NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, October 17, 2009

Married..



Perkahwinan merupakan idaman bagi setiap insan. Perkahwinan yang bahagia berlandaskan cinta yang disemai sejak bertahun lamanya mungkin akan berkekalan untuk selamanya dan mungkin juga tidak. Ada juga perkahwinan yang diatur oleh orang tua tanpa pengetahuan kita. Apabila sudah tiba masanya, barulah kita diberitahu akan jodoh tersebut. Pada saat itu, terasa dunia ini gelap sekali. Segala yang ada di sekeliling kita seakan-akan mentertawakan nasib yang menimpa diri. Di manakah silapnya? Mengapa kita tidak diberi peluang untuk memilih jalan hidup kita sendiri? Bagaimana keadaan kita apabila sudah berkahwin kelak? Bahagiakah perkahwinan yang diatur ini? Segala persoalan ligat bermain difikiran.

Pada pandangan aku, ibu bapa seharusnya memberi peluang kepada anak-anak untuk membuat pilihan mereka sendiri. Setiap orang mempunyai cita rasa, pandangan, kehendak dan kemahuan mereka sendiri. Walaupun ibu bapa mempunyai kuasa terhadap anak-anak, namun mereka sudah dewasa untuk membuat keputusan sendiri. Jiwa dan diri mereka tidak boleh dikongkong untuk membuat sesuatu keputusan kerana kuatir akan membuat mereka memberontak kelak. Apatah lagi hal ini berkaitan dengan masa depan mereka. Mereka boleh membezakan antara yang baik dan yang buruk. Mungkin ibu bapa boleh memberikan pandangan terhadap keputusan anak-anak dengan cara yang baik dan berkesan. Hal ini akan membuatkan anak-anak merasa bahawa diri dan keputusan mereka dihargai dan dihormati. Wallahu'alam. Let think about it.
your sincerely,
fara,,

No comments: