NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, April 2, 2011

DILEMA...


.::Gambar semasa ceramah "CINTA MADU vs CINTA PAMPERS"::.

Salam readers...hari ni aku kembali berblogging...walaupun hati masih sunyi dan kosong tanpa 'dia'...last post aku cakap seperti nak stop blogging tapi I've made up my mind and I'll continue writing...because writing is the only way I can express my feeling and my thought...

Back to the story, sem ni adalah sem terakhir aku berada di Kolej University Linton...sudah 3 tahun aku berada di sini, sudah seperti tempat asal, tempat sendiri bak kata orang...dan sem ni aku sepatutnya busy dengan study, exam, project, dan dunia wataniah aku...so, aku akan meneruskan perjuangan aku sampai ke titisan peluh yang terakhir...weeheee :D

Tapi sepanjang minggu ni, macam macam problem yang muncul...and semuanya macam nak uji ketahanan akal, jasmani, dan perasaan aku...nasib baik aku ada teman teman merangkap saudara lain ibu, lain bapa yang sangat memahami aku...aku sayang sangat dekat korang, walaupun baru 3 tahun kita kenal tapi semuanya sudah seperti adik beradik...bak kata orang, cubit paha kiri paha kanan juga terasa...to Azureen Khazmi dan Afiza Ab. Rahman, gua sayang you all cikaro :)

Bermulanya minggu ni (27 Mac 2011) tu, aku memang dah mula happy gelak ketawa tak ingat dunia punya...mula mula tu takut juga sebab kata orang, bila dah suka sangat, nanti mesti menangis...dan memang betul kata orang tua tua, beberapa hari lepas tu aku menangis...mula mula sebab tarikh test JPJ jatuh pada hari yang sama exam Business Strategy, waktu pagi pula tu, memang aku dalam dilema nak pilih yang mana 1...kalau tak pergi exam B.S. aku akan fail dan kena ambil 'Special Exam' (bak kata Encik Musa) next sem...itu bermakna aku akan graduate next year dan bukannya September or October of this year...bayangkanlah selama 3 tahun aku study, at last kena grad tahun depan, sedangkan rakan rakan seperjuangan aku dah menggenggam segulung HND...huh!! Memang sedihlahkan...

Then pasal JPJ Test tu pula, dari bulan August 2010 aku mendaftarkan diri di Akademi Memandu Nilai (AMN) untuk mendapatkan lesen memandu tapi akhirnya tak boleh diambil pada tarikh yang telah ditetapkan...sedangkan benda ni sepatutnya dah settle lebih awal tapi disebabkan masalah dengan jadual kelas dan jadual di akademi, banyak kali kena tunda and sudah 2 kali aku re-new lesen L...so, aku decide untuk mengambil exam B.S. dan menunda lagi test JPJ tu...dua dua penting tapi exam tu penentu masa depan aku jadi aku kena memilih yang lebih bernilai...

Next problem pasal cinta...last Thursday (31 Mac 2011) bertempat di DKA2/1 K.U.L. telah diadakan 1 ceramah bersama motivator Encik Khairi Zainuddin...ceramahnya bestlah juga, tak adalah serius sangat, ada gak lawak lawaknya, and semuanya sesuai dengan remaja...tak terlalu menekan atau melarang remaja untuk bercinta tapi masih berpada dan menurut ajaran Islam...beliau banyak berkongsi pengalaman cinta beliau dan kisah kisah yang pernah berlaku suatu masa dahulu akibat cinta...yang paling bestnya, malam tu juga lecturer aku buat kelas ganti untuk subjek Research Project...haish! Memang dalam dilema untuk memilih yang mana 1 tapi ceramah tu ilmu untuk dunia and akhirat so aku rasa decision aku tu betul...kalau pergi kelas malam tu, ilmunya hanya untuk dunia bukannya akhirat...hehehe!! Betul tak kawan kawan??

Ok, nanti aku story mori lagi ek...ada benda lagi penting aku nak pergi buat ni...see you!!

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

No comments: