NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label kolej. Show all posts
Showing posts with label kolej. Show all posts

Friday, February 1, 2013

FAMILY DAY HARIMAU MALAYA...


Assalamualaikum.

Entry yang lewat di update kerana kekangan masa. Actually event ni happened last month-12 and 13 of January 2013 di Tiara Beach Resort Port Dickson. Sangat syok layan kepala budak-budak ni sebab semuanya gila-gila. Dan yang syoknya, aku senior beb, jadi VIP untuk event ni. =)

Sebenarnya dah lama aku nak turun kolej and join event budak-budak ni tapi sentiasa ada saja halangan. That's why event kali ni aku cekalkan hati turun gak ke Negeri Sembila semata-mata kerana mereka. Dan thanks adik-adik ku kerana sudi mengundang kakak korang ni. 


Apa yang pasti, hati sedikit tersentuh kerana seseorang sewaktu event ni. Tapi, I'm okey now. I should throw away the feeling from hurting me inside. Thanks for your 'patience' and your promises, I'll never regret and I'll never forget. =')




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, January 31, 2012

END OF JANUARY...

End of January...banyak benda yang berlaku dan semuanya menggembirakan aku. Meraikan hari kelahiran Sha yang ke-22 di Bumbu Desa KLCC bersama Farha (Aha), Natasha (Aca), Irfan (Bob), Asyraf (Acab) dan birthday girl - Aisyah (Sha).

 Terima kasih sahabat, teman, kawan dan rakan kerana hadir menceriakan hari ku. Tanpa sayang sayangku semua, mesti bosan dok menghadap FB 24/7. So, untuk menghilangkan kebosanan tahap dewa tu, aku melangkah pergi meninggalkan Shah Alam.

Sayu hati meninggalkan Shah Alam. Bukan kemahuan hati tapi kehendak diri. Macamlah pergi jauh sangatkan? Padahal ke KL dan Nilai saja. Kahhhkahhhakkkaaahhh!! Dekat sangat kaki aku ni melangkah, bila masa nak rentas sempadan negara pun tak tahulah. =)







Apa apa pun, selama 24 jam aku bersama teman kolej kesayanganku tersayang, macam macam benda yang diborak, digelak, dan dikongsikan. Dah lama tak berjumpa, sekali dah jumpa, saja nak buat kecoh satu KLCC tu. Lebih dari 2 jam duduk melalut, makan makan dalam restoran tu, nasib baik tak dihalau sebab bising sangat. Tapi itulah kami, bila bersama pasti menjadi diri sebenar, tiada apa yang disorokkan, semuanya pasti meletus bersama. 


Aku rasa happy bila keluar dengan mereka. Walaupun singkat tapi dah cukup meninggalkan memori untuk dikenang. Kawan semasa ketawa mudah dicari, kawan semasa menangis payah nak jumpa. Tapi, merekalah true friends aku. Semasa suka, duka, sentiasa ada memberikan semangat dan dorongan, memberikan kegembiraan dan menggamit kesedihan dengan perangai masing masing. Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku sahabat seperti mereka. =') 



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, October 27, 2011

HARI GRADUASI KE-7, KUMPULAN PENDIDIKAN LEGENDA...

Assalamualaikum...



Alhamdulillah, selamat sudah majlis konvokesyen aku pada tanggal 23 Oktober yang lepas bertempat di Marriott Hotel Putrajaya. Sangat happy dan bahagia dengan kehadiran ahli keluarga tercinta. Cuma adik aku yang dekat Rusia tu saja tak dapat hadir. Its okey, dia konvo nanti, aku nak jejakkan kaki ke Rusia pula. =)

Walaupun aku lambat update pasal konvo tu, bahang kegembiraan konvo tu masih terasa apabila gambar gambar sewaktu majlis konvokesyen tu masih terpampang di wall wall students Legenda Education Group. TAHNIAH! dan SYABAS! diucapkan buat teman teman seperjuanganku. Semoga selepas ini, kita akan terus melakar sejarah dan kejayaan dalam bidang yang diceburi. 

Hati aku sangat sayu dan happy bila dapat melihat wajah wajah pensyarah yang telah mengajar aku selama 3 tahun di Kolej Universiti Linton. Walaupun tidak semua pensyarah hadir, tapi itu sudah cukup membuatkan kami rasa dihargai. Tak lupa juga kepada senior senior aku dalam Wataniah yang sama sama berkonvo dengan aku. Maybe itu kali terakhir kita berkumpul dan bertemu. Insya Allah kalau dipanjangkan usia, kita ketemu lagi. 


Lastly, kepada teman teman sekelas aku sama ada yang menghadiri konvokesyen ataupun tidak - Azureen, Afiza, Hilli, Kak Indah, Rabeka, Aina, Mia, Afiqa, Kak Niza, Kak Siti, Yoges, Kak Farah, Farah Niza, Nadia, Nadot, Mellisa, Alia, Diniy, Liyana, Shadza, Aisyah, Aqila, Ezza, Fario, Shasha, Marie, Izyan, boys, and etc. sorry atas segala kesilapan dan keterlanjuran kata kata aku sepanjang kita berkawan dan berada di kolej. And thanks juga kepada yang selalu dan tak jemu beri tunjuk ajar sebab aku ni bukan pandai sangat subjek subjek business ni. Semoga kalian terus berjaya dan friendship for ever~ =)

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, June 7, 2011

HARI KE-18...

