NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, July 13, 2009

NEW SEM 03/09...

Sudah setahun aku di kolej ini dan akhirnya aku memasuki semester baru untuk HND setelah setahun di foundation. Banyak suka-duka, perit-getir yang aku lalui semasa di foundation. Maklumlah, anak ikan baru nak kenal dunia. Banyak yang aku belajar sebagai pelajar IPT, bukan lagi pelajar sekolah. Semester ni aku memulakan H1 dengan diisi oleh 4 subjek wajib (Marketing, Purchasing, Managing Financial Resources and Decision & Organization and Behaviour) yang aku perlu skor. Walaupun pencapaian aku agak merundum sejak dua menjak ni, tapi aku tekad untuk buat yang terbaik di H1. Aku tidak mahu berlama-lama lagi di kolej ini. Semakin lama aku di sini, semakin banyak masa yang aku akan buang.

Dunia sebagai pelajar tidak akan berakhir di sini. Masih banyak yang aku perlu pelajari, kalau boleh sehingga ke peringkat ph.D. Itu pun kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Tapi aku tidak akan terus menghabiskan pelajaran aku, aku akan berhenti seketika untuk mencari pengalaman kerja dan mengumpul duit serta membantu keluargaku. Walaupun duit ibu bapaku cukup untuk menyara kami sekeluarga, tapi aku telah menghabiskan banyak duit mereka. Dalam keluarga, akulah anak yang paling boros berbelanja berbeza dengan adik-adikku. Oleh itu, aku ingin membayar kembali jasa-jasa ibu bapaku (walaupun pada hakikatnya aku tidak akan terbayar semua itu).

Masa depan aku masih kelam. Aku masih tidak nampak ke mana arah tuju hidupku. Jurusan yang aku ambil sekarang bukanlah minatku. Tapi apabila memikirkan peluang kerja pada masa hadapan, aku ambil juga jurusan ni. Mungkin peluang untuk aku bekerja adalah dalam perbankkan serta bahagian-bahagian yang berkaitan dengan perniagaan dan keusahawanan. Jika itu adalah takdir yang telah ditetapkan, aku terima walaupun minatku hanya dalam dunia beruniform dan bersenjata.

Oleh yang demikian, semester ni aku perlu bekerja keras untuk menaikkan pointer aku yang tinggal nyawa-nyawa ikan saja. Aku akan ikut jalan yang telah ditulis ini, aku tidak akan berhenti di pertengahan jalan walaupun pelbagai cabaran aku hadapi beberapa bulan kebelakangan ini. Aku masih ada pinjaman MARA yang boleh menanggung aku selama aku di sini. Aku perlu menjaga pointer aku sebaik mungkin agar pinjamanku tidak bermasalah kelak. SO, CHAIYOK..CHAIYOK!! New semester has begin, all new things I will study and get to know soon. Good luck to me!!

No comments: