NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Saturday, February 11, 2012

CUCI MATA-EL LUVART...

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak promote bisnes akak kesayangan - Kak Nazli...
Dia sangat rajin dan kreatif. Tak macam aku ni, malas sikit. =)
Apa apa pun, korang boleh 'LIKE' page FB dia - El Luvart and kalau nak order atau tengok tengok dulu pun boleh. Harga dijamin berpatutan. =)
Jom jom, jalan jalan cuci mata...

Ini untuk key chain, necklace, earing. (PIXELS)



Ini pula untuk Bangles (BUTTONS)




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, December 27, 2011

Y.E.S.

Y.E.S.
Yesss!! Akhirnya terlepas juga stress aku...
Hilang apa yang terbuku bila dapat membeli belah di Sogo...
Tak kisahlah habis beratus pun janji aku happy...
Walaupun jalan seorang diri, jadi lonely girl, single lady, tapi aku tetap happy...


Cadang nak shopping dekat Times Square and Sungei Wang, tapi bila dah alang alang di Sogo, terus saja shopping sana...
Boleh dipujilah pengurusan Sogo, sangat friendly and menghargai customer...
Sampai saja di Sogo, sudah diberi teh susu sementara menunggu pintu masuk dibuka...
Then bila dah melangkah ke dalam Sogo, kami di sambut dengan senyuman dan ucapan selamat...




Apa apa pun, rasa lega dan lapang dada aku bila dapat shopping...
Macam dah lama saja tak shopping...
Padahal baru saja shopping kasut Ahad lepas, minggu bulan lepas pun dah shopping kasut...
Tapi sebenarnya, aku dah lama tak shopping baju and seluar...
So, itulah yang aku sibuk merayap KL hari ni...






Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, February 10, 2011

TRAVELER 1...

Selamat pagi readers...hari ni aku nak story tentang aktiviti holiday aku...maklumlah orang bercuti sebulan ni, kerja tak ada (majikan pun tak nak ambik aku kerja kot), laki tak ada nak dijaga apatah lagi anak...so, kerja aku makan+tidur+online+layan astro (channel 611 tau)...fuhhh!! Disebabkan aktiviti yang tak berfaedah itu, makanya berat badan aku pun sudah bertambah, sampaikan kawan kawan mummy cakap aku dah chubby (memang aku chubby apa sejak dulu)..haish!!

So, nak dijadikan cerita...semalam (9 February 2011), aku bersama twins aku telah merayap+melencong ke City Square, JB...macam biasalahkan kalau dah masuk CS ni tempat pertama yang aku tuju ialah Popular and MPH Bookstores...memang aku suka membaca, dan ruangan yang paling aku minat adalah NOVEL MELAYU (biasalah minah jiwang+leleh)...sebenarnya aku nak beli Novel Doktor Cinta karya cousin aku Dya Dila tu tapi tak launch lagi...so aku cari pula Novel Jiranku Kekasihku and Sepupuku Suamiku, itupun aku tak ketemu...pelik sungguhlah, kedai besar tu pun tak ada novel novel tu? Memang aku curious, tak kan dah tak ada dalam pasaran novel novel tu? Cepatnya sold out...haishh!! Tak apalah, at last aku beli Novel Lovin' You (yang ada muka 2 ekor kucing yang comel tu, tapi aku tak suka kucing pun)...aku beli novel tu pun sebab ada rebat 20%, untung tu...heheheee!!


Lepas dah shopping dalam Popular tu, aku merayap pula ke Action City, tujuannya nak cari items Hello Kitty+cuci cuci mata...tapi terpesong sudah, aku nampak mouse HK yang cute and berlampu lampu so aku grab and pay...kalau dah nampak binatang HK tu, memang susah nak fikir panjang yer kawan kawan...sebelum aku keluar kedai tu, aku nampak JAM HK color PINK, cute sangat...ohh!! Maybe akan dibeli bulan depan atau April nanti (kalau panjang umurlah)...hopefully jam tu tak kan dinaikkan harganya...

Lepas dah penat kaki melangkah, kita isi perut pula yer...rindu dengan keenakan dan kelazatan Prosperity McD...nak double ke single? Aiseyyy, mamat jaga kaunter tu comel+ada ramai pula staf lelaki kat situ, takkan aku nak beli yang double, segan dehh...my water face kena jaga, makan banyak sangat nanti apa diorang cakap...so amik yang single jelar, nanti balik Seremban qada' balik untuk double (kalau stok masih ada)...

Dah kenyang aku makan, barulah minah dua orang tu sampai...pastu terus pergi beli tiket wayang...cerita apa? YOGI BEAR!! hahahah!! Cerita lain tak syiokklah, nanti aku tidur pula kat dalam cinema tu...dah beli tikat, teman diorang pula pergi makan dekat MB, ayam kat sini sedap dan tidak berminyak+salad pun manis...tepat pukul 1.30, gerak ke panggung 3 menonton si beruang yang bijak tapi selfish...overall, cerita Yogi Bear memang layan, aku bagi 3.5 binatanglahkan sebab aku tak menguap pun masa menonton tu...ceritanya pun sekejap jer, kira OKlah...dah penat ketawa sampai tegang urat pipi aku, tibalah masa meninggalkan CS...


(continue dalam TRAVELER 2 untuk mengetahui adventure yang aku lalui)...


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, March 9, 2010

PONTENG..

Salam adik-adik..hari ini akak nak share cerita tentang ponteng kelas, tapi adik-adik jangan tiru pula tabiat ini yer..nanti tak berkat ilmu (sebab tu akak ni susah nak score 4.0)..apa-apa pun, sebenarnya niat akak ni baik sebab ponteng tu kerana nak ke Pejabat MARA di Jalan apa ek kat KL tu, tapi yg penting berdekatan dengan SOGO..akak dengan kawan-kawan serumah ni pun siap planning semua apa yg kitorang nak cakap dengan orang MARA tu nanti..siap punya siap tengok jam dah dekat pukul 12 nyah..akak pun cepat-cepat pakai tudung yg leceh tu..

Tapi bila dah dekat nak gerak tu alih-alih kitorang tukar plan, tak jadi gi MARA sebab masalah teknikal yg tak dapat dielakkan..pastu tukar plan kedua pula, Aca dan Sha ke MidValley manakala 3M ke Time Square..korang faham-fahamlah kalau akak-akak ni sudah ke tempat-tempat macam tu mestilah SHOPPING!!! wah memang syiok habis bila dapat shopping hampir 6 jam tu.masa kat JB aritu tak boleh shopping sakan sangat sebab ongkos kureng..hehehe..adalah sikit barang akak beli dan yg penting dik non, akak beli Hello Kitty items..jangan marah ek..




Memang berpuas hati dan berpada-padalah dapat shopping kali ni..ditambah pula meraikan pointer yg semakin menaik (tapi nampak gayanya semester baru ni pointer tu bakal merundum kembali) dan melepaskan tekanan kerana jadual kelas dengan subjek yg tidak diminati..huhuhu..tapi pengajaran daripada ponteng kelas ni ialah, akak ditinggalkan kawan-kawan kerana mengggatal sebentar di Bandar Tasik Selatan mencari Cinta Bandar Tasik Selatanku..hahahah..lepas kena tinggal tu, komuter pula buat hal sebab delay..itulah balasannya kerana ponteng kelas tapi mak akak tahu yer akak ponteng ni, tak tipu tau..apa-apa pun, selamat kembali ke semester baru di Linton University College..


your sincerely,
fara,,