NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, February 9, 2012

CUTI-CUTI MALAYSIA...

Assalamualaikum...

Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah.

Sempena dengan cuti Maulud Nabi dan Thaipusam yang lepas, aku dan family ku telah menghabiskan masa cuti dengan jalan jalan cuti cuti Malaysia. Actually plan nak balik JB, tapi last minute bertukar kepada balik kampung - Tahun Melawat Perak 2012 kan, harussslah balik sana. =)

4 February - Hari ni birthday Si Gedik, petangnya kami gerak balik Teluk Intan dan sampai di sana lepas Maghrib. Sampai saja terus terjah Pasar Malam, beli makanan untuk makan di kampung nanti. Bermalam di Kampung Gajah sebab dah lewat malam sampai sana.



5 February - Bangun pagi dan gerak ke Teluk Intan ambil daddy di Hotel Anson. Aku dengan Si Gedik lepak lepak dekat Pasar Tani and Pasar Minggu cari apa yang patut. Tak sangka pula ada perarakan Maulud Nabi dekat Dataran Menara Condong tu, so tengok tengok kejap orang berkumpul dekat sana. Lepas breakfast and shopping apa yang patut, gerak ke Kampung Sungai Tukang Sidin sebab hari ni nak lunch dengan Paksu and Maksu. 

Lepas lunch kami gerak ke Sitiawan and Lumut. Baru berapa bulan tak datang sini, macam macam dah berubah. Tengok rumah dekat Sitiawan, then gerak ke Lumut untuk shopping lagi. Sampai kampung around 10 p.m. Sangat penat seharian berjalan.





6 February -  Bangun pagi get ready nak ke Ipoh ke rumah Achik sebab cousin aku kahwin hari ni. Sampai Ipoh pergi shopping dulu then baru pergi rumah Achik. Lepas selesai acara around 4 p.m., gerak ke Cameron Highlands konvoi 3 buah kereta. Sampai dekat atas around 5 p.m. jalan jalan shopping lagi. Banyak juga duit aku habis kali ni. Semuanya gara gara rambang mata. Sangat selesa berada di atas ni sebab suasana sejuk dan nyaman. Nak berwudhuk pun rasa tak sanggup sebab air sesejuk air dalam fridge tu. Bulan July I'll come here again. =)



Gerak turun ke bawah, jalan jammed di Tanah Rata sebab ada Pasar Malam. Gila best dan panjang Pasar Malam dekat sini. Nasib baik tak berhenti, kalau tak melayang lagi duit aku. Rambang mata tengok barang barang yang dijual dekat sana, bestnyeee kalau dapat tidur 2, 3 malam dekat sini. Tapi kena balik kampung semula sebab datang sehelai sepinggang saja. Sampai Tapah around 10 p.m. pekena Mee Rebus Tapah, marvelous!! Sampai kampung around 12 a.m. dalam kepenatan.

7 February - Bangun pagi ke Kampung Gajah. Jumpa family semua di sana, gerak ke Chikus kutip buah rambai dan balik ke kampung. Lunch ramai ramai di kampung before gerak balik Shah Alam.


Sangat padat jadual aktiviti aku apabila pulang ke kampung. Tiada sedikit pun masa lapang untuk dibuang. Itulah yang menyebabkan aku suka sangat berjalan, tak suka duduk diam. Wajib jalan jalan tiap kali balik Perak. Jalan jalan melawat sanak saudara dan shopping. =)

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

3 comments:

hilly said...

rasa macam nak ikut je g balik Perak. macam best je jalan2 kat sana:)

::KEGIRANGAN DUA CAHAYA:: said...

hehehe...next time ada rezeki bleh ikut aku blk sana...fiza dah ikut dh aritu... =)

jahajahatable said...

bestnye jalan jalan