NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, February 24, 2012

LONE RANGER...

Assalamualaikum, selamat berpagi pagian...

Hari ni Cik Pinklover nak balik ke JB tanah air tersayang, of course lah sayang sebab dah lebih 6 tahun menetap di sana. Macam macam memori telah tercipta. Sedihnya nak tinggalkan Tanjung Pelepas. ='(
Next entry aku akan cerita tentang tanah air tersayang aku tu, okey!

Hari ni aku nak story pasal semalam. Tanggal 23 February 2012 dengan rasminya aku bukan lagi warga Kolej Universiti Linton. Sebab? Kerana semalam aku dah check out semuanya dari kolej. Sijil BTEC EDEXCEL pun aku dah collect so, hopefully lepas ni dah tak ada apa apa lagi urusan dengan pihak kolej. =)

Semalam juga first time aku merasa naik tren elektrik baru tu - ETS dari KL Sentral ke Seremban. Overall aku sangat berpuas hati double triple dengan tren ni. Bayangkan, selalunya nak sampai Batang Benar dari KL Sentral tu dalam 45 minit-1 jam tapi semalam hanya 30 minit aku dah sampai Batang Benar. Memang lajulah tren ni, 120km/h 'driver' aku tu bawa semalam. Dengar cerita tren ni berkelajuan 160km/h sebab tu boleh sampai Ipoh in less than 2 hours from KL. Alhamdulillah, ada juga peningkatan dalam pengangkutan awam di Malaysia ni.

Lepas balik dari Negeri Sembilan tu, aku terus gerak ke HTAR, Klang. And masa dekat jejantas HTAR tu, aku rasa aku terserempak dengan musuh utama aku tu -NDA. Semalam badan aku memang sakit sakit tanda nak demam, bila nampak pula muka betina tu, makin sakit mata dan hati aku ni. Terus naik blood pressure aku semalam. Sampai dekat office mummy, aku dah macam nak pitam. Memang bala betul tengok muka betina tu, rasa nak tolak jer dia jatuh dari tangga semalam. YES! I am cruel! Aku kejam pun sebab orang kejam dengan aku. Ada masanya aku boleh bersabar tapi bila orang dok kata macam macam pasal aku, kutuk kutuk aku, memang aku angin. Kalau muka kau tu lawa, cantik sangat, aku tak hairanlah weyhh! Dekat dunia ni bolehlah kau nak burukkan nama kau, kau tunggulah dekat akhirat nanti balasan Allah. Aku tak nak bermusuh, berdendam dengan orang lain tapi orang suka sangat nak jadi musuh aku. So, bukan salah aku okey! 

Lepas aku dah pindah Port Klang nanti, aku minta sangat sangat JANGAN TUNJUK MUKA KAU DENGAN LAKI KESAYANGAN KAU TU DEPAN MATA AKU sebab aku tak yakin yang aku akan bersabar. Manalah tahu kot kot aku TERtampar korangkan. Sorry to say lah, aku memang tak boleh terima apa yang korang dah buat dekat aku. 

Apa apa pun, aku nak balik JB dah ni. And dekat JB tu pun janganlah ada yang nak cari pasal dengan aku yer. Cukuplah dulu korang sakitkan hati aku, sekarang ni korang dah happy, dah bertunang dah pun. Aku ni bukan perampas sebab aku tak suka nak mencuri hak orang, nak mengambil hak orang sebab aku pun boleh cari hak aku sendiri. 



Gambar masa kitorang gathering, makan makan dekat  Manhattan Fish Market, Mid Valley last Sunday


Aku masih menanti pemilik tulang rusuk kanan yang diciptakan untukku, so hanya Allah Yang Maha Mengetahui. =) 

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

No comments: