NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label rindu. Show all posts
Showing posts with label rindu. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

SEA+FOOD...

Suddenly, aku rindu dekat keropok lekor.


Suddenly, aku rindu nak makan satar.



Suddenly, aku rindu sea food.

Suddenly, aku rindu bau laut.

.:: Dulu daddy selalu bawa makan dekat sini, makanan semua besttt!! ::.

Suddenly, aku rindu ombak yang menghempas pantai.

TAPI...

Semuanya hanya ada di Kuantan.

Motif? Rindu dekat Kuantan. Mahu pulang ke sana. 

Kangen! Kangen! Kangen!

Enak! Enak! Enak!


*Gambar dari Encik Google =)

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, December 12, 2011

STOMACH...

Help me!! I'm starving now!! Suddenly my stomach keep singing the lazy song rhythm when the McDonald's Prosperity keep on showing the beauty, the tasty and the fancy of the burger. And I feel like gonna kick my stomach. Like I care if it keep on singing cause I'll not pampered it anymore. There's no dinner, supper or else after 8 p.m okey darling. So, keep on singing. BUT, but I miss the McDonald's Prosperity so much! It's okey, just dreaming to have the burger in my dream. Good night all...



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, September 9, 2011

RINDU AKU TAK?...

Assalamualaikum...

Tadi masa dok buka kotak kotak dari kolej aritu, aku terjumpalah hadiah hadiah birthday aku this year daripada my housemates. Memang barang favourite aku tapi aku sayang nak guna. Tengok barang barang tu tadi pun aku dah rindu dekat budak budak rumah yang happening and teringat macam macam yang telah kitorang lalui. Walaupun hanya tinggal berlima dalam rumah tu setelah pemergian Aha ke China, still tak terisi kekosongan tempat tu. Tiap kali buat apa apa bersama, mesti ingat Aha and nak buat benda tu lagi bila dia balik nanti. 

Contohnya macam time kitorang BBQ dekat Asian Water Sports tu. Aha tak balik lagi so, kitorang plan nak pergi sana lagi bila dia balik sini tapi, masa dia balik sini bulan puasa lepas, aku tetap tak dapat hang out dengan dia. Sorry dear, bukan tak rindu you tapi rindu sangat. Cuma kekangan masa menghalang pertemuan kita. Insya Allah di masa hadapan kita bertemu. 

.:: Comel sangat sangat sangat Hello Kitty ni semua ::.

Nyah, Mok, Aca, Sha, korang rindu aku tak? Aku rindu korang sebab tu aku buka hadiah korang. Bila aku guna hadiah ni nanti, aku akan selalu ingat dekat korang. Walau jauh di mata tetap dekat di hati, bak kata TV9. Birthday celebration yang last tu tak akan aku lupakan. Dengan muka mamai, tak mandi, baru bangun tidur, sememeh and serabai, aku and Sha potong juga kek hari jadi tu. Sangat sweet surprise korang, sama macam sweetnye kek tu. =)



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, June 17, 2011

HARI KE-8...

Salam readers~

Hari ini adalah hari Jumaat...so kepada para lelaki sekalian, silalah ke masjid masjid yang berhampiran yer...
Tinggal seminggu lagi masa untuk dihabiskan di sini...tolak esok and Ahad, tinggal 6 hari saja aku di sini...haiyakkk!! Manyak sidih lorr...macam mana nak berpisah ni, 3 tahun bersama...sedangkan couple 6, 7 bulan bila clash pun menangis macam orang hilang anak, inikan pula dah 3 tahun bersama...macam manalah gamaknya ya??

Hari ni, aku dan kembar ku bertiga telah berusaha dengan titik peluh kami untuk mencari nafkah yang HALAL demi untuk jamuan terakhir kelas kami...bukan apa, kalau boleh kami nak sesuatu usaha kami tu yang menampakkan hasil dengan hasil tangan kami sendiri...oleh yang demikian, setelah berpenat lelah mengemas buku buku dan kertas yang sudah tidak digunakan lagi, makanya tadi kami telah menghantarnya ke recycle...we must love our nature, therefore we must take a good care of it...so, recycle is one of the most important thing we MUST DO! Itupun kalau korang semua nak tengok anak cucu cicit piat piut korang hidup dalam dunia yang 'sihat' suatu hari nanti...kalau dunia ni dah sakit, memang kita semua pun akan sakit okey!

Dan hasil dari titik peluh kami, dapatlah RM20 untuk digunakan membeli bahan bahan masakan for the party...sangatlah bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang Allah bagi ni...duit tu memang cukup cukup untuk semua bahan masakan tu nanti...ALHAMDULILLAH =)


Apa apa pun, layanlah lagu ni...lepas ni hari hari aku akan rindu korang semua...terutama sekali yang aku sayang, yang aku cinta, dan yang aku rindu...semoga berbahagia selalu... =D

P/S: Thanks kepada owner BKG yang sangat bermurah hati dan mempercayai kami...thanks Aqilah... =)




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, March 12, 2011

12 MAC 2011...

Hari ini happy sebabnye cikgu aku sudah menamatkan zaman bujangnya, aku turut berkongsi kegembiraan itu...tahniah Cikgu Nurul...Selamat Pengantin Baru kepada semua yang melangsungkan perkahwinan pada hari ni... :)

Tapi yang lebih menggembirakan aku, mata aku sudah stop berkenyit...kalau tak, dalam masa seminggu ni asyik berkenyit saja...mana taknya, sudah jumpa ubatnya tadi...

Ubatnya ialah.............................................



jeng.....jeng.....jeng....




1. Jumpa Cikgu Rosiah (cikgu kesayangan aku) di R&R Gelang Patah






2. Jumpa Cikgu Nurul Hidayah (cikgu practical yg happening) di hari perkahwinannya






3. Jumpa salah seorang BFF aku, Nurfatehah Raihan


Sudah lama aku tak jumpa mereka sebab tu aku rindu sangat...apa apa pun, aku happy hari ni...

Selepas selesai menghadirkan diri ke majlis Cikgu Nurul, aku pergi pula kenduri dekat dewan kompleks ni, anak jiran aku kahwin daa...walaupun simple tapi tetap meriah dengan kehadiran warga Jabatan Laut Wilayah Selatan dan keluarga...best jugalah walaupun aku asyik membontot mummy saja, tak ada member yg ngam lar dekat sini...so, jadi mak cik mak cik lar dengar diorang berbual...


Seelok saja aku sampai rumah lepas majlis tu, hujan pun turun dengan lebatnya sampai ke senja...memang tahu tahu saja mata aku dah mengantuk+badan yang letih, aku pun menidurkan diri dengan nyenyaknya walau hanya setengah jam cuma... :D


Berarak, mendung kelabu...mengiringi tidurku...Zzz...zzz...

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, July 17, 2010

11 TAHUN YANG LALU...

Malam itu, aku rasa tak sedap hati. Macam ada sesuatu yang tak kena. Mummy tidur lepas Maghrib tu sebab penat bekerja pada siang hari. Aku dan adik-adikku menonton TV. Sedang asyik menonton, tiba-tiba pintu rumah kami diketuk. Ketika itu kami bermastautin di Port Klang. Aku mengejutkan mummy dari lena. Aku membuka pintu dan jiranku, Opah Zizah memberitahu bahawa pakcikku yang bertugas sebagai anggota polis meninggal dunia. Ketika itu talian telefon masih belum ada di rumah kami (mummy tahu anaknya ni kaki bergayut), hanya yang ada talian mudah alih milik daddy. Tapi waktu itu daddy tiada di rumah (tak ingat pergi mana, berlayar kot) so talian tak dapat dihubungi. Pihak PDRM dari Gua Musang hanya dapat menghubungi Balai Polis Port Klang yang terletak bersebelahan kuarters kami dan mereka menghubungi jiranku. Ketika menerima berita tersebut, hatiku kuat mengatakan bahawa bukan Pakcik Alim yang kemalangan sebaliknya Pakngah Yazid kerana dia pun polis.

Tak berapa lama selepas itu daddy pulang. Lepas mendapat tahu berita itu kami bersiap untuk pulang ke Teluk Intan. Untuk memuaskan hati, daddy singgah ke balai polis sebelah rumah tu dan bertanya berita lanjut. SAH! Yang meninggal dunia bukan Pakngah Yazid tapi sebaliknya Pakcik Alim. Sepanjang perjalanan ke Perak air mataku tak henti mengalir. Macam-macam dalam fikiran. Adik-adikku masih kecil ketika itu. Mereka nyenyak tidur di sebelah tetapi aku langsung tak dapat melelapkan mata. Perjalanan selama 3 jam itu terasa seperti 13 jam lamanya. Walaupun daddy nampak tenang sepanjang pemanduan tapi aku tahu dalam hati daddy menangis.

Sampai sahaja di kampung, nenek sudah tak bermaya. Air matanya sudah kering dek menangis. Beberapa kali nenek pitam. Mummy, arwah moyangku dan beberapa orang makcik serta nenek saudaraku cuba menenangkan nenek. Aku tak sanggup melihat keadaan nenek, mana taknya, anak lelaki bongsunya sudah pergi terlebih dahulu darinya buat selama-lamanya. Malam itu aku hanya mampu tidur-tidur ayam.

Bangun sahaja pagi esok, saudara-mara yang dekat dan jauh sudah memenuhi kediaman nenek. Sebelum Zohor, jenazah pakcik tiba dari Gua Musang setelah siap dimandi dan dikafankan. Kami sekeluarga melihatnya buat kali terakhir. Aku tak akan melupakan detik-detik itu ketika melihat raut wajahnya. Sekali lagi air mataku tumpah melihat dia 'tidur' dengan tenang. Tak dapatku bayangkan keadaannnya sewaktu kemalangan itu. Arwah pakcik kelihatan bersih dan seperti tidak mahu diganggu tidurnya. Aku tidak dapat menahan tangis, aku duduk di tangga dan melepaskan empangan air mataku. Mummy datang dan mententeramkan aku. Pengebumian pakcik berjalan lancar dengan penuh penghormatan daripada rakan-rakan polisnya. Itulah kali pertama aku kehilangan orang terdekat dalam hidupku. Kini sudah 11 tahun dia pergi dari hidupku. Dialah salah seorang bapa saudaraku yang begitu menyayangiku sewaktu kecilku, sentiasa menggendongku setiap kali aku pulang ke kampung (itu yang mummy cerita). Walaupun aku jauh untuk ke 'rumahnya', aku tidak pernah lupa sedekahkan Al-Fatehah dan Yaasiin buatnya. Damailah di sana pakcik. Anakmu ini sentiasa merinduimu.

Dari Hati Nuraniku,fara,,

Tuesday, October 20, 2009

La Tahzan-Don't Be Sad

Jika dilihat pada luaran, aku memang seorang yg tegas, degil, serius, sombong, pemarah, dan kasar. Tetapi orang lain tidak tahu dalaman aku bagaimana, seperti apa. Mereka tidak tahu bahawa hatiku terlalu lembut, mudah tersentuh dengan sesuatu perkara. Aku seorang yg emosional. Aku mudah menangis tetapi tidak di hadapan orang lain. Aku akan mencari tempat yg sunyi, jauh dari sesiapa untuk aku meluahkan perasaan. Tempat yg paling baik bagi aku adalah bilikku. Di situ, aku akan menangis sepuas hati sehingga bengkak mata dan berair hidung. Aku mudah menagis jika ada perkara yg membuat aku marah, sakit hati, sedih, dan rindu akan seseorang.

Seperti pada malam ini, aku keseorangan mengenang nasib adikku di perantauan, Rusia. Aku terlalu rindu akan adikku. Walaupun kami selalu terpisah namun tidaklah dalam jarak beribu-ribu batu seperti sekarang. Apabila teringat akan dirinya dan kenangan bersamanya, aku akan menangis sendirian. Aku terlalu mudah mengalirkan air mata jika ianya melibatkan mereka-mereka yang aku sayang. Terlalu cepat ku rasakan masa berlalu. Terasa seperti baru semalam aku dan adik-adikku bermain bersama, bergaduh, bercakar, bertarik-tarik rambut sehingga akhirnya aku yg akan dipersalahkan oleh ibuku. Katanya aku kakak, jadi perlu beralah dengan adik-adik. Oh, Tuhan! Aku rindu saat-saat itu. Ketika kami sama-sama membesar. Sama-sama menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak. Aku rindu adik-adikku. Janganlah Kau ambil mereka daripadaku, sebelum nyawaku Kau cabut. Biarlah aku menghadapMu dahulu sebelum adik-adikku. Aku terlalu menyayangi mereka Ya Allah.
your sincerely,
fara,,