NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, June 18, 2012

KISAH AYAH...

12 tahun yang lalu...di sebuah flat kecil di kawasan Port Klang, hiduplah sebuah keluarga dengan bahagianya walaupun kehidupan mereka biasa-biasa sahaja. Pada asalnya, mereka menetap di Perak dan mempunyai rumah sendiri tapi disebabkan tanggungjawab dan tugas, si bapa membawa keluarganya berpindah ke sana. Keluarga ini dikurniakan 3 orang anak gadis yang ketika itu masih bersekolah rendah dan masih riang gembira menikmati zaman kanak-kanak mereka. 

Pada suatu hari, si ayah seperti biasa keluar mencari rezeki. Si ibu di awal pagi lagi sudah ke tempat kerjanya. Si ayah hanya berjalan kaki untuk ke tempat kerjanya kerana jarak yang dekat dengan rumah mereka. Walaupun jaraknya dekat, bahaya yang menanti si ayah sangat besar. Dia perlu menyeberangi landasan kereta api untuk ke tempat kerjanya. Jika tersalah langkah, pasti nyawanya melayang.

Dan setiap pagi jugalah, si anak sulung akan menghantar ayahnya ke tempat kerja dengan melihatnya dari jauh. Di kejauhan itu, si anak akan berdoa agar Allah memelihara dan menyelamatkan si ayah daripada sebarang musibah. Apabila melihat si ayah sudah selamat menyeberangi landasan, barulah si anak masuk ke dalam rumah dengan rasa bersyukur.

Pada masa yang lain pula, si ayah ditugaskan untuk berlayar ke samudera yang luas. Beberapa hari si ayah perlu berada di tengah lautan. Si anak tetap berasa risau dan sentiasa mendoakan si ayahnya. Setiap hari dia menunggu kepulangan si ayah. Kebiasaannya, si ayah akan berlayar selama seminggu. Selama itulah juga si anak akan berasa risau. Apabila si ayah pulang, barulah hatinya tenang kembali.


Ya, si anak memang seorang yang degil. Seringkali melawan kata si ayah. Tetapi, jauh di sudut hatinya, dia terlalu menyayangi si ayah kerana sejak kecil lagi, si ayah yang selalu menjaganya, membawanya bersiar-siar di pantai, membelikannya ais krim di waktu petang, memenuhi setiap keperluan si anak. Sewaktu kecilnya, si anak merupakan anak yang paling manja dengan si ayah, jauh beza dengan si adik-adiknya. Apa yang terlihat di mata tidak sama dengan apa yang terlintas di hati. 

"Abah @ daddy, Yong sayang abah. Yong tahu Yong bukan anak yang baik tapi Yong boleh jadi yang terbaik untuk abah." =')

Dari Hati Nuraniku, fara,,

No comments: