

AIR MATA...





Air mata yang tumpah kerana persahabatan,,
Air mata yang tumpah kerana kasih sayang,,
Air mata yang tumpah kerana kenangan,,
Air mata yang tumpah kerana percintaan,,

Tapi air mata aku tumpah kerana rasa sayang, kasih dan cinta aku pada persahabatan yang terjalin sejak 3 tahun lepas...
sukar untuk dilupakan apatah lagi diputuskan...
mengalirnya tanpa dipaksa, dengan rela sebak mencengkam dada...
kerana rasa ini...
aku kuat, tabah menjalani hidup berkelana...
terima kasih sahabat, teman, kawan, rakan, taulan...
kerana adanya kalian...
aku berjaya menamatkan pengajianku...
kerana adanya group yang memahami dan membantu...

REMEMBER THIS - W2F2 will last forever...


.::NURINDAH-NUR AFIZA-HILLIHAYATUL AIN-CHE NURAZUREEN-FARAH ZUNNURAIN::.

P/S: Hujan yg membasahi bumi Legenda pagi tadi seakan tidak merelakan perpisahan ini...tapi kita terpaksa berpisah kerana kehendak takdir...dan setiap pertemuan pasti ada perpisahan...do keep in touch...will love you all forever~




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, June 19, 2011

HARI KE-6...

Assalamualaikum~

Hari keenam sebelum meninggalkan kehidupan dan dunia di hostel...sayulah pula malam malam gini, nak study pun terbantut...rasa nak keluar, pusing 1 hostel, tengok junior junior lepak and borak borak sambil makan ice cream atau membeli belah di kedai belakang sebab lepas ni dah tak rasa semua ni lagi...

Imagine.....
Bila aku duduk dalam hostel, aku boleh melupakan segala kisah duka dan suka aku dengan DIA, tapi bila aku duduk rumah family aku, on the spot semua kenangan dengan DIA akan terimbau kembali...terutama sekali pabila berada di Shah Alam-tempat kami pernah memadu kasih dahulu... ='(

Imagine.....
Macam mana hidup aku bila dah tak ada junior junior di sekeliling, kawan kawan mencurah perasaan, dan duduk sengsorang dekat rumah tanpa sebarang kerja...mestilah aku akan ingat semua tentang DIA...dan juga akan merindui zaman kolej aku...3 tahun berlalu dengan pantas, kalau dulu nak sangat cepat habis belajar and berambus dari sini tapi hari ni, aku nak cakap... 

"I DON'T WANT TO MOVE OUT!" ='(

Tapi aku kena terima hakikat, semuanya bermula pasti akan berakhir...so, hidup baru perlu dibina dan diteruskan...by the way, aku telah selamat berada di kolej ni pukul 7 p.m. tadi...dan mungkin sekarang ni sedang bersuka ria study (walhal dok online and membuta saja)...tapi sungguh, aku tak nak sia siakan masa aku yang tinggal 6 hari ni...aku kena habiskan dengan bermanfaat... =D

P/S: Tadi ada abang teksi ni minta nombor telefon, tapi dia ingat senang ke aku nak bagi dekat orang yang aku tak suka? Walaupun handsome and gorgeous sekalipun, aku takkan mudah dipengaruhi...(ayat poyo!)


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, June 6, 2011

HARI KE-19...

Salam readers~

Hari ni aku hanya nak share lagu ni dengan korang...tiba tiba aku rasa emo saja...hari ni kepala tak berapa nak ready buat assignment...sedih, rindu sangat sangat sangat...PERCAYA PADAKU~





Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, May 30, 2011

DALAM HATI INI...

"Ku petikkan gitar ku ini, 
Menghiburkan hatiku yang sepi,
Kerana ditinggalkan kekasih yang aku sayangi,
Tak bisa untukku melupakan kenangan indah ku bersamamu...."

Dua lirik lagu yang jauh berbeza tapi sangat bermakna buat aku...

"Seperti ada yang tak kena, 
Disaat melihat ke arah mu,
Saat kau berpaling dan tersenyum,
Dunia jadi luar biasa, 
Maafkan andainya ku mengganggu, 
Ku bukan membaca fikiranmu, 
Ku hanya ingin mengenalimu dan tahu ku menyukai kamu...."

Terkadang aku gembira saat mengimbau kembali kenangan dengannya, terkadang aku berduka mengenangkan dirinya tiada disisi, terkadang aku marah saat mengenangkan bahawa dia bukan milikku...tapi biarlah setiap kenangan terus tersemat dan tersimpan rapi dalam ingatanku, biarlah aku saja yang merasai suka duka dan marah ini sebab aku memang gila bila dah emo... :)

P/S: Dalam hati ini, ada namamu, nama seorang insan yang aku rindu...tapi biarlah rahsia siapa yang ku rindui itu kerana semuanya sudah tidak penting lagi...


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, May 19, 2011

:'(

Tak tahulah kenapa, aku rasa lain sangat sekarang ni...tidur selalu mimpikan dia, tak kiralah tidur siang ke malam...aku pun tak tahu apa akan jadi, tapi yang pasti...aku nak menangis sekarang ni...hati aku tiba tiba berdebar, perasaan yang sama bila aku tengok pakwe aku keluar dengan perempuan lain (ibaratnyalah)...then, badan aku seram sejuk, kepala aku sakit, satu badan menggeletar...aku memang nak nangis sekarang ni...memang susah bila mengenali Farah Zunnurain, hidup semua akan kacau bilau, semua akan tension, semua akan marah dengan aku...

Kalau ini yang aku harus terima, aku redha...dari dulu memang aku susah nak dapat apa yang aku nak...semuanya tak kekal, semuanya akan pergi tinggalkan aku, tapi bila semuanya pergi, aku akan sedih, aku sunyi, aku keseorangan...bila aku dah gembira, bahagia, semuanya hanya sementara...aku tahu memang inilah nasib dan suratan hidup aku, sampai mati pun memang aku akan sorang sorang, I know that...biarlah luka lama berdarah kembali sebab luka yang berdarah takkan sembuh sampai bila bila...walaupun hati aku merintih menangis sekalipun, andai dia bukan untuk aku, tetap bukan milikku...jika mencintai seseorang, tak semestinya kita akan memilikinya...cukuplah sekadar melihatnya bahagia dan gembira bersama insan yang disayanginya... :'(

Walaupun setiap hari, setiap masa aku merindukannya, melihat fotonya cukup untuk menitiskan air mata ini...biarlah aku sahaja yang memahami diriku...biarlah aku sahaja yang memahami perasaanku ini...

Aku akan tetap begini sampai bila bila...Kalau dia ditakdirkan jodoh aku, takkan ke mana larinya...hanya berdoa dan redha dengan ketentuan Ilahi~

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, April 2, 2011

DILEMA...


.::Gambar semasa ceramah "CINTA MADU vs CINTA PAMPERS"::.

Salam readers...hari ni aku kembali berblogging...walaupun hati masih sunyi dan kosong tanpa 'dia'...last post aku cakap seperti nak stop blogging tapi I've made up my mind and I'll continue writing...because writing is the only way I can express my feeling and my thought...

Back to the story, sem ni adalah sem terakhir aku berada di Kolej University Linton...sudah 3 tahun aku berada di sini, sudah seperti tempat asal, tempat sendiri bak kata orang...dan sem ni aku sepatutnya busy dengan study, exam, project, dan dunia wataniah aku...so, aku akan meneruskan perjuangan aku sampai ke titisan peluh yang terakhir...weeheee :D

Tapi sepanjang minggu ni, macam macam problem yang muncul...and semuanya macam nak uji ketahanan akal, jasmani, dan perasaan aku...nasib baik aku ada teman teman merangkap saudara lain ibu, lain bapa yang sangat memahami aku...aku sayang sangat dekat korang, walaupun baru 3 tahun kita kenal tapi semuanya sudah seperti adik beradik...bak kata orang, cubit paha kiri paha kanan juga terasa...to Azureen Khazmi dan Afiza Ab. Rahman, gua sayang you all cikaro :)

Bermulanya minggu ni (27 Mac 2011) tu, aku memang dah mula happy gelak ketawa tak ingat dunia punya...mula mula tu takut juga sebab kata orang, bila dah suka sangat, nanti mesti menangis...dan memang betul kata orang tua tua, beberapa hari lepas tu aku menangis...mula mula sebab tarikh test JPJ jatuh pada hari yang sama exam Business Strategy, waktu pagi pula tu, memang aku dalam dilema nak pilih yang mana 1...kalau tak pergi exam B.S. aku akan fail dan kena ambil 'Special Exam' (bak kata Encik Musa) next sem...itu bermakna aku akan graduate next year dan bukannya September or October of this year...bayangkanlah selama 3 tahun aku study, at last kena grad tahun depan, sedangkan rakan rakan seperjuangan aku dah menggenggam segulung HND...huh!! Memang sedihlahkan...

Then pasal JPJ Test tu pula, dari bulan August 2010 aku mendaftarkan diri di Akademi Memandu Nilai (AMN) untuk mendapatkan lesen memandu tapi akhirnya tak boleh diambil pada tarikh yang telah ditetapkan...sedangkan benda ni sepatutnya dah settle lebih awal tapi disebabkan masalah dengan jadual kelas dan jadual di akademi, banyak kali kena tunda and sudah 2 kali aku re-new lesen L...so, aku decide untuk mengambil exam B.S. dan menunda lagi test JPJ tu...dua dua penting tapi exam tu penentu masa depan aku jadi aku kena memilih yang lebih bernilai...

Next problem pasal cinta...last Thursday (31 Mac 2011) bertempat di DKA2/1 K.U.L. telah diadakan 1 ceramah bersama motivator Encik Khairi Zainuddin...ceramahnya bestlah juga, tak adalah serius sangat, ada gak lawak lawaknya, and semuanya sesuai dengan remaja...tak terlalu menekan atau melarang remaja untuk bercinta tapi masih berpada dan menurut ajaran Islam...beliau banyak berkongsi pengalaman cinta beliau dan kisah kisah yang pernah berlaku suatu masa dahulu akibat cinta...yang paling bestnya, malam tu juga lecturer aku buat kelas ganti untuk subjek Research Project...haish! Memang dalam dilema untuk memilih yang mana 1 tapi ceramah tu ilmu untuk dunia and akhirat so aku rasa decision aku tu betul...kalau pergi kelas malam tu, ilmunya hanya untuk dunia bukannya akhirat...hehehe!! Betul tak kawan kawan??

Ok, nanti aku story mori lagi ek...ada benda lagi penting aku nak pergi buat ni...see you!!

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, January 26, 2011

MASA...

Salam readers...cepat sungguh masa berlalu, dan kerana masa, aku menjadi takut...aku takut kehilangan orang orang yang aku sayang...

"Aku tahu kamu sayangkan aku, aku tahu kamu risaukan aku, tapi aku pun nak hidup gembira macam orang lain...bukan aku tak tahu semua tu, aku tahu semua tu, aku faham semua tu...tapi susah untuk aku menjadi seperti yang kamu harapkan...mungkin oneday nanti aku akan menjadi seperti apa yang kamu mahukan...and please!! Jangan cakap pasal mati, aku tak sedia lagi untuk menghadapi sebarang perpisahan...cukuplah air mata aku sudah banyak terbuang dulu...aku sayang kamu gemuk!! Aku doakan kamu selamat walau kat mana kamu berada.." :'(

Kerana masa juga aku dipisahkan dari adikku selama beberapa tahun sejak dia di Tingkatan 1...tapi itu semua untuk kebaikan dia, untuk masa depan dia...apa apa pun, adik adik aku segalanya untuk aku...tak mungkin aku boleh dapat adik lain seperti mereka...aku tak nak berpisah dari adik adikku lagi...cepatlah masa berjalan supaya adikku dapat pulang ke Malaysia dengan selamatnya... :'(

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, January 12, 2011

HARI KEDUA...


Hari ni masih lagi tiada sebarang tanda tanda positif..
Aku akan terus bersabar dan menanti saat itu tiba..

:'(

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, January 9, 2011

HATI...

Dear diary,,
Aku tak tahu kenapa mata ni tak boleh nak tidur, padahal tadi mata ni dah sakit sakit, merah merah, mengantuk nak tidur..tiba tiba hati aku terasa sakit sangat sangat seperti ditusuk sembilu, rasa pedih sampaikan aku tak boleh menahan air mata daripada terus mengalir..oh hati, kenapa waktu waktu seperti ni baru nak sakit? Kenapa mesti setiap malam kau menangis meratapi nasib dirimu? Kenapa? Kenapa setiap kali jadi begini? Aku tak tahu di mana silapnya.........

:'(

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, January 4, 2011

RESAH KERINDUAN

First entry for this year,,
best layan lagu ni,,memang sesuai sangat,,



Dari Hati Nuraniku,fara,,

Saturday, September 4, 2010

RAYA, RAYA, RAYA...

Di petang sabtu yg dingin ditemani lagu-lagu raya yang rancak berkumandang di corong lappyku ini, aku terkenang kembali saat-saat raya tahun 1995-1996. Waktu itu, aku masih di tadika dan menetap di Sitiawan, Perak. Setiap kali raya, keluargaku pasti akan bergilir-gilir beraya di rumah nenekku sebelah daddy atau di rumah nenekku sebelah mummy. Pada aku, beraya di mana-mana pun tiada beza kerana kampung kedua-duanya hanya dalam jarak 35-40 km sahaja, perjalanan hanya mengambil masa selama setengah jam untuk ke kampung mummy jika dari kampung daddy dan sebaliknya. Pada tahun itu, kami telah ke Bagan Serai, Perak untuk beraya di rumah arwah moyangku sebelah daddy. Moyangku berasal dari Rembau, Negeri Sembilan tetapi setelah berkahwin, dia menetap di kampung suaminya di Bagan Serai. Raya tahun itu menjadi kenangan buat aku kerana semua adik-beradik daddyku seramai 6 orang telah berkumpul dan sama-sama berkonvoi ke Bagan Serai. Kami berkumpul di sana bersama dengan sepupu-sepupu daddyku yang masing-masing menetap di Taiping dan Kulim.

Walaupun ketika itu aku masih di tadika, tapi ingatan aku pada hari raya itu masih segar. Kerana ketika itu, arwah pakcik alim dan pakcho ku masih hidup dan sama-sama meraikan Aidilfitri. Masakan aku dapat melupakan kenangan itu kerana selepas raya itu, kami sudah tidak dapat berkumpul dan beraya bersama-sama lagi disebabkan pakcik alim yang terpaksa bertugas dan sibuk dalam kerjaya polisnya. Tidak berapa lama selepas itu, pakcik alim meninggalkan kami, diikuti oleh pakcho dan juga moyangku. Ya Allah, betapa aku rindu saat-saat beraya bersama mereka lagi. Kau tempatkanlah mereka di sisi hamba-hambaMu yang beriman dan beramal soleh Ya Allah, aku sayang akan mereka. Raya tahun ini, aku tidak dapat pulang ke Perak tetapi aku sudah melawat 'rumah' mereka dalam Ramadhan yang lepas. Cuma tahun ini aku tidak dapat ke 'rumah' moyangku di Bagan Serai kerana kekangan masa. Tetapi doaku sentiasa kutitipkan buat mereka yang ku sayang. Damailah kalian di sana.

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, August 25, 2010

BULAN,,,

"Oh bulan,
Enggan melayan diriku lagi,
Pabila air mata membasahi pipi,
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku,
Pabila engkau bersama yang lain....."

Wah, wah, wah....layan lagu bulanlah pula,,hihihi! Ada makna lain ni,,sebenarnya, bulan pada malam ini mengingatkan aku kepada dia,,bulan malam ini cantik sangat, terang, cerah, menyinari serata alam sebagaimana cinta dan kasih sayang kami dulu menyinari hidup ini,,tapi sekarang? Entahlah, aku pun tak tahu,,biarlah takdir menentu segalanya,,

.::View dari kolej::.

.::View dari bilik aku::.

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, August 24, 2010

TAPI DIA...

Demi Mu Ya Allah, aku betul-betul rindukan dia,,teramat rindu,,tak dapat hendakku gambarkan rasa dihatiku tika ini,,aku begitu menginginkan dirinya disampingku walaupun jarak memisahkan kami,,aku terlalu ingin bertemu dengannya,,rasa kasih dan sayang ini tidak pernah padam walau sedetik pun,,walaupun kami tidak pernah bersua muka,,

Jika dulu, bulan menjadi saksi cinta kami,,tapi kini, bulan membuatkan aku berduka, menangis melihatnya,,oh, kalaulah waktu dapat diundurkan, aku akan memperbaiki kelemahan diri ini,,aku tidak akan terlalu memaksanya,,tetapi aku lakukan semua itu kerana terlalu menyayanginya,,tapi dia, tidak memahami isi hatiku,,tapi dia, menginginkan perpisahan ini,,tapi dia bersetuju dan merelakan aku pergi,,

Tapi dia, dialah yang membuatkan aku ceria, bahagia, gembira, suatu ketika dahulu,,aku rindu sangat untuk melihat senyumannya,,aku rindu untuk mendengarnya ketawa,,suaranya membuatkan aku terbuai dalam angan-anganku sendiri,,biarlah dia dengan hidupnya,,aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaanmu, M.F.,,


Dari Hati Nuraniku,
fara,,