Salam readers~

Aktiviti hari ni adalah :
  • Menghadirkan diri ke kelas (8 am-4 pm)
  • Menghabiskan masa ragging budak Harimau Malaya - ragging lah sangat (5 pm-7 pm)
  • Kawad kaki dan kawad senjata (pukul 8 pm-12 am)


Hari ni tersangat exhausted...banyak tenaga diguna dan dihabiskan dengan berperang dan BRAVO MEMENANGI PEPERANGAN tersebut...apa apa pun sangat happy sebab semangat budak budak baru ni amatlah tinggi dan berkobar kobar... :D

P/S: Kaki sakit sebab berlari dengan kasut but yg sudah lama tidak berfungsi...

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, May 20, 2011

NUR KASIH THE MOVIE...




Salam readers~

Hari ini aku TERover slept gara gara menonton NUR KASIH THE MOVIE malam tadi...plan ni memang tak dirancang pun sebab aku nak pergi tengok filem ni hari Sabtu ni, tapi disebabkan Aben, member sekolej aku ni bermurah hati nak bawa si kembar 3 dan Aina pergi Seremban, makanya dapatlah tengok movie ni...memang unexpected okey guys, bukan saja saja pergi tak nak ajak korang tapi rezeki datang jangan ditolak, thanks to Aben...lagi pun mungkin ini hang out terakhir kitorang (walaupun lain course tapi sama orientasi and from JayBee) yang bakal menamatkan pengajian tak lama lagi...

Masa tengah tunggu show pukul 10.45 p.m. tu, kitorang lepak lepak dekat ruang legar MBO Terminal 2 tu (first time okey aku pergi MBO, before this layan GSC, Cathay, and TGV saja)...memang gempaklah cinema ni berbanding GSC Terminal 1 tu...so masa tengah lepak lepak borak borak tu, lalulah dua tida orang mamat cute tapi dengan aweks masing masinglah...masa tengah dok usha diorang, tiba tiba mulut aku kaku, tak boleh nak cakap pape, just cuit cuit member aku nak tunjukkan sorang mamat yang memang cute+handsome tu...you know who? Zaquan Adha dengan wife dia, woww!! Terkelu mak, nyah...tiba tiba bintang bola tu lalu depan mata, diorang pun nak tengok NKTM maklumlah Ayu Raudhah berlakon sebagai isteri Aidil dalam movie ni...orang ramai yang dekat depan MBO tu semua dok pandang pandang diorang (bukan aku sorang saja yang jakun okey)..hahahaaa :D

Berbalik pada cerita NKTM tu, memang bestlah cerita ni...siapa yang tengok cerita Nur Kasih dekat TV3 dulu tahulah kenapa aku cakap movie ni best...touching habis tengok movie ni, member aku yang ganas tu pun boleh nangis bergelen gelen air mata dia tumpah (bak kata Ainalah)... :)

Movie ni adalah sambungan daripada drama Nur Kasih dulu...tapi banyak flash back sebab movie ni adalah penceritaan semula Aidil kepada Nur Amina yang sudah menjangkau usia tua dan lupa tentang kisah silamnya...tapi memang aku tabik pengarahnya sebab berjaya menggarap cerita ni dengan pelbagai konflik dan akhirnya cinta Nur Amina dan Adam tetap kekal hingga ke usia tua mereka dan ke akhir hayat Adam...dua tiga kali jugalah air mata aku meleleh tengok pengorbanan cinta diorang ni, nak nak bila diuji dengan macam macam dugaan...

Dan dalam movie ni juga pengarah ada menyelitkan tentang pendermaan organ...sejak dua menjak ni, aku ada baca article pasal pendermaan organ ni...dan aku memang berminat nak derma organ setelah bapaku sendiri menjadi salah seorang penderma organ...suatu ketika dahulu juga, arwah pak cik aku turut menerima organ daripada orang lain untuk meneruskan hidupnya...mungkin, inilah pengorbanan terakhir sebelum menuju alam barzakh...

Okey, mahu ke kelas Auditing...selamat berhujung minggu guys... :D

P/S: Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal untuk setiap pengorbanan yang kita lakukan...jika besar pengorbanan kita, maka besarlah ganjaran yang Allah janjikan buat hambaNya...

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, January 25, 2011

3 TAHUN...

Salam readers...korang sihat tak arini (dari segi mental & fizikal)..? Aku tak sihat mental lar arini disebabkan seorang lecturer yg korang pun boleh tau siapakan..? Memang tension saja dengan dia ni, dah lar group aku datang awal-awal pagi before 9 a.m. just only for the presentation because we don't have any class for this week, exam maaa...btw, presentation sepatutnya start pukul 9 a.m., tapi korang pun tahulah kalau dah janji Melayu tu, almost 10 a.m. baru kitorang start..and daripada 2 jam kelas yang asal terus menjadi 4 jam...dengan tak breakfastnye, tak cukup tidurnya, macam mana aku tak hangin, pukul 1 lebih baru dia lepaskan kitorang balik...benda tu boleh jer settle awal tapi dia ni banyal soal pulak, menyirap jer masing masing...hopefully next sem dia TAKKAN mengajar we all lagi, boleh gila dibuatnya...

