April berlalu pergi meninggalkan kita. Menjelmalah kini Mei, dengan membawa sinar harapan baru yang menerangi duniaku yang kelam. April menyimpan kisah dukaku. Kisah yang inginku lupakan untuk selama-lamanya. Biarlah ianya menjadi kenangan dalam hidupku. Kini aku bangun semula ke arah sinar dan cahaya yang bakal mewarnai duniaku semula. Kutinggalkan April dibawa pergi angin Mei yang datang dengan penuh bersemangat. Bersemangat dan penuh keazaman baru dalam diri ini membuatkan aku lebih yakin menempuhi alam fana yang penuh pancaroba ini........
Mei ini, kuharap dapat menceria dan menggembirakan hidupku. Walaupun hanya seketika kerana itu sudah memadai untukku. Aku hanya inginkan kedamaian, ketenangan. Aku benci penindasan, kezaliman dan ketidakadilan ke atas kaum yang lemah sepertiku. Disebabkan itu, aku tekad untuk bangun semula walaupun luka dihati masih bernanah dan berdarah. Kebencian mula menguasai diriku. Aku benci mereka yang mempermain dan memperkecilkanku. Biarlah kepandaian dan kebijaksanaanku disimpan rapi tanpa sesiapa mengetahuinya kerana suatu masa nanti ia akan terbongkar jua. Pada masa itu, barulah mereka tahu siapa aku. Sesiapa yang pernah melukakan kudahulu, pasti akan menyesal. Mereka akan mencari aku semula, namun tidak mudah kumemaafkan seseorang......
Biarlah aku sahaja yang mengetahui apa yang telah terjadi kerana aku yang menanggungnya....
"Single makes me happy, rather than couple"

No comments:
Post a Comment