NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Saturday, October 6, 2012

TERINGATKANMU....

Assalamualaikum peeps!

Sambil-sambil melayan Red Giant vs Red Warriors ni, sempatlah aku update sikit blog ni.

Petang tadi, the only great grandmother yg aku ada datang ke rumah. 
Everytime aku tengok dia, mesti aku sebak.
Don't know why.
Maybe because I miss my late great grandmother a lot.
Actually, moyang saudara aku tu adik kepada arwah moyang aku.
So, bila tengok dia terus aku rindu dekat arwah moyang aku. !__________!

Then, boleh pula moyang usu aku tu cakap muka aku sebiji macam arwah atok.
Lagilah bertambah sebak dada ku ini.
Hari ni air mata banyak menitis kerana family.
Aku tahu mereka semua sayangkan aku.
Apabila teringatkan arwah tok wan, memang aku sedih sangat sebab tak dapat nak menatap wajahnya.
Arwah moyang aku dulu pun selalu cakap benda yang sama.
"Muka sebiji macam atok Karim".
Oh Allah, kalaulah aku berpeluang untuk bertemu tok wan..... ='(

Pagi tadi, aku sebak sebab nenek dan makcik-makcik aku terlalu happy dengan rezeki yang aku dapat.
Semuanya mendoakan yang terbaik buat aku.
Walaupun hanya ibu saudara tapi kasih sayangnya sama seperti ibu sendiri.
Nenek aku pun sempat berpesan, "Jangan tinggal solat yer syg. Allah selalu dengar doa hamba-hambaNya yang sabar. Lama Yong tunggu akhirnya Allah bagi rezeki ni. Wo bersyukur sangat, Wo selalu berdoa untuk cucu-cucu Wo..." 
Aku sayang nenek aku....sebak T____________T


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, August 5, 2012

16 RAMADHAN 1433H...

Assalamualaikum...
Salam 16 Ramadhan. 


2 minggu lagi kita akan meraikan Syawal. Semoga dapat disambut dengan kesyukuran dan bersama-sama insan tersayang. Hari ni aku berbuka puasa bersama family paksu dan maksu aku. Sesungguhnya keluarga adalah my priority. Sayangi dan hargailah keluarga kita =)

Persiapan Syawal alhamdulillah 70% sudah ready. Hanya menanti minggu terakhir Ramadhan untuk menyediakan biskut raya pula. Sekarang ni masa untuk berniaga dulu. =)



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, June 18, 2012

KISAH AYAH...

12 tahun yang lalu...di sebuah flat kecil di kawasan Port Klang, hiduplah sebuah keluarga dengan bahagianya walaupun kehidupan mereka biasa-biasa sahaja. Pada asalnya, mereka menetap di Perak dan mempunyai rumah sendiri tapi disebabkan tanggungjawab dan tugas, si bapa membawa keluarganya berpindah ke sana. Keluarga ini dikurniakan 3 orang anak gadis yang ketika itu masih bersekolah rendah dan masih riang gembira menikmati zaman kanak-kanak mereka. 

Pada suatu hari, si ayah seperti biasa keluar mencari rezeki. Si ibu di awal pagi lagi sudah ke tempat kerjanya. Si ayah hanya berjalan kaki untuk ke tempat kerjanya kerana jarak yang dekat dengan rumah mereka. Walaupun jaraknya dekat, bahaya yang menanti si ayah sangat besar. Dia perlu menyeberangi landasan kereta api untuk ke tempat kerjanya. Jika tersalah langkah, pasti nyawanya melayang.

Dan setiap pagi jugalah, si anak sulung akan menghantar ayahnya ke tempat kerja dengan melihatnya dari jauh. Di kejauhan itu, si anak akan berdoa agar Allah memelihara dan menyelamatkan si ayah daripada sebarang musibah. Apabila melihat si ayah sudah selamat menyeberangi landasan, barulah si anak masuk ke dalam rumah dengan rasa bersyukur.

Pada masa yang lain pula, si ayah ditugaskan untuk berlayar ke samudera yang luas. Beberapa hari si ayah perlu berada di tengah lautan. Si anak tetap berasa risau dan sentiasa mendoakan si ayahnya. Setiap hari dia menunggu kepulangan si ayah. Kebiasaannya, si ayah akan berlayar selama seminggu. Selama itulah juga si anak akan berasa risau. Apabila si ayah pulang, barulah hatinya tenang kembali.


Ya, si anak memang seorang yang degil. Seringkali melawan kata si ayah. Tetapi, jauh di sudut hatinya, dia terlalu menyayangi si ayah kerana sejak kecil lagi, si ayah yang selalu menjaganya, membawanya bersiar-siar di pantai, membelikannya ais krim di waktu petang, memenuhi setiap keperluan si anak. Sewaktu kecilnya, si anak merupakan anak yang paling manja dengan si ayah, jauh beza dengan si adik-adiknya. Apa yang terlihat di mata tidak sama dengan apa yang terlintas di hati. 

"Abah @ daddy, Yong sayang abah. Yong tahu Yong bukan anak yang baik tapi Yong boleh jadi yang terbaik untuk abah." =')

Dari Hati Nuraniku, fara,,

Sunday, April 8, 2012

8 APRIL...

Tanggal 8 April setiap tahun aku tak akan pernah lupa.
Perginya dia yang aku sayang.
Perginya tak kembali.
Perginya meninggalkan aku 1 kenangan yang hanya aku saja memahaminya.
11 tahun sudah dia pergi meninggalkan aku.

Damailah di sana Pak Cho. Al-Fatihah... ='(


8 April juga, genaplah usia Maksu aku 37 tahun.
Selamat ulangtahun kelahiran Maksu. Semoga tahun ini lebih bermakna buat Maksu. =)

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, December 5, 2011

BABY SITTER...

Assalamualaikum...

Hari ni hari ketiga aku jadi baby sitter. Almaklumlah musim cuti sekolah ni, budak budak semua tak sekolah+tak ada aktiviti untuk dibuat. Makanya, adik adik saudara aku pun ikutlah aku balik rumah maksu aku ni. Dan disebabkan mak dengan makcik aku kerja, akulah yang menjadi baby sitter mereka. 

Haishhh!! Korang pun tahukan yang aku ni tak ada adik lelaki. So, memang menguji kesabaranlah bila kena jaga adik adik lelaki ni. Memang tak boleh nak lembut, kena ganas+kasar juga. Bila dah jadi baby sitter, makan pakai diorang semua aku yang jaga. So, disebabkan aku tak ada mood minggu ni, aku tak ada idea nak memasak dan aku tersangatlah malas nak masuk ke dapur. Tapi bila fikirkan balik, kesian pula budak budak ni nanti. Aku pun pergilah masak main campak campak saja. Menu hari ni ayam goreng+telur masak kicap. Aku pun tak tahu apa rasanya tapi yang pasti adik adik aku makan bertambah tambah nasinya. Maknanya, sedaplah tu kot. Bhahahaha =D 

Sangat kelakarlah. Aku yang tak ada selera nak makan ni pun join diorang makan sekali. Hmm..boleh tahanlah lauk yang aku masak tu, meaning boleh diterima tekaklah. Dan petangnya pula, aku buatkan cucur ikan bilis untuk budak budak ni. Budak lelaki bila umur membesar ni memang kuat makan. Habis licin pinggan cucur ikan bilis tu diorang makan. Haishh! Sedaplah tu. Ahakss! =)

*Walaupun aku selalu marah marah adik saudara aku ni, tapi dalam hati aku tetap sayangkan diorang. Bila orang marahkan kita, maknanya orang tu sayangkan kita right? Fikir fikirkan dan selamat beramal =P

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

BILA TURN AKU???

Assalamualaikum...

Korang sihat tak hari ni? Aku alhamdulillah masih diberikan peluang untuk menghirup oksigen atas muka bumi ni. S.M.I.L.E. =) Walaupun hati sakit, kita tetap kena kuatkan diri dan sentiasa tunjukkan muka yang manis. Okey, think positive my dear, you are not alone. There are many people out there that still love you. Yeahh! I'm alright. 

Okey back to the story, bila turn aku ek? Korang tahu tak turn untuk apa? Hah! Meh sini cheq nak cerita mai kat hangpa. Sekarang ni bukan ka musim orang kahwin sana sini, so cheq pun teringin gak nak naik pelamin cheq sendiri. Selama ni asyik dok naik pelamin orang saja. Hahaha!! =D Gatai no hang ni Cik Farah.

Bukan senang aku nak kahwin. Banyak tangga yang aku kena daki. Kalau tak nanti, mesti kena usik dengan cousins aku semua. Cuba korang tengok dekat bawah ni:


  • Family sebelah daddy:


  1. Abang Long (dah kahwin)
  2. Abang Amin
  3. Nyah Dayah (dah kahwin)
  4. Kak Manja
  5. Hafiz (dah kahwin)
  6. Yang
  7. Bob
  8. CIK FARAH


  • Family sebelah mummy:


  1. Along (dah kahwin)
  2. Abg Anip
  3. Yong Mahani (dah kahwin)
  4. Kak Nora (dah kahwin)
  5. Yeop Din
  6. Nyah Lah
  7. Epot
  8. Kak Fiza
  9. Kak Milah
  10. Abg Fizi
  11. Kak Chik Ina
  12. Abg Wan (dah kahwin)
  13. Roy
  14. Kak Su
  15. CIK FARAH

Okey sekarang korang dah nampakkan kedudukan aku.So maknanya lambat lagilah turn aku. Adesss! Sampai bilalah aku kena tunggu ek? Diorang ni bukan nak kahwin cepat cepat, semuanya nak keje, study dulu. Memang lambatlah ko nak merasa pelamin ko sendiri Cik Farah. ='(

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, July 12, 2011

TAKZIAH...

Assalamualaikum...

Daripada Allah kita datang, kepadaNya kita akan pulang...begitulah lumrah kehidupan makhluk atas muka bumi ciptaan Ilahi ini...

Subuh tadi, datuk saudaraku meninggal dunia...agak terkilan rasa di hati kerana sewaktu aku duduk di Mantin selalu sangat pergi Port Dickson tapi langsung tak pernah nak singgah rumah atok aku tu...bukan aku tak nak pergi, tapi segan sebab pergi sana dengan member member...lainlah kalau aku yang drive...tapi memang aku terkilan bila dah jadi macam ni...apa apa pun, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang soleh, amiinnn...

Aku dan family ku akan bertolak ke PD pagi ni untuk menziarahi jenazah dan melihatnya buat kali terakhir... ='(

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, June 30, 2011

THE END OF JUNE...

Assalamualaikum...

Hari ni 30 Jun adalah penutup untuk bulan Jun dan setengah tahun sudah kita berada dalam tahun 2011...tak lama lagi masuk 2012 dan umur pun semakin meningkat...
Bulan Jun ni macam macam perkara berlaku dalam hidup aku...suka dan duka semuanya ada menjadi perencah menyedapkan lagi hidup aku...
Apa apa pun, ku harap pujaan hatiku sentiasa baik baik saja, semoga hidupnya makin indah, gembira, ceria, dan bahagia tanpa aku disisi... =)

Hari ni aku di JB, esok lusa ak tahu lagi ke mana destinasi tujuan hati...so, kenalah manfaatkan setiap masa yang ada di sini untuk dihabiskan dalam bilikku syurgaku...walaupun taklah seindah mana tapi di sinilah bilik yang paling best, sedap, dan syok untuk menanam tahi mata... =D

Sedangkan 3 tahun pun aku dah sedih nak tinggalkan, inikan pula yang dah dekat 6 tahun aku duduki...lepas ni tak tahu lagi bila boleh balik JB lagi, sebab masa aku akan dihabiskan di Selangor pula...macam macam hal lagi kena settlekan dan uruskan...nasib baik assistant aku dah balik so, bolehlah buli dia habis habisan...that's all for today, see you next time guys~

.:: My old and new HK collections ::.


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, August 7, 2010

AUGUST..

FIRST WEEK: Very busy with the assignments draft of Sales Planning and Operation (SPO) and Quality Management (QM) subjects. Just done the orientation camp for the Harimau Malaya Club on 1st August and successfully manage the time and money with the help from other members and the very important person who never give up with me is Kak Linda - I'm really love you sis...going back to JB because I'm really miss my family and I want to spend my time with them before my sister go back to Nizhniy Novgorod, Russia...

SECOND WEEK: Will be very very busy with the driving class and also other assignments - Business Decision Making (BDM) and Advertising (ADV). The fasting month also just nearby. I have to prepare some healthy menu for myself...

THIRD WEEK: Assignment submission and need to rush because all the assignments must be submitted before the mid-term exam and also Hari Raya. If not, there is no Hari Raya for me. The preparation for Hari Raya is all done by my mom, I have no mood at all for the Hari Raya after all the problems came out...

FOURTH WEEK: Must submit all the other assignments and study for the exam. After that, maybe I'll go to KLIA to say goodbye to the 'Russian Girl'. I will miss you sis, and for this year, we don't have any big, glamorous and special celebration for Hari Raya. Just take care of yourself and have a happy Hari Raya there...


Dari Hati Nuraniku,fara,,

Friday, July 9, 2010

BERCUTI BERSAMA YANG TERSAYANG...

Pada 3 Julai-9 Julai 2010 yang lalu, aku telah menghabiskan cuti semesterku di Perak, Selangor dan Pahang bersama keluarga tercinta. Di Perak, kami telah melawat sanak saudara di Teluk Intan, Kg. Gajah, Kuala Kangsar, dan Lumut. Dalam perjalanan pulang ke Johor, kami singgah di Sg. Buloh melihat adik saudara bongsuku, Aina Zahirah. Semakin tembam si kecil tu, so sweet. Kemudian percutian diteruskan ke Pulau Tioman, Pahang selama 2 hari. Cuti semester pada kali ini terlalu singkat dan tidak cukup untuk aku. Masih banyak yang belum aku lakukan sewaktu cuti termasuk menonton Eclipse. Mungkin di Seremban atau KL nanti baru aku berkesempatan menontonnya bersama sesiapa sahaja. Shopping masih ada dalam kamus hidup aku cuma tidak terlalu banyak pada kali ini melainkan membeli coklat, cenderamata, dan t-shirt untuk family ku sebagai tanda kenangan semasa percutian ini. Next destination will be Sabah or Sarawak. Just wait.







Salah seekor arnab di rumah mak long ku di Kuala Kangsar


Lebih banyak gambar di Facebook. Kemalasan untuk menaip. Ini sahaja yg termampu. Thanks for reading this blog.


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, May 16, 2010

15 MEI 2010-HARI BELIA...




Selamat pagi cikgu,,Selamat hari guru,,
OK, actually entry aku tiada kaitan dengan tajuk Hari Belia tu,,cuma ada sedikit persamaan saja iaitu belia-belia keluar hang out bersama-sama di mana? Di Putrajayalah sebab sambutan Hari Belia pun dekat sanakan,,

Cerita aku bermula dari Batang Benar selepas aku naik teksi dari kolej,,sampai di sana pada jam 2.30 p.m. dan aku terus beli tiket ke UKM (RM1.70),,mula-mula macam pelik saja aku tengok stesen KTM ni sebab ada tiang dicat dengan colour pink, oh i love it! Then aku nampak banner yg tertulis 'KOC WANITA DI GERABAK TENGAH' (lebih kurang macam tu lar),,then baru aku ingat yg KTM akan mengasimgkan penumpang lelaki dan wanita bermula 15 Mei iaitu semalamlah,,aku sukalah bila jadi macam ni sebab gerabak wanita kosong, x ramai orang, seat pun banyak, kalo berhimpit pun x kisah sebab semua wanita cuma ada seorang saja lelaki iaitu pekerja KTM yg akan menjaga pintu supaya penumpang lelaki tidak masuk ke gerabak yg salah,,aku menunggu train bersama Acap (bapak) dan temannya Tira, mereka mahu ke Midvalley tak silap aku,,apabila train sampai, kami pun ke gerabak masing-masing,,

Lebih kurang pukul 3.20 p.m. aku tiba di stesen UKM, first time aku turun dekat sini sebab selama ni tak pernah pun nak turun dekat sini coz tiada siapa yg tinggal di area ni,,but now i have one, my sis-Nurul Hidayah,,dia nurse yg tinggal di Bangi and bekerja di PUSRAWI,,aku akan tinggal di rumahnya selama 2 hari dan hang out bersama dia and tunangnya, bukan apa nak ubah angin,,aku terpaksa tunggu my sis hampir 1 jam sebab dia ada kes kt PUSRAWI tapi tak apalah aku faham, kerja dia memang tak menentu,,dalam pukul 4 lebih dia datang ambil aku dan kami pulang ke rumahnya di Seksyen 7 Bangi,,rumah dia tingkat 5 so aku kena exercise naik turun tanggalah kt sini, macam tak biasa pula ko ni naik tangga Farah,,Ok, sampai di rumah dia, aku nampak hamster, comel, kecil, cute tapi dah kerimping sebab tidak dijaga, so dia offer hamster tu kt aku,,aku tak tahu nak ambil ke tak sebab takut jadi macam BOBON dulu, sedih saja,,nantilah aku fikir dulu,,

Malamnya selepas maghrib, tunangnya datang ambil kitorang kt Bangi untuk ke Putrajaya,,macam dekat pula dari Bangi ke Putrajaya sebab selalunyakan aku dari Nilai, cuma jalannya agak bersimpang siur so aku susah nak cam jalan kt Bangi ni, nak-nak pula waktu malam,,tapi tak apa, bila aku dah ada lesen nanti, 'KL tunggu, aku datang!',,sampai di Alamanda kitorang gi makan dulu kt food court, punyalah ramai manusia kt food court ni tapi kt kedai-kedai tak ramai pula orgnye, mereka hanya datang ke sini untuk makan-makan tapi ingatkan ramai dah pergi Jom Heboh rupanya tak juga,,yalah Jom Heboh malam-malam bukan ada apa sangat, siang saja best,,lepas makan kitorang gi main bowling, alamak betul ke aku nak main bowling ni? Oh NOOOO!! Aku mana tahu main bowling dol, kang masuk longkang saja,,tapi tak apalah dah orang nak belanja, main sajalah, bukan selalukan,,thanks to my sis and tunangnya sebab belanja aku malam ni,,kira OKlah untuk aku yg baru first time pegang bola bowling tu dapat score 72, sekali strike dan mengalahkan kakak dan bakal abang iparku itu,,jangan marah eh,,

Lepas main bowling, kitorang pusing-pusing Putrajaya menaiki kereta,,malaslah nak jalan kaki, dah penat sangat dah kaki ni tadi dok main bowling tu,,bukan main sesak jalan kt sini sebab masih ada yg pergi Jom Heboh tu, parking sampai kt atas tempat pejalan kaki tu, ingatkan dah malam-malam ni tak ada yg pergi sana dah,,then kitorang pun balik ke Bangi tapi singgah kt drive thru McD and beli cornetto sundae, aku punya mestilah strawberry,,thanks to my sis and abang azlan ya sebab menghappykan aku malam ni dengan telatah mereka yg tersendiri, aku hanya mampu menahan diri untuk ketawa sebab takkan aku nak ketawa macam selalu tu, malulah oiii,,HAHAHAHAHA

Hari ini, sebelum aku pulang ke kolej, kakak ku membawa ku keluar makan di Warta Kompleks Bangi,,dia belanja KFC-memang favourite ku selepas aku benci 'MCD' (sebenarnya tiada kaitan pun),,kompleks ni agak serabut pada pandangan mataku, nerneza dengan Terminal 1 Seremban yg lebih teratur,,tapi masa jalan-jalan kt situ aku jumpa handphone Hello Kitty yg colour pink tu,,nasib saja duit aku tak cukup, kalau tak mesti aku dah beli,,huhuhu,,masa tengah jalan-jalan tu juga, aku nampak banyak kasut-kasut hello kitty tapi bukan untukku,,terlalu kecil ku rasakan,,then, dalam pukul 7.30 aku sampai je KTM UKM, tidak berapa lama selepas itu, train aku tiba dan aku terus naik menuju ke Batang Benar,,kakak aku ingin menunggu aku tadi tetapi aku menyuruhnya pulang saja kerana khuatir kalau dia drive sorang2 waktu malam ni,,dia kata esok mungkin dia akan ke kolej aku tapi tidak sure lagi kerana perlu mengambil temannya dahulu di Nilai College dan aku pula ada kelas pagi dan petang esok, jadi tak pasti dapat temankan dia ke Nilai 3 atau tak,,we'll see,,I C U,,good night,,





Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, April 7, 2010

9 TAHUN...

Beberapa jam saja lagi, tanggal 8 April 2010 bakal menjelma...pada tanggal itu, genaplah sudah 9 tahun pemergian bapa saudaraku..cepat sungguh masa berlalu...aku tidak akan pernah melupakan tanggal itu kerana pedih sangat detik 9 tahun lalu...hanya Allah saja yang tahu perasaan aku...kali terakhir aku berbual dengan bapa saudaraku adalah sehari sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir...ketika itu aku dan ibuku sudah mahu pulang ke Klang kerana keadaan bapa saudaraku sudah semakin pulih...

namun, tidakku sangka keceriaannya dan keramahannya pada hari itu, adalah yang terakhir...keesokkanya, tepat jam 1.45 petang, dia telah pergi, dia telah pergi buat selama-lamanya...dia sudah bebas dari seksa penderitaan sakit buah pinggang yang dihidapinya selama 10 tahun...tapi, dia meninggalkan kesedihan buat aku kerana dialah satu-satunya bapa saudara (adik kandung ayah aku) aku yang masih hidup selepas pemergian pakcik beberapa tahun sebelum itu...namun, dia juga pergi meninggalkan kami, aku tidak pernah lupakan dia dan pakcik...andai aku ada kesempatan, Yasiin akan ku sedekahkan kepada mereka...kerana itulah saja tanda kasih yang dapat aku berikan...jika mahu menziarahi pusara mereka, hanya setahun sekali saja kerana jauh untuk aku lawati...

Pak Co, Pak Cik, kenangan kita sekeluarga berkelah dan bercuti di Teluk Batik, bercuti di Kedah serta Taiping tidak akan Yong lupakan...hanya itulah saja detik-detik manis yang dapat Yong kenang...damailah kalian di sana...anakmu ini sentiasa menghitung hari untuk menemui kalian...

your sincerely,
fara,,

Saturday, May 9, 2009

FAMILY FIRST....


::Pandanglah ke hadapan. Jika lurus jalan yang dipilih, maka luruslah hidup kita. Jika bengkok jalan yang dipilih, maka bengkoklah hidup kita-sekadar renungan bersama::

Keluarga membuatkan hidupku bahagia. Merekalah yang menceria dan memberi aku semangat untuk terus hidup. Aku bersyukur kerana masih ada daddy, mummy,adik2, nenek, pakcik2, makcik2 serta cousins yang memahami dan mengasihiku. Aku begitu menghargai kasih sayang, pengorbanan dan perhatian mereka terhadap diriku. Kini, aku hanya ingin hidup bahagia bersama mereka kerana tiada sesiapa yang boleh memberikan kebahagiaan yang ikhlas dan sejati sepertimana yang diberikan oleh keluarga.

Just family. Hanya mereka yang betul2 memahami diriku. Merekalah yang membuatkan aku kembali ketawa, kegirangan. Hidupku tidak bermakna tanpa kehadiran mereka2 yang kukasihi. Justify FullMasa yang ada, akan kugunakan sebaik-baiknya, kuhabiskan bersama mereka. Silaturrahim yang renggang, kurapat, kudekatkan semula. Dunia ini tidak selamanya kekal, suatu hari pasti akan berlaku perubahan. Yang hidup pasti akan mati, yang muda akan tua, yang sihat akan sakit, yang kaya akan papa, dan yang lapang pasti akan sempit hidupnya suatu masa nanti. Cuma kita tidak tahu bila ianya akan tiba. Begitu jualah diriku. Aku tidak tahu bila ajalku tiba, bila nikmat kesihatanku akan ditarik, bila kesenangan hidupku akan dirampas. Aku hanya mampu berdoa dan bermohon agar segala-galanya berjalan lancar. Agar Tuhan memudahkan segala urusanku. Memberikanku kesempatan untuk membahagiakan keluargaku.

Hargailah keluarga kita walaupun hanya keluarga angkat kerana mereka yang telah membesar, memberi kasih sayang dan didikan kepada kita. Walaupun kita dibesarkan oleh ibu atau bapa tiri, kasih sayang mereka tetap ada untuk kita. Sayangilah keluarga. Luangkanlah masa yang ada bersama-sama mereka selagi hayat dikandung badan. Kerana suatu hari nanti kita pasti akan sedar betapa ruginya jika tidak berkongsi kasih sayang bersama keluarga.