Berbalik pada story yang aku nak story ni, ianya tentang saat saat manis bergelar pelajar, teman serumah, teman sekuliah, teman 1 course, teman berjalan, teman tidur, teman suka, teman duka - segalanya tentang mereka...almost 3 years aku di sini (Legenda Group of Education), bermacam macam ragam telah aku temui...tapi, mereka ini masih setia di sisiku, aku sayang korang double triple OK!!

Cerita dimulakan dengan CHE NURAZUREEN KHAZMI...(14 November)


  • Berdarah Johor + Terengganu
  • Anak bongsu dari 2 beradik
  • Sangat suka makanan pedas (sama macam aku)
  • Sangat suka akan kucing (aku tak suka)
  • Tidak suka akan strawberry (tapi aku suka)
  • Sudah berpunya~ :D
Seterusnya ialah NUR AFIZA AB. RAHMAN...(17 September)


  • Berdarah Kelantan tulen
  • Anak sulung daripada 4 beradik
  • Suka makanan pedas tapi tidak terlalu obses
  • Suka akan Nightmare :)
  • Tidak suka akan susu (semua jenis susu kot)
  • Masih single available~ :D

Ini baru cerita tentang kembar aku @3M@3A@3Z...banyak sangat nama yg diberi...seterusnya tentang teman serumah aku yg banyak sangat memberi kejutan dan kegembiraan sepanjang 3 tahun perkenalan kami...

Pertama: SITI AISYAH RAMLI...(30 January)


  • Berdarah Johor+Melaka
  • Anak bongsu daripada 3 beradik
  • Bakal menggenggam HND in Electrical & Electronic Engineering
  • Pandai mengambil hati
  • Tidak suka/takut akan kucing (macam aku)
  • Suka makanan yg pedas walaupun perutnya selalu sakit

Kedua: NURFATIMAH FARHA MOHD. GHOUSE...(18 February)


  • Berdarah campuran dan berasal dari Penang
  • Anak sulung daripada 5 beradik
  • Bakal Doktor (MBBS) dari Xi'an University, China
  • Suka memberi kejutan
  • Suka colour pink (dulu dulu, sekarang not sure)
  • Tidak tahan dengan makanan yg pedas
Terakhir: NATASHA HANUM ZAINUDIN...(24 Oktober)


  • Berdarah campuran, berasal dari Selangor
  • Anak kedua daripada 3 beradik
  • Bakal menggenggam HND in Civil Engineering
  • Suka memasak (especially baking)
  • Suka membela haiwan peliharaan seperti Cora & Alisa
  • Tidak suka makan petai (sama macam aku)

Selama tiga tahun bersama mereka di SI03-04_ _ (kecuali Aha@Farha), banyak yg telah kami lalui bersama, suka duka semuanya dikongsi bersama...dan masa masa bersama kalian tidak mungkin dapat dilupakan kerana korang lar kawan, sahabat, teman, yang sukar dicari ganti...semoga persahabatan kita terus mekar dan kekal selamanya...







Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, May 31, 2010

JUN INI...

Bulan Jun yg bakal menjelma ni amat sibuk dan padat untuk aku harungi. Banyak benda perlu diselesaikan sebelum bermulanya cuti semester pada 23 Jun 2010 nanti. Antara perkara yg perlu aku settlekan sebelum aku meninggalkan kolej ni adalah:

1 Jun: VIVA untuk subjek Human Resources Management dengan Mr. Bala pukul 8.45 pagi (VIVA berakhir dengan jayanya..YESSS!!)
3 Jun: Kembali pulang ke JB, mummy tunggu orang balik tau.
5 Jun: Latihan Tempatan (tak pergi sebab balik JB)
7 Jun: Submit assignment Business Environment kepada Mr. Behrooz, jamuan kelas HRM, meeting AJK baru HM, tgk Legenda Budak Setan di S2 dan ke I-City, Shah Alam




11 Jun: Submit assignment HRM, Balik JB
12 Jun: Birthday Daddy yg ke-50 tahun (celebrate makan satay, kek oren, mee bandung PTP)


16 Jun: Balik kolej semula
17 Jun: Exam subjek Business Environment
22 Jun: Exam subjek Financial Reporting
26 & 27 Jun: pergi Latihan Tempatan-latihan menembak
28 Jun: Balik JB sampai 11 Julai 2010

*Nanti ada pape aku update lagi...





Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, July 29, 2009

KHAS UNTUK WARGA KOLEJ LEGENDA...





Kepada para pelajar Kolej Legenda, untuk sebarang info atau pertanyaan berkaitan dengan kolej, anda bolehlah klik di sini. Kepada yang bukan warga Legenda, anda juga boleh melawat laman ini untuk sebarang info mengenai kolej kami.