NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, December 18, 2009

HUTANG...

Agak berat sedikit tajuk entry aku kali ini. Mungkin ada yang terasa hati atau terguris perasaan atas apa yang bakal aku luahkan ini. Tetapi, kita semua harus menerima segala kritikan dan teguran tidak kira daripada sesiapa pun untuk kebaikan kita bersama. Konsep hutang ini terlalu meluas. Sama ada hutang budi ataupun hutang wang ringgit. Namun, ianya tetap hutang. Oleh itu, kita harus sedar jika kita ada berhutang dengan sesiapa maka cepatlah selesaikannya kerana khuatir akan timbul perkara berbangkit suatu hari nanti. Mungkin pada sesetengah orang perkara ini adalah remeh.

Tetapi cuba kita fikirkan, andai kita sudah meninggalkan dunia ini kelak dan kita ada berhutang sebanyak 10 sen sahaja dengan rakan kita tetapi hutang itu tidak dihalalkan, bagaimanakah perjalanan kita ke alam barzakh nanti? Adakah kita akan diterima masuk ke syurga sedangkan amalan-amalan kita di dunia banyak tetapi disebabkan hutang yang seciput itu, mungkin kita tidak akan dapat merasai nikmat syurga itu? Hutang boleh menyebabkan keluarga porak-peranda, hutang menyebabkan kawan makan kawan, hutang juga boleh menyebabkan kita berbunuh-bunuhan. Jika ingin dikupas lebih mendalam mengenai hutang ini, terlalu banyak yang dapat dikupaskan. Tetapi, entry kali ini aku hanya ingin mengingatkan diriku serta kalian semua tentang hutang. Jika ada berhutang dengan sesiapa tidak kira berapa banyak dan berapa lama sekalipun, cepatlah selesaikannya. Kalau baju, kasut, beg, dan barang make up kita boleh beli walaupun duit belanja kita akan berkurangan, mengapa tidak kita membayar sahaja hutang yang ada daripada menambah-nambahkan lagi hutang tersebut. Maka fikir-fikirkanlah.

*Jika saya, Farah Zunnurain ada berhutang apa-apa dengan kalian, sila beritahu dan ingatkan saya. Saya juga manusia yang dijadikan oleh Allah dengan berbagai kekurangan. Mungkin adakalanya saya terlupa akan hutang tersebut, maka ingatkanlah saya.


your sincerely,
fara,,

Friday, December 11, 2009

PEMBAZIRAN...

Pembaziran merupakan amalan syaitan. Allah s.w.t. tidak menyukai orang yang suka membazir, dalam erti kata lain boros. Pembaziran merupakan satu kerugian sama ada dalam bentuk wang ringgit mahupun barangan. Terdapat pelbagai jenis pembaziran yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kita seperti makanan, wang, dan masa.
  • Pembaziran makanan
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa negara Malaysia memang kaya dengan pelbagai hasil pertanian dan makanan. Tetapi, segelintir daripada rakyatnya masih tidak menghargai pemberian Allah ini. Banyak makanan yang terbuang begitu sahaja terutamanya dalam bulan Ramadhan. Tidakkah anda terfikir bagaimana nasib golongan miskin yang hidup merempat, susah tanpa makanan sedangkan hidup anda kaya dengan makanan, malah berlebih-lebihan? Jika suatu ketika dahulu ibu bapa akan memaksa anak-anak yang masih kecil supaya jangan membazir dan menghabiskan makanan mereka kerana jika tidak dihabiskan, makanan tersebut akan menangis (lebih kurang macam itulah, kononnya tidak mahu anak itu membazir). Tapi kini, mereka tidak mengikut kata-kata yang tidak logik kerana anak-anak kini semua sudah celik IT dan bijak-bijak belaka. Jadi siapa yang harus dipersalahkan? Kesan daripada pembaziran ini tapak pelupusan sampah di Malaysia semakin berkurangan. Malahan, tidak ramai rakyat Malaysia yang sedar akan kepentingan kitar semula. Hal ini juga harus diambil berat kerana kita tidak mahu generasi hadapan hidup dalam pulau sampah yang kita tinggalkan.
  • Pembaziran wang
Wang. Siapa yang tidak mahu wang? Semua orang mahukan wang, malah ada yang tidak cukup-cukup wangnya dan sering kesempitan. Pembaziran wang boleh dilihat melalui cara kita berbelanja. Walaupun ekonomi agak merosot dalam beberapa bulan kebelakangan ini, tapi tidak sedikit pun menghalang kita untuk berbelanja. Malah, Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia juga semakin menggalakkan rakyat untuk berbelanja. Selain itu, Year End Sales (YES) yang hanya berlangsung pada hujung tahun dimusim cuti persekolahan juga membuatkan kita semakin teruja-uja untuk berbelanja termasuk juga aku. Tetapi, berbelanja biarlah berpada-pada. Beli barang yang perlu dan mustahak sahaja mengikut kemampuan kita. Jika wang yang ada hanya cukup untuk belanja harian selama sebulan, janganlah berlagak kaya seperti orang yang mampu dengan membeli-belah sampai tidak ingat dunia dan akhirnya diri sendiri yang gigit jari kerana sudah tidak ada wang untuk belanja harian sehingga cukup bulan kelak. Jadi, fikir-fikirkanlah.
  • Pembaziran masa
Masa itu emas. Jika emas, maka sudah banyaklah ketika membazirkannya begitu sahaja. Jika sehari ada 24 jam, dan daripada 24 jam itu, hanya 7 jam kita gunakan untuk belajar, 8 jam lagi untuk tidur dan waktu makan, jadi yang selebihnya tinggal 9 jam. Jika 9 jam dalam sehari itu kita buang dengan hanya melakukan aktiviti tidak berfaedah, didarab dengan 7 hari menjadi 63 jam, didarab pula dengan 4 minggu menjadi 252 jam, dan darab pula dengan 12 bulan menjadi 3024 jam. Andai kata masa itu emas, maka kita sudah membuang 3024 syiling emas begitu sahaja dalam setahun. Jika emas-emas ini ditukar nilainya dengan RM, bayangkan sudah berapa banya kita bazirkan emas itu? Rugi sungguh emas yang bernilai itu hanya dibuang begitu sahaja tanpa diguna dengan betul. Jadi, masih tidak sedar-sedar lagi kawan-kawan??

Disebabkan pembaziran ini semua, rakyat Malaysia sudah tertinggal jauh di belakang berbanding dengan negara jiran, Singapura. Ya, memang benar Singapura merupakan sebuah republik yang kecil malah penduduknya juga tidak seramai rakyat Malaysia. Jadi tidak sukar bagi mereka untuk membangun dan maju. Tapi, terfikirkah anda, dengan bilangan rakyat Malaysia yang padat kini, kita juga boleh membangunkan negara dengan keringat kita sendiri. Bahkan, kita juga boleh menjadi lebih maju dari negara lain andai tenaga manusia yang ada digunakan dengan effisyen. Kita tidak perlu mengimport tenaga kerja asing ke Malaysia yang hanya menambahkan kerugian kepada negara. Selain itu harus diingat, Singapura juga adalah sebahagian daripada Malaysia suatu ketika dahulu. Malah, rakyatnya juga berbilang kaum seperti Malaysia. Tetapi, pandangan mereka berbeza berbanding rakyat Malaysia. Mereka begitu komited untuk membangunkan negara sehingga capai ke tahap yang boleh dibanggakan dan dikenali di seluruh dunia walaupun hanya sebuah pulau kecil.

(Apa yang aku tulis ini hanyalah pandanganku daripada kaca mataku sendiri. Tidak bermaksud menyinggung mana-mana pihak. Cuma, fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.)

your sincerely,
fara,,

Thursday, December 10, 2009

COMMON LAW 1...

Subjek yg aku paling suka untuk sem ini..nak tahu kenapa? Sebabnya aku nak jadi lawyer dulu tapi parent aku tak izinkan, so aku terpaksa amik business..kalau ikutkan pencapaian SPM aku, memang sudah layak untuk aku mendukung gelaran sebagai pelajar jurusan undang-undang tapi sudah tak ada rezeki..aku mula suka dengan subjek undang-undang ini sejak family aku ditimpa musibah sepuluh tahun yg lalu..kejadian itu telah menyebabkan aku marah yg teramat sangat dengan hamba Allah itu dan sampai sekarang aku tak akan lupakan kejadian itu..tapi syukur alhamdulillah sebab orang yg menganiaya keluarga aku itu sekarang ini sudah pun mendapat balasan seorang demi seorang..

Walaupun Common Law yg aku study sekarang ini hanya berkaitan dengan Civil Law dan perniagaan tetapi ianya tetap undang-undang..aku tak sabar nak study subjek ini dengan lebih mendalam lagi..dan tentang cita-cita aku nak jadi lawyer tu, mungkin aku akan cuba capai suatu hari nanti..aku ingin membela nasib insan-insan yg teraniaya seperti keluarga aku dulu..nothing is impossible..

your sincerely,
fara,,

Tuesday, December 8, 2009

HATI, MAINAN PERASAAN..

Perasaan..kenapa aku berperasaan begini? Kenapa aku lembik, lemah, lemau sangat ni? Adesss..mana perginya sukarelawati yg gagah di medan, meredah hutan berbekalkan M16, menahan panas-sejuk di hutan, ke mana perginya diri aku?? Ah, kau membuatkan aku gila bayang..kenapa baru sekarang kau mendekatiku?? Kenapa tidak dari dulu lagi, sejak aku menyimpan perasaan terhadapmu?? Ahh, just forget it..kau bukan untukku dan aku bukan untukmu..

your sincerely,
fara,,

Monday, December 7, 2009

NEW SEM 01/10..


New semester has began..new life, new lecturers, new things, new subjects, NEW MOON, all new..hihihihi..Semester ini hanya ada 2 subjek sahaja until 28th January 2010, then vacation..I love vacation, but what to do?? Nothing interesting for February 2010 unless my 20th BIRTHDAY!! Ahh..20!! NO!! Why so fast the time changes, I'm still a small kid that still being pampered by my dad, I'm still a small kid that still being woke up by my parent, I'm still a small kid that still being kissed and hug by my mom..what a faster growth, all things had change..and for the next 2 years I will have my own job (hopefully if I don't want to continue my study)..Semoga sem ini akan memberikan kejayaan pada aku setelah kegagalan dalam sem lepas..poor girl..

your sincerely,
fara,,

Friday, December 4, 2009

BERCINTA DENGAN NON-MUSLIM...


Daripada tajuknya sahaja sudah membuatkan aku teruja-uja untuk bercerita dan berkongsi lebih lanjut tentang apa yang patut dikongsikan bersama kalian..bercinta ataupun berkahwin dengan golongan non-muslim tidak salah dan berdosa disisi Islam asalkan kita tahu batas-batas perhubungan tersebut dan menjaga segala tatasusila dalam Islam..malahan, Islam menggalakkan umatnya mendekati golongan non-muslim dan menyeru mereka ke jalan yang diredhai..besar ganjarannya kepada mereka yang berjaya mengajak dan mendidik golongan ini untuk mendalami dan menganut Islam..bahkan, Islam itu sendiri tidak mengenal warna kulit, bangsa atau bahasa penganutnya..mereka terdiri daripada berbilang kaum, bangsa, dan budaya..semuanya adalah sama disisi Alla s.w.t..Allah tidak memandang seseorang berdasarkan paras rupa, darjat, pangkat atau warna kulit seseorang tetapi Allah memandang akan keimanan dan ketaqwaan hambaNya..

Cinta dan kasih sayang adalah fitrah kejadian yang suci yang dimiliki oleh setiap makhluk di muka bumi ini..Allah menciptakan manusia dengan akal dan nafsu..kaum lelaki dikurniakan dengan 9 akal dan 1 nafsu manakala kaum wanita dicipta dengan 9 nafsu dan 1 akal..tetapi, terdapat sebilangan daripada mereka tidak memanfaatkan pemberian Allah ini dengan sebaik-baiknya..jika pemberian ini dihargai dan digunakan dengan betul, nescaya cinta yang disemai akan menjadi indah dengan ikatan perkahwinan..disebabkan itu, adab-adab dalam bercinta sama ada bersama muslim atau non-muslim perlu dijaga khususnya buat kaum wanita (peringatan juga untuk aku)..antara adab-adab yang ditekankan dalam Islam ialah:

  • berpakaian menutup aurat
  • menjaga pandangan mata daripada melihat yang haram
  • membawa bersama mahram yang sudah dewasa dan sebagainya
  • topik perbualan yang wajar
  • tempat pertemuan yang terbuka dan tidak menimbulkan fitnah
Ikatan percintaan yang dibina dan berakhir dijinjang pelamin menjadi idaman setiap wanita..Islam melarang agar wanita Muslimah mengahwini lelaki selain Muslim dan lelaki Muslim juga tidak boleh berkahwin melainkan dengan wanita Muslimah..ini bermakna, seseorang non-muslim perlu memeluk Islam dan mendalami Islam terlebih dahulu jika dia ingin mengahwini golongan Muslim..mereka perlu menyatakan keimanan kepada Allah dan rasulNya dengan hati yang ikhlas dan jujur tanpa sebarang paksaan..dengan ini, barulah bahtera yang bakal dilayari menjadi bertambah manis, harmoni, dan aman..akidah seseorang akan mempengaruhi sesebuah perkahwinan..jika akidah yang dibawa berlainan, maka akan berlakulah perselisihan pendapat dan pergolakan dalam bahtera yang dilayari..oleh itu, akidah, keimanan dan ketaqwaan seseorang penting dalam sesuatu perhubungan sama ada percintaan ataupun perkahwinan..binalah juga persefahaman dan kepercayaan sesama sendiri kerana ianya juga akan mempengaruhi setiap tindakan kita..

(Thanks to book written by Ustaz Mohammad Nidzam)


your sincerely,
fara,,

Tuesday, December 1, 2009

AKTIVITI DI CUTI SEM (part 3)

.::Tat nenas::.

.::Biskut Dahlia@Semprit::.


.::Tg. Piai National Park::.




11) Membuat kuih raya sempena Aidiladha

12) Menonton Twilight Saga-New Moon bersama-sama Teacher Zurina

13) Menyambut Aidiladha seringkas-ringkasnya kerana ketiadaan adikku

14) Bersantai dan minum petang di R&R yg berdekatan dgn rumahku

15) Menghabiskan hujung minggu di Taman Negara Tg. Piai, Kukup, Pontian, Johor

Minggu terakhir cuti semester ini, tidak banyak aktiviti yg dapat aku lakukan kerana ibu bapaku sibuk berkursus..jadinya, hanya sedikit masa sahaja yg dapat diluangkan bersama..

your sincerely,
fara,,

Thursday, November 26, 2009

ZODIAC

CAPRICORN (Dec 22-Jan 19)
Sassy. Intelligent. Sexy. Predict future.
Irrestible, awesome kisser. Great talker.
Always gets what he or she wants. BY FAR the BEST in BED. EVERY PERFORMANCE!!!!

AQUAR­­IUS (Jan 20-Feb 18)
Trustworthy. Sexy. Rare to find. Loves being in long-relationships. Extremely energetic.
Amazing in bed, the BEST lovers.


PISCES (Feb 19-Mar 20)
Caring. Smart. Center of attention. Too Sexy, DAMN IT. Very high sex appeal. Has the last word. Extremely weird but in a good way

ARIES (Mar 21-Apr 19)
Outgoing. Spontaneous. No one to fuck with. Have own unique sexiness. Unpredictable. Erotic.
Funny. Addictive. Take you on trips to the moon in bed.


TAURUS (Apr 20-May 20)
Aggressive. freak in bed. rare to find. loves being in long relationships. Likes to give a good fight for what they want.
Extremely outgoing. Outstanding kisser. sexual as****.


GEMINI (May 21-June 20)
Nice. Love is one of a kind. Great listeners Very Good in bed. Lover not a Fighter But Still Punch Your Lights Out.Trustworthy


CANCER (June 21-July 22)
Great Kisser. Very high sex appeal.
Great in bed. Most horny.

LEO(July 23-Aug 22)
Great talker. Always the life of the party. Sexy.Horny all the time. Attractive physically or mentally (sometimes both) Can be Laid back or Wild. Knows how to have fun. Is really good at fucking . Great kisser.

VIRGO (Aug 23-Sept 22)
Dominant in relationships.Sexy.A­­lways Horny.Freak in bed. Always wants the last word.Loud.Caring.Sma­­rt.Loves being in long relationships.Addictive . Passionate.


LIBRA (Sept 23-Oct 22)
Very gentle. Nice. Love is one of a kind. Silly and fun! Have own unique sexiness. Most caring person you will ever meet!
AMAZING in Bed.!!!!!

SCORPIO (Oct 23-Nov 21)
sexy. Talkative. Energetic. Predict future. Most erotic.Freak in bed.Good kisser. not one to mess with. always get what they want.

SAGITTARIUS (Nov 22-Dec 21)
Spontaneous. Horny.High sex appeal.
Rare to find. Good when found.
Loves being in long relationships.




your sincerely,
fara,,

Sunday, November 22, 2009

AKTIVITI DI CUTI SEM (part 2)


.::Azavan yg sentiasa bersinar::.


.::Benda wajib beli kalau pergi Jusco::.

Lets continue..OK, minggu kedua cuti semester..minggu ini tidak banyak aktiviti yg boleh aku lakukan kerana keadaan cuaca yg tidak menentu..hujan kadang2 turun pada sebelah pagi dan kadang2 turun pada sebelah petang dan kadang2 juga cuaca akan panas sehingga ke malam..hal ini telah menyebabkan aku tidak dapat melakukan banyak aktiviti seperti hang out dgn ex-schoolmates, jogging, cycling, atau swimming (pada hal kalau aku swimming pun aku tak akan timbul2)..jadinya, aku hanya stay di rumah menjadi 'budak' yg baik dan naif gitu..hahahaha

5) Beli barang di pasar malam-hari selasa merupakan 'hari pasar malam' di tempat aku (GP)..pada mulanya cuaca elok tanpa sebarang titisan hujan walaupun kedengaran guruh dilangit..namun kami tetap meneruskan perjalanan ke pasar malam..sesampainya di sana, bapaku membeli telur, cili kering dan barangan keperluan lain..tiba2 sewaktu di gerai ikan, gerimis mulai turun..makanya aku, bapaku serta adikku terpaksa bergegas ke kereta kerana risau hujan akan semakin lebat..so tidak banyak barang yg dapat dibeli..huhuhuhu

6) Basuh kereta2-walaupun cuaca tidak menentu, kereta tetap perlu dibasuh kerana takut akan berkarat dek keadaan di tepi laut ni..maklumlah rumah aku dekat dgn laut, so bahang dan apa2 yg berkaitan dgn air masin tu mudah terkena dekat kereta..mula2 aku basuh VAVI tu dulu sbb ia kecil dan mungkin oneday nanti akan jadi kereta aku..hahahaha..then aku dgn adikku basuh AZAVAN plak sbb kereta ini tidak kotor sgt berbanding VAVI tu..hehehehe..walaupun penat basuh kereta tapi aku happy bila tgk kereta ini semua bersih dan bersinar..hehehhe

7) Recycle-recycle is good for our earth and also for nature..lagi pun kalau hantar recycle dapat jugak duit..hehehehe..aku tlg mak aku angkat surat khabar lama, botol kaca dan plastik, kotak2, dan barangan lain yg boleh dikitar semula..kemudia kami hantar ke pusat kitar semula dan jual semua barang tersebut,,dapatlah juga duit minum pagi itu dalam RM20..OK what drpd buang semua benda itu langsung tidak dapat apa2..barang2 itu mak aku sudah kumpul dalam stor hampir 6 bulan, kiranya berbaloilah..

8) Kenduri kahwin-ini pun dikira sebagai aktiviti yg berfaedah juga sbb dapat mengeratkan silaturrahim sesama manusia..kenduri kahwin ini dekat rumah kawan adikku..tapi dia sudah jemput dan lagi pula aku pun kenal budak itu so pergi sahajalah..jumpa cikgu sekolah dulu, senior2, junior2..rindu pula dekat sekolah..haish..

9)Makan2-inilah hobi aku..makan, makan, dan terus makan sampai berat badan pun sudah naik..hahahha..kalau cuti semester ini 2 bulan mungkin berat aku boleh naik 20kg..hahahaha..anyway, kita perlu makan untuk hidup kalau tidak wallahu 'alam..tapi aku banyak makan makanan ringan, kek, CFK, coklat, semuanya yg tidak elok untuk kesihatan tapi itu semua lumrah hidup..benda yg tidak baik itulah yg selalu disukai org..hehehehe

10) 'Jogging'-meaningnya aku pusing satu Jusco Bukit Indah tu selama 1 jam sampai berpeluh-peluh (pada hal dalam tu ada air-cond) dan lenguh2 kaki sbb pakai high heel. (bijak2)..Jusco ini besar juga so kalau 1 jam tu pun macam tak cukup sahaja untuk aku pusing2..banyak tu benda nak tgk and beli..Jusco inilah satu-satunya shopping complex yg dekat dgn rumah aku kalau nak dibandingkan dgn City Square JB tu agak jauhlah..kenapa 1 jam sahaja aku dekat sana? sbb mak aku tak nak bayar parking selepas 1 jam, so bila sudah cukup sejam kitorg blah dari situ and round tempat lain pula..hahahahaha..clever..

OKlah, nanti continue ya..aku nak tengok taiwan's drama dulu..hero ia handsome, keren bangat..adios..

your sincerely,
fara,,

Saturday, November 14, 2009

AKTIVITI DI CUTI SEM (part 1)

.::Menara jam yang juga mercu tanda Muar-Bandar Maharani::.


.::Beg yang my mum belikan setelah mendapat diskaun::.


.::Lukisan catanku::.

Bermula pada tanggal 9 November 2009, maka berakhirlah Semester 1 HND aku..apa jadi dengan result exam, jangan ditanya..huhuhuhu..cuti ini aku ingin berehat dan berbahagia..hahahha...setelah penat memerah otak, memekakkan telinga dek bebelan Mdm. K, aku ingin berehat sepuasnya, jangan ganggu aku dengan perkara2 yang tidak penting dalam hidup aku..all the things can go to the hell!! First of all, cuti aku ni tak lama pun..sebulan SAHAJA..ingat ya kawan2, balik kolej nanti-7 Disember class dah bermula..untuk minggu pertama cuti ni, x banyak aktiviti yg aku buat..maklumlah parents bekerja so aku duduk rumah keseorangan..adikku masih di asrama..antara aktiviti yg aku lakukan di waktu ini adalah:-

1) Menjadi suri rumah tangga-aktiviti seharianku selama 7 hari seminggu adalah mengemas rumah, membasuh, memasak (kadang2), bercucuk tanam, dll..aktiviti ni memang kebiasaan aku sejak sekolah rendah lagi..anak sulung, kenalah tahu buat semua kerja2 ni..aku selesai melakukan semua kerja dlm pukul 1 p.m. then aku online dan terus online...hahhahaha

2) Berjalan-jalan baik untuk kesihatan kerana ia juga dianggap sebagai satu senaman..tapi berjalan aku ni erti katanya lain sebab aku pergi jalan2 cuci mata..hahahahha..nak pergi bercuti ke pulau2 atau tanah tinggi tak boleh maklumlah musin hujan so agak bahaya kalau terjadi apa2..makanya aku hanya jalan2 ke shopping complex dan pasaraya2 sahaja..tapi tempat2 tu bukan di sekitar JB sahaja malah sampai ke Muar..jauh jugalah aku berjalan ni tapi naik kereta OK..hhihihihi..

3) Shopping-apabila sudah ke mall pastinya ada sahaja barang yang mahu dibeli..maklumlah mata ni pantang nampak mesti nak..hihihihi..tapi yg mengeluarkan duit bkn dari poket aku tapi dari 'bank'ku, my mum meh..sebab tu aku suka berjalan dengan parent aku nanti diorg yang akan bayar, bkn aku tak nak bayar tapi diorg yg offer nak bayar so let it be..heheheh..jahat3, ambil kesempatan...

4) Drawing, Painting (Art)-aku memang sudah lama meninggalkan hobi ini..sewaktu di bangku persekolahan dulu, aku memang suka sangat melukis, mewarna, kerana darahku mengalir darah seni daripada datukku yg seorang pengukir dan paksu ku yg juga seorg pelukis serta pembuat perabot..apabila sudah lama tak berseni, tangan dan jari-jemari ni jadi 'pengkau' skit so aku beli lukisan yg sudah siap dan aku hanya perlu mewarnanya sahaja..OK what, ada seni juga tu..hihihih

OKlah, aku ada kerja nak buat ni..nanti aku update lg next week ya..C yaa..

your sincerely,
fara,,

Saturday, October 31, 2009

SEPI...

Aku memang susah difahami..personaliti dan tingkahlakuku sering berubah-ubah..namun, hatiku begitu halus, terlalu lembut dan mudah terluka andainya disakiti..aku sering ingin menjaga hati dan perasaan org lain tetapi hatiku tidak pernah siapa pun fikir bagaimana untuk menjaganya..aku suka membahagia dan menceriakan org lain tapi diriku tiada siapa yg membahagiakan..memang sukar untuk mengerti jiwaku..aku sering terluka dan dilukai kerana mereka tidak memahami diriku..ya, memang luaranku agak kasar, keras kepala, keras hati, degil tapi dalamanku terlalu rapuh..aku mudah kasihan akan org lain, jiwaku mudah tersentuh dan air mataku mudah mengalir..derita dan kepedihan dalam hatiku tiada siapa yg tahu..aku ketawa pada luaran tapi dalamanku menangis..terlalu banyak benda yg aku fikirkan, terlalu banyak masalah yg membelenggu diriku dan terlalu banyak kisah silam yg menggamit dukaku..PLEASE, help me..i need all of you to make me happy because i don't know what will happen after this..

your sincerely,
fara,,

Friday, October 30, 2009

PENYESALAN..


Assalamualaikum..salam sejahtera semua..actually entry kali ini agak berbeza dengan entry-entry sebelum ini sebab apa?..sebab aku nak mengulas mengenai sebuah buku yang aku baru baca..buku ini agak berbeza dengan buku-buku yang aku baca sebelum ini kerana ia telah memberikan kesan yang cukup mendalam buat diri aku..aku betul-betul kagum dengan buku ini..walaupun ia tidak sehebat siri buku Twilight atau Harry Potter namun, ia amat bermakna buat aku..buku yang aku maksudkan adalah RIWAYAT BIDADARI SYURGA yang dikarang oleh saudara MUNIF AHMAD (anggota kumpulan nasyid Hijjaz)..buku ini menceritakan hikayat dan riwayat hidup wanita-wanita yang mendapat keredhaan Allah dan dijanjikan syurga buat mereka di akhirat kelak..begitu besar ganjaran yang diberikan oleh Allah buat mereka setimpal dengan perjuangan mereka dalam menegakkan ajaran Islam dengan laungan Allah Maha Besar!!!..mereka sungguh beruntung kerana walaupun derita hidup di dunia namun di alam yang kekal abadi nanti, kesenangan, kemewahan, dan kegembiraan akan menghiasi hidup mereka..antara kisah-kisah yang dipaparkan adalah:

Pengorbanan Khadijah sebagai isteri Rasullullah amat besar sekali..dan disebabkan itu, cinta baginda Muhammad S.A.W. begitu kuat dan utuh buat Khadijah..beliau sentiasa bersama-sama nabi walau dalam keadaan senang atau susah..tidak pernah beliau mengeluh atau meninggalkan nabi di saat baginda memerlukannya..tetapi, beliau diambil dahulu oleh Allah kerana dirinya hanyalah pinjaman sementara buat nabi..setelah pemergiannya, baginda telah mengahwini ramai wanita-wanita yang teraniaya dan yang hidup dalam kesusahan demi membela nasib mereka bukan disebabkan nafsu dan cinta semata-mata..ini kerana cintanya hanyalah untuk Allah dan juga Siti Khadijah, tiada siapa pun wanita yang dapat menandingi pengorbanan dan kasih sayang Khadijah buat baginda..lain pula halnya dengan Fatimah, puteri Rasulullah..cinta dan kasih Fatimah terhadap bapanya begitu luhur..beliau amat menyayangi bapanya sehinggakan beliau memohon agar nyawanya juga diambil setelah pemergian nabi..Allah Maha Besar, setelah 6 bulan kewafatan baginda, Fatimah juga pergi menghadap Yang Esa..maka dengan itu, bersatulah sudah keluarga Muhammad S.A.W. di alam sana..dan syurga adalah tempat yang dijanjikan Allah buat mereka..

Alangkah indahnya andai kita semua berkesempatan untuk merasai nikmat syurga kelak..namun itu semua adalah ganjaran dan janji Allah untuk hambaNya yang taat dan patuh akan suruhanNya..setiapa manusia di atas muka bumi ini melakukan kesalahan dan kesilapan..semua manusia tidak sempurna kerana hanya Allah Yang Maha Esa, Yang Maha Agung dan Dialah juga Yang Maha Sempurna kerana berkuasa mencipta seluruh alam semesta ini..oleh yang demikian, sekiranya kita ada melakukan kesilapan dengan sesiapa, mohonlah kemaafannya..dan jika kita melakukan kesilapan terhadap Maha Pencipta maka segeralah bertaubat kepadaNya..Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..cuma makhluk yang kerdil dan hina ini sahaja yang tidak tahu menghargai segala nikmat kurniaanNya dan melakukan segala dosa dan kemusnahan di atas bumi ini..alam ini diciptakan oleh Allah begitu indah dan sempurna sekali..tetapi kenapa ada manusia yang rakus dan tamak merosakkan ciptaan Allah ini?..tidak sedarkah mereka tanpa pasak-pasak bumi Allah yakni gunung-ganang, akan goyahlah bumi ini dan kucar-kacirlah segala isi alam?..tidak sedarkah mereka sudah banyak tanda-tanda yang Allah berika sebagai petunjuk akan dekatnya hari kiamat?..mengapa mereka masih lalai dan leka akan kesenangan dan kemewahan dunia yang hanya pinjaman semata-mata?..apakah mereka tidak takut akan balasan neraka jahannam yang dijanjikan oleh Allah buat hambaNya yang kufur akan segala nikmatNya?..

Ayuh pembaca-pembacaku sekalian, kita sama-sama bertaubat kepada Yang Esa..mohonlah keampunanNya, mohonlah perlindunganNya..lakukanlah suruhanNya yakni kewajipan kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini..cegahlah kemungkaran dan lakukanlah kebaikan..aku juga tidak sempurna seperti kalian..aku juga sudah banya melakukan kesilapan dan dosa terhadapNya..aku malu untuk menghadapnya andai taubatku tidak diterima oleh Yang Esa..aku malu menggunakan nikmat yang diberikanNya andai aku terus melakukan dosa terhadapNya..aku malu mengaku Islam andai aku masih banyak meninggalkan suruhanNya dan tidak mengamalkan segala ajaran Islam..sedarlah kalian..berapa lama kita semua mahu hidup dengan menongkat dunia sahaja..dunia ini hanyalah pinjaman sementara..Allah akan mengambil semua ini pada bila-bila masa sahaja..tiada yang kekal lama melainkan Dia Yang Satu..



your sincerely,
fara,,

Thursday, October 22, 2009

HAPPY BIRTHDAY!!






Semalam telah diadakan satu surprise sempena ulangatahun kelahiran Aca (my housemate). Acara yg diadakan hanyalah untuk K.A.M.I. serumah jer. Tak jemput siapa-siapa yg tak ada kaitan dengan rumah kami. Surprise ini diadakan 2 hari awal sebelum birthday Aca. Agak sedih juga sebab sebelum ini ada Aha untuk menjadi driver membawa kami mencari barang-barang untuk buat apa-apa surprise dalam rumah ni. Tapi sekarang dia berada di perantauan. So, Sha sebagai room-mate Aha terpaksa mengambilalih kerja ini dengan membawa aku ke Balakong, Cheras untuk mencari barang-barang keperluan. Zureen dan Fyza stay di rumah untuk menjaga Aca dan mengelakkan curious di hati Aca sepanjang ketiadaan aku dan Sha. Tapi, mereka-mereka ada kerja untuk dibuat di rumah tu. Mereka perlu menyiapkan banner (from polysterine and mounting board) untuk acara malam ni.
Actually, idea Sha untuk surprise ni adalah menaikkan kek dengan dibantu oleh belon helium sehingga ke balkoni rumah kami. Manakala Zureen dan Fyza mencadangkan supaya banner diturunkan dari atas balkoni rumah kami (that means, we 'borrow' our upper neighbour balcony). So, segala perancangan berjalan lancar sehinggalah saat menaikkan belon di mana, belon hanya boleh dinaikkan sehingga tingkat 2, sedangkan rumah kami di tingkat 4. Rancangan berubah, kek dikeluarkan dan kad ucapan dinaikkan. Banner diturunkan dan belon dinaikkan pada masa yang sama. Segalanya begitu cute and awesome. Rasa macam best jer sebab before this kitorg nak buat surprise birthday Aha macam ni tapi tak jadi sebab tak tahu nak cari belon ni di mana. Akhirnya, sempena birthday Aca kitorg guna idea ni.
Sebelum surprise ni, aku dah siap masak mee bandung dan bagi diorg semua makan. Aca tak syak apa-apa pun walaupun agak pelik tiba-tiba aku kelam kabut nak masak. Bayangkanlah macam-macam dugaan kitorg hadapi masa nak buat surprise ni. Dengansesat di Balakong, Sha drive meredah hujan lebat beserta kilat, keadaan kereta yg dipenuhi belon yg menambahkan lagi kesulitan Sha untuk drive. Syukur semuanya berakhir dengan selamat (beserta acara mandi tepung. wee~)

your sincerely,
fara,,

Wednesday, October 21, 2009

Say Goodbye to Bobon...

Hari ini merupakan hari yg agak menyedihkan (tapi tak banyak, sikit jer) buat kami penghuni SI03-0402 kerana Hamster yg chubby diberi nama Bobon telah kembali kepada Maha Penciptanya. Kejadian ini berlaku semalam (20 October 2009) tanpa pengetahuan kami. Cuma pada pagi tadi, barulah kami sedar bahawa Bobon sudah tidak bernyawa lagi. Amat memilukan kerana ia mati dalam keadaan terperosok di bawah tempat permainannya sambil dipenuhi oleh semut-semut kecil.
Kasihan Bobon. Kesibukan kami membuatkan ia terabai tanpa perhatian selama beberapa hari. Mungkin Allah lebih menyayanginya. Kami redha dan rasa bersalah sekali atas kejadian ini. Semoga Bobon lebih bahagia di sana. Ia telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Haiwan-haiwan Teraniaya SI03 bersama-sama dengan seekor anak kucing yg comel yg mati akibat langgar lari beberapa bulan lepas. Thanks to Aina sebab bagi pinjam parang untuk gali lubang (sayalah yg telah mengebumikan dua ekor haiwan tersebut) sambil ditemani Zureen (the real owner of Bobon).

your sincerely,
fara,,

Tuesday, October 20, 2009

La Tahzan-Don't Be Sad

Jika dilihat pada luaran, aku memang seorang yg tegas, degil, serius, sombong, pemarah, dan kasar. Tetapi orang lain tidak tahu dalaman aku bagaimana, seperti apa. Mereka tidak tahu bahawa hatiku terlalu lembut, mudah tersentuh dengan sesuatu perkara. Aku seorang yg emosional. Aku mudah menangis tetapi tidak di hadapan orang lain. Aku akan mencari tempat yg sunyi, jauh dari sesiapa untuk aku meluahkan perasaan. Tempat yg paling baik bagi aku adalah bilikku. Di situ, aku akan menangis sepuas hati sehingga bengkak mata dan berair hidung. Aku mudah menagis jika ada perkara yg membuat aku marah, sakit hati, sedih, dan rindu akan seseorang.

Seperti pada malam ini, aku keseorangan mengenang nasib adikku di perantauan, Rusia. Aku terlalu rindu akan adikku. Walaupun kami selalu terpisah namun tidaklah dalam jarak beribu-ribu batu seperti sekarang. Apabila teringat akan dirinya dan kenangan bersamanya, aku akan menangis sendirian. Aku terlalu mudah mengalirkan air mata jika ianya melibatkan mereka-mereka yang aku sayang. Terlalu cepat ku rasakan masa berlalu. Terasa seperti baru semalam aku dan adik-adikku bermain bersama, bergaduh, bercakar, bertarik-tarik rambut sehingga akhirnya aku yg akan dipersalahkan oleh ibuku. Katanya aku kakak, jadi perlu beralah dengan adik-adik. Oh, Tuhan! Aku rindu saat-saat itu. Ketika kami sama-sama membesar. Sama-sama menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak. Aku rindu adik-adikku. Janganlah Kau ambil mereka daripadaku, sebelum nyawaku Kau cabut. Biarlah aku menghadapMu dahulu sebelum adik-adikku. Aku terlalu menyayangi mereka Ya Allah.
your sincerely,
fara,,

Saturday, October 17, 2009

Married..



Perkahwinan merupakan idaman bagi setiap insan. Perkahwinan yang bahagia berlandaskan cinta yang disemai sejak bertahun lamanya mungkin akan berkekalan untuk selamanya dan mungkin juga tidak. Ada juga perkahwinan yang diatur oleh orang tua tanpa pengetahuan kita. Apabila sudah tiba masanya, barulah kita diberitahu akan jodoh tersebut. Pada saat itu, terasa dunia ini gelap sekali. Segala yang ada di sekeliling kita seakan-akan mentertawakan nasib yang menimpa diri. Di manakah silapnya? Mengapa kita tidak diberi peluang untuk memilih jalan hidup kita sendiri? Bagaimana keadaan kita apabila sudah berkahwin kelak? Bahagiakah perkahwinan yang diatur ini? Segala persoalan ligat bermain difikiran.

Pada pandangan aku, ibu bapa seharusnya memberi peluang kepada anak-anak untuk membuat pilihan mereka sendiri. Setiap orang mempunyai cita rasa, pandangan, kehendak dan kemahuan mereka sendiri. Walaupun ibu bapa mempunyai kuasa terhadap anak-anak, namun mereka sudah dewasa untuk membuat keputusan sendiri. Jiwa dan diri mereka tidak boleh dikongkong untuk membuat sesuatu keputusan kerana kuatir akan membuat mereka memberontak kelak. Apatah lagi hal ini berkaitan dengan masa depan mereka. Mereka boleh membezakan antara yang baik dan yang buruk. Mungkin ibu bapa boleh memberikan pandangan terhadap keputusan anak-anak dengan cara yang baik dan berkesan. Hal ini akan membuatkan anak-anak merasa bahawa diri dan keputusan mereka dihargai dan dihormati. Wallahu'alam. Let think about it.
your sincerely,
fara,,

Tuesday, September 29, 2009

SYAWAL

.::KLIA::.

.::chocolate::.

.::bubye::.

.::Maksu menghayati kraftangan::.

Nothing much to say. Just about raya and KLIA. Why KLIA? Everybody was excited to talk about raya but me...hmm. Actually my sis was going to Russia last week. So sad. She's continue her study in medic at the Nizhny Novgorod State Medical University. Sedihnya, raya ke-4 dia dah kena gi sana. Raya kat Malaysia just 3 hari. Tu pun x puas sebab x sempat gi jalan jauh-jauh. Raya kat Taiping n Teluk Intan jer. Nak gi Kedah dan ke Utara x pun sempat. Sedih sangat masa tgk dia masuk departure hall tu. Its ok, its for her sake. I'm proud of her and so to my family. BTW selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Dtg lar rumah sy di JB tp sy tiada di sana, so jumpa parent jer lar. Kalo nak jumpa sy, dtg lar ke kolej yg 'indah' ni. C U, adios.
your sincerely,
fara,,

Sunday, August 9, 2009

HARI YANG MALANG...

Hari ini, pada tanggal 09/08/09 merupakan hari yang malang buat diriku. Setelah 3 hari berada di JB, tibalah masanya untuk aku pulang ke kolej yang serba kekurangan. Aku bertolak keluar dari rumah pukul 12 lebih sebab ikut mummy pergi kenduri kahwin di Taman Sentosa, JB. Mummy hantar aku pergi Larkin lepas makan dekat rumah pengantin. Sampai Larkin dalam pukul 1.30 p.m. Aku terus pergi kaunter tiket Plusliner. Alangkah sedih dan hampa apabila kakak di kaunter bagi tahu yang tiket ke Seremban hanya ada pada pukul 4.30 p.m. OK, fine. Aku pergi kaunter Transnasional, kakak dekat kaunter itu pulak cakap tiket ke Seremban yang ada pukul 6 p.m. FINE! Aku memang bengang, selalunya kalau aku nak balik Seremban, tiket bas mesti ada pukul 2.30 tu. Tapi kali ini, tiket cepat pulak habis. Ini disebabkan oleh H1N1. Ramai budak-budak kolej, U, PLKN and sekolah yang cuti. So, tiket pun cepat habis.

Aku pun dah tak fikir panjang, terus pergi kaunter bas warna merah (aku tak ingat nama syarikat bas itu) and beli tiket paling awal iaitu pukul 2.15 p.m. Malangnya, bas hanya bergerak dari Larkin pada pukul 2.35 p.m. Bas kemudiaanya mengambil penumpang di Skudai. Rata-rata penumpang ingin ke Seremban dan KL. Bayangkan, tiket harga RM35 untuk perjalanan ke Seremban dan KL, memang tak logik. Nampak sangat syarikat ni menipu. Aku tak boleh berpatah balik sebab aku sudah bayar RM35, so aku hanya mampu berserah pada Allah. Setibanya di Seremban, aku bergegas ke stesen KTM yang jaraknya dalam 500 meter dari Terminal 1. Aku tiba di Seremban pada pukul 7.30 p.m. Oleh sebab itu, aku perlu cepat untuk mengejar bas kolej di Batang Benar pada pukul 9 p.m. nanti. Tiket komuter sudah dibeli. Aku duduk menanti ketibaan train yang dinanti. Train tiba pada pukul 8 p.m. Namun, ia hanya bergerak pada pukul 8.30 p.m. menuju ke Rawang. Tak apa, masih ada setengah jam perjalanan untuk aku mengejar bas kolej nanti. Aku pun duduk relax dalam komuter tersebut untuk menyejukkan bajuku yang kebasahan dek bermandi peluh tadi dan menyejukkan hatiku yang panas dek ujian yang menimpa diri.

Pada pukul 8.30 p.m., train melepasi stesen Batang Benar. Malangnya, ia tidak berhenti di sana sebaliknya meneruskan perjalanan ke Bangi. Hatiku yang sudah sejuk kembali panas, terbakar dan sedih. Tidak dapat digambarkan bagaimanakah perasaanku ketika itu. Di manakah train ini akan berhenti? Ke manakah aku harus tuju? Siapa tempat untuk aku meluahkan masalah ini dan berkongsi bersamaku? Aku sedih, betul-betul sedih. Aku yang sudah kepenatan, kelesuan, tak bermaya dek penangan selesema dan batuk menggagahkan juga kaki ini melangkah menuju ke stesen Bangi. Aku menanti train ke Seremban dengan sabar dan tenang walaupun dalam hati ni macam nak meletup dah. Train samapai kira-kira pukul 9.30 p.m. Aku terus menaikinya dan alangkah terkejutnya aku apabila terserempak dengan seseorang yang amat kukenali suatu ketika dahulu. Aku sekadar mengucapkan 'Hai' kepadanya sedangkan dia merupakan seorang yang berpendidikan agama (so stupid, nasib baik aku pakai baju kurung hari ini). Dia melangkah turun dari train dan aku melangkah naik ke train. Mungkin dia tidak mengingatiku lagi, maklumlah sudah lama kami tidak berhubung. Train bergerak meninggalkan stesen Bangi juga dia.

Sesampainya di Batang Benar 15 minit kemudian, aku menghubungi teman yang sudah ku anggap sebagai abang walaupun aku lebih tua beberapa hari dari dia. Dia sering membantuku ketika aku memerlukan. Dia sangat memahami diriku dan sering menasihatiku. Terima kasih teman. Aku akan sentiasa menyayangimu sebagai 'abangku'. Dia datang mengambilku dan menghantarku pulang ke hostel. Aku betul-betul terharu dengan jasa baiknya itu. Aku sampai di hostel lebih kurang pukul 10.15 p.m. Sangat memenatkan perjalanku hari ini. Ditambah pula dengan selsema dan batuk yang menghantuiku sejak beberapa hari lepas, aku tetap bersyukur kepada Allah kerana telah menyelamatkan perjalananku. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian hari ini. Tapi, perasaan marah dan bengang pada syarikat bas itu tetap ada. Aku tak nak naik bas lagi. Aku sanggup paksa parent aku hantar balik daripada aku bersusah payah naik bas dari JB. TAMAT...

Monday, August 3, 2009

INFLUENZA A H1N1

Selesema babi (juga dikenali sebagai Influenza A H1N1) merupakan jangkitan salah satu daripada beberapa jenis virus influenza. Virus ini berasal daripada penyakit sistem pernafasan yang kebiasaannya ditemui dalam kawanan babi. Virus ini kebiasaannya hanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun pada tahun 1988, penularan penyakit ini dalam kalangan manusia sudah mula dikesan. Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya menjangkiti mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Virus ini merebak dari seorang manusia ke seorang yang lain.

Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan. Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka.Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak pada suhu 70'C dapat membunuh kuman yang ada dan disediakan dengan sempurna tidak mendatangkan sebarang jangkitan. Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.

Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian.

Wednesday, July 29, 2009

KHAS UNTUK WARGA KOLEJ LEGENDA...





Kepada para pelajar Kolej Legenda, untuk sebarang info atau pertanyaan berkaitan dengan kolej, anda bolehlah klik di sini. Kepada yang bukan warga Legenda, anda juga boleh melawat laman ini untuk sebarang info mengenai kolej kami.

Tuesday, July 28, 2009

ABOUT ME...

I am...
Farah...

I really want to go to...

Itali...

My favourite place...

Panggung wayang...

My favourite thing...

Telefon bimbit...

My favourite drink...
Sirap limau...

My favourite food...
Nasi goreng paprik...

My favourite colour...
Merah jambu...

I was born in...Teluk Intan, Perak...

I was live in...
Tanjung Pelepas, Johor...

My school/college...
Kolej Legenda, Negeri Sembilan...

My favourite movie...

Twilight...

My hobby...

Menonton wayang...

I want to be a/an...

Wirawati negara...

Thursday, July 23, 2009

RAHSIA BULAN KELAHIRAN OLEH D.M.F.K. (BHGN 3)

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik.

OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jalan tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat.

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

RAHSIA BULAN KELAHIRAN OLEH D.M.F.K. (BHGN 2)

MEI
* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros.

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja.

OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan.

RAHSIA BULAN KELAHIRAN OLEH D.M.F.K. (BHGN 1)

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar.
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan.

APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu.