NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label college. Show all posts
Showing posts with label college. Show all posts

Friday, February 24, 2012

LONE RANGER...

Assalamualaikum, selamat berpagi pagian...

Hari ni Cik Pinklover nak balik ke JB tanah air tersayang, of course lah sayang sebab dah lebih 6 tahun menetap di sana. Macam macam memori telah tercipta. Sedihnya nak tinggalkan Tanjung Pelepas. ='(
Next entry aku akan cerita tentang tanah air tersayang aku tu, okey!

Hari ni aku nak story pasal semalam. Tanggal 23 February 2012 dengan rasminya aku bukan lagi warga Kolej Universiti Linton. Sebab? Kerana semalam aku dah check out semuanya dari kolej. Sijil BTEC EDEXCEL pun aku dah collect so, hopefully lepas ni dah tak ada apa apa lagi urusan dengan pihak kolej. =)

Semalam juga first time aku merasa naik tren elektrik baru tu - ETS dari KL Sentral ke Seremban. Overall aku sangat berpuas hati double triple dengan tren ni. Bayangkan, selalunya nak sampai Batang Benar dari KL Sentral tu dalam 45 minit-1 jam tapi semalam hanya 30 minit aku dah sampai Batang Benar. Memang lajulah tren ni, 120km/h 'driver' aku tu bawa semalam. Dengar cerita tren ni berkelajuan 160km/h sebab tu boleh sampai Ipoh in less than 2 hours from KL. Alhamdulillah, ada juga peningkatan dalam pengangkutan awam di Malaysia ni.

Lepas balik dari Negeri Sembilan tu, aku terus gerak ke HTAR, Klang. And masa dekat jejantas HTAR tu, aku rasa aku terserempak dengan musuh utama aku tu -NDA. Semalam badan aku memang sakit sakit tanda nak demam, bila nampak pula muka betina tu, makin sakit mata dan hati aku ni. Terus naik blood pressure aku semalam. Sampai dekat office mummy, aku dah macam nak pitam. Memang bala betul tengok muka betina tu, rasa nak tolak jer dia jatuh dari tangga semalam. YES! I am cruel! Aku kejam pun sebab orang kejam dengan aku. Ada masanya aku boleh bersabar tapi bila orang dok kata macam macam pasal aku, kutuk kutuk aku, memang aku angin. Kalau muka kau tu lawa, cantik sangat, aku tak hairanlah weyhh! Dekat dunia ni bolehlah kau nak burukkan nama kau, kau tunggulah dekat akhirat nanti balasan Allah. Aku tak nak bermusuh, berdendam dengan orang lain tapi orang suka sangat nak jadi musuh aku. So, bukan salah aku okey! 

Lepas aku dah pindah Port Klang nanti, aku minta sangat sangat JANGAN TUNJUK MUKA KAU DENGAN LAKI KESAYANGAN KAU TU DEPAN MATA AKU sebab aku tak yakin yang aku akan bersabar. Manalah tahu kot kot aku TERtampar korangkan. Sorry to say lah, aku memang tak boleh terima apa yang korang dah buat dekat aku. 

Apa apa pun, aku nak balik JB dah ni. And dekat JB tu pun janganlah ada yang nak cari pasal dengan aku yer. Cukuplah dulu korang sakitkan hati aku, sekarang ni korang dah happy, dah bertunang dah pun. Aku ni bukan perampas sebab aku tak suka nak mencuri hak orang, nak mengambil hak orang sebab aku pun boleh cari hak aku sendiri. 



Gambar masa kitorang gathering, makan makan dekat  Manhattan Fish Market, Mid Valley last Sunday


Aku masih menanti pemilik tulang rusuk kanan yang diciptakan untukku, so hanya Allah Yang Maha Mengetahui. =) 

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, June 26, 2011

KISAH SEMALAM...

Assalamualaikum...

Semalam - aku berada di Kolej kediaman SI03-0402...untuk kali terakhir aku turun naik hostel tu lebih 10 kali...sangat penat, memang makin up lar muscle aku ni...so, jangan tegur kalau nampak muscle and mantop macam lelaki...terima kasih kepada mereka yang membantu mengangkat barang semalam - NUR KHAIRUL dan AHMAD MUSLIM serta MR. DEVIL and MISS DEVIL... =)
Muslim and Nur jangan lupa jumpa akak dua minggu lagi...

Kepada sesiapa yang aku tak sempat jumpa semalam, sorry for everything...semoga bertemu lagi kalau dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki, dan dipertemukan jodohnya...

Kepada yang sentiasa dalam hati dan ingatan aku, aku rindu korang sesangat terutamanya AWAK, DIA dan KAMU...

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, June 24, 2011

HARI TERAKHIR...

Assalamualaikum...

Terasa seperti mahu aku skip hari ni...hari terakhir aku berada di kolej ini sebelum pulang ke kediaman keluarga pada esok hari...
tersangatlah sedih, sayu, sebak, bila dipeluk, dicium oleh teman teman...
3 tahun bersama, berkenalan dalam satu orientasi, belajar dalam satu kelas, berumah tangga dalam satu rumah, rekrut dalam satu batch, semuanya dilakukan bersama...
masing masing terpisah dengan keluarga, semua keputusan harus dibuat sendiri tanpa keluarga disisi...
semuanya dikongsi bersama, suka duka dilalui dan dikongsi bersama walaupun tiada sebarang pertalian darah...
hanya saudara seagama menjadi penguat silaturrahim...
sungguh perit, sungguh pedih perpisahan ini...
hanya air mata dapat meluahkan segalanya...
diharap perhubungan yang terjalin akan kekal salamanya dengan adanya Facebook, telefon, email, YM, Skype, dan lain lain lagi...
Semoga kalian semua berjaya dalam segala bidang yang diceburi, semoga berbahagia disisi keluarga dan insan tersayang...

I WILL MISS YOU GUYS...WHEREVER WE ARE, THE MEMORIES WILL REMAINS...



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, June 22, 2011

HARI KE-3...

 Assalamualaikum...


Selamat menyambut kemerdekaan buat rakan rakanku HND in Business...kemerdekaan apa? Kemerdekaan daripada HND course...tamatlah sudah semuanya selama 3 tahun di sini setelah berakhirnya paper terakhir semester akhir ini (banyak sangat akhirnya)...


Malam ni jamuan kelas akan diadakan...meriah sungguh dengan kehadiran lecturers dan rakan rakan sekelas...semuanya happy dan enjoy...aku pun happy dan enjoy...rasa sedih, terharu sebab dah nak habis study di sini...macam macam hal kita tempuh selama 3 tahun di sini...gaduh mulut, gosip belakang, marah marah sayang, semuanya ada...tapi still bersama di akhirnya... =D





Apa apa pun thanks atas hadiah hadiah korang...macam macam adakan...jangan ambil hati dengan semua tu, kitorang pun tak tahu apa yang korang akan dapat, semuanya ikut luck masing masing...macam mana pun, aku minta maaf kalau ada kekurangan dalam pengurusan hadiah tadi...aku dan kembar kembarku sudah cuba buat yang termampu...terima kasih sekali lagi... =)


P/S: Kepada Monster D, terima kasih atas buku tu...sangat bermakna dan berharga... =)
Sorry kalau aku guna nama tu sebab aku suka dengan nama Monster D tu... =)

Dari Hati Nuraniku, fara,,

Tuesday, June 21, 2011

HARI KE-4...

Assalamualaikum...

Hari ni tak ada pape yang menarik...malam ni masak agar agar untuk jamuan esok malam...
Mood: Study...esok final and last paper for this semester...good luck semua H4 HND in Business... =D

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, June 20, 2011

HARI KE-5...

Assalamualaikum~


PAGI: Yeahhh!! Akhirnya, berjaya juga aku menjawab first paper untuk final exam ni...alhamdulillah, semuanya okey okey saja...hopefully boleh skor subjek itu - Financial Systems and Auditing (FSA) bukan F.S.A.S okey, yang tu lain maknanya... =D

PETANG: Kami budak kelas H4 HND in Business akan mengadakan sesi fotografi bertemakan PICNIC!! Memang gempak, dok bergambar di tengah panas terik mentari, cair semua make up mak nyahhh...walaupun berjemur hanya 1 jam, tapi kulit tetap hangus terbakar, memang sensitif okey...namun, demi hasil gambar yang memuaskan, layankan saja photographers tu semua...inilah masanya untuk meraikan sem terakhir kita di kolej ni, betul tak kawan kawan?? 

MALAM: Aku dan kembar kembarku diamanahkan untuk menguruskan hadiah for the class party...walaupun hadiahnya tak seberapa tetapi makna disebaliknya sangat mendalam...so, kitorang pergi Giant Nilai menaiki BKG-for the last time...selesai beli hadiah dan bungkus semua, barulah kitorang mengemas barang barang rumah dan keluar makan angin ambil angin...saja nak tengok suasana malam dalam hostel ni, macam biasalah court dan taman dipenuhi dengan junior junior...dan sekali lagi, kes histeria mengambil tempat di sana...

Makanya aku dengan Zureen tak jadi lepak lelama dekat sana...so kitorang pergi ke rumah Aina...pabila gossip crew bertemu, macam macam hot news keluar...yelah, bila lagi nak buat ketupat, masa inilah untuk kami habiskan...dan aku hanya tidur pada jam 5 pagi... =)

P/S: Itu adalah beberapa aksi rakan rakan sekelas aku dalam sesi fotografi tersebut...

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, June 17, 2011

HARI KE-8...

Salam readers~

Hari ini adalah hari Jumaat...so kepada para lelaki sekalian, silalah ke masjid masjid yang berhampiran yer...
Tinggal seminggu lagi masa untuk dihabiskan di sini...tolak esok and Ahad, tinggal 6 hari saja aku di sini...haiyakkk!! Manyak sidih lorr...macam mana nak berpisah ni, 3 tahun bersama...sedangkan couple 6, 7 bulan bila clash pun menangis macam orang hilang anak, inikan pula dah 3 tahun bersama...macam manalah gamaknya ya??

Hari ni, aku dan kembar ku bertiga telah berusaha dengan titik peluh kami untuk mencari nafkah yang HALAL demi untuk jamuan terakhir kelas kami...bukan apa, kalau boleh kami nak sesuatu usaha kami tu yang menampakkan hasil dengan hasil tangan kami sendiri...oleh yang demikian, setelah berpenat lelah mengemas buku buku dan kertas yang sudah tidak digunakan lagi, makanya tadi kami telah menghantarnya ke recycle...we must love our nature, therefore we must take a good care of it...so, recycle is one of the most important thing we MUST DO! Itupun kalau korang semua nak tengok anak cucu cicit piat piut korang hidup dalam dunia yang 'sihat' suatu hari nanti...kalau dunia ni dah sakit, memang kita semua pun akan sakit okey!

Dan hasil dari titik peluh kami, dapatlah RM20 untuk digunakan membeli bahan bahan masakan for the party...sangatlah bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang Allah bagi ni...duit tu memang cukup cukup untuk semua bahan masakan tu nanti...ALHAMDULILLAH =)


Apa apa pun, layanlah lagu ni...lepas ni hari hari aku akan rindu korang semua...terutama sekali yang aku sayang, yang aku cinta, dan yang aku rindu...semoga berbahagia selalu... =D

P/S: Thanks kepada owner BKG yang sangat bermurah hati dan mempercayai kami...thanks Aqilah... =)




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, June 16, 2011

HARI KE-9...

Salam readers~

Happy Thursday...hari ni last episod Ahmad Albob dan Nora Elena...nanti mesti rindu nak tengok kegentleman Seth Tan...so romantic...malam tadi sudah spend time dengan friends ku...tak tahu bila lagi boleh ketemukan...harap harap lepas ni jangan lost contact dan kepada AWAK, KALAU KAHWIN DI SABAH NANTI JANGAN LUPA JEMPUT... =D

Hari genap setahun aku mengenalinya...tetapi hubungan yang disangka panas sampai ke petang hanyalah bertahan selama beberapa bulan...hujan yang turun di tengah hari tidak kusangka sama sekali...inilah yang ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa, aku redha...aku tetap sayangkan dia sampai bila bila...thanks sebab pernah hadir dalam hidup saya dan happykan saya...semoga awak bahagia selamanya... =|

Nothing much to say...semoga semuanya menjadi seperti yang dirancang...

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, June 15, 2011

HARI KE-10...

Salam readers~

Aktiviti aku hari ni adalah mengemas barang barang yang sudah boleh dilupuskan setelah 3 tahun dalam simpanan (kekasih boleh dilupuskan tak?)... =)

Sebenarnya mood rajin ni tiba tiba datang and kitorang bersemangat nak mengemas pun bila fikir tinggal 10 hari saja lagi dan barang di rumah ni memang banyak yang perlu dikemaskan...so semuanya harus dilakukan dengan cepat sebelum family family datang mengangkut barang yang berlori lori ni (macam banyak sangat)...then petangnya, kitorang ke pasar malam, maybe yang terakhir di kolej ni...sedih pula nak tinggalkan chaw juey tiaw, air tebu, cucuk cucuk, ayam gunting, dan lain lain lagi dekat pasar malam ni...bulan Ramadha pun dah tak macam dulu, tahun ni masing masing berbuka dan bersahur bersama family tercinta... ='(

By the way, malam ni menginap di rumah Kak Indah, mahu tukar angin gitu...and malamnya kitorang keluar tengok gerhana bulan...cantikkkkk...bulan memang sentiasa cantik, kan awak? =D

Okey, till now, take care...

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, June 13, 2011

HARI KE-12...

Salam readers yang dikasihi~

Hari ni officiallynya aku bercerai dengan Encik Auditing...hubungan yang dibina hanya bertahan selama sebulan...itu pun macam macam dugaan dan cabaran mendatang, masa nak divorce tu pun melayang duit aku...daripada harga RM4 naik dua kali ganda harga untuk bercerai tu...hishh!! Memang menyusahkanlah dia ni...apap apa pun sangat happy setelah SINGLE AVAILABLE semula...terima kasih semua bekas pacarku - Mr. Taxation, Abang Research, Baby B.S, dan lastly, Encik Audit (dah nak macam Encik A*** plak)... =)

Dan sekarang, bolehlah aku tidur dengan damai, tenang, nyenyak dan dibuai mimpi mimpi enak...wuhuuuu!! Sedihlah pula, lepas ni dah tak ada assignments, tak pergi kedai Abang Botak, tak pergi lecturer's room...semuanya akan menjadi memori terindah sebagai student...sobss...sobbss... ='(

P/S: Kepada semua warga Kolej Universiti Linton (sama ada ITP, JATI, atau LEGENDA), selamat menjawab dan menduduki final exam untuk semester ini...jawab soalan elok elok for distinction okey! Dan kepada H4 HND in Business Study, paper kita next week so, mari enjoy dulu!! =D

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, June 12, 2011

HARI KE-13...

Salam readers yang dikasihi~

Sorry lambat update...tak ada mood sebenarnya nak update awal awal...by the way, hari ni tanggal 12 June 2011 is my father's birthday...selamat ulangtahun kelahiran ke-51 daddy, I love you...tak lupa juga selamat hari bapa juga...wahhh!! Bestkan sambut birthday dan father's day serentak...sangat beruntung my father...tapi hadiahnya lambat sikitlah, tak cukup ongkos nak beli... =D

Hari ini hanya duduk di hostel dan berusaha menyiapkan Auditing (tak buat pun, aku dok telek saja assignment brief tu)...mueeheheeheee!! Then, aku dengar online radio...semua channel aku on sampai pekak sekejap telinga ni...tapi bestlah, macam macam bahasa aku dengar... =)

P/S: Kononnya hari ni nak memasak dan mengemas rumah, tapi gara gara maintenance yang datang tak tentu masa, hilang mood aku nak buat semua tu... mana taknya, setelah sebulan aku berumah tangga di ruang tamu, baru hari ni dia datang baikkan kipas dalam bilik tu...dah naik sakit tulang belakang aku ni tidur atas lantai... ='(



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, June 10, 2011

HARI KE-15...

Salam readers~

Hari ni hari terakhir untuk ke kelas...lepas ni tak tahu lagi bila aku akan menjadi student...tapi bahang exam masih tak terasa sebabnya ada assignment lagi yang belum disubmit...oleh yang demikian, aku tak boleh prepare for the exam yet...kena cool down dulu lepas submit Auditing and after that, boleh enjoy before jawab exam... =D

Walau bagaimanapun, aku harap hari ini lebih baik daripada hari semalam...semoga segala kekurangan dapat dibaiki, dan segala kesalahan dapat dimaafi...adat dunia, setiap manusia pasti melakukan kesilapan, tiada yang sempurna melainkan Maha Pencipta Ya Rab...jangan gaduh gaduh, jangan emo emo okey...aku sayang korang... =)

P/S: Walaupun hanya "awak sihat?" itu sudah sudah cukup membuatkan aku bertambah sayang dan rindu...


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, June 9, 2011

HARI KE-16...

Salam readers~

Suppose hari ni aku dah di level 5 untuk assignment Auditing tapi masih di level 1 nampak gayanya...memang nak minta extend lah dengan lecturer ni...bila banyak benda nak di settlekan sebelum tamatnya semester ini, maka beginilah jadinya, susah nak divorce dengan Mr. Auditing sedangkan yang lain semua dah tinggalkan aku...

Namun tidak mengapa sebab aku kena cari mood dulu sebelum 24 jam bersengkang mata menyiapkan Auditing...therefore, I MUST hang out to some places that will make me happy and stop thinking about THEM (walaupun always and kept thinking of THEM) ...haiyakk!! Apa macam kalu terus begini...rosak, rosak, tinggal 16 hari saja lagi masa untuk dibuang...so appreciate what you have NOW! :D

Hari ni adalah latihan terakhir Harimau Malaya untuk semester ini, dan kitorang akan buat pertandingan kawad kaki dan kawad senjata...good luck semua especially BRAVO!! YOU CAN DO IT BRAVO!! =)

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, June 8, 2011

HARI KE-17...

Salam readers~

Hari ni aktiviti tidaklah padat seperti semalam...at least sempatlah aku melelapkan mata yg kuyu ni sekejap tengah hari tadi...kelas hanya separuh hari, petang pula ajar budak kawad senjata...lewat petang beriadah - main bola tampar...memang sedaplahkan dah lama tak merasa penangan bola tu, tadi merah merah tangan aku main binatang tu...apa apa pun still enjoy dengan Alpha, Bravo, dan Charlie...mesti lepas ni aku akan rindukan diorang...banyak masa dihabislan dengan diorang sejak due menjak ni...kadang kadang tu, aku takut dengan perpisahan yg akan menjelma...aku tak dapat menahan empangan air mataku dari terus mengalir...semoga korang terus bersatu, gagah dan setia dengan HARIMAU MALAYA dan Rejimen 508 (AW)... ='(

P/S: Aku hanya mampu melihatnya dari jauh...itu sudah cukup untuk memberikan aku 1001 memori indah yg pernah tercipta...walaupun hanya dari jauh, aku cukup happy melihatnya gembira dan senang dengan apa yang dilakukannya...biarlah semuanya tersimpan kemas menjadi memori aku sepanjang 3 tahun di sini...
"Perasaan kasih dan sayang ini sangat banyak maksudnya dan tidak semestinya ditujukan buat kekasih hati, keluarga, tetapi juga buat teman, sahabat, dan kawan yang pernah bersama dalam setiap keadaan suka dan duka, gembira dan kecewa walaupun hanya TEMAN TAPI MESRA atau KEKASIH GELAPKU" =D

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, June 5, 2011

HARI KE-20...

Hari ni sama seperti semalam...dari Shah Alam ke Petaling Jaya, makan di Sungai Buloh, balik Shah Alam ambil beg baju dan naik komuter ke Batang Benar kembali ke Kolej Universiti Linton...luangkan masa sebentar bersama adik adik Harimau Malaya sebelum jam 12 tengah malam...

Mood: exhausted+happy (tengok gelagat adik adik saudara yang sedang membesar)-sedih (tengok adik adik HM bersusah payah buat senjata sendiri......

~F.S.A.S. 4ever~

P/S: Dua minggu berturut turut makan Big Mac - kenangan bersamanya masih segar dalam ingatan...every week nak makan Big Mac sebagai pengubat duka dan rindu~


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, May 31, 2011

HARI KE-25...

Hari ni tak ada feel nak update pasal story hidup aku...sebab hari ni adalah hari paling malang buat aku...
So, tak ada mood nak cakap dengan siapa siapa, jangan kacau saya okey...sekian~

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, May 30, 2011

HARI KE-26...

Salam readers~

Selamat petang...apa aktiviti petang ni? Main bola sepak? Bola tampar? Atau berjogging? Aku  cuti minggu ni daripada beriadah sebabnya banyak kerja yang perlu disettlekan...

Tengah hari tadi baru saja bercerai dengan Business Strategy tapi esok dah kena jumpa dia semula sebab ada temu janji - presentation meyhhh...fuhhh! Tak prepare pape pun lagi ni...sebab kepala dok fikir about JPJ Test esok pagi...macam mana Farah Zunnurain akan berada di dua tempat dalam satu masa? Boleh potong tak separuh badan ni untuk dibahagikan? Pening memikirkan masalah yang sama tiap kali nak JPJ...kalau dulu, exam Business Strategy jatuh hari yang sama dengan JPJ Test tu...kenapalah dua dua benda ni tak boleh dipisahkan?

Semoga semuanya berjalan lancar esok hari sebab dua duanya penting dalam hidup aku...tak sanggup dah aku nak repeat pape lagi, cukuplah sekali seumur hidup...

P/S: Si Gedik mesti busy giler minggu ni dengan Minggu Haluansiswa dia...selamat menjadi mahasiswi, semoga kamu bertahan sampai ke akhir sebabnya U.M. adalah IPTA yang sangat strict and cerewet... :D


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, May 22, 2011

RIADAH...

Salam readers~

Hari ni aku nak story pasal aktiviti riadah aku dengan teman temanku (tak tahulah yang terakhir atau yang pertama)...sebabnya kalau nak cakap yang terakhir, macam aku ni dah tak lama saja atas dunia ni (walau apa terjadi life must go on )...then kalau nak cakap yang pertama, nampak beno nipunya sebabnya before this dah macam macam riadah aku buat dengan budak budak kelab aku tu...

Okey, back to the story...sepatutnya kau update benda ni malam tadikan sebabnya aktiviti ni dilakukan petang semalam tapi disebabkan perkara yang tak diduga, mood aku nak buat assignment, nak update blog, nak makan (tu tipulahkan) semuanya hilang, lost...daripada kata kata aku, "badan sihat, otak cerdas, buat assignments dengan pantas" langsung tak menjadi assignments aku...sedih okey...





Now, kembali pada topik asal...petang semalam, aku dengan budak sekelas aku (Kak Indah, Mel, Aina, and Fyza) beriadah dengan bermain badminton...asalnya aku memang nak keluar main dengan Fyza pukul 6 tu tapi bila dia kata Aina and the gang pun nak main and diorang ajak turun pukul 5.30, aku on saja...

Dalam 15 minit saja aku main benda tu sebab aku tak rasa peluh aku banyak keluar kalau main badminton saja...so aku decide nak pergi jogging...petang Jumaat kelmarin pun aku keluar 'jogging' dengan Zureen tapi sebabkan semalam dia tak ada, aku terpaksa cari orang yang minat beriadah...fikir punya fikir, aku teringat Musfirah sebab dia memang aktif...so aku ajak dia jogging dengan aku...jauh jugalah kitorang berjogging ni (bukan jogging sebenarnya, jalan laju+gossip)...start dari pintu pagar hostel kitorang berjalan ke luar pusing satu hostel, then masuk dalam area kolej and pusing satu round lagi, lepas tu masuk balik dalam hostel and pusing depan blok maintenance sampailah ke blok Mus dan kitorang sambung main badminton pula...memang banyak energy petang semalam, maklumlah...orang tengah aim nak kuruskan badankan 

Dalam pukul 7 gitu, kitorang menuju ke kediaman masing masing untuk aktiviti sendiri (faham faham sendirilah yer)...petang ni tak tahu lagi aku nak beriadah ke tak sebab badan tengah tak sihat, sakit sangat...sekian~


P/S: Sorry Kak Indah sebab sy curi gambar ni dari blog kamu...lambat nau tunggu gambar kt email =P

Dari Hati Nuraniku, fara,,

Tuesday, May 10, 2011

RINDU, SAYANG, CINTA....





Salam readers~

Malam ni tak tahulah kenapa aku tiba tiba nak emo...maybe sebab tinggal lebih kurang 38 hari sahaja lagi aku akan berada di Linton University College ni...selama 3 tahun di sini, macam macam aku dah lalui...macam macam kawan yang aku kenal...macam macam perangai aku jumpa...macam macam kenangan telah tercipta...

Kalau nak diceritakan, 7 hari 7 malam pun belum tentu akan habis...banyak sangat rasa sayang, rindu dan kasih aku telah tertumpah di kolej ni...buat lecturer lecturer, teman serumah, teman sekelas, teman wataniah, dan juga teman sekolej yang lain...memang aku sayang diorang semua walaupun kadang kadang ada daripada kalangan mereka yang agak annoying gitu tapi aku layankan juga...walaupun aku selalu mengata diorang tapi tetap ada rasa sayang buat diorang...

Dan walaupun aku ni macam berlagak, sombong, kerek, and what so ever, tapi dalam hati aku ada taman...taman cinta dan kasih sayang buat teman teman yang sentiasa di sisi menghibur dan menceriakan hari hariku di sini...tak kiralah kita daripada 'puak' yang berbeza but still, aku sayang korang semua...tak kiralah macam mana pun aku cakap pasal korang, ibarat air dicincang takkan putus...persahabatan ni tetap kekal sampai bila bila, even kalau kita dah tua nanti mesti akan cerita dekat cucu cucu kita pasal kawan kawan kita yang annoying tu... :D

So, dikesempatan yang ada ni...saya, Farah Z ingin meminta maaf atas setiap keterlanjuran kata atau perbuatan saya kepada kalian...memang mulut ni pedas, nipis, tu yang selalu sakitkan hati orang...aku sedar tu semua...so sorry guys [kalau tak nak maafkan pun, tak mengapalah :( ]...aku sayang korang semua, aku akan rindu korang semua, cinta lokasi dalam kolej ni akan sentiasa aku kenang...ngeee :)

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, April 14, 2011

MINGGU KE-6...


Assalamualaikum! Hye u alls...tak tidur lagi ke pagi pagi ni?? Aku tak apa kalau tak tidur sebab masa tidur aku telah berubah (macam dok overseas plak)...sejak dua tiga menjak ni, aku selalu tidur pukul 2 a.m. ke atas...before tidur tu plak mesti kena mandi dulu, semuanya gara gara kelas ganti yang dibuat pada waktu malam (sungguh tak sihat gaya hidup begini)...so, macam mana aku nak tidur on time (pukul 11 kalau di JB)...ditambah plak dok sibuk melayan movies + bermuka buku - assignments = mid term exam (next weeks)...Wa cakap lu, macam tak percaya dah minggu ke-6 semester akhir aku di kolej ni...lagi 8 or 9 minggu tamatlah pengajianku, Insya Allah...

Apa apa pun, cuti mid term nanti tak boleh enjoy sangat sebab kena submit assignments yang 4 kerat tu, memang tak banyak tapi amat membebankan aku sebabnya aku tak ada feel+inspiration nak siapkan.. :D

Sorry En. Assignments sayang, maybe weekends ni aku date dengan kau yer...sabar okey, aku pun rindu nak tengok kau, nak tatap kau sampai muntah hijau, nak hug+kiss kau sampai lemas...luckily aku dapat lecturers yang sangat sangat sangat teramatlah baik+prihatin dengan studentsnya...cuma studentnye ni makin banyak lemak plak bila 'dilayan+disuap' oleh lecturersnye (dah kata pun like father, kenalah dimanjakan...semua jawapan kenalah share dengan anak anak...tak gitu?) :D

Nampak gayanya, aku takkan boleh pulang ke Port of Tanjung Pelepas sampai semua ni settle..."mummy, datang sinilah ambil Yong...boleh pergi Melaka"...muehehee :)

Apa apa pun, 'skandal skandalku' = En. Taxation, Mr. Research Project, Abang Auditing dan Mr. Business Strategy, jangan muncul dalam mimpi aku malam ni tau...aku nak mimpi benda lain, nak melancong ke Sabah jap...muahahah :D




Dari Hati Nuraniku,
fara,,