COUNTDOWN: 35 HARI LAGI
Assalamualaikum...
Salam Ma'al Hijrah buat seluruh muslimin dan muslimat. Apa azam baru tahun 1433 Hijrah ni? Apa papa pun, moh le kite melancong ke Perak yeop, yong oii.. =)
'Kuala Kangsar - The Royal Town'
Kuala Kangsar merupakan Bandar Diraja bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Keistimewaan bandar ini adalah kedudukannya yang strategik di tepi Sungai Perak. Malah, penduduk di sekitarnya masih menggunakan pengangkutan air seperti bot dan sampan untuk menyeberangi bandar ini walaupun pembinaan jambatan baru yang telah memendekkan perjalanan ke Bandar Kuala Kangsar sudah siap dibina. Jambatan baru yang diberi nama Jambatan Sultan Abd. Jalil telah dibina bagi memudahkan penduduk sekitar ke Bandar Kuala Kangsar berbanding jambatan lama iaitu Jambatan Iskandar yang merupakan jambatan terpanjang di negeri Perak. Di bandar Kuala Kangsar terdapat sebuah institusi pendidikan yang terkenal dan menjadi tempat para cendekiawan menimba ilmu iaitu MCKK atau dikenali sebagai Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pengunjung juga boleh merasa keenakan Mee Kicap di bandar ini dan lokasinya berhampiran dengan Resort Sungai Perak.
Kuala Kangsar terkenal dengan pembuatan labu sayong. Labu yang digunakan untuk menyimpan air ini diperbuat dari tanah liat dan proses pembuatannya 100% menggunakan kaedah tradisional (tangan) dan disebabkan itu, tidak kisahlah walaupun harganya mahal, labu sayong tetap menjadi pilihan para pelancong yang datang ke mukim Sayong ini.
Dan untuk pengetahuan anda, di bandar ini juga terletaknya pokok getah tertua dan pertama yang hidup setelah di bawa masuk oleh H.N.Ridley ke Tanah Melayu. Beliau juga bertanggungjawab menjadikan Kuala Kangsar sebagai daerah industri getah yang pertama dan akhirnya menjadi sumber ekonomi terpenting di Malaysia. Pokok ini masih boleh dilihat berhampiran dengan Pejabat Daerah Kuala Kangsar.
P/S: Hari ni aku berada di Kuala Kangsar. I'm proud to be Perakian. S.M.I.L.E. =)
No comments:
Post a Comment