NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, December 12, 2010

SEMESTER 2 TAHUN 3...

Salam semua..rasa macam semangat tiba-tiba..sebabnya lagi 1 sem aku akan menamatkan pengajianku di Kolej Universiti Linton, tak lama lagi akan berakhirlah pengajianku dalam Diploma Pengajian Perniagaan (Higher National Diploma in Business Study)..hampir 3 tahun aku menghabiskan masa di kolej ini..bermacam-macam dugaan, cabaran dan kereneh yang aku alami di sini..

Semester ni aku hanya mengambil 2 subjek iaitu Small Business Management dan Marketing Planning..sebenarnya sem ni aku hanya ada masa dalam 2 bulan saja untuk menghabiskan kedua-dua subjek ini..so, masa aku memang suntuk dan kelam-kabut sikit..mana taknya, 2 subjek, 4 assignments, 2 final exams..banyak sangat benda nak kena buat, termasuklah membuka gerai jualan untuk projek assignment tu..what!! berniaga?!!..macam mana aku nak berniaga ni, aku memang tak ada kemahiran pun berniaga ni walaupun keluarga aku buat macam-macam business..tapi dah nama pun student business, memang WAJIBLAH aku berniaga ni semua..sabar jelah Farah..

Tapi hidup sebagai pelajar memang seronok, sambil menyelam boleh minum air..siapa yang menjadi geng aku tahulah apa yang aku maksudkan..kami banyak menghabiskan masa bersama, sama ada di hostel, di kelas mahupun di luar..kami selalu hang out bersama tak kira dekat ataupun jauh..memang fun sangat-sangat bila ada geng yang happening dan memahami..semoga friendship kita semua kekal sampai ke anak cucu tau, kalau boleh anak-anak kita nanti pun berkawan juga..wah, jauh gila aku berangan..maklumlah, bila dah malam-malam ni memang kuat imaginasi berangan aku..OK, aku nak buat kerja lain pula after this..nanti update lagi ek..daa u alls...

Dari Hati Nuraniku,fara,,

No comments: