NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label kematian. Show all posts
Showing posts with label kematian. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

13 TAHUN SUDAH...

Ya ALLAH, Kau tempatkanlah pakcik ku dalam kalangan hambaMu yang beriman dan beramal soleh, Kau kasihanilah dia Ya ALLAH, Kau ampunkanlah dosa-dosanya selama ini, Sesungguhnya, aku merindui pakcik ku. Al-Fatihah~

17 Julai 1999 dia pergi buat selama-lamanya setelah terlibat dalam nahas jalanraya. Sangat tragik pemergiannya berbanding pakcik aku yang lain. Terakhir kali aku melihat wajahnya sebelum dikafankan, seperti dirinya sedang nyenyak dibuai mimpi indah walaupun keadaan sebenarnya sangat parah. Wajahnya sehingga kini masih segar dalam ingatanku, sudah tiada air mata untuk aku tangisi sewaktu menghantarnya ke liang lahad. Pakcik, damailah di sana, nantikan kedatangan anakmu ini. =')


16 Julai 2012: Pergi seorang lagi ibu saudara ku akibat kemalangan jalanraya juga di Taiping, Perak. Sangat benyak ujian dan dugaan yang mendatang dalam bulan Sya'aban ni. Hanya Allah yang mengetahui qada' dan qadarNya. 


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, July 9, 2012

SALAM TAKZIAH...

Buat sahabatku,
Ku harap agar kau tabah menghadapi ujian yang amat berat ini,
Ya aku tahu,
Berat mata yg memandang,
Berat lagi bahu yg memikulnya.
Tapi, kau harus tabah dan kuat,
Kau masih perlu menjaga adik-adikmu,
Kau masih perlu menamatkan pengajianmu,
Dan kau masih perlu menjadi seorang anak kepada ayahmu.
Janji Ilahi itu pasti, 
Setiap yg bernyawa pasti akan mati,
Tempat kita kembali ke sisiNya,
Apabila dipanggil pulang. ='(

Walaupun aku tidak rapat dengan ibumu, tapi masih ada kenangan aku dengannya. Ibumu memang seorang yg baik, ceria walaupun dirinya menanggung kesakitan. Aku turut merasa kehilangannya kerana selepas ini, aku tidak dapat melihatnya ke pasar malam lagi. Ya Allah, sungguh cepat Kau memanggilnya kembali. Belum sempat dia melihat kejayaan anak-anaknya. Semoga Allah menempatkan makcik dalam kalangan hambaNya yg beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.....(1964-2012)



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, July 12, 2011

TAKZIAH...

Assalamualaikum...

Daripada Allah kita datang, kepadaNya kita akan pulang...begitulah lumrah kehidupan makhluk atas muka bumi ciptaan Ilahi ini...

Subuh tadi, datuk saudaraku meninggal dunia...agak terkilan rasa di hati kerana sewaktu aku duduk di Mantin selalu sangat pergi Port Dickson tapi langsung tak pernah nak singgah rumah atok aku tu...bukan aku tak nak pergi, tapi segan sebab pergi sana dengan member member...lainlah kalau aku yang drive...tapi memang aku terkilan bila dah jadi macam ni...apa apa pun, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang soleh, amiinnn...

Aku dan family ku akan bertolak ke PD pagi ni untuk menziarahi jenazah dan melihatnya buat kali terakhir... ='(

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, July 17, 2010

11 TAHUN YANG LALU...

Malam itu, aku rasa tak sedap hati. Macam ada sesuatu yang tak kena. Mummy tidur lepas Maghrib tu sebab penat bekerja pada siang hari. Aku dan adik-adikku menonton TV. Sedang asyik menonton, tiba-tiba pintu rumah kami diketuk. Ketika itu kami bermastautin di Port Klang. Aku mengejutkan mummy dari lena. Aku membuka pintu dan jiranku, Opah Zizah memberitahu bahawa pakcikku yang bertugas sebagai anggota polis meninggal dunia. Ketika itu talian telefon masih belum ada di rumah kami (mummy tahu anaknya ni kaki bergayut), hanya yang ada talian mudah alih milik daddy. Tapi waktu itu daddy tiada di rumah (tak ingat pergi mana, berlayar kot) so talian tak dapat dihubungi. Pihak PDRM dari Gua Musang hanya dapat menghubungi Balai Polis Port Klang yang terletak bersebelahan kuarters kami dan mereka menghubungi jiranku. Ketika menerima berita tersebut, hatiku kuat mengatakan bahawa bukan Pakcik Alim yang kemalangan sebaliknya Pakngah Yazid kerana dia pun polis.

Tak berapa lama selepas itu daddy pulang. Lepas mendapat tahu berita itu kami bersiap untuk pulang ke Teluk Intan. Untuk memuaskan hati, daddy singgah ke balai polis sebelah rumah tu dan bertanya berita lanjut. SAH! Yang meninggal dunia bukan Pakngah Yazid tapi sebaliknya Pakcik Alim. Sepanjang perjalanan ke Perak air mataku tak henti mengalir. Macam-macam dalam fikiran. Adik-adikku masih kecil ketika itu. Mereka nyenyak tidur di sebelah tetapi aku langsung tak dapat melelapkan mata. Perjalanan selama 3 jam itu terasa seperti 13 jam lamanya. Walaupun daddy nampak tenang sepanjang pemanduan tapi aku tahu dalam hati daddy menangis.

Sampai sahaja di kampung, nenek sudah tak bermaya. Air matanya sudah kering dek menangis. Beberapa kali nenek pitam. Mummy, arwah moyangku dan beberapa orang makcik serta nenek saudaraku cuba menenangkan nenek. Aku tak sanggup melihat keadaan nenek, mana taknya, anak lelaki bongsunya sudah pergi terlebih dahulu darinya buat selama-lamanya. Malam itu aku hanya mampu tidur-tidur ayam.

Bangun sahaja pagi esok, saudara-mara yang dekat dan jauh sudah memenuhi kediaman nenek. Sebelum Zohor, jenazah pakcik tiba dari Gua Musang setelah siap dimandi dan dikafankan. Kami sekeluarga melihatnya buat kali terakhir. Aku tak akan melupakan detik-detik itu ketika melihat raut wajahnya. Sekali lagi air mataku tumpah melihat dia 'tidur' dengan tenang. Tak dapatku bayangkan keadaannnya sewaktu kemalangan itu. Arwah pakcik kelihatan bersih dan seperti tidak mahu diganggu tidurnya. Aku tidak dapat menahan tangis, aku duduk di tangga dan melepaskan empangan air mataku. Mummy datang dan mententeramkan aku. Pengebumian pakcik berjalan lancar dengan penuh penghormatan daripada rakan-rakan polisnya. Itulah kali pertama aku kehilangan orang terdekat dalam hidupku. Kini sudah 11 tahun dia pergi dari hidupku. Dialah salah seorang bapa saudaraku yang begitu menyayangiku sewaktu kecilku, sentiasa menggendongku setiap kali aku pulang ke kampung (itu yang mummy cerita). Walaupun aku jauh untuk ke 'rumahnya', aku tidak pernah lupa sedekahkan Al-Fatehah dan Yaasiin buatnya. Damailah di sana pakcik. Anakmu ini sentiasa merinduimu.

Dari Hati Nuraniku,fara,,

Thursday, July 1, 2010

SELAMAT DATANG JULAI...

Salam buat semua pembaca blog pinklover. Penutup Jun lepas benar-benar membuatkan aku sedih dan berduka. Lebih kurang pukul 4 pagi 30 Jun 2010, mummy memasuki bilikku dan mengejutkan daku dari lena dengan berita yg benar-benar aku tidak harap dan jangka. Pak Cikku di Gombak telah kembali ke rahmatullah setelah hampir 30 tahun menderita dengan sakit jantung dan beberapa penyakit lain lagi.

Apa yg membuatkan aku sedih adalah beberapa hari sebelum kematiannya dia sudah pulih dan boleh bercakap dengan ceria seperti biasa dengan mummy. Hal ini sama seperti kejadian 9 tahun yg lalu ketika sehari sebelum Pak Cho aku menghembuskan nafasnya yg terakhir, dia juga sudah pulih dan berbual seperti biasa dengan kami tetapi akhirnya mereka pergi jua meninggalkan kami. Begitulah suratan hidup yg Allah tetapkan, setiap yg hidup pasti akan mati dan kembali kepadaNya. Aku redha dengan pemergian pak cik- pak cik aku.

Tanggal 17 Julai mendatang juga adalah tanggal keramat buat aku kerana Pak Cik Alimku turut pergi meninggalkan aku selama hampir 11 tahun. Aku tidak akan bersedih jika aku putus cinta atau dikecewakan sebagaimana aku bersedih atas kematian mereka-mereka yg aku sayangi kerana kematianlah yg akan memisahkan setiap makhluk untuk selama-lamanya. Jika putus cinta atau bercerai, kita masih dapat berjumpa andai suratan takdir menentukan. Walau apa pun, selamat datang aku ucapkan buat Julai dan semoga bulan ini membawa banyak kegembiraan dan keberkatan buat aku dan orang-orang di sekelilingku.

~Al-Fatehah buat seluruh ahli keluargaku serta muslimin dan muslimat yg dikasihi Allah yg telah kembali ke pangkuanNya~

Dari Hati Nuraniku,fara,,