Assalamualaikum readers ku sekalian.
Sekarang ni, aku sangatlah tak ada mood bila penyakit M muncul kembali. Yes! Penyakit malas! Kenapa aku malas sangat ni? Sedangkan dah jalan-jalan cuti-cuti berhari-hari.
Okey, jom mulakan pengembaraan aku. Minggu pertama (31 Mei-3 Jun 2012)
Hari pertama (Khamis), my family and I memulakan perjalanan dari Selangor merentas sempadan memasuki negeri kelahiran kami - Perak Darul Ridzuan. Minggu ni kami akan habiskan masa bersama family kedua-dua belah pihak iaitu family mummy and family daddy. Adil bukan? So, malam tu kami bermalam di Kg. Gajah kerana esok akan berkonvoi dengan maksu ke Gerik pula.
Hari kedua (Jumaat), bangun saja pagi tu, aku teringat balik zaman kanak-kanak aku sewaktu di kampung. Masa tu Sungai Perak belakang rumah nenek aku memang best, cetek, aku dengan cousins aku siap bermandi-manda dekat sungai tu. Tapi sekarang suasana dah berbeza sebab dah ada pulau buatan dekat tengah sungai tu, tempat litar lumba kereta. Walau macam mana pun, kenangan zaman kanak-kanak memang seronok dan indah untuk dikenang.
Pagi tu kami bergerak ke Lumut dulu sebab nak melawat rumah lamaku dan shopping dekat Lumut kejap. Almost tengah hari, kitorang gerak ke Gerik. Sudah setahun tak pergi Gerik, banyak yang dah berubah. Membuatkan aku sangat terkejut dan tak percaya. Tempat yang dulunya cantik, sekarang ni dah berubah 100%. Ingatkan apabila dah ada Kempen Jom Melawat Perak 2012 ni keadaan makin baik, rupanya tidak. Sangat shame shame bila orang luar tengok tempat tu (nasib baik I orang Teluk Intan). =)
Sampai destinasi yang dituju pada jam 3 petang kot. Khemah semua dah siap pasang, jirang tetanga sudah mula merewang. Badan yang penat perlukan rehat yang cukup, so kerja aku hanya melayan babies yang comel dan comel dan comel tu. Memang nasiblah si babies dua orang tu kena lanyak dengan aku. Aku ni pantang nampak baby comel, memang aku kerjakan habis-habisan. =)
Hari ketiga (Sabtu), bermulalah Majlis Perkahwinan antara Jamilah dan Hanif di Felda Lepang Nenering, Pengkalan Hulu, Perak. Memang ramai orang yang buat kenduri 2 Jun ni, sampaikan ada yang tersalah rumah. It's okey maa, kenduri ni kan nak bagi orang ramai makan, buat amal jariah. Cousin aku sangat cantik hari tu, lain sangat rupa dia. Biasalah, hari bahagia si raja sehari mestilah nampak berseri-seri. Tahniah cousin, tahun depan dapat seorang lagi anak buah.
Petangnya, lepas berakhirnya majlis, kami ke Baling, Kedah pula untuk shopping dan jalan-jalan. Merentas sempadan memasuk Kedah, macam tak percaya saja. Kalau ikutkan aku nak ke sempadan Siam tapi parents aku tak nak. It's okey, next time kita holiday sini lagi sebab aku nak pergi Tasik Banding dan negeri Cik Siti Wan Kembang pula nanti. Hopefully~
Malamnya, kami ber-BBQ. Walaupun saudara-mara yang lain semua dah balik, tapi tetap happening juga BBQ kitorang ni. Walaupun hangit ayam tu, tetap licin tinggal tulang kami kerjakan. Padahal lauk-pauk kenduri siang tadi banyak lagi tapi ayam BBQ tu juga yang kami lahap. Malam tu memang tidur lena dan nyenyak sebab majlis semua dah settle, nothing to worry.
Hari keempat (Ahad), hari terakhir di Gerik kerana kami akan bertolak pulang ke Teluk Intan pula. Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah di Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar. Singgah semata-mata nak berkelah dan bergambar. Tak sempat nak mandi-manda pun tpi sempat rendam kaki. Hahaha!!
Bukan tak nak mandi tapi acara tak habis lagi. Malamnye kami ada kenduri doa selamat dekat rumah nenek aku belah daddy so, kena balik cepat tolong memasak. Nanti membebel pula macik pakcik aku tu. =)
Akhirnya, pukul 12 tengah malam baru kami berangkat pulang ke Port Klang. Sangat penat, mengantuk dan lemau sudah badan aku ni. Tapi sangat happy sebab dapat jumpa dan berkumpul dengan semua sanak-saudara. KALAULAH arwah pakcik-pakcik aku ada, makin meriah majlis malam tu. Apa-apa pun aku bersyukur sebab anak-anak diorang ada datang masa majlis tu dan kehadiran mereka membuatkan aku menitiskan air mata kegembiraan. =')
Terima kasih Allah kerana memberikan aku family yang besar, happening dan bahagia ini~
Dari Hati Nuraniku,
fara,,
No comments:
Post a Comment