NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, December 13, 2010

LATIHAN KHEMAH TAHUNAN REJ 508 (AW) 2010..








Pada tanggal 21 November yang lalu, Latihan Khemah Tahunan Rej. 508 (AW) bagi tahun 2010 telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan di Markas Rejimen 508 Kem Jalan Rasah. Upacara perasmian turut dihadiri oleh Komander dan Timbalan Komander Kem 508 serta pegawai-pegawai kanan yang lain. Acara perbarisan bermula pada jam 0900 yang telah disertai oleh para sukarela dari Batalion Pertama, Kedua, dan Ketiga Rejimen 508 (AW).

Latihan yang berlangsung selama 2 minggu ini telah diadakan di Kem Asahan, yang terletak di dalam Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan. Selama 2 minggu berada di sana, pelbagai aktiviti telah diadakan dan disertai oleh seluruh anggota Rejimen 508 (AW), antaranya ialah rempuh halangan, jalan laju (8 KM), war game, sukaneka (bola tampar dan bola jaring) dan mara. Aktiviti mara yang diadakan di luar kawasan kem telah berlangsung selama 4 hari di dalam Daerah Segamat, Johor. Kami telah berjalan sejauh 20 KM dan berkampung selama 3 malam di ladang-ladang yang sempat dilalui. Sesungguhnya, latihan pada kali ini mirip sekali dengan latihan yang diadakan semasa rekrut dahulu dan telah menggamit memori kami semua kepada kenangan rekrut dahulu.

Keseluruhannya, latihan pada kali ini berjalan dengan lancar dan berjaya apabila misi kami tercapai setelah 'serangan ke atas khemah musuh' berakhir. Walaupun bermacam kesakitan kami rasai, itu semua adalah pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan. Anggaplah kaki yang melecet, muka yang terbakar itu sebagai tanda dan semangat perwira 508 untuk menghadapi hari mendatang yang kita sendiri tidak tahu apa yang bakal terjadi kelak. Gunakanlah ilmu yang dipelajari untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh sama ada yang nyata mahupun tidak.

Dari Hati Nuraniku,fara,,

No comments: