NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, October 30, 2009

PENYESALAN..


Assalamualaikum..salam sejahtera semua..actually entry kali ini agak berbeza dengan entry-entry sebelum ini sebab apa?..sebab aku nak mengulas mengenai sebuah buku yang aku baru baca..buku ini agak berbeza dengan buku-buku yang aku baca sebelum ini kerana ia telah memberikan kesan yang cukup mendalam buat diri aku..aku betul-betul kagum dengan buku ini..walaupun ia tidak sehebat siri buku Twilight atau Harry Potter namun, ia amat bermakna buat aku..buku yang aku maksudkan adalah RIWAYAT BIDADARI SYURGA yang dikarang oleh saudara MUNIF AHMAD (anggota kumpulan nasyid Hijjaz)..buku ini menceritakan hikayat dan riwayat hidup wanita-wanita yang mendapat keredhaan Allah dan dijanjikan syurga buat mereka di akhirat kelak..begitu besar ganjaran yang diberikan oleh Allah buat mereka setimpal dengan perjuangan mereka dalam menegakkan ajaran Islam dengan laungan Allah Maha Besar!!!..mereka sungguh beruntung kerana walaupun derita hidup di dunia namun di alam yang kekal abadi nanti, kesenangan, kemewahan, dan kegembiraan akan menghiasi hidup mereka..antara kisah-kisah yang dipaparkan adalah:

Pengorbanan Khadijah sebagai isteri Rasullullah amat besar sekali..dan disebabkan itu, cinta baginda Muhammad S.A.W. begitu kuat dan utuh buat Khadijah..beliau sentiasa bersama-sama nabi walau dalam keadaan senang atau susah..tidak pernah beliau mengeluh atau meninggalkan nabi di saat baginda memerlukannya..tetapi, beliau diambil dahulu oleh Allah kerana dirinya hanyalah pinjaman sementara buat nabi..setelah pemergiannya, baginda telah mengahwini ramai wanita-wanita yang teraniaya dan yang hidup dalam kesusahan demi membela nasib mereka bukan disebabkan nafsu dan cinta semata-mata..ini kerana cintanya hanyalah untuk Allah dan juga Siti Khadijah, tiada siapa pun wanita yang dapat menandingi pengorbanan dan kasih sayang Khadijah buat baginda..lain pula halnya dengan Fatimah, puteri Rasulullah..cinta dan kasih Fatimah terhadap bapanya begitu luhur..beliau amat menyayangi bapanya sehinggakan beliau memohon agar nyawanya juga diambil setelah pemergian nabi..Allah Maha Besar, setelah 6 bulan kewafatan baginda, Fatimah juga pergi menghadap Yang Esa..maka dengan itu, bersatulah sudah keluarga Muhammad S.A.W. di alam sana..dan syurga adalah tempat yang dijanjikan Allah buat mereka..

Alangkah indahnya andai kita semua berkesempatan untuk merasai nikmat syurga kelak..namun itu semua adalah ganjaran dan janji Allah untuk hambaNya yang taat dan patuh akan suruhanNya..setiapa manusia di atas muka bumi ini melakukan kesalahan dan kesilapan..semua manusia tidak sempurna kerana hanya Allah Yang Maha Esa, Yang Maha Agung dan Dialah juga Yang Maha Sempurna kerana berkuasa mencipta seluruh alam semesta ini..oleh yang demikian, sekiranya kita ada melakukan kesilapan dengan sesiapa, mohonlah kemaafannya..dan jika kita melakukan kesilapan terhadap Maha Pencipta maka segeralah bertaubat kepadaNya..Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..cuma makhluk yang kerdil dan hina ini sahaja yang tidak tahu menghargai segala nikmat kurniaanNya dan melakukan segala dosa dan kemusnahan di atas bumi ini..alam ini diciptakan oleh Allah begitu indah dan sempurna sekali..tetapi kenapa ada manusia yang rakus dan tamak merosakkan ciptaan Allah ini?..tidak sedarkah mereka tanpa pasak-pasak bumi Allah yakni gunung-ganang, akan goyahlah bumi ini dan kucar-kacirlah segala isi alam?..tidak sedarkah mereka sudah banyak tanda-tanda yang Allah berika sebagai petunjuk akan dekatnya hari kiamat?..mengapa mereka masih lalai dan leka akan kesenangan dan kemewahan dunia yang hanya pinjaman semata-mata?..apakah mereka tidak takut akan balasan neraka jahannam yang dijanjikan oleh Allah buat hambaNya yang kufur akan segala nikmatNya?..

Ayuh pembaca-pembacaku sekalian, kita sama-sama bertaubat kepada Yang Esa..mohonlah keampunanNya, mohonlah perlindunganNya..lakukanlah suruhanNya yakni kewajipan kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini..cegahlah kemungkaran dan lakukanlah kebaikan..aku juga tidak sempurna seperti kalian..aku juga sudah banya melakukan kesilapan dan dosa terhadapNya..aku malu untuk menghadapnya andai taubatku tidak diterima oleh Yang Esa..aku malu menggunakan nikmat yang diberikanNya andai aku terus melakukan dosa terhadapNya..aku malu mengaku Islam andai aku masih banyak meninggalkan suruhanNya dan tidak mengamalkan segala ajaran Islam..sedarlah kalian..berapa lama kita semua mahu hidup dengan menongkat dunia sahaja..dunia ini hanyalah pinjaman sementara..Allah akan mengambil semua ini pada bila-bila masa sahaja..tiada yang kekal lama melainkan Dia Yang Satu..



your sincerely,
fara,,

No comments: