Assalamualaikum...
Bertemu lagi dalam segmen '30 minit bersama Farah'. F.A.K.E.
Okey, continue.
Hari ni kita story tentang 'Apa yang wanita mahukan dalam setiap perhubungan?'.
Kepada kaum Adam, take note okey.
Sebenarnya, tak banyak beza pun apa yang wanita mahukan dengan apa yang lelaki mahukan.
Contohnya:
- Lelaki dambakan kejujuran dan komunikasi mesra
- Lelaki mahukan wanita yang berkeyakinan dan berdikari
- Lelaki inginkan hubungan yang bebas daripada manipulasi
- Lelaki impikan wanita matang
- Lelaki perlukan ketaatan dan komitmen dalam perhubungan
- Lelaki impikan wanita yang boleh memberi sokongan dan kritikan
*Okey, semua ni bukan aku yang cakap tapi orang lelaki yang cakap*
Sekarang aku nak tambah pula apa yang wanita mahukan selain daripada yang di atas ni.
Semua sedia maklum bahawa wanita adalah golongan yang penyayang, lemah lembut dan lemah (means bukan lembik, tapi cepat terguris hatinya dan mudah menitiskan air mata).
So, bila dah macam tu maknanya wanita perlukan perhatian dan kasih sayang seorang lelaki.
Wanita tak minta 100% dirinya dimanja dan dibelai selalu, tapi cukuplah sekadar disedari akan kewujudannya.
At least, satu mesej "Good morning sayang" sudah cukup untuk membuatkan harinya bermula dengan indah dan ceria.
Tapi semua tu hanya pada awal usia percintaan atau lebih tepat lagi ketika mula mula wanita itu ingin digoda oleh sang arjuna.
Apabila sang arjuna sudah mendapat cinta si ratna, mulalah dirinya menunjukkan perubahan.
Tiada lagi mesej mesej indah menemani hari hari si ratna, malahan si ratna merasakan dirinya diabaikan.
Saat itu, bermulalah syak wasangka dan was was dalam perhubungan.
Dan apabila terasa dirinya diabaikan dan tidak diendahkan, wanita akan mula mencari pencinta baru atau lebih tepat lagi seseorang yang boleh menemani, melayani, dan menyayangi dirinya.
Akhirnya, terputuslah hubungan cinta yang dibina apabila tiada lagi rasa percaya mempercayai dalam perhubungan.
Conclusion: Kepada sang arjuna, kalau sudah mendapat cinta si ratna, janganlah ingat kamu sudah memiliki hatinya dan cintanya 100% kerana tidak mustahil semua itu akan hilang dalam sekelip mata apabila kamu mengabaikan perasaan sang kekasih. Hargai dirinya dan selami hatinya jika dia yang kau mahukan untuk menjadi permaisuri hidupmu. Ingatlah, niatkan dalam hatimu untuk mendapatkan cinta seseorang wanita demi untuk menjadikannya milikmu yang sah. S.M.I.L.E. =)
fara,,
No comments:
Post a Comment