NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Saturday, April 13, 2013

KNOWING THEM...

Assalamualaikum readers!

Almost 2 months I left this blog. Not because I don't care about 'you' anymore but now, I've no time to update frequently. You know, as a career woman, I'm a bit busy with my schedule. Cehhh! Tipu jer, bukan ada schedule pun tapi 24/7 I memang busy. Kadang-kadang Sabtu kena kerja and Ahad sahaja masa untuk rehat, tidur, mengemas, lepak dengan family dan dating. Sangat sesak nafas sebenarnya sekarang ni. By the way, today I'm gonna share something about what I've been read before in Men Are From Mars, Women Are From Venus. This book is so interesting and really helping me to get to know more about men. Here are some information that I've got.

KAMUS FRASA VENUS (WANITA)...

"Kita tidak pernah keluar" maksudnya: "Saya berasa seperti mahu keluar bersama kamu hari ini. Saya pasti seronok setiap kali kita keluar bersama. Boleh kamu bawa saya keluar? Sudah lama kita tidak keluar bersama."

"Semua orang tidak mengendahkan saya" maksudnya: "Hari ini saya berasa tidak dihargai dan tidak diendahkan, seolah-olah saya halimunan. Semua orang tidak mempedulikan saya. Saya juga agak kecewa yang kamu terlalu sibuk. Saya menghargai betapa kamu bekerja keras untuk masa depan kita tetapi kadangkala saya berasa seperti sudah tidak penting lagi dalam hidup kamu. Saya khuatir kerja kamu lebih penting daripada saya."

"Kamu sudah tidak sayangkan saya lagi" bermaksud: "Hari ini saya berasa seperti kamu tidak sayangkan saya. Saya khuatir saya yang menyebabkan kamu berasa begitu. Saya tahu sebenarnya kamu sayangkan saya. Saya cuma berasa kurang berkeyakinan hari ini. Bolehkah kamu naikkan semangat dan keyakinan saya dengan melafazkan 3 perkataan yang saya mahu dengar, 'SAYA CINTAKAN KAMU'. Apabila kamu berbuat begitu saya betul-betul gembira."

"Saya mahukan lebih banyak kasih sayang" bermaksud: "Sayang, saya fikir kamu terlalu kuat bekerja sekarang ini. Marilah kita luangkan sedikit masa bersama. Kamu memang romantik, bolehkan kamu kejutkan saya dengan memberi bunga dan membawa saya keluar bersiar-siar? Saya sangat suka apabila kamu buat begitu."

Ini hanya sedikit informasi yang aku share dekat sini. If you want to know more, beli buku ini atau tunggu update yang akan datang daripada aku. Aku akan share a few things yang lelaki perlu tahu tentang wanita. So that, lelaki tak akan membiarkan pasangan mereka berasa terabai atau tidak disayangi lagi. =)


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, June 18, 2012

ULAT BUKU...

Masih sempat lagi kepada ulat buku yang macam aku ni untuk ke Pesta Buku Sinar Bookstore dekat depan Ole-ole Seksyen 18, Shah Alam. Harga buku-buku semuanya less, berbaloi-baloi okey. Jom ramai-ramai!!





Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, February 15, 2011

I HEART YOU...

Syukur alhamdulillah aku telah selamat mendarat di Larkin Sentral pada jam 2 petang...ketibaanku disambut oleh bonda tercinta, thanks mummy...sampai saja JB ni, terus di bawa ke Kipmart sebab mummy nak beli barang untuk memasak esok (special day for her)...then terus balik PTP sambil ditemani deraian hujan yang sangat lebat...fuhh!! Janganlah banjir lagi, kasihan mereka mereka yang menjadi mangsa banjir beberapa minggu lepas...

OK, back to the story...aku nak story yang aku sudah...................






.............................






............................






............................




jeng...jeng...jeng...










.:Muka kegembiraan setelah dapat apa yg diingini:.

Aku sudah membeli DOKTOR CINTA dan juga DVD ECLIPSE...lega sungguh rasanya sudah dapat apa yang diidamkan...nasib baik aku rajin merayap kat Terminal 1 tadi, kalau tak mesti tak beli punya benda benda tu pada harga yang berpatutan (untuk pemegang kad Popular sahaja) :D

After dah beli kehendak hati ku itu, aku terus pergi kaunter Plusliner sebab tiket aku tak beli lagi...sanggup pergi beli novel and DVD dulu baru tiket bas okehh...sebabnya aku tak risau sangat pasal bas tu, kalau tiket abis, naik kereta api..waakakakaa :)

Untuk pengetahuan yang tak tahu...Plusliner kini sudah beroperasi semula di Terminal 1, so senanglah kalau korang rasa malas nak pergi Terminal 2, naik saja di sini...sudah 3 tahun aku menjadi warga Negeri Sembilan dan 3 tahun jugalah aku menggunakan perkhidmatan Plusliner...memang aku sangat sangat sangat berpuas hati...walaupun ramai yang komen mengatakan seatnya sempit, kecil, tapi pada aku semua itu tak penting...korang nak seat luas luas buat apa? Ingat nak duduk dalam panggung wayang ke? Nanti dalam kubur pun tak luas mana...apa lagi yang korang nak? Harga tiket berpatutan, jadual perjalanan tak pernah tergendala, malahan lebih cepat sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat...terima kasih Plusliner...I heart you :D

OK, jom sambung menonton berita...selamat malam, salam maulidur rasul...wassalam~

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, February 10, 2011

TRAVELER 1...

Selamat pagi readers...hari ni aku nak story tentang aktiviti holiday aku...maklumlah orang bercuti sebulan ni, kerja tak ada (majikan pun tak nak ambik aku kerja kot), laki tak ada nak dijaga apatah lagi anak...so, kerja aku makan+tidur+online+layan astro (channel 611 tau)...fuhhh!! Disebabkan aktiviti yang tak berfaedah itu, makanya berat badan aku pun sudah bertambah, sampaikan kawan kawan mummy cakap aku dah chubby (memang aku chubby apa sejak dulu)..haish!!

So, nak dijadikan cerita...semalam (9 February 2011), aku bersama twins aku telah merayap+melencong ke City Square, JB...macam biasalahkan kalau dah masuk CS ni tempat pertama yang aku tuju ialah Popular and MPH Bookstores...memang aku suka membaca, dan ruangan yang paling aku minat adalah NOVEL MELAYU (biasalah minah jiwang+leleh)...sebenarnya aku nak beli Novel Doktor Cinta karya cousin aku Dya Dila tu tapi tak launch lagi...so aku cari pula Novel Jiranku Kekasihku and Sepupuku Suamiku, itupun aku tak ketemu...pelik sungguhlah, kedai besar tu pun tak ada novel novel tu? Memang aku curious, tak kan dah tak ada dalam pasaran novel novel tu? Cepatnya sold out...haishh!! Tak apalah, at last aku beli Novel Lovin' You (yang ada muka 2 ekor kucing yang comel tu, tapi aku tak suka kucing pun)...aku beli novel tu pun sebab ada rebat 20%, untung tu...heheheee!!


Lepas dah shopping dalam Popular tu, aku merayap pula ke Action City, tujuannya nak cari items Hello Kitty+cuci cuci mata...tapi terpesong sudah, aku nampak mouse HK yang cute and berlampu lampu so aku grab and pay...kalau dah nampak binatang HK tu, memang susah nak fikir panjang yer kawan kawan...sebelum aku keluar kedai tu, aku nampak JAM HK color PINK, cute sangat...ohh!! Maybe akan dibeli bulan depan atau April nanti (kalau panjang umurlah)...hopefully jam tu tak kan dinaikkan harganya...

Lepas dah penat kaki melangkah, kita isi perut pula yer...rindu dengan keenakan dan kelazatan Prosperity McD...nak double ke single? Aiseyyy, mamat jaga kaunter tu comel+ada ramai pula staf lelaki kat situ, takkan aku nak beli yang double, segan dehh...my water face kena jaga, makan banyak sangat nanti apa diorang cakap...so amik yang single jelar, nanti balik Seremban qada' balik untuk double (kalau stok masih ada)...

Dah kenyang aku makan, barulah minah dua orang tu sampai...pastu terus pergi beli tiket wayang...cerita apa? YOGI BEAR!! hahahah!! Cerita lain tak syiokklah, nanti aku tidur pula kat dalam cinema tu...dah beli tikat, teman diorang pula pergi makan dekat MB, ayam kat sini sedap dan tidak berminyak+salad pun manis...tepat pukul 1.30, gerak ke panggung 3 menonton si beruang yang bijak tapi selfish...overall, cerita Yogi Bear memang layan, aku bagi 3.5 binatanglahkan sebab aku tak menguap pun masa menonton tu...ceritanya pun sekejap jer, kira OKlah...dah penat ketawa sampai tegang urat pipi aku, tibalah masa meninggalkan CS...


(continue dalam TRAVELER 2 untuk mengetahui adventure yang aku lalui)...


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, February 19, 2010

KERANA CINTA HARUS MEMILIH...


Wah, macam seronok saja tajuk kat atas tu kan! Mestilah, tajuk tu ada kaitan ngan buku yg aku sedang baca sekarang ni..Kerana Cinta Harus Memilih, bukan berkaitan dengan paras rupa, harta benda tetapi berkaitan dengan masa depan kita..kalau korang nak tahu lebih lanjut, dapatkan buku ini di pasaran..antara kata-kata yg dapat aku petik ialah,

"Canangkan usia hidup, meski kita masih muda. Muda usia bukan bererti boleh seleka-lekanya. Menikmati semuanya dengan percuma, selama orang tua masih membiayai. Hidup menjadi begitu santai. Tidak ada tujuan, biasa-biasa sahaja. Inilah yang sering dilakukan anak muda. Mereka terlalu senang hidup sambil lewa, bahagia dan pesta. Hidup bagi mereka hanya sebuah ritma jenaka yang dijalani kurang makna. Sekadar menghabiskan waktu, bahkan tidak tahu harus berbuat apa. Datangnya cinta menyapa, tidak harus meresap semuanya. Tetaplah pada tujuan awal. Sekolah yang benar, belajar, dan terus belajar..." (Aku juga pernah terjerumus ke alam ini suatu ketika dahulu dan aku sangat memahami masalah cinta di bangku sekolah yang semakin berleluasa kini)..Secara keseluruhannya, buku ini amat membina jati diriku..banyak input yang dapat aku jadikan pengajaran dan panduan dalam memilih cinta yang benar..walaupun penulisannya banyak menggunakan slang Indonesia tapi ianya mudah difahami..tak rugi aku beli buku ini..

Dalam buku ni juga, penulis ada menyatakan beberapa kisah benar yang terjadi di Indonesia beberapa tahun yang lepas disebabkan cinta muda-mudi ini..klik di sini..
OKlah, aku tak boleh lama-lama di sini kerana nenek saudaraku akan tiba sebentar lagi..jadinya aku harus bersiap-siap..esok ada lagi new post yg aku akan kongsi dengan kalian..adios amigos..salam..

your sincerely,
fara,,