Assalamualaikum...
Sudah lama jejari gumuk aku tak menaip, rasa rindu pula. Almaklumlah, setelah penat bekerja keras selama 3 berturut turut, baru Isnin lepas aku pulang ke Shah Alam. Then, sampai saja di sini, terus demam sebab nak melengkapkan sakit tekak dan suara yang telah hilang sementara tu.
Apa apa pun TAHNIAH buat abang saudara aku kerana sudah menjadi hubby kepada Puan Hartini. Sangat meriah, happening, penat, dan happy. Walaupun hanya 4 hari berada di Kuala Kangsar, Perak tapi rasa macam tak cukup dan tak puas sebab jalan jalan sekejap saja+hujan turun pada petang hari. Memang tak boleh nak menchapub sangatlahkan.
Okey, back to the real story. Mesej yang aku nak sampaikan hari ni adalah mengenai muka. Okey girls, muka sangat penting buat kita semua. Oleh itu, penjagaan yang sesuai mesti dititikberatkan. Macam yang korang sedia maklum, muka aku ni susah sangat nak licin. Mesti ada saja parasit tumbuh meliar. Disebabkan itu, aku pun belilah Garnier Pure Active Multi-Action Scrub yang boleh menentang 6 tanda punca jerawat. Scrub ni menagandungi Salicylic Acid dan Herbal Repair yang membantu membersihkan kulit dan memulihkan sel kulit untuk membantu mengurangkan bekas jerawat. Scrub ini bertindak ke atas 6 tanda jerawat hari demi hari iaitu jerawat, bintik bintik putih, bendasing, kulit berminyak, pori terbuka, dan kulit tampil tidak sekata. Harga asal scrub ni RM11.90, so aku akan cuba guna benda ni selama 3 minggu. Kita tunggu hasilnya nanti. Kalau tak berhasil juga, sia sia saja aku buang duit beli benda ni sebabnya, kalau aku beli McD dah boleh dapat McValue Meal. =)
Dari Hati Nuraniku, fara,,
2 comments:
ok tak sekarang?
apa yg ok? kalo muka tu, alhamdulillah lar ok, jerawat dah x mcm dulu :)
Post a Comment