NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label askar. Show all posts
Showing posts with label askar. Show all posts

Friday, December 2, 2011

BERET+SPIKE BOOT+CELORENG...

Assalamualaikum...



Entah mengapa, tiba tiba sahaja aku jadi tidak keruan saat menonton drama 'Beret Hijau'. Terimbau kembali detik manis dan pahit di kem suatu masa dahulu. Walaupun latihan di kem tidak segetir dan sesusah zaman dahulu tapi kami tetap merasa terseksa. Almaklumlah, anak anak zaman IT, zaman moden ni mana boleh susah sikit, mulalah merungut sana sini termasuklah aku. Tapi, semangat berpasukan itu penting. Apa saja mesti dilakukan bersama. Bak kata wonderpets: "Apa yang penting, KERJASAMA!" Yes! Itulah semangat yang kami semua pegang. Walaupun berlainan Batalion tapi kami masih di bawah 1 Rejimen iaitu Rejimen 508 (AW). 


.:: Kalau korang nak tahu, YB Khairy ni pun 1 kem dengan aku dan 2 orang yang mengapit dia tu adalah senior aku-Pak Long dengan siapa entah nama mamat ni ::.



"Gempur, WIRA!!"

Rindu untuk aku mendengar ungkapan itu. Rindu untuk dimarahi dan ditegur oleh jurulatih dan para pegawai. Rindu untuk berbaris di padang kawad. Rindu untuk makan nasi kawah ramai ramai. Rindu untuk tidur dalam ladang kelapa sawit. Rindu untuk tidur di hutan. Rindu untuk semuanya, semuanya yang berkaitan dengan ketenteraan. Ahhh!! Sukar untuk aku gambarkan kerinduan dan keinginan ini kerana masa, dan keadaan tidak menyebelahiku. Susah untuk aku berada dalam dunia itu lagi. Mungkin suatu hari nanti aku akan kembali dengan dunia ketenteraan. Hopefully........



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, March 5, 2011

WEBSITE MENARIK...


ANGKATAN TENTERA MALAYSIA kepada sesiapa yang berminat dengan ATM bolehlah melawati laman web rasmi ini...banyak info yang boleh didapati di sini...


UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA kepada yang ingin melanjutkan pengajian dan menjadi pegawai kadet UPNM, bolehlah ke laman ini...dulu aku pernah memohon ke sini tetapi tidak bernasib baik lagi... :(

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

SAMBUTAN HARI TENTERA DARAT KE-78...



Selamat pagi semua...hari ini aku masih di Johor Bahru, ahad depan mungkin aku sudah berada di Legenda Education Group...cepatnye masa berlalu...apa apa pun, selamat kembali ke kolej kawan kawan... :)

Semalam member kolej@buddy wataniah aku (Musfirah) call...dia ajak pergi Dataran Merdeka for the Sambutan Hari tentera Darat tu...rasa macam nak jerit saja...aku dekat Johor, macam mana nak pergi...huaarrggghhhh!! Kalau kalian plan awal awal lagi, mesti aku balik kolej Jumaat petang dan dapatlah tengok angkatan perang kebanggaanku membuat persembahan...tetapi, takdir menentu segalanya, sudah tersurat yang aku tak ada rezeki nak join korang semua...tidak mengapalah, tahun depan masih ada, and hopefully ATM akan membuat acara seumpama ini lagi next year...

Rindu dengan baju loreng, spike boot tapi masa aku terbatas...tak boleh balik kolej dulu...family aku lebih memerlukan aku sekarang ni...next month baru boleh start latihan tempatan semula, insyaallah...so kepada semua rakyat Malaysia, tengok dekat link ini untuk maklumat lanjut berkaitan Sambutan Hari Tentera Darat ke-78 tu, masih ada waktu untuk kalian melawat dan menyertai sambutan tersebut...have fun kepada kawan kawan ku semua, snap picture banyak banyak untuk blog dan kelab kita...chowww!!

Dari Hati Nuraniku,fara,,

Monday, February 28, 2011

GAGAH DAN SETIA....

"Gagah dan setia,
Tabah dan perkasa,
Itulah cogankata,
Tentera Darat Malaysia..."


Selamat menyambut ulangtahun ke-78 kepada Angkatan Tentera Darat Malaysia...sempena meraikan ulangtahun tersebut, ATM akan mengadakan pameran dan sambutan hari angkatan tentera yang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 4, 5, & 6 Mac 2011...bersempena dengan sambutan tersebut, ATM berharap agar lebih ramai lagi muda mudi menyertai angkatan ini demi mempertahankan tanah air tercinta disamping memantapkan lagi sistem pertahanan negara...dengan bertemakan Satu Angkatan Tetap Gagah dan Tetap Setia, ia bertujuan untuk mendekatkan lagi ATM dengan rakyat disamping merakyatkan ATM itu sendiri selaras dengan matlamat Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan...semoga ATM akan terus gagah dan setia mempertahankan bumi Malaysia yang tercinta...


Aku berbangga menjadi salah seorang daripada anggota Rejimen Askar Wataniah...

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, December 13, 2010

LATIHAN KHEMAH TAHUNAN REJ 508 (AW) 2010..








Pada tanggal 21 November yang lalu, Latihan Khemah Tahunan Rej. 508 (AW) bagi tahun 2010 telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan di Markas Rejimen 508 Kem Jalan Rasah. Upacara perasmian turut dihadiri oleh Komander dan Timbalan Komander Kem 508 serta pegawai-pegawai kanan yang lain. Acara perbarisan bermula pada jam 0900 yang telah disertai oleh para sukarela dari Batalion Pertama, Kedua, dan Ketiga Rejimen 508 (AW).

Latihan yang berlangsung selama 2 minggu ini telah diadakan di Kem Asahan, yang terletak di dalam Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan. Selama 2 minggu berada di sana, pelbagai aktiviti telah diadakan dan disertai oleh seluruh anggota Rejimen 508 (AW), antaranya ialah rempuh halangan, jalan laju (8 KM), war game, sukaneka (bola tampar dan bola jaring) dan mara. Aktiviti mara yang diadakan di luar kawasan kem telah berlangsung selama 4 hari di dalam Daerah Segamat, Johor. Kami telah berjalan sejauh 20 KM dan berkampung selama 3 malam di ladang-ladang yang sempat dilalui. Sesungguhnya, latihan pada kali ini mirip sekali dengan latihan yang diadakan semasa rekrut dahulu dan telah menggamit memori kami semua kepada kenangan rekrut dahulu.

Keseluruhannya, latihan pada kali ini berjalan dengan lancar dan berjaya apabila misi kami tercapai setelah 'serangan ke atas khemah musuh' berakhir. Walaupun bermacam kesakitan kami rasai, itu semua adalah pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan. Anggaplah kaki yang melecet, muka yang terbakar itu sebagai tanda dan semangat perwira 508 untuk menghadapi hari mendatang yang kita sendiri tidak tahu apa yang bakal terjadi kelak. Gunakanlah ilmu yang dipelajari untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh sama ada yang nyata mahupun tidak.

Dari Hati Nuraniku,fara,,

Sunday, July 25, 2010

BOSAN..

Hari ini mood aku still mati. Sudah 5 hari tak makan sangat, kalau mummy and daddy tahu mesti diorang bising. Tiba-tiba rasa macam nak balik JB sekarang juga. Rindu sangat dekat mummy, nak peluk mummy, nak menangis dalam dakapan mummy. Kalaulah aku tahu minggu ini amat menyakitkan, aku dah balik JB Jumaat lepas. Kalau aku masih macam ini juga, mungkin aku akan balik JB minggu ni, no matter what happen.

Mesti korang bisingkan kenapa aku tak pergi latihan tempatan saja kalau dah tahu bosan duduk rumah ni? Last week memang aku excited nak pergi latihan tapi bila fikirkan balik, banyak kerja aku yang masih tergendala. Tambahan pula sem ni aku kena ambil 5 subjek yang semuanya memerlukan pengiraan dan pembacaan. Tapi until now, aku still tak jejakkan kaki dekat library tu. Bukan aku tak nak buat research untuk assignment tu cepat-cepat tapi aku kena cari mood aku dulu. So, aku kena sibukkan diri dengan aktiviti kelab (Harimau Malaya) then baru aku boleh tenang, ceria and bersemangat kembali.


Selalunya bila start sem baru aku memang macam ni, mula-mula demam pastu mood hilang. Tapi bila dah masuk minggu ke 3 ni aku akan cuba jadi Farah (kegirangan) yang 'dia' mahukan. Aku tahu bila aku dah sayangkan 'dia', aku terus jadi lain. Aku pun tak tahu kenapa asyik nak emo-emo ni. Aku bukan macam inilah, aku kuat apa (kental) walaupun jatuh bukit banyak kali (hahaha). OK, I'll be as what do you want. I'll promise you, no emo-emo at all. PEACE :)

Layanlah gambar-gambar semasa menembak hari itu~


Layanlah gambar-gambar semasa mendaki Bukit Mantin yang lepas~

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, May 7, 2010

KEM ORIENTASI 1/2010






Pada tanggal 30 Mei hingga 2 April 2010 yg lalu, aku telah menghadirkan diri ke Kem Orientasi Kelab Harimau Malaya Kolej Legenda yg bertempat di Kampus Kumpulan Pendidikan Legenda, Mantin. Kem yang berlangsung selama 3 hari ini bertujuan untuk mendedahkan ahli-ahli baru dengan dunia ketenteraan disamping menerap semangat berkumpulan yg menjadi asas kepada setiap pasukan tentera. Kem yg diadakan untuk kali kedua ini mendapat sambutan dengan disertai oleh 58 orang ahli berbanding 25 orang pada tahun lepas. Walaupun agak letih kerana kurang tidur, ahli-ahli tetap memberikan komitmen kepada semua aktiviti yg diadakan.
Antara aktiviti-aktiviti yg dijalankan adalah:

* Latihan dalam kumpulan 1 (pembentangan projek)
* Latihan dalam kumpulan 2 (ujian kawad kaki asas)
* Kontroversi alam
* Latihan dibawah tahanan musuh
* Eksersais berstesyen (penyelamatan VIP)
* Pengenalan kepada Ilmu medan perang (teori & praktikal)

Walaupun aku terlepas ujian kawad kaki namun, aku tetap berpuas hati kerana seksyen-seksyen yg bertanding masih dapat melakukan ujian tersebut walaupun hanya diberikan masa lebih kurang 3 jam untuk berlatih. Secara keseluruhannya, kem pada kali ini mencapai objektifnya disamping memberi pengalaman baru kepada setiap ahli.

Gambar di atas adalah aku bersama anggota-anggota Seksyen 2 iaitu seksyen aku semasa aktiviti Eksesais Berstesyen (Menyelamatkan VIP) dan kumpulan aku semasa Latihan Dalam Kumpulan (LDK1) untuk perbentangan kertas kerja dengan tajuk kebudayaan. Kumpulan kami dengan bangganya mempersembahkan kertas kerja untuk Teater Muzikal Hang Tuah dengan belanjawan paling tinggi melebihi kumpulan lain iaitu RM 35 000. Walaupun kami tidak menang tetapi kami tetap bersatu dan bekerjasama. Apa yg penting, kerjasama! hehehehehe! Agi idup agi ngelaban!! Teruskan semangat kita hingga ke titisan darah yg terakhir.

Gambar yg atas sekali sewaktu aku dimandi bunga dengan bermacam-macam ramuan ygpasti mengembalikan keayuan dan awet muda..(hahahaha..bajet lebih, pada hal air tu bukan main busuk lagi)..




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, April 1, 2010

BERAKHIRNYA MAC...SELAMAT DATANG APRIL..

"Selamat pagi cikgu" itu kata Upin & Ipin. Hari ini bermulanya hari baru dalam bulan baru iaitu April. Selamat datang 1 April, mesti ramai yg sibuk dok April Fool orangkan? Tak baiklah meraikan April Fool tu sebab...aku pun dah lupalah tapi ada kena mengena dengan Islam juga. OK, berbalik pada bulan Mac yang telah meninggalkan kita semua. Banyak yg telah berlaku dalam bulan ini antaranya Majlis Penubuhan Kolej Universiti Linton (tempat aku menimba ilmu), Latihan Tempatan di Batalion 1 REJ 508 (AW), lawatan ke Melaka dan Putrajaya, dan paling tidak dapat dilupakan adalah pertama kali aku menderma darah (memang dah target start umur 20 kena derma).

Dan pagi tadi aku terjaga apabila tersedar dari mimpiku. Aku termimpikan dia. Dia yg telah lama pergi dari hidup aku. Tapi dalam mimpi itu, dia telah pergi selama-lamanya menyahut seruan Ilahi. Apakah tandanya ini? Aku menangis sakan dalam mimpi itu tapi tak tahulah masa tengah tidur itu aku menangis ke tidak. Ya, aku mengaku yg aku masih tidak dapat melupakannya hingga kini. Segala kenangan bersamanya masih tersemat mekar dalam ingatanku. Hubungan yg kusangka berakhir dijinjang pelamin berakhir di tengah jalan kerana adanya orang ketiga. Namun aku redha Ya Allah. Segalanya telah Kau suratkan untukku. Tetapi mengapa dia masih dalam ingatanku? Kenapa?!!

Apa-apa pun, bulan Mac memang banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis buat aku sama ada di kem atau di kolej. Aku sangat menghargai Mac tetapi Mac terpaaksa pergi untuk memberi laluan kepada April mengukir kisahnya yg tersendiri. Semoga April ini segalanya akan berjalan dengan lancar kerana banyak aktiviti yg bakal menanti aku. Boleh dikatakan jadual aku April ini agak padat juga. Hari ini aku tak nak membebel lama-lama sebab resume aku 1 apa pun tak siap lagi. So, good luck girl! You can do it! Wassalam....





your sincerely,
fara,,

Tuesday, March 16, 2010

KETENTERAAN-DUNIAKU..

Salam sayang semua..dah berapa lama aku tak update blog ni?? Cepat-cepat gi check last update aku (hehe..poyo je lebih). Tapi tajuk entry ni macam gempak saja. Taklah gempak mana pun. Saja nak bikin gempak (berapa banyak gempak daa). Actually, baru-baru ni aku telah mencemar duli ke Batalion kesayanganku, mana lagi kalau bukan Batalion 1 (nak pergi Batalion 2 jauh, kalau pergi Batalion 3 pula takut kena reject saja nanti..hehehe). Rindu sesangat dekat kem kesayangan ni. Mana tidaknya, hampir setahun aku tak menjenguknya. Makin uzur pula aku tengok kem ni. Walau bagaimanapun, inilah duniaku, kem aku (sayangilah kem kita kerana apabila kita sudah meninggalkannya kelak, pasti kerinduan akan menggamit di kalbu).

OK, sudah, cukup. Jangan banyak merepek. Aku just nak story sikit pasal kem kesayangan ni plus juruletih-juruletih yang memang dah letih meletihkan kami di kem tersebut (erm..macam mana tu?). Kem kesayangan ni terletak di kawasan berbukit yang dipanggil Jalan Sikamat, Seremban. Kem ni berjiran dengan Kem Artileri ke-4 dan berhampiran dengan England Garden (nak juga nama org putih tu..hahaha). Markas utama Rejimen 508 (AW) terletak di Kem Jalan Rasah, Seremban. Di situlah juga tempat aku pernah dilanyak dan melanyak. Memang banyak sesangat memori dekat sana, kalau nak cerita 3 hari 3 malam pun tak habis tahu.

Mesti korang pelikkan macam mana orang yang comel, cute, dan kecil macam aku ni boleh jadi askar. Rahsianya adalah semangat dan minat yang mendalam (hahaha..poyo lagi). Tapi memang betul apa, aku memang minat dengan dunia ketenteraan sejak darjah 4 lagi. Tapi disebabkan masalah teknikal, aku tak dapat nak jadi askar tetap. Tapi askar wataniah pun tetap askar dan sama penting seperti askar. Seperti kata pegawai pemerintah kami, pasukan askar wataniah adalah benteng kedua pertahanan negara selepas pasukan askar tetap yang lain. Oleh itu, jasa dan pengorbanan kami juga sama penting seperti anggota ATM. Wah, bangganya dapat menjadi benteng pertahanan negara.

Eh, korang! Sudah pukul 12.30 a.m. Aku sudah kena masuk to bed. Nanti aku tambah-tambah apa yang patut ya. Selamat malam. Layannn..zassssss...




your sincerely,
fara